nuffnang ads

Sunday, 17 June 2012

Potpet Potpet MKU

Walaupun tak habis lagi buku derma dikhatamkan..Tapi tetap ak tulis juga..Nak tulis juga...

Semalam ada malam kembara ukhwah(MKU).Ni acara tahunan batch aku.Tujuan kali ini diadakan majlis ni,untuk mendengar amanat dari walid (pegawai MARA timur tengah) dan sedikit penerangan mengenai majlis graduasi dan grand dinner tahun depan.

CopyofDSCN3358

Apa yang walid nak tekankan adalah berkenaan pencapaian akademik para pelajar yang masih berada di bawah paras 2.0 setelah 5 tahun berada di sini.Nak hantar report nantikan MARA ambil tindakan dekat budak-budak ni.Tak nak hantar report walid pula kena marah.

Permudahkanlah urusan orang lain.Jarang dan ini kali pertama kot dengar walid berkata-kata dengan tegas akan hal ini.Yelah,dah tanda tangan borang perjanjian,memang ada dalam syarat kena p kelas.Kena ambil setiap exam.Result kena atas 3.0.Kenapa ponteng kelas,kenapa tak pergi exam.....

CopyofDSCN3359

Mungkin ada masalah peribadi yang mereka tahu,aku tak tahu.Tapi setiap orang ada masalah kot.Selesaikan masalah dan berhadapanlah.Bukan lari dari masalah.Mungkin ramai yang tak sedar,duit yang masuk tiap-tiap bulan tu amanah dari orang ramai.Yang akan dipersoal jawabkan nanti.(Tiba-tiba aku terfikir pelajar-pelajar yang belajar dengan duit zakat dan tak p kelas tu??Adoii tu macam lagi berat kot...)

Bila elaun masuk lambat.Semua bising..(Sangat-sangat akulah tu.Pantang lambat rasa macam nak hoggeh je atm ABC Bank tu)

Umm itulah komen aku.Mungkin WALID selaku pegawai MARA di sini kena report je kot dekat MARA.Jadi macam tempat adik aku dekat US tu.Pointer bawah 3.0 sila ambil kelas elektif dan menduduki peperiksaan ulangan pada cuti musim panas.Kalau tak buat macam tu,MARA terus je potong elaun musim panas 3 bulan.Amacam ada berani??(Mangsa-mangsanya adik aku sekali laa.Sebab tu balik cuti lambat.Haha)
CopyofDSCN3380

Aku pula yang membebel.Haha.Tak pe aku tahu tak ada orang baca pun.Haha..

Nak komen pasal kebersamaan....Umm...Setelah lima tahun bersama,haruslah kita memperkukuhkan KEBERSAMAAN kita tu.Adakah yang walid maksudkan tentang kehadiran persatuan-persatuan lain yang aku nak sebut nama dia boleh??Kan nantikan ramai pula attack blog aku ni.(PEMES sekejap.)

Antara kata-kata walid

:"Kalau bukan kita yang cakap batch kita baik.Siapa lagi nak cakap batch kita baik.Kenapa kerana perbezaan ideologi(aku tak pasti apakah perkataan yang digunakan ketika ini) kita mengasingkan diri.Mencari orang lain." (Adalah tidak mengikut susunan)

CopyofDSCN3375

Aku pula yang terasa PEDASSS.Dan haruslah bila kita rasa pedas.Kita pun sebut...."PEDASNYA"....Dan ketika itulah MEREKA sebagai pengikut setia kumpulan-kumpulan ini JELING BALIK.Haha.Padam muka aku...Begitulah ye kawan-kawan.

Berpersatuan tak salah.Tapi betulkanlah caranya.(Ni kompem sat lagi makcik MAR kondem aku.Dia ni dulu sebelum kahwin orang kuat persatuan-persatuan)

Ayat MAR: "Biarlah cah.Meraka dah taknak dekat PERUBATAN."

Ayat AKU: "Bagus je aku tengok mereka.Berubah ke arah lebih baik.Alhamdulillah"

CopyofDSCN3368

Kesimpulan untuk majlis graduasi: Sila sediakan duit LE 1000 untuk bayaran majlis.Komen aku kenapa tak guna budak-budak kita je ambil gambar.Ke majlis graduasi tu gambar dia kena ada seni macam mana??Sebab separuh dari belanjawan dihabiskan pada gambar je.Tapi kalau dah majoriti nak macam tu,aku ikut saja.Kita tengok senior nanti.Nilah untung ada senior...

Kesimpulan majilis grand dinner: Sila sediakan duit LE 200 untuk bayaran.Tema dia flora pastel.Kalau putih pastel tak?Haha.Buta warna.Mama..Along nak baju lagi...Hehe...Bab baju-baju ni serahkan dekat mama aku.
Copy2ofDSCN3372
"Pakcik,amacam baju pink tudung merah???Haha."

Kesimpulan besarnya kena buat belanjawan negara bermula bulan 11 tahun ni.Sebab sah-sah elaun untuk sebelum tu habis untuk keperluan dan kehendak semasa je.Huhu....

p/s: aku tak ada orang ajak masuk persatuan-persatuan pun.Hahaha..Ada ustaz yang mengajar Mahad Padang Midin (dah tukar nama kot) cakap."Nanti p mesir tak perlu laa sibuk sangat nak berpersatuan dan tak perlu laa gatal sangat nak KAHWIN" .Ok mati mood untuk ayat terakhir.Ustaz tu belajar mesir juga lettew...

2 comments:

  1. hahaha

    hoggeh tu apa?macam bom kaa??kahkah

    ok.jangan ITCHING sgt nak kahwen,okey.
    DDx: lichen planus.

    :PPPP

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...xtau hoggeh tu apa ehh...t aku demokan yee....

      haha....scabies.....

      Delete