nuffnang ads

Saturday, 14 July 2012

Pendalaman Mesir.Situasinya??(BHGN 1)

Jumaat lepas yang lepas.Seperti mana gambar,pada 6/7 yang lalu,Alhamdulillah.Aku diberi kesempatan untuk sama turun ke Kafr El Dawr (dalam internet bandar ok).Seronok sangat..Terima kasih kepada Yayasan Yalla kerana sudi mengajak aku sekali lagi.

CopyofDSCN4107
Lori yang digunakan untuk mengangkut barang sumbangan.

Kami berkumpul di asrama pada pukul 2 petang (laa sangat.Haha).Bergerak dengan menaiki sebuah trumco (van) dan sebuah lori yang membawa 150 plastik barang sumbangan untuk keluarga yang disenaraikan.

CopyofDSCN4116
Kerja-kerja mengecop Al Quran yang disumbangkan seseorang dan buku kecil ini.

Kafr El Dawr merupakan sebuah bandar berdekatan Alexandria.Perjalanan ke sana memakan masa hampir satu jam.Tapi satu jam yang berlalu tak terasa pun.Kerana disajikan pemandangan yang belum pernah menjamu mata.

CopyofDSCN4132

Ini merupakan sumber air yang digunakan penduduk untuk membasuh pakaian,alatan memasak dan juga membasuh makanan.Termasuklah membasuh beras.Tapi ada je rumah yang ada sistem air paip.Ke air dari tempat ini yang dipam.Aku tak pasti.

CopyofDSCN4138
Berjalan dari rumah ke rumah di bawah terik mentari.

Kami tiba di kawasan ini pada waktu asar.Bangunan yang belum siap seperti gambar di atas merupakan masjid yang masih dalam pembinaan.Asal-asalnya nak berhenti solat di sini.Tapi tiada air untuk berwudhuk.Huhu.

CopyofDSCN4141
Pengangkutan utama.

Jadi kami mengagihkan barang sumbangan untuk mereka yang layak di kawasan ini dahulu sebelum meneruskan ke destinasi seterusnya.

CopyofDSCN4152
Keldai di luar rumah.Memang ada yang memelihara di dalam rumah.


CopyofDSCN4153
Meneruskan matlamat yang satu.

Sebelum meneruskan misi,seorang dari kami memberikan taklimat ringkas tentang program ini dan mengharapakan kami semua membetulkan balik niat kenapa kami turut serta dalam program ini.Tu dia bakal pewaris Yayasan Yalla tahun depan.Hehe..

CopyofDSCN4176
Seorang lelaki tua di pondok itu.

CopyofDSCN4180
Bergambar sebelum menunaikan solat asar.
(Fatimah,Nadzirah,aku,Kak Nawar dan Ruziyati)

Setelah selesai sebahagian urusan pengagihan,kami berhenti solat di masjid ini.Masjid ini mewah dengan kipasnya.Masjid baru mungkin.

CopyofDSCN4184
Ini berudu ye kawan-kawan.Bukan anak ikan seperti yang aku uar uar kan.Huhu..

Sekali lagi aku ditipu oleh spesis anak katak ini.Dulu zaman aku kecil-kecil,aku tangkap anak katak ini dekat kampung mak aku warnanya hitam.Jadi dalam memori aku anak katak warna hitam.

Balik kampung bapak aku,aku tangkap anak katak warnanya kelabu.Aku ingatkan anak ikan.Bela laa aku anak katak.Tapi makin hari 'anak ikan' aku tu makin kurang.Sekali,siapa entah tanya "Buat apa bela anak budu tu?" Ok fine.Bandar sangat laa aku ni.Anak ikan dengan anak katak pun tak kenal.

CopyofDSCN4190

Sudah solat tu,kami pun nak teruskan perjalanan.Sekali...Ok van rosak.Bateri ke apa hal masalahnya.Marilah kita pakat-pakat tolak van ok.Bagus...

CopyofDSCN4193
Wajah-wajah mereka yang ceria.

CopyofDSCN4201
Wajah-wajah kita yang gembira.

CopyofDSCN4206 
Penyerahan barang sumbangan dari rumah ke rumah.

Hari tu,masa program yang sebelum ini kami buat pengagihan dekat masjid.Rasa macam tak mencabar je kan.Angkut-angkut barang lepas tu edar-edarkan.Konon macam,tak best laa macam tu.Sekali bila dapat peluang mari berjalan rumah ke rumah.Baru tahu apa itu BEST..Mental kena mantap kot.Musim panas ok sekarang.

CopyofDSCN4212
Singki mereka.

Setiap keluarga menerima 5 kilo beras,2 kilo spaghetti,1 kilo makarona,1 buah Al Quran dan 1 buah kitab.Mungkin bagi kita kecil,tapi bagi mereka sangat bermakna.

CopyofDSCN4225
Sila abaikan makhluk di atas.

Mereka hidup berdindingkan batu bata dan berlantaikan tanah.Ada dikalangan kami yang tak mampu bayangkan kehidupan mereka.

Ada adik ni berkata "Saya rasa bersyukur sangat dengan kehidupan saya.Jauh bezanya.Saya tak dapat bayangkan macam mana kehidupan mereka.Saya kalau nak apa-apa cepat atau lambat je bezanya.Memang akan dapat."

CopyofDSCN4226
Ni bukan rumah orang.Ini adalah tempat diaorang bakar roti kot.Kot laa...Adoii lupa daa...

CopyofDSCN4241
Budak yang comel.Meh ikut akak balik mahu??

p/s:Bersambung laa nanti....

No comments:

Post a Comment