nuffnang ads

Monday, 26 March 2012

Hari sukan PERUBATAN

Hari Jumaat lepas ada sukan PERUBATAN dekat Zagazig untuk akhawat (perempuan).


Kami bertolak 2 buah bas dari asrama MARA pada pukul 8 pagi.Kalau ikutkan jadualnya sepatutnya bertolak jam 7 pagi.Disebabkan manusia itu tidak memahami erti 'Demi masa'.(sedangkan Allah bersumpah demi masa),maka perjalanan kami ditunda satu jam.Kesian pihak pengurusan.Lagi kesian sebab ada yang batalkan penyertaan sewaktu bas dah nak bertolak.Tak ada moral betul.Bayaran yang dikenakan murah je LE 30 untuk pengangkutan pergi dan balik.

Setelah 3 jam berada dalam bas,akhirnya aku menjejakkan kaki ke Zagazig untuk kali kedua.Kali pertama tdatang sini lagi lama masa diambil.Biasalah petang khamis esok jumaat cuti.Insaf-insaf.(Sesungguhnya Zagazig tidak menarik.Haha)

Sampai-sampai kenalah tengok peta dulu.

Futsal.

Haruslah memakai baju mengikut warna negeri sukan anda.

Macam-macam gerai ada.Tu je sebenarnya tujuan utama membe aku datang sini.Bukan nak tengok sukan.Nak makan.Haha.
Jualan baju yang mana hasil jualan akan disumbangkan kepada tabung Palestin.

Tak baik makan berdiri.Isk isk.


Ni semua muka datang makan.Bukan datang menyokong sangat.tengok makanan dah tau...
 
Maskot kami,bird tak berapa nak angry.

Bola keranjang,fire ball (apa namanya dalam bahasa melayu??),balapan dan pasukan tarik tali yang menjadi johan.Semua game aku tengok kecuali indoor je tidak.


Persembahan mengikut muhafazah.

Sesi pembahagian medal,piala,dan sewaktu dengannya.Cepatlah habis,dah penat ni.Sampai rumah pukul 3 pagi.Terima kasih musyrif yang sedia memberikan khidmat.

Tahniah Alex kerana mendapat tempat kedua juara keseluruhan.Tahniah Cairo sebagai juara keseluruhan.

"whenever u win,say 'alhamdulillah'.
n whenever u loose,say 'alhamdulillah'.
because we are all muslim. and muslim is always a WINNER!"
-dr.usama-


Aku pulang dengan senyuman membawa keropok lekor dari tanah tumpah darah tercinta khasnya,dan keropok keping dan macam-macam adoo...Terima kasih kawan.Sayang lebih laa...Haha..

No comments:

Post a Comment