nuffnang ads

Sunday, 15 July 2012

Pendalaman Mesir.Situasinya??(BHGN 2)

Ok kita sambung lagi...

Kami meneruskan perjalanan.Dari satu kampung ke kampung yang seterusnya.Hari semakin redup,tapi peluh menitis macam mandi.Bau kami dengan keldai tu mungkin lebih kurang sama saja.

CopyofDSCN4214

Yang gagah perkasa pun kelihatan semakin layu.Haha.Mungkin mereka belum makan.Lepas solat Jumaat terus gerak ke sini.Muka dah tak mampu nak senyum memandang kamera.

CopyofDSCN4243

Berapa buah kampung yang dilalui.Akhirnya kami mengambil keputusan berpecah kepada dua kumpulan.Kerana hari makin gelap,dan masih 100 bungkusan berbaki yang belum sampai ke tangan mereka yang sepatutnya.

CopyofDSCN4267

Antara kampung yang kami lewati adalah 12 bungkusan di el-3eshrin , 15 bungkusan di Rizqah, 17 bungkusan di Nabrawiyah, 15 bungkusan di el-3aly, 15 bungkusan diBoulin, 4 bungkusan di El-emara, 8 bungkusan di Ratama, 10 bungkusan di Hanafy, 2 bungkusan di El-banun, 20 bungkusan di El-hayyeby, 16 bungkusan di El-Khaleel,and 16 bungkusan di El-Hamra.

CopyofDSCN4250
Ramai betul peminat Syaz.

Menyambung cerita adik tu.Aku "Akak pun pernah je hidup macam tu.Mesti awak tak percayakan?" "Betul ke akak?Ceritalah.Ceritalah." "Dulu zaman akak kecil-kecil,tak ada laa kecil sangat pun,rumah akak berlantaikan tanah juga apa.Tapi sekarang Alhamdulillah.Akak berada di sini juga.Tak ada orang pun nak menghulurkan bantuan.Haha.Akak tak layak mungkin." "Ohh akak tak pernah terima bantuan mana-mana ke?" "Ada.Biasiswa MARA satu-satunya bantuan yang akak pernah terima." "Ohh'

Perbualan itu lebih mendalam.Tapi biarlah ia menjadi rahsia kehidupan.Huhu.Allah.Allah.Alhamdulillah atas segala nikmat yang Kau berikan kepada kami.

252619_4017097519315_1926677483_n
Aku pun ada peminat juga apa.Haha.

Menjelang maghrib,urusan pengagihan masih belum dilunaskan.Berjalan kami dalam kegelapan.Masa tu semua dah terhoyong hayang.Penat mungkin.Memang penat.Dalam hati mendoakan bungkusan ini cepat-cepat habis diagihkan.


CopyofDSCN4279
Bergambar di hadapan masjid yang masih dalam pembinaan.

Antara mereka yang terlibat ialah ahli Yalla  Erfan ,Nadzirah, Ruziyati,Faiz Abas, Fatimah,Hasif.Dan sukarelawan terdiri daripada Syazwan,Nasrul,Fadhil, Ain , dan Kak Nawwar.

CopyofDSCN4291
Berpecah kepada dua kumpulan sekali lagi.

Tugas terakhir kami pada hari itu ialah mengagihkan 20 bungkusan kepada mereka.Kemudian kami menaiki van dan bertemu kumpulan yang lagi satu berhampiran rumah imam yang menguruskan urusan pembahagian ini.

CopyofDSCN4293
Malam melabuhkan tirai.

Alhamdulillah semua urusan selesai.Kami bersolat maghrib di rumah seorang syeikh.Aku pun lupa nama syeikh tu.Dan kami dijamu dengan....

CopyofDSCN4320

Makanan yang memenuhi meja makan.Arab kalau makan memang banyak.Huhu.Tengok makanan yang memenuhi meja pun aku seriau.Ni kalau tak habis kena paksa makan ni,satu kerja pula nanti.

CopyofDSCN4308

Memang sah-sah tak habis.Nasib baiklaa tak kena paksa habiskan.Huhu.Selepas makan,kami dipelawa minum teh dan bersolat Isyak.Lepas minum teh,minum air bergas lagi.Waa..Masa ni aku dah tolak dah.Dah tak boleh masuk.Sah-sah kena marah.Kena tanya siap kenapa tak ambil.

CopyofDSCN4321
Tuan rumah.

Dalam pukul 10 ++ malam kami bergerak pulang.Tapi aku rasa macam dalam pukul 11 malam je.Aku sampai di rumah dengan selamat pada jam 12 malam.

CopyofDSCN4323
Ini petandanya tangki dah hampir penuh ni.

Terima kasih kepada semua yang menceriakan hari aku.Mencalit pengalaman dalam kehidupan.Erti hidup dengan memberi.Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

p/s: Al Fatihah untuk arwah ibu Ainul (budak batch aku) yang meninggal dunia jam 9 malam semalam waktu Malaysia.Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin.Semoga Ainul sekeluarga kuat.

No comments:

Post a Comment