nuffnang ads

Friday, 20 July 2012

Puasa diperantauan..

Tajuk macam poyo pula.Macam kali pertama puasa diperantauan.Huhu.

Salam ramadhan.Semoga ramadhan kali ini membawa seribu erti buat kita semua umat Islam.Ramadhan kareem..

wehgf

Ni gambar aku ambil di Gamek Ibrahem dekat kawasan rumah aku.Tapi tahun lepas punya versi laa.Penuh ok orang solat terawih.Open air siap.Ni pun aku baru je balik.Meriahnya solat terawih kat sini mengalahkan Jalan Banggol dan Pasar Kedai Payang orang shopping raya.

Tapi sini habis solat terawihnya lambat laa dari tempat lain.Lepas Isyak dalam pukul 8.40 malam dan bersambung sehingga 11.15 tadi aku balik.Satu juzuk dengan 8 rakaat.Best.Tak rasa lama pun.Panas pun tidak.Tepi pantai kot.

CopyofDSCN4649
Pra sahur.Makan sushi hasil tangan makcik Mar.

Sebenarnya tak jangka pun puasa bermula Jumaat.Malaysia puasa Sabtu kot.Huhu.Kalau Malaysia puasa 30 hari tahun ni,aku puasa 31 hari laa kiranya?Waa..Tak aci tu...

Dugaan juga puasa-puasa ni.Nak baca buku,nak masak,nak exam.Sila SEDAR DIRI ecah.Esok kau exam kot.gatal p update blog.Masak pula dua kali.Sahur dengan berbuka.Kan sekali harung boleh,tapi kena rajin panaskan.Nantikan ada orang sahur nasi basi.

CopyofDSCN4660
Makanan sahur tadi.Farah masak semalam.

Korang ada baca berita pasal rumah budak-budak engineering dekat Iowa,Ames USA terbakar?Huhu.Itulah rumah adik aku angah.Habis semua hangus katanya.Alhamdulillah lah tiada kemalangan jiwa.Semua selamat.Tapi mereka tinggal sehelai sepinggang.Semua hangus.Baju,buku,laptop,dokumen penting dan alatan lain.Termenung semua orang memikirkan kos ONGKOSnya.

Apa tindakan kerajaan Terengganu untuk warga Terengganu yang terlibat.Mestilah aku tanya Terengganu sebab aku orang Terengganu.Dengar katanya berdiam diri lagi setakat ini.Ada 4 orang antara pelajar yang terlibat itu adalah warga Terengganu.Negeri yang terkenal sebagai mengutamakan pelajaran.

Setakat ini hanya MARA yang dengar-dengar ceritanya mengambil langkah membantu pelajar.Itu pun pelajar tajaan MARA sahaja.Iaitu 5 orang.Setakat ini,itulah yang aku dengar.Semoga mereka semua tabah dengan musibah yang menimpa.

Klik SINI IOWA,AMES untuk baca berkenaan tragedi tersebut.

CopyofDSCN4662
Ni makanan buka puasa tadi.Alhamdulillah.Dah berjaya menunaikan puasa sehari dari sebulan ramadhan.Ni makcik Mar masak nasi kerabu.Esok baru giliran aku.Nak masak apa yaa??

Angah pun dah tak semangat nak duduk Malaysia.Yelah mana sama kita berada sendiri di sana uruskan hal kita dengan orang lain uruskan.Tapi mama aku cakap, "Alhamdulillah laa angah balik.Kalau tak entah macam mana laa mama bimbang.".Huhu.Silap-silap mak aku p US kan.Haha...

Semua adik-adik aku ada dekat rumah kecuali aku.Gegege...Dah laa pagi tadi angah hantar gambar diaorang duk makan jagung rebus.Semua ada kecuali ALONG.

Tak apa nanti raya pertama cukup semua orang insyaAllah.

Ok dah nak p baca buku.Esok exam neonatalogy.

1 comment:

  1. selamat berpuasa...add..fadaraj@gmail.com..facebook sy

    ReplyDelete