nuffnang ads

Monday, 17 October 2011

chicken chop black pepper


Bahan-bahannya:

3 ketul ayam.(sebaik-baiknya bahagian peha yang dibuang tulang)
1 inci halia dan 2 ulas bawang putih dicincang
1 sudu sos cili,sos tomato,kicap,dan sos tiram
Setengah sudu serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

Perap ayam bersama bahan-bahan di atas semalaman.Kalau tak sempat sekejap pun cukup
Aku pakai ayam bahagian dada je.Bahagian lain dah habis diguna.
Bakar ayam sehingga masak selama berapa lama aku tak pasti.Korang tengoklah kejap-kejap.Masukkan sedikit minyak ke dalam bekas ayam sebelum bakar.

Bahan-bahan untuk sos:

Campurkan lebihan bahan perapan tadi dengan 1 sudu sos tiram,kicap,dan cili sos.
Masak sekejap bahan-bahan tadi sehingga pekat
Setelah siap tuang di atas ayam.

Tapi tadi aku buat masin sikit.Fail betul.Orang cakap kalau masak masin-masin ni dah nak kawin.Mungkinkah?Huhuhu..



kek coklat

Sebab ada plan besar punya aku sanggup mereka resepi setelah segala usaha untuk mencari resepi gagal kerana membe-membe semua tak ingat resepi.Semua cakap esok-esok aku kasi.Tapi...Aku nak buat hari ini.Kalau hilang karang rasa rajin aku bila la akan datang lagi rasa rajin ini.

Kalau tak jadi aku tak tau.Aku jampi-jampi sket buat ni.Hahahaha...Campur lewat p kelas arabic.Huhuhu...


Bahan-bahannya:

3 biji telur
2 cawan gandum
3/4 cawan serbuk coklat
3 sudu baking powder
secubit garam
1 1/2 cawan gula halus
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
1 cawan air panas
Esen vanilla

Cara-cara:
1)Ayak tepung gandum,serbuk penaik,dan garam
2)Pukul telursehingga kembang.
3)Masukkan gula halus,minyak dan susu segar
4)Masukkan tepung,coklat,esen vanilla dan air panas
5)Gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang

Bakar pada suhu sederhana selama aku pun tak ingat lama mane sebab dah terkocoh-kocoh nak p kelas plak.

Cara bancuh bahan untuk topping seperti pada kotak.Huhuhu...

Berdebar-debar nak start buat ni.Huhuhu

Hancur.Comot gila kot sebab tu aku ambik medic bukan kursus chef.Kan kan kan

Hahaha....Aku memang bukan pakar buat kerje-kerje seni ni.Ni kali kedua aku buat kek yang cerewet ni.Membe punya pasal aku sanggup redah.Dulu aku buat untuk besday membe kuliah aku sorang.Duk bising claim kek besday dia.

Nilah rupa kek masa 1st tyme aku buat.Siap kotak g2.Ada macam p beli kedai tak?Hahaha..
Bahan-bahan untuk hiasan macam korang tengok aku guna ceri merah dan choc rice.

Kreativiti itu penting.Hahaha.Semua kerje-kerje ini dilakukan dalam bilik aku sebab takut besday gurl tahu.




Friday, 14 October 2011

jumaat:sesi baju merah iowa

Ok hari ini dengan semangatnya aku nak pergi swimming.Buang tabiat ke apa ke.Aku taknak jadi itik yang tak pandai berenang ok.Kenapa itik?Sebab...Sebab membe aku iaitu pokcik panggil aku itik ok sebab aku tak pandai berenang.Alkisah masa aku p snorkeling dengan budak-budak kuliah aku raya tahun lepas aku ajak dia sekali join sebab aku dah janji nak keluar dengan dia tapi nak ikut jugak budak-budak ni p snorkeling.Kira sekali harung la kan.Hahaha...Tapi mereka dan mereka ingat aku kapel plak dengan dia ni.Isk isk...



Ok sebab aku nak jadi itik yang pandai berenang aku dengan azam dan iltizamnya bangun awal-awal dan siap lambat-lambat.Sebab aku masak spagheti.Jadi kami (berdua dengan housemate) sampai pukul 9.45 dekat kuliah sukan tu dan waktu tamat latihan plak pukul 10 pagi ok.Maka aku hanya mengadakan sesi duduk dan lihat.Takpe,minggu depan aku berazam akan datang awal lagi dari hari ini dengan harapan aku akan sampai selepas pensyarah situ sampai.Hahahaha....Malas kot nak bangun awal.Kan kan kan...

Pintu masuk kuliah sukan.

Dahlah dah lambat pastu sesat plak tak pasal-pasal kena jalan tiga stesen tram.Huhuhu...Warm up kan.Makin bertambah-tambah lambat lah aku seperti siput babi yang berjalan lambat dan lembap sambil memikirkan dia siput ke babi.Aku ni halal ke haram kata siput babi.Huahuahua..


Padang kat sini.Abaikan aku yang gemuk ok.

Alkisah masa nak tunggu tram tang balik tu,tram plak datang lambat.Aku dengan semangat bergambarnya p kat papan tanda ni.Entah apa papan tanda ni tulis aku pun tak tau.Yang aku tau jurugambar terpijak taik anjing ok.Hahaha..Semangat sangat duk posingnya.

Siap bersila kat rumput tengah-tengah jalan gitu.Mana nak cari masa lagikan nak buat kerja-kerja lebih masa nikan.Hari ini kita pulun dan balun semua.

Tengah dalam perjalanan kami decide nak pergi merantau ke Fathallah kejap untuk menghabiskan genih yang ada.Hahaha.Aku ada plan besar yang datang secara spontan.Apakah plan itu?Tunggu dan nantikan.

Mana sos thai ni.Tak ada ke?


Ni sesi petang selepas asar plak.Aku pergi manshiah untuk cari kain nak buat baju raya haji.Ok semangat tak aku nak raya?Hahaha.Tapi yang sedihnya tak ada yang berkenan di hati.So secara kesimpulannya aku tak akan ada baju baru raya nanti.Sedi tak sedih tak?Takpe minum air tebu jela raya nanti.

Tapi yang tak syoknya aku boleh plak p beli kain cotton ni.Rasa ala-ala lawa di mata.Tapi bila kain ni nak jadi baju aku pun tak tahu la.Yang mereng lagi membe aku boleh plak lelong kain aku ni kat twitter.Dan ada plak membe yang retwet ingat serius nak jual.Adohai basi kain aku.Alang-alang dah basi tu masukkan dalam blog kasi korang jeles.Huhuhu.

 Lepas tu jalan kaki dengan mushrif swasta aku p money exchange dekat mahattah raml.Jauh tu jalan tapi sanggup oleh dek kerana trum lambat cam sipu babi.

Dan mushrif swasta aku belanja aku makan dekat Taberna.Terima kasih pakcik mushrif swasta.Hahaha.Blog aku bukan nama ikan masin ok.Suka suki dia je cakap macam tu.Nampak macam banyak kan?Tapi aku tak makan semua habis ok.3 keping je dari 4 keping.Hahaha..

spagheti sardin

Mungkin sebab dah lama aku cuti masak tetibe je sekarang aku memang gila rajin nak masuk dapur.Pagi-pagi jumaat ni memang perut memerlukan makanan.Apatah lagi hari cuti ni malas nak turun bawah pergi beli makanan.



Bahan-bahannya:

1tin sardin
Pes tomato
1 labu bawang besar
2 ulas bawnag putih
Cendawan (apa apa jenis cendawan je korang boleh masuk) dipotong kecil-kecil
1 biji tomato dicingcang
Oregano
1 paket spagheti
Garam gula secukup rasa

Cara-cara:

Rebus spagheti tapi tunggu air mendidih dulu baru masukkan spagheti.Kemudian tambah sedikit garam dan minyak dalam periuk yang digunakan untuk merebus spageti.
Periuk lain,panaskan minyak dan tumis bawang yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan tomato yang telah dicincang,pes tomato dan sardin.
Tambah sedikit air,masukkan cendawan.
Bila dah hampir masak masukkan oregano

seminggu di O&G

Dah seminggu aku masuk department O&G ni.Apa yang boleh dicakapkan dan dirumuskan bahawa dengan ini saya mengakui bahawa O&G sangat best.Titik.Huhu..Memang syok duk sini doktor-doktor best.Penyampaian kuliah pun menarik.Huhu...Ruginya tahun lepas tak bersama mereka.Takpe tahun ni akan ku manfaatkan sepenuhnya masa dan ruang di sini.HAHAHA


Ha engkau mana nak cari lecturer smoking dalam kelas sambil mengajar.Dah lah kelas tu pasang aircond kot.HUHU...Aku dah lah anti dengan bau rokok (sambil doa janganlah dapat hubby smoker) huh serius pening kepala den.Tapi kat sini memang fenomena biasa merokok di bilik beraircond termasuklah di restoran makanan segera macam di KFC,Mc D dan sewaktu dengannya.Dalam hospital pun boleh smoking ok.Termasuklah dalam flight.HAHAHA.Amacam ada percaya?


Bila dah petang mulalah mata pun layu.Nak dengar doc ngajar pun malas.Tapi alhamdulillah la setakat ni baru ponteng lecture hari khamis tu pun aku g hospital untuk follow up.Hari khamis pagi tu labor ward.Kira kali pertamalah aku masuk sini.Aku sorang jelah yang excited kot orang lain dah biasa.Nak cakap macam in human je labor wad dia.Huhu..Terbuka gila kot.Tapi tak adalah terbuka sangat sebab bukan semua orang boleh masuk kami jelah yang senang-senang keluar masuk.Tapi bagi aku tetap terbuka ok.Yang terbuka tu katil first depan pintu wad tu je.Kalau aku laa......Malu siot kot..Huhuhu...Saya nak kawin dengan doktor lah.Nak suami saya yang sambut baby.Huhuhu..Malu-malu...............Arab ni memang dasyat-dasyat dan kuat-kuat tak ada meleleh macam aku.Sakit sikit pun dah berusung.Huhu..Makcik tu siap berlari sambil pegang bawah perut dia masuk bilik bersalin sebab dah nak terberanak.So orang dekat Malaysia yang banyak komplen tu bersyukurlah anda dengan kemudahan di negara sendiri.

Gambar ehsan google

Terima kasih mama kerana mengandungkan along dan melahirkan along dan membesarkan along sampai sebesar ini dengan segala susah payah.Besarnya pengorbanan seorang IBU EMAK MAMA.Kepada kawan-kawan hargailah ibu anda.Kepada suami-suami hargailah isteri anda.Hargailah orang tersayang sementara mereka masih ada.

Masa clinical round hari tu boleh plak doc panggil nama kawan aku 1229+i.Hahaha...Memang kreatif la doc tu.Serius memang lawak dia menjadi.Nama kawan aku tu Izzati.Samakan dengan 1229+i?Jangan marah-marah ye Izul.Semoga segala urusan anda dipermudahkan dan semoga mendapat haji yang mabrur.

Gambar ehsan google

Gambar diatas ialah partograph.Partogram ialah graph of labor parameters of time & dilatation with alert & action lines to prompt intervention if the curve deviates from expected.Huhuhu..Habis campur english malay.Dalam partograph ni ada maklumat tentang head descend & cervical dilatation.Kalau patient complain dia ni dibiar je time nak bersalin atau ada apa-apa komplikasi partograph nilah digunakan sebagai bukti.Sebab......WOMAN always complaining & a liar.Hahaha..Nilah kata-kata prof aku.Dan partogram adalah excuse untuk HUSBAND kawin lagi.Huh..Tak boleh harap betul.

Kepada kaum adam iaitu lelaki silalah mendalami agama dulu seselum kawin ok. Janganlah kamu menjadi seperti lelaki zaman sekarang.Kesian dekat budak tu baru 23 hari kot.Bapak apalah engkau ni.MasyaAllah apa nak jadi dengan dunia sekarang.

Gambar ehsan google