nuffnang ads

Monday 10 October 2011

1st day lecture

Sepatutnya aku buat entry ni semalam tapi disebabkan penat yang keterlaluan balik kelas je terus aku tidur.Bangun-bangun dah pukul 10 malam..Walawei...Lama gile aku tidur kot.HEHEHE..Kononnya aku sorang la yang p kelas.Tu la pasal dah lama tak p kelas kan.Dari rumah lagi dah bising-bising takut nak p kelas.Ye lar orang len dah terer dengan O&G kan.Aku baru je sampai dewan kuliah tahun ni.Huhuhu...

semangat 1st day lecture.gambar yg sgt bseni


Macam biasa lah kuliah pukul 8 pagi.Jadi 10 minit sebelum pukul 8 tu aku pun tahan teksi p kelas bayar 2 genih beb.Padahal kalau jalan kaki tak sampai 10 minit pun.Anggaran memonteng la hari ni sebab nak p hospital stok ubat dah habis.Ingat nak ponteng lecture tapi nasib baik lecture habis awal.

pintu masuk klinik Gumruk


Tak sabar nak jumpa doc ensem.Hehehe..Serius doc tu ensem walau kepala dah putih.Terkejar-kejar aku nak p hospital dekat Bahri tu.Entah macam mana eja بحري cam tu lah ejaan dekat trumco.Huhu..

Sejarah tak sihatnya aku masuk hospital pada 3hb Jun.Mula hari tu aku tak p kuliah sampai lah habis sem 8 tahun lepas kira-kira aku ponteng bersebab setengah sem la.Pergi-pergi je terus exam.Huhu..Kira power rangers pink kelabu hijau biru la terus p exam.Alhamdulillah boleh masuk exam walau aku langsung tak masuk kuliah O&G dengan orthopaedic.

Ni masa kat emergency.Sempat buat peace tu..huhu

Lama gak la aku bertapa kat hospital tu.Sebulan lebih ada kot.Kecewa,sedih,macam-macam perasaan ada masa kat hospital tu.Tapi aku buat-buat tak endah je.Malas aku fikir.Nanti makin sedih.Kerja aku makan ngan tidur je.Hehehe..Best juga tu.

Kemas tak katil aku?haha.Ni katil hospital.Kira oklah walaupun musim ni banyak gila lalat yang nak kawan ngan aku.huhu.Serius memang banyak LALAT ok.

Tepi bilik aku ada dapur.Pernah sekali tu ada pakcik arab masak air sampai dengan dapur-dapur terbakar.Lepas bagi tahu dia bukannya dia p padamkan api dia cakap tunggu kejap sikit lagi air nak masak.Oii kalau nak bakar dapur bakar kat rumah sendiri la.

Apa kes gambar mangkuk jambam pun engkau nak letak.Aku punya blog aku punya suka la kan.

Tag merah jambu yang comel kan.Mana entah aku letak.

Tangan akulah tu yang hitam cam arang.Tulah akibat ataupun kesan ubat yang diambil.Bukan tangan je hitam semua jadi hitam.Waa dah tak cun la.Bila masa ko cun nya.Huhu...

Puas aku duk tanya doc bila aku boleh keluar.Alih-alih bila aku dah putus asa doc datang suruh aku p buat X-ray pastu boleh keluar.Tak nyempat-nyempat.Ni housemate aku yang teman aku sepanjang aku kat hospital.Dia ni memang penyabar huhu.Tapi dah kawin ye.Dia je kot tahan dengan mulut puaka aku.HAHAHA.Sesikit itu jelah barang aku masa nak keluar hospital.Itu pun jenuh mengangkut.

Head nurse kat floor aku.Baik makcik ni.Dan dia boleh cakap english.Hahaha..Itu yang penting.Bila ntah aku nak pandai cakap arab.

Walau pun aku kena tahan dekat hospital,tapi sesuka hati aku je aku boleh keluar.Doc cakap duduk je la hospital lelama bukan awak pun yang bayar insurans yang bayar.Kalau awak ada exam awak keluar je p exam.Huhuhu...Tapi doc saya nak p kelas.......

Nani,Alia,Farah,Zatil,Ika dalam gambar dan Sarah Su dan yang lain-lain terima kasih korang sebab banyak membantu walaupun hari aku masuk hospital tu sehari sebelum exam.Semoga Allah membalas jasa kalian.Dan kepada rakan-rakan yang lain terima kasih juga diucapkan kepada yang datang melawat, yang memasak macam-macam, yang mendoakan saya terima kasih.Kepada pegawai Mara Ustaz ishak dan Ustaz Firdaus,En Bakri,PERUBATAN,PMRAM,BKAN Terengganu,HEWI dan yang lain-lain yang tak tersebut dalam ni terima kasih banyak-banyak.Ucapan terima kasih khasnya untuk housemate yang baik penyabar FARAH&MARDHATI..hehe...Aku tau r aku punya perangai macam mana kan.

Terima kasih papa& mama yang sentiasa doakan along.Mati-mati aku taknak ayah aku datang masa aku sakit sebab aku taknak balik Malaysia.huhu..Degilkan.Walau ayah aku dah siap buat pasport & visa gitu.Sakit-sakit pun nak degil.Alhamdulillah aku dah berjaya harungi satu dugaan dunia.Terima kasih Allah kerana menguji aku.Tanda ingatanMu pada hamba-hamba Mu.

Alhamdulillah sekarang hanya tinggal makan ubat je untuk satu tempoh waktu yang dah tak lama.Belajar sesuatu dari semua ni 'Trust your doctor'.Lain kali walaupun kamu tu belajar medic tapi silalah percaya doktor anda.Dia labih tahu.Jangan nak memandai-mandai.huhu....




"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Al-baqarah  286)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Allah mengetahui manakah orang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta" (Al-ankabut 2-3)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi mu.Sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (al -baqarah 216)

3 comments: