nuffnang ads

Monday, 11 June 2012

Mari melawat Kubu Iskandariah dan Masjid Ibnu Abas

Tajuk asal nak tulis aktiviti jumaat minggu lepas.Macam tiap-tiap jumaat je aktiviti.Untuk makluman datuk datin nenenda dan cucunda sekalian,kami ni cuti hari jumaat sahaja.Oleh hal yang demikian semua aktiviti berlangsung jumaat sahaja.

Kali ini program batch bernama:

CopyofDSCN2967

Janji pukul 6.30.Aku yang keluar pukul 6.45 pun sampai-sampai tak ada orang lagi.Huhu.Ni aku kurang gemar ni.Penat je aku membebel dekat housemate aku.Adoii...Dah lah aku tak kenal Masjid Ibnu Abas.Rupanya masjid lawa yang aku TERniat nak p singgah tiap kali lalu ulang alik p hospital.Cett situ rupanya.

CopyofDSCN2907

Menikmati suasana pagi di tepi pantai sambil melihat nelayan menjual hasil tangkapan mereka.Betul-betul depan hospital aku p tu.Hospital Gumruk.

CopyofDSCN2916

Inilah masjid Ibnu Abas.Masjid yang lawa.Tapi sayang tidak dijaga dengan baik.Seni binanya masyaAllah sangat cantik.

CopyofDSCN2924

Ada 3 biji bangunan yang seakan-akan.Tapi aku tak tahulah pula fungsinya.Aku tahu ambil gambar je.

CopyofDSCN2935

Hari tu Mar nak naik sangatkan benda alah ni.Sekali sampai sini,ambil kau.Gunalah peluang yang ada.Hehe..Saya naik kereta kuda.Kuda putih siap.

CopyofDSCN2936

CopyofDSCN2939

Ada 4 checkpoint yang kena lalui untuk habiskan permainan ni.Laluannya sepanjang dari Masjid Ibnu Abas sehingga ke Qalaah (kubu).Nana yang tengah sarapan pagi dengan nata de coco.

CopyofDSCN2943

Kami hijau.Warna tema kumpulan kami.Antara kumpulan tersikit.Ke memang paling sikit.Hanya 8 orang yang hadir.Sedih tak???Sedih tahu....

CopyofDSCN2956

CopyofDSCN2957

Mereka berusaha!!

CopyofDSCN2973

Terima kasih kepada Jaja dan ahli rumah yang berjaya dengan jaya dan sedapnya membuat cup cakes yang best dan cute dan comel dan sweet untuk kami semua.Comel laa topping pink.Hehe..

CopyofDSCN2979

Lepas buat pengisian jasmani,kita buat pengisian rohani pula ye kawan-kawan.Lepas tu kita makan.jadi semuanya kenyang.Rohani,Jasmani dan Perut.

CopyofDSCN2983

Gambar dari jauh.Sebenarnya aku tak masuk pun lagi sini.Cuma memandang dari luar.Sebab dah pukul 11 ++.Kejap lagi orang solat jumaat.Takut tak puas pusing.Huhu.

CopyofDSCN2981

Jadi kita pandang dari jauh dulu laa..Dengar kata bayaran masuk LE15.Kepada orang-orang alex yang dah pergi kubu dekat Sinai dan Kaherah tapi tak sampai lagi kubu Alex sendiri,apa cerita ni oii....

CopyofDSCN2994

Memancing.

CopyofDSCN3002

Dari sudut lain.

CopyofDSCN3007

Lepas tu terjumpa perkataan AQUARIUM.Apa lagi...Serbu......

CopyofDSCN3003

Bayaran masuk seperti tertera.Tapi aku tak tahu kenapa bila bayar dia jadi LE 2.Ke sebab kami ni pelajar.Mana dia tahu??Aku pun tak pernah tahu sini ada aquarium.

CopyofDSCN3035

Asal-asal aku tak nak masuk pun.Sebab aku dah masuk aquarium a.k.a oceanographic masa dekat spain hari tu.Tapi..Memandangkan mereka terkial-kial nak ambil gambar,aku pun masuklah.

CopyofDSCN3009

Oggy dan penyunya.Penyu ni tak faham bahasa jawa ye kawan-kawan.Dia faham bahasa ibunda aku je.Bahasa terengganu sahaja.Mungkin asal Rantau Abang kot.Haha.

CopyofDSCN3040

Masa checkpoint satu:Kena cari smapul warna hijau.Aku ingatkan sampul tu warna hijau.Sekali ada highlighter warna hijau yang mewarnakan kertas putih.Punyalah cari di segenap ceruk taman campur dengan bau hancing lagi.Adoii.

Masa checkpoint dua:Kena cari lagi sampul dengan klu dia dijadikan hiasan.Sepanjang-panjang jalan kami cari.Habis semua pokok dan papan tanda kami belek.Pelik semua arab-arab memandang.Huhu.

CopyofDSCN3036

Ikan ni nampak macam 'orang panjang' kan.Mulut macam nak makan orang.Huhuhu.

CopyofDSCN3053

Ini ikan aku tak tahu nama.Yang aku tahu Oggy terjerit-jerit suruh aku ambil gambar bila ikan ni keluar dari berhibernasi disebalik batu.Jakun rupanya makcik ni.Haha(oggy kalau marah tak dapat kuah dal..Haha)

CopyofDSCN3043

Masa checkpoint ketiga:Dia suruh cari sampul dengan klu saya ada 2 tangan 4 kaki apakah saya.Memang laa dapat teka itu adalah kerusi.Tapi...Tahukah anda ada berapa ratus buah kerusi di sepanjang pantai tersebut?Lain kali cakaplah kawasan hadnya.Penat kot memunggah kerusi ok.

Checkpoint keempat:Kena cari orang yang macho dan handsome.Tu senang saja.Kalau macho dan Handsome tu sah-sahlah Fairuz.Hehe.

CopyofDSCN3061

Pintu masuk.

CopyofDSCN3073

Tiada gambar sepanjang aktiviti.Sebab nama pun tengah pertandingan kan.Kan....Begitulah jumaat aku.Kamu bagaimana???

CopyofDSCN3075

Lain kali nak jalan tengok papan tanda dulu.Ini tak.Main terjah je.

10 comments:

  1. same2 kasih...hehe..
    btw lawa2 larh gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ella mar suruh bodek ella buat kek ntuk kite org...haha....mar yg suruh......

      Delete
  2. Segan larh nk buat utk korang.. huhu..

    ReplyDelete
  3. klo masuk kubu tu_rasanya xde lah sampai 15gen kot bila tunjuk kad student,tapi tak sure la mana tau dah naik harga after revolusi :)

    nice pic ecah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh..klau tnjuk kad student dpt murh ehh..has dah g ke?bsr tak dlm tu...

      tq has...

      Delete
    2. siyesly lupa brape gen,pernah masuk tahun lps bwk adik taun 1. tp make sure klo nak masuk bawak kad student la,beza betul harga klo harga student ngan harga tourist.

      besar la jugak dlm tu,best bila duk rooftop dia,tgk laut_pesisir alex... kat dlm kubu tu tgk bilik2 je la

      Delete
    3. nnti mgu elektif nak p sne laa...hasmah nak ikt??hehe.....blh picnic rmai2......

      Delete
  4. *tgh tahan marah demi kuah dal*

    kahkahkah.

    hampeh mg chah.ugut aku ea..

    *masjid Ibnu?? masjid Ibnu Abbas la yang..*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha....tulaa..org nk buat xmo.....

      masjid ibnu jugak..haha...mne aku tau nme dia..dh org ckp msjd ibnu..haha

      Delete