nuffnang ads

Monday, 26 March 2012

Sushi

Semalamkan semalamkan ada orang belanja aku makan sushi.

Nilah orang yang belanja aku makan.Mangsa pengepauan.Haha.

Kononnya pergi sambut hari lahir aku.Tapi tak ada kek pun(masih menunggu black forest choc cake..).Kalau ada kek semalam kompem aku muntah.Haha.

Sepatutnya farah p sekali dengan kami.Tapi Farah ada assignment pula.


Service teruk gila.Dekat sejam kot baru menu atas ni sampai.Lembap ok.Dah tau hari Ahad kau buat promosi kan,kau ambillah pekerja sambilan.Sudahnya azan maghrib baru kami dapat order. 


Ngap ngap ngap.Kejap je dah habis.Ada orang twet dekat twitter 'sushi adalah makan nasi kepal yang baru keluar dari peti sejuk'.


Semalam bayar satu kepala LE 150 dan makan sebanyak mana anda mahu.Huhu.Sangat pandai.Bunyi macam berbaloi-baloi tapi sebenarnya tidak.Huhu.Sebab habis je yang pertama tu terus dah kenyang.Masuk hidangan kedua,aku masih berusaha,Mar dah buat gaya nak keluar semula dah segala makanan tu.

Tengok beza Mar punya bekas dengan aku punya.Makcik tu tak sentuh langsung kot.

Dalam banyak-banyak ni je kot yang paling sedap.

Ni bukan cari apa yang patut diorder lagi,tapi tengah kire dah sampai LE 300 belum kami makan.Kenalah berbaloi betul tak?Sekurang-kurangnya kena makan sampai LE 300 kan.

Akhirnya bekas ini kosong setelah ditapau secara seludup.Polisi kedai ni tak boleh tapau.Sebab ada tapaukan makanan untuk Farah aku dengan muka tak ada effect nya tapau sendiri.Boleh??


No comments:

Post a Comment