Versi ILuvIslam: "Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
Versi Aku: "Adik-adik cakap je nak apa,semua dapat.Aku kena marah ada!"
Versi ILuvIslam: "Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
Versi Aku: "Kenapa adik A dapat hanphone?Baru darjah enam.Aku dulu tingkatan tiga baru dapat kot!Dan sememangnya aku beli latop pakai duit biasiswa."
Versi ILuvIslam: " Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
Versi Aku: "Dulu aku jalan kaki je p sekolah,p ngaji sekarang adik-adik bukan main lagi ehh berhantar berambil"
Versi ILuvIslam: "Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
Versi Aku: "Sampai hati ayah,topupkan untuk adik.Aku dulu ikat perut kot nak topup.Kredit orang aku tak boleh guna.Kredit aku senang-senang orang guna.Serius tak puas hati"
Versi ILuvIslam: "Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
Versi aku: "Menyampah aku dengan adik D,mama asyik picitkan kepala dia.Pening sikit je kot.Aku dulu mama cakap biar sakit-sakit laa.Huhu"
Versi ILuvIslam: "Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Versi aku: "Tak ada bezanya,mama masak semua je aku suka.Haha.Lagi pun semua adik=adik aku suka benda sama je kot dengan aku."
Versi ILuvIslam: "Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
Versi Aku: "Oleh sebab aku tak tunang dan kahwin lagi,dan disebabkan semua untung adik.Apa salahnya aku kahwin dan tunang nanti buat besar-besar untuk compensate balik yang sebelum ini?Kannnn???Haha"
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?
Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.
Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?
Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?

Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

Apa pun aku sayang keluarga aku.Dulu zaman kecil-kecil rasa je macam tu.Sekarang tak pun.Haha.Tapi jadi anak sulung memang best.Kita terokai sendiri hidup kita.Lebih pahit,dan teramat manis bila dikenang.
Memang betul apa yang dikata.Zaman tu ekonomi tak stabil.Adik-adik ramai lagi.Mak dengan ayah pun baru nak mulakan hidup.Mereka pun baru bertatih dalam realiti kehidupan berkeluarga.Macam-macam mereka baru nak lengkapkan dalam hidup.Kalau dulu tidak begitu,manakan kita akan dapat seperti sekarang.
Sebenarnya ibu bapa tidak membezakan anak-anak mereka.Kita je terlebih sensitif.Haha.Tak gitu ehh.Belum jadi ibu bapa.Jadi perasaan itu belum mendalam.

Amacam angah?Acik?Kakak?Abang?Adik?Jeles dengan anak sulung?Haha....
Artikel iluvislam.com klik sini untuk baca lebih lanjut
Atas teguran sahabat,tajuk entry telah ditukar....
Atas teguran sahabat,tajuk entry telah ditukar....
No comments:
Post a Comment