nuffnang ads

Saturday, 30 June 2012

Dia orang kecil,saya pun orang kecil...

Semalam tak ada internet.Sedih tau tak bila tak ada internet ni..Adoii...Terus mati mood.Apa lagi..Tidurlaa jawabnya.Huhu

Ok ceritanya kali ini..Sambungan kepada aktiviti jumaat lepas.Pagi-pagi tu aku p tengok anak senior .Dah nak masuk waktu solat Jumaat,aku pun balik rumah untuk ke destinasi seterusnya iaitu..AWID...

CopyofDSCN3575

Hari Khamis petang tu,selepas kelas aku pun balik laa rumah masak-masak dan buat kek.Dengar cerita macam ramai nak p tolong bungkuskan barang.Dengar cerita laa..Haha..Aku bukan Yalla punya ahli.Takut gak nak p menyibuk kalau dah ramai orangkan.Sekali makcik Oggy telefon,cakap datang laa Ecah kalau tak sibuk.Aku baru je siap masak.Isk-isk.

CopyofDSCN3423

Lepas tu bergegas laa ambil teksi.Ingat nak sampai cepat.SEKALI!!!!!!!KEDEGANGGGG...Pakcik teksi tu bawa aku p jalan lain.Dah laa aku cakap jalan dia salah dia tak nak mengaku.Aku turun dari teksi,bayar LE 3.DAN jalan kaki SAMPAI RUMAH AKU kembali.Adoii..Memang keluar laa air mahal sambil jalan tu.Sob sob...Dah laa penat,saje je pakcik teksi tu.Ambil teksi sekali lagi,p asrama.Hukhuk....Boleh tak kalau tak kenal tempat jangan ambil penumpang????????

CopyofDSCN3443

Masa aku datang ni,banyak lagi barang tak bungkuskan.Kiraorang sediakan 200 plastik yang diisikan dengan barang-barang makanan untuk diagihkan kepada 200 keluarga miskin di Awid.

CopyofDSCN3418

Dekat nak maghrib juga baru semua kerja-kerja ini selesai.Ada gula bocor,beras pecah,sos terjatuh.Haha.Biasalah.Dalam 200 adalah yang tersalah silap tu.Hehe.

CopyofDSCN3431

Tu dia orang kuat Yalla kita.Haha.Tengah membaik pulih plastik-plastik gula yang bocor.Masa ni tinggal beberapa plastik lagi yang tak siap.

CopyofDSCN3468

Antara barang yang dapat ialah 3 kg spaghetti,1 liter minyak masak,1 kg gula,2 kg beras,dan 1 botol sos.

CopyofDSCN3455

Gambar seni dari Oggy.Hehe.Semangat membungkus dengan cepat sebab lapar ok.Dah siap-siap bungkus je aku pun balik.haruslah aku tak rajin mengemas.Huhu.

CopyofDSCN3458

Antara bungkusan yang telah siap.Ni memang dah siap semua.Kata Oggy "Esok lepas Jumaat,semua kumpul dekat asrama ye."

CopyofDSCN3517

Proses memindahkan barang-barang dari asrama MARA ke dalam bas.Program kali ini juga kerjasama LIFE dan Yayasan Yalla.

Copyof20120622_143544
Rajin-rajin ye.

CopyofDSCN3524

Ni pula kerja-kerja memunggah barang-barang dari bas ke masjid iaitu tempat pembahagian kepada orang-orang miskin.

CopyofDSCN3531

Muka tak payah cakap la penatnya campur panasnya.Ada nampak peluh tak?Haha.1 beg plastik tu isinya lebih kurang 7 kilo di kali dengan 200 beg plastik.Amacam?Bina badan tu...

CopyofC360_2012-06-22-15-30-50

Kalau dalam gambar tak nak kasi nampak peluh.Haruslah kita gelapkan gambar seperti diatas ye kawan-kawan.Naik-naik masjid je,terus cari kipas.Huhu.

CopyofDSCN3554

Ni pula beratur untuk membhagikan barang-barang tersebut kepasa orang-orang miskin.

CopyofDSCN3558

Yang aku terkilan,ada juga usaha menipu untuk mengambil barang bantuan sebanyak dua kali.Adoi.Tak fikir ke kalau dia ambil dua kali,nanti ada yang senasib dengan dia tu tak dapat?Mungkin desakan hidup membuatkan mereka bertindak sebegitu.Siapa tahu.Kita tak pernah berada di tempat mereka.

Copyof20120622_154211

Namun,Alhamdulillah.Syukur kepada Allah.Kerana semuanya berjalan lancar.Semua yang hadir dapat barang bantuan yang tidak seberapa dan ada lebih siap ok.

CopyofDSCN3564

Tiba-tiba kami semua,dapat air bergas sorang satu.Aku pun tak pasti siapa yang membelikannya.Aku memang kurang dan tak minum pun air bergas,TAPI hari tu habis kot satu tin.

CopyofDSCN3582

Menjelang asar,dan seusai solat asar kami semua bertolak pulang ke Universiti.Dan tentunya aku orang yang paling gembira,bila bas berhenti di situ.Sejengkal je dari rumah aku.Hehe.

CopyofDSCN3583

Terima kasih kepada Yalla dan semua mereka yang terlibat kerana memberikan peluang untuk aku menyertai aktiviti ini.Jangan lupa ajak lagi....

Sekian aktiviti jumaat minggu lepas.Minggu ini punya aktiviti..Sangat best.......

2 comments:

  1. ecah,again,jazakillahu khayran katheera atas segala pertolongan anda..

    n JZKK tuk semua yg dtg tolong gak..

    **ecah,lenkali,klu mg busy,please do not hesitate to say 'no' if ask u for ur help,kayh..don't worry,u already helped us a lot..hanya Allah saja yg mmpu balas..inshaAllah.
    ;) thanx again,tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde tlg pape pun..aku enjoy je dgn program ni..cuma...hari tu klau tahu kena p asrma xde laa aku lengah2 masak..hehe....

      xde hal..anytime...anywhere..

      Delete