nuffnang ads

Thursday, 5 July 2012

Berakhirnya kelas perubatan sukan

Hari ini berakhirlah kelas perubatan sukan dengan jayanya.Iaitu kelas elektif pertama untuk semester ini.Ada lagi satu elektif dan kemudiannya akan tiba giliran demam peperiksaan serentak dengan ramadhan yang bakal tiba.
CopyofDSCN4054

Semalam adalah sejarah.Sejarah yang kadang-kadang tak terfikir di akal untuk melakarkannya.Walau aku tahu,aku tidak mampu dan hakikatnya sungguh berat,tapi Allah lebih tahu.Mungkin itu yang terbaik.Walaupun hati keras menyangkal apa yang dikatakan mulut.Ohh ya Allah...

CopyofDSCN4038 

 Macam tahu-tahu je ramadhan tahun ke lima aku di sini tahun ini bersamaan waktu peperiksaan sama seperti 5 tahun lalu.Ketika aku menduduki SPM masa tingkatan lima.Tingkatan 5 pada 5 tahun lepas,aku menjawab peperiksaan dengan air mahal.Dan sekali lagi tahun ni,tahun ke lima aku di sini.Siapa sangka perkara yang pertama kali berlaku dalam hidup aku dulu berulang lagi.Haha.Berhantu sungguh nombor LIMA ni.Kalau jadi LIMO bagus juga.Haha.

CopyofDSCN4049 

Panjang laa pula mukadimah.Gambar-gambar diatas diambil pada hari aku gosok baju bukan main lagi,tapi p kelas LIMA MINIT saja.Gara-gara datang lambat.Yang penting kedatangan di ambil.Ye dok??

CopyofDSCN4045

Hari ni aku ada peperiksaan.Pesanan doktor datang pukul 9 pagi.Pukul 9.05 akan bermula peperiksaan.Tapi macam biasa pukul 9.30 baru mula.

Pesanan doktor setelah kertas peperiksaan diedarkan:

CopyofDSCN4071
Gaya jawab exam dengan kusyuk.

"Cheating well!"

"Don't cheat wrong answer!"

"Focus on cheating!"

CopyofDSCN4080
Contoh-contoh peniruan yang dibenarkan.Huhu.Bukan setakat bincang tapi..Buka buku siap.

Tengok..Doktor bagi kebenaran meniru tu.Haha..Mana nak cari...Kami je dapat ok.

CopyofDSCN4079
Perbincangan hangat sementara doktor keluar.

CopyofDSCN4087
Dari satu sudut lagi.

Setelah habis masa exam.Konon-kononnya sejam.Tapi 30 minit dah siap jawab.Doktor masuk dan bertanya:

"Do you cheat well??"

Hahaha.Amacam.Begitulah berakhirnya peperiksaan perubatan sukan.

Lepas tu ada exam praktikal dengan alatan-alatan.Aku ingatkan bertulis.Sekali lisan ok.LISAN.

CopyofDSCN4090
Sila abaikan tulisan doktor itu.Huhu.

Sementara menunggu giliran masuk.Kami sembang-sembang dengan seorang doktor lelaki yang ada gambar dia di atas sana.Banyak dia tanya pasal macam mana kami sahur,makan apa,buka puasa makan apa,apa makanan yang istimewa masa puasa.Macam mana sambut raya haji dan aidilfitri.

Dan bla bla bla.Sekali kami tanya dia.Apa yang orang sini buat masa ramadhan.Apa yang istimewa.Dia pun cerita pasal bazar,pasal makanan.Pasal kurma.Tapi akhir-akhir...Tahu doktor tu cakap apa??

"I'm christian."

Ok fine.Terdiam sejenak.Tak sangka kot dia non muslim.Macam semangat sangat nak tahukan.Tak ku sangka tak ku duga.
CopyofDSCN4074
Sila jangan percaya dengan muka konon-konon kusyuk baca soalan.Aku dah bentak-bentak bosan dah masa tu.Dan buku di bawah kertas soalan itu..Buku nota kot.Tapi tak buka buku ok tiru.

Soalan exam lisan.Senang dan sangat susah.Yang senang Alhamdulillah maksudnya memang boleh jawab.Yang tak boleh jawab.Haha.Dengan badak slumber aku jawab:

Doc: "What type of electric wave we give for muscle stimulation?"

Aku: "I don't understand your question." (cara paling mudah nak selamat tak perlu jawab.Haha)

Doc: "Type of electric wave???"

Aku: "I'm sorry doctor.I don't know."(lalala.Muka tak bersalah)

Doc: "I mention in class right?"

Aku: Alamak kantoi.Kantoi.."Faradic?"

Doc: "Galvanic!"

Aku: "ohh.." (Nampak sangat p kelas.Jasad je dalam kelas.Fikiran melayang-layang.Huhu)

Sekian.Kelas perubatan sukan.Nanti kelas bersama bayi-bayi pula.

p/s: Pengantin baru tanya aku."Ecah,kenapa muka macam tu?Ecah nangis ke?"..Huhu.."Err tak adalah.Peluh peluh..."Adoii...Pesanan dari housemate.Jangan tunjuk perasaan di khalyak ramai.Hahaha...(ketawa di luar.Di dalam??)

No comments:

Post a Comment