nuffnang ads

Sunday, 27 May 2012

Sayur lemak tauge

Hari itu saya dapat tauge?Ke taugeh?Kalau aku,aku panggil dia CAMBOH..Huhu...

Teringat zaman sekolah masa darjah dua,cikgu suruh lukis gambar sayur kegemaran.Lukis gambar petola.Tulis nama dia TENEI...Huahua...Aku tak tahu pun orang panggil petola.Haha.Tenei pun tenei laa....

Bahan-bahannya:

Tauge yang dah dibuang ekornya
2 labu bawang merah kisar
1 biji bawang putih kisar
1 biji lada hidup
1 biji ubi keledek dipotong kecil (tak masukkan pun.Malas nak p pasar)
1 ekor ikan kembong yang telah direbus dan dibuang tulang dan kemudiannya dikisar
Keropok keping
Santan ataupun susu (aku guna susu.Santan kekurangan stok)
Garam gula
Photobucket
Cara-caranya:

  • Masukkan air sedikit ke dalam periuk.
  • Masukkan bawang kisar,tauge,lada yang telah dipotong dan ikan yang telah dikisar
  • Kemudian masukkan santan dan juga keropok keping.
  • Tambah garam dan gula.Bila keropok dah agak-agak kembang (waa jangan kembang sgt.Tak sedap).Tutup api.Dan siap.

Kenapa cup cake??

Emm..Hari tu ada orang tanya kenapa aku buat kek pisang dalam cup cake tu.Huhu.Tak nampak sangat ehh macam kek pisang.
CopyofDSCN2510
Ini kek buah.

Al kisah dan al sebabnya kerana Yayasan Yalla mengadakan acara membeli sambil beramal untuk menjayakan hari....
Photobucket

Jadi mereka nak kumpul laa duit untuk menjayakan program ni dengan mengadakan....

Photobucket

Nak sumbangkan tenaga pada hari itu belum tentu mampu.Jadi aku pun ikut laa budak-budak ni buat cup cake untuk jualan amal.Tak sabar tunggu lusa.Kalau sempat boleh p kot.Dengar cerita bakal ada 120 orang anak yatim yang akan hadir.Hanya 90 orang sahaja yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir.Ni hasil sembang dengan orang kuat Yalla ni makcik Oggy.

Photobucket
Aku buat dua jenis je cup cake ni.Tak ada topping kira jadi muffin laa?Tak jadi cup cake?Huhuhu..Ada yang rajin buat sampai beratus biji kot.Bagus-bagus.Aku suka...

Inilah hasil terakhir.Hai orang-orang Yalla.Tabung bila mahu kasi balik???Huhuhu..

Untuk program nanti juga,pelajar-pelajar boleh menyumbangkan permainan ke buku ke atau tenaga untuk menjayakan program pada hari tersebut.

Yalla melancarkan pula kempem...
Photobucket

Mari menyokong aktiviti masyarakat....Banyak rupanya mainan aku.....Macam budak tadika....Baru tahu selepas menyelongkar segala macam harta karun..Huhu....

Photobucket

Friday, 25 May 2012

Maksud nama saya

Tetiba je kan nak tulis pasal maksud nama sendiri.Hehe.Ni semua gara-gara ada orang tolong terjemahkan nama NURAINI..Hehe..

AISYAH= Hidup bahagia

NURAINI=Cahaya mataku

Patut laa hidup aku aku rasa bahagia je.Sebab dah hari-hari orang doakan macam tu.

Dulu masa kecil-kecil orang selalu cakap nama aku tak ada maksud.Aisyah tu isteri nabi.Sampai sudah aku ingat betul-betul tak ada maksud.Tahun ke berapa aku berada di mesir baru aku tahu maksud nama aku.Tu pun bila kawan aku tanyakan maksud nama anak dia yang bakal lahir masa tu.

Nuraini 1 dan Nuraini 3.

Hehe.Jangan gatal-gatal panggil aku nuraini ehh..Tak suka.Aku bukan anak korang.Haha..

Betapa CANGGIH nya nama adik beradik perempuan aku sampaikan cikgu boleh tahu kami adik beradik.Walaupun adik aku tu sekolah tak sama dengan aku.Tapi cikgu tu pernah mengajar aku laa.

AISYAH NURAINI

AFIQAH NURAINI

ASMIAH NURAINI

Tengok tukar TIGA HURUF saja kot.

Nuraini 2 dan Nuraini 4.Haha.

Ni nak cerita NURAINI ke empat dalam adik beradik aku.Hehe..

Adik laki aku nama dia AHMAD.Masa sekolah tadika dulu cikgu tanya dia nama dia apa.Dia pun bantai cakap nama dia AHMAD NURAINI.Haha.Cikgu tanya kenapa pula nama awak ada nuraini??Dia jawab 'Sebab adik dengan kakak saya ada nuraini.Saya nak juga Nuraini'..Huhu.Itulah cerita adik aku.Hehehe..

Ahmad 2 dan Ahmad 3.

Bila dah besar sikit adik aku yang ini dia punya loyar buruk makin menjadi-jadi.

Cikgu tanya "Nama awak Ahmad saja ke?"

Adik aku jawab "Tak..Nama saya Ahmad bukan Ahmad SAJA"

Haha..Amacam???Pandaikan adik aku.Huhuhu.....

Thursday, 24 May 2012

Aktiviti jumaat

Jumaat lepas ada program Basic Clinical Skill (BCS) untuk budak-budak tahun aku yang nak mantapkan skill.Skill apa?Skill laa apa-apa yang patut.Kehadiran yang dijangka 120 orang..Tapi ada juga yang kasi nama nak datang tapi tak nampak batang hidung mahu pun lubang hidung.Inilah masalahnya.Kesian pihak penganjur.Kan...
Ni tengah tunggu doktor datang.Macam biasa janji arab.Pukul 8.30 akan jadi pukl 9 kan.Janji melayu pun sama juga.


Bahagian pertama belajar macam mana beromantis dari belakang dan sisi.Haha..Ni dapat pakcik a.k.a patung yang terlekat (chocking).Lepas tu belajar laa cara-caranya.Dan juga belajar jenis-jenis suntikan.Yang semestinya Mar pro adalah IM(intramuscular injection).Dia kan doktor tak bertauliah aku.


Masa aku sakit tu,kena cocok streptomycin.Doktor suruh p farmasi cocok.Aku dengan pandainya buat sendiri dekat rumah.Kata bakal doktor.Apa salahnya praktis kan.Ada lagi satu benda doktor cakap bancuh ubat tu macam ni.Tapi aku buat cara aku.Hehe.Tak boleh cerita.Nanti nampak sangat tak tertauliah.Haha.

Bahagian kedua pula belajar nak buat nasogastroscopy dan catheterization untuk lelaki dan perempuan.

Mula-mula ukur dulu nak masukkan berapa panjang.Dari hidung ke tepi telinga lepas tu ke 2 jari dari pusat.Lepas tu bla bla.Program habis sebaik masuk waktu zohor.Yelah jejaka-jejaka nak p solat jumaatkan.Ada juga prof tunjuk cara nak buat epidural anaesthesia dan lumbar puncture.


Kek pisang choc rice

Lamanya tak menulis.Huhu.Keinginan itu ada..Tapi masa yang tiada.Penat laa musim panas.Balik-balik rumah tersadai..Hehehe...
 photo Picture22798_zps0ae6ee93.jpg

Hari ni nak kongsi resepi kek pisang.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung
1 cawan minyak
1 cawan gula halus
3 biji telur
8 biji pisang
2 sudu baking powder
secubit garam
3 paket esen vanilla
50 gram choc rice

Cara-caranya:

  • Panaskan ketuhar
  • Ayak tepung dan baking powder.
  • Mesin pisang (kalau rajin lenyekkan lah.Aku malas.Tapi jangan tambah air ye)
  • Pukul telur sehingga kembang.
  • Masukkan gula dan minyak.Pukul lagi.
  • Masukkan bahan-bahan ayak (tepung,baking powder,esen vanilla,garam)
  • Pukul rata.Masukkan pisang yang telah di mesin dan choc rice.Dan kacau rata.
  • Bakar pada suhu aku tak tahu.Dapur rumah aku klasik kot.