Akad pun sudah.Majlis pun sudah.Tulang belakang majlis harus diberi muka utama juga.Kan....Antara yang menjadi tunjang kejayaan dan kelancaran majlis.
Hari selasa petang,kami bergerak cari barang-barang untuk buat pelamin.Selasa rasanya.Sebab rabu aku ada tutor..Ke salah?Haha..Lupa daa...
Izul dan Ewa pergi cari barang-barang untuk buat bunga telur.Kata Izul bunga mahal sangat.Besar sikit dah LE 5 satu.Hehe.
Aku,Nad,Amy dan Hanum p beli kain untuk buat pelamin dan hias-hias.Hehe.Akhirnya.Jadi juga pelamin warna kuning dan putih walaupun rancangan asal warna hijau dan kuning.Lalala.Pelamin orang buat macam pelamin sendiri.
Harga kain satin (baca arab sebut SETAN.Hahaha) ni asal-asal LE 22 semeter.Bodek punya bodek dapat juga dari LE 22 kepada LE 20.Lepas tu jadi LE 19.Lepas tu jadi LE 17.tak nak juga.Nak LE 15 je maksimum.Lalala.Akhirnya dapat, setelah bertapa dekat kedai tu.Huhu.Aku rasa macam boleh dapat murah lagi je.Sebelum ni aku beli LE 8 je semeter.
Mati-mati aku ingat majlis tu hari Jumaat.Nasib laa tanya balik budak-budak ni.Rupanya Khamis malam.Aku memang rancang,habis kelas hari khamis rendam beras pagi esok masak bla bla bla.Sekali hari Khamis rupanya.
Mana dapat pulut?Hasil dari pemberian kawan-kawan perempuan LORD kami.Terima kasih Shira,Ain dan Oggy.Tanpa kalian tiadalah pulut kuning.Terima kasih juga kepada yang bagi santan Jee (bakal pengantin balik ni,insyaAllah) ,Nad dan Sally.
Terima kasih juga kepada Oggy yang datang malam-malam turun padang setelah habis kelas arab.Datang tolong potong lada dan esoknya datang lagi tolong potong sayur-sayur.Tu dua tangan Mar dan Oggy.Terima kasih juga housemate ku sayang Mar sebab banyak membantu.(Mar aku ikhlas ni tapi nak crypt..Hehehe.)
Boleh tak nak cakap terima kasih kepada diri sendiri?Haha.Terima kasih juga pengntin lelaki yang turun pasar beli ayam dan sayur-sayur.Haruslah anda keluar peluh.Ini majlis anda.Kan.....
Ini pula gulai yang dimakan dengan pulut kuning.Kami orang Terengganu panggil nasi kunyit.Ada orang panggil kari lauk ni.Tapi kalau aku,panggil gulai nasi kunyit.KLIK sini untuk resepi.
Baru aku tahu kenapa mereka panggil pulut kuning sebab mereka tak rendam beras dengan kunyit.Kami panggil nasi kunyit sebab beras kami rendam dengan kunyit.Tak ku sangka tak ku duga.
Sesi yang paling memerlukan kesabaran tahap batas-batas kesabaran.Menghias pulut kuning ini.Aku bukanlah orang seni.Dan ini kali pertama kot aku buat.Adoii.Dah laa majlis orang.Memandai-mandai je.Maaflah pengantin.Saya bukan orang pro.
Ni bahagian semua orang malas.Basuh periuk belanga.Aku minta Oggy basuh.Oggy dah tayang muka penat.Akhirnya aku juga yang rewang.Aku patut panggil pengantin hari tu basuh.Sepatutnya.Kan..Kata rewang..
Dan sepatutnya aku pun kena datang awal untuk tengok pelamin ni dipasang.Tapi sebab aku sangatlah lambat siapkan pulut kuning,sampai-sampai je semua dah siap.Alhamdulillah.Ramai kawan-kawan turun padang.Macam mana nak datang awal.Ingatkan akad nikah siap awal.Sekali pukul 2.30 petang baru sampai rumah.Ingat pukul 12 tengah hari dah siap.Tak apalah.Mereka ada.
Gambar masa beli bunga dan beli kain dan upah jahit tempat duduk pengantin tiada.Sebab masing-masing dah penat.Yang tinggal aku dengan Nad je.Berpusing-pusing fikir nak buat pelamin.Sekali beli kain tudung,jahit empat segi.Pergi cari renda.Terus upah arab jahit.Asal-asal nak minta tolong kawan-kawan jahit.Tapi semua orang ada kelas kot.
Ni Ulum.Walid (pegawai MARA timur tengah Ustaz Isahak) ini bukti yang Ulum ubah dan gubah balik bunga rumah Walid.Hehehe.Baru perasan dinding tu pun warna macam kuning-kuning oren ehh...
Ni pula Ella(baju merah) dari team buat kek.Lawa ok kek kahwin mereka.Dan itu Hanum ketua teknikal untuk majlis ini.
Yaa..Itu dia kek kahwin mereka.Lawa kan.Siapa kata budak medik sibuk tak ada masa masak.Tak masuk dapur.Hari ini kami membuktikan.Buka kedai kek pun mampu ni.Haha.Ini Zatie.Bersama Zatie ada Nik,Ella,Jaja,Dayah dan Liyana dari team buat kek.
Maaf tuan punya gambar saya mengambil tanpa kebenaran gambar anda.
Aku pun nak minta maaf,jika ada yang terasa dan terguris hati sepanjang aku terlibat dalam urusan bersama korang.Yang bila mana korang berkata-kata dengan aku dan aku tidak menjawab.Ketahuilah aku tak maksudkannya.Tak sempat nak fikir soalan korang.Tak dapat dicernakan otak.(Pukul 11 malam tidur,pukul 3 pagi bangun masak.Dan tak tidur sampailah majlis selesai.)Harap dimaafkan.Ecah minta maaf Walid.Tak sempat nak fikir soalan Walid.Hehe..Maaf...
p/s:Kalau ada lagi yang nak kahwin dan buat majlis di sini sila bagi tahu awal-awal sikit.Kesian dekat mereka yang terlibat.
sedap sgt pulut n gulai tue..
ReplyDeletenak try buat larh nnti..
buat laa ella.jgn lupa jiran2....hehe....
Deletewaah. ber-bekwoh semuanya. bagus
ReplyDeletejannah nanti nak berbekwoh jgn lupa ajak...tapi xnak basuh pinggan....haha..
Deletesorry,,aku dah hypoglycaemic arituh..
ReplyDeletepatut suh basuh pas dpt nasik KSP tu kan..hahahaha
haha...lps dpt nasi jew..muka segar bugar..kemain lagi posing depan cam...makcik..sebenr nye td nak pinjam gunting..nak ptg rmbt....
Deletetq for 'air org bujang'..haha