nuffnang ads

Monday, 15 April 2013

Apam polkadot


 photo Picture22072_zps7065ab5c.jpg

Orang lain dah lama kecoh pasal apam polkadot ni aku baru try cuba nak menge'test'.Ni sebab aku bukan lah rajin sangat.Ditambah dengan kemuakan aku ber baking.

Resepinya:

Bahan-bahan:
  • 280 gram tepung gandum + 1 sudu besar tepung jagung + 6 gram baking powder (1 paket) + 2 paket esen vanilla+ secubit garam = diayak
  • 200 gram gula (resepi asal 230gram)
  • 4 biji telur
  • 2 sudu kecil ovalette
  • 180 ml susu segar
  • pewarna
  • jem buah

 photo Picture22280_zps0a25cf71.jpg

Cara-caranya:
  1. Pukul telur sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan gula dan ovalette dan pukul lagi.
  3. Masukkan bahan yang telah diayak (280 gram tepung gandum + 1 sudu besar tepung jagung + 6 gram baking powder (1 paket) + 2 paket esen vanilla+ secubit garam )
  4. Tambahkan 180ml susu segar dan pukul lagi sehingga rata.
Aku bahagikan setiap adunan kepada 4 bahagian untuk 4 warna.Nak buat berapa warna terpulanglah.Nak buat terang ke pudar ke.Hehe..

Kemudian...
  1. Masukkan warna yang hendak digunakan dalam bekas seperti nak buat topping tu.(aku masuk dalam plastik je lepas tu buat lubang.) untuk tidak mencomotkan apam kita dan juga jem dalam bekas berasingan.
  2. Sementara itu panaskan air didalam periuk kukusan sehingga mendidih.
  3. Letakkan kertas cupcake di dalam sarang untuk menampungnya ketika kembang.(Kan tak jadi bulatkan.)
  4. Masukkan adunan sehingga memenuhi 1/3 dari ketinggian bekas cupcake.
  5. Tambahkan sedikit jem.
  6. Masukkan lagi adunan sehingga memenuhi 2/3 dari ketinggian bekas cupcake.
  7. Dengan menggunakan warna yang lain,titik kan menjadi dot-dot yang comel mengikut kreativiti anda.
  8. Kukus adunan sehingga masak.
  9. Ulangi langkah diatas sehingga adunan habis.
  10. Dan siap...

 photo oggy_zpsc76de2f3.jpg

Senang sangat-sangat sampai 3 kali aku buat dalam masa 10 hari.Ok dah muak..Jom buat benda lain pula...

Sunday, 24 February 2013

D O N E ---L A S I K


 photo c_zps7778e568.jpg  photo d_zpsa349a939.jpg

Mula-mula kita cuci mata dengan makanan.Itu cream puff housemate aku yang buat dan aku tolong putar-putar je.Hasil orang tak seni macam tu lah.

Tu pula kali pertama jumpa telur puyuh dekat mesir ni.Huhu.Terus kecohkan dekat sanak saudara rakan taulan.Hehe.Harga dia LE 3.75 je untuk 12 biji.Bila dah nak balik Malaysia dah ni,macam-macam dah mula ada dekat sini.Lada kering,halia,serai,rempah bagai,bihun, dan segala bagai mak nenek.Dulu semua kena bawa kot.

Untunglah adik-adik...
 photo c1_zps60d49d11.jpg

Ni gambar yang minggu lepas.Gambar bajet je..Huhuhu.Ni masa dekat surgical emergency department.Malam tu aku p ER untuk kali pertama sepanjang sem terakhir ni.

Puji diri sendiri sebab dah berjaya kurangkan berat 10 kilo dalam masa 23 hari.Hehe.Berjaya gila diet aku.Haha riak riak..Tapi sekarang dah kurang dalam 11 kilo dah.Hehe.

Dan muka pun nampak panjang.Nampak jelah.Acu cuba try test ambil gambar dari bawah..Haa gedabak double chin.Huhu.Usaha perlu diteruskan.

DAN

DAN

DAN

 photo a1_zps2a8dff84.jpg

DONE !!!

Si penakut ini telah berjaya membuat lasik dengan jayanya pada 14/2 hari tu.Harga aku dapat lagi murah kot.sebab biasalah harga student LE 2200 bersamaan RM 1100..Amacam jeles tak dengan harga aku dapat?Hehe..

Alhamdulillah prosedur berjalan lancar Tanpa ada komplikasi mahu pun bleeding point pada mata aku.Sekarang masih dalam proses menjaga lagi sebab ia tetap surgery kan.

Anda bila lagi??
 photo b1_zpsd94073be.jpg 

Sekali lagi aku masak gulai nasi dagang hasil dari tangkapan ikan tongkol di pasar seberat 3.75 kilo seekor.Huhu kenduri kot.Ada orang cakap dekat housemate aku nak belajar buat kuah nasi dagang dengan aku.Datanglah.Sebaiknya hari Khamis dan bermalam kat rumah aku sebab...Aku suka masak banyak-banyak ni pukul 2 3 pagi.Haha.Apa punya tabiat pun entah.Huhu.

   photo d1_zps6e502aeb.jpg

Dan sebagai tahun terakhir (insyaAllah)  marilah kita mencuba pelbagai makanan Mesir ni.Nama dia kusyari kalau tak silap ejaan lah.Huhu.Murah je LE 3.00 sebekas ni.Kali pertama makan.Sebab aku kurang sikit makan benda pelik-pelik ni.

Dalam ni ada campuran nasi,kacang dal,kacang kuda,makaroni dan apa entah warna coklat tu.Huhu.Dia gaul sekali dan ada kuah macam sos spaghetti tapi cair.

Macam tulah ceritanya.

Puteri Ayu


Ok hari ni kita belajar cara-cara buat kuih pula ye.Hehe.Kenapa semangat sangat ni nak buat sedangkan aku  memang malas kalau buat kuih kecil-kecil ni.Leceh...

Bahan-bahan adunan:

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula halus (resepi asal 1 cawan.Aku tak suka manis sangat)
2 biji telur
1 sudu baking powder
1 paket santan debu dibancuh dengan 1 cawan air
1/2 sudu besar ovallet
4 titik perisa pandan
2 titik pewarna hijau
Secubit garam

Cara-caranya:

  • Pukul telur sehingga kembang
  • Kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang
  • Masukkan ovallet dan pukul lagi.Dan masukkan tepung dan santan yang telah dibancuh dan pukul sehingga rata.
  • Masukkan pewarna dan perisa pandan.(Jangan letak perisa pandan banyak sangat nanti rasa tengik)
Dah siap adunan kita sediakan kelapa dia pula

Bahan-bahan untuk kelapa:

1/4 kilo kelapa kering
3 sudu tepung jagung
2 sudu santan debu dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula

Cara-caranya:
  • Gaul semua bahan diatas dan kukus sebentar untuk melembutkan kelapa kering.

Ni cerita perantau tiada kelapa parut.Bagi yang dah ada kelapa parut gunakan kelapa parut yang muda a.k.a yang bahagian putih tu saja.

 photo a-1_zpsf632c956.jpg

  1. Mula-mula kita salutkan (griskan) bekas acuan dengan minyak untuk mengelakkan kelapa melekat nanti.
  2. Masukkan kelapa mengikut ketebalan sesuai dan tekan sehingga padat.Kalau tak padat nanti xcantik bentuk dia.
  3. Masukkan adunan berwarna hijau ke dalam acuan.
  4. Dan kukus sehingga masak lebih kurang selama 10 minit.Pastikan air kukusan telah mendidih ketika kerja mengukus dimulakan.
Yeayy makan....

Thursday, 7 February 2013

Mashed potatoes a.k.a kentang lenyek


 photo Picture2998_zps78dfab68.jpg

Hari ni kita masak mashed potatoes ye.Atau nama glemernya kentang lenyek.

Bahan-bahan untuk kentang lenyek:
  • 2 biji kentang besar.Buangkan kulit dan potong kecil sekecil anda sanggup.
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sudu besar butter
  • garam gula 
  • serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
Cara-caranya:
  • Rebuskan kentang sehingga masak dan kemudian toskan airnya.Selepas itu lenyekkang kentang sehingga semuanya terlenyek :p
  • Kemudian dalam periuk lain panaskan butter.
  • Kemudian tutup api dan masukkan susu.Kacau dan masukkan garam gula dan serbuk lada sulah.
  • Kemudian gaulkan dengan kentang yang telah dilenyek tadi.
Ok dah siap kentang kita buat kuah dia pula...

Bahan-bahan sos:
  • 1 cawan air
  • 1/2 biji bawang merah dipotong dadu
  • 1/3 kiub pati daging maggi (jenama maggi lagi masin dari knorr)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • garam gula serbuk lada sulah dan lada hitam
Cara-caranya:
  • Masukkan air ke dalam periuk,kiub daging,dan bawang.
  • Tunggu sehingga mendidih,dan tambahkan serbuk kulit kayu manis,garam,gula dan serbuk lada sulah.
  • Bila rasanya dah sempurna masukkan tepung jagung dan gaul rata 
Dan makan........

Wednesday, 6 February 2013

cuti winter:Aswan Luxor Hurgada (part 2)

Ok jom sambung cerita tentang trip kali ini sebelum terbelangkai macam trip aku ke Spain tahun lepas.Sempat sampai Valencia je lepas tu hancuss...

Pagi tu selepas sarapan dalam pukul 12 tengah hari kami gerak ke.....PADANG PASIR.Aktiviti ni mula pukul 12 (selepas zohor dalam pukul 12.30) dan berakhir pukul 7 petang.Fuhh penat...

 photo Picture21101_zpsea122fee.jpg 

Kami menaiki pacuan empat roda ni untuk ke tengah padang pasir.Satu pacuan empat roda untuk 11 orang yang kesemuanya Alex.Amboi korang...Jalan dia berbatu dan kami punya pemandu bukan main lagi,makin kami jerit ketakutan makin ganas pula dia pandu.Sekali kedegangg......Kepala aku terhantuk besi sebesar lengan yang terdapat di atas kepala aku.Huh rasa dia boleh tahan.3 hari bengkak.

Kali pertama berhenti di tengah padang pasir untuk mengambil gambar.Huhu.Terpinga-pinga kami ingatkan dah sampai.Huh.

   photo Picture21102_zps759b0526.jpg

Kali kedua berhenti kami dikehendaki mendaki bukit pasir ni.Ingatkan nak buat apalah sekali untuk tujuan bergambar juga.Maha Besar Allah sangat cantik sangat indah sangat takjub pemandangan ditengah padang pasir ni.Gunung dia dan pasir dia ibarat satu hamparan yang sangat sempurna.Langit dia masyaAllah lawa sangat.

Lepas tu kami dikehendaki turun untuk meneruskan perjalanan.Budak lelaki alex pula cabar menyabar siapa terjun bukit paling laju.Tahun 6 lawan tahun 4.Macam budak-budak.Sekali adik junior tu jatuh tergolek berlipat.Adoi..Tergamam semua orang.Kalau terpatah cervical vertebra kat situ tak ke terus masuk tanah.Huh.Otak besar perangai macam budak kecil.Alhamdulillah selamat semua.Adoii laa..


 photo DSCN0306_zps9f6f0991.jpg

Seterusnya ke perkampungan orang badwi di tengah padang pasir ni.Kami menaiki unta.Ada unta yang dikawal oleh kanak-kanak sebesar seperti dalam gambar di atas.Nak naik pun gerun.Berapa kali tinggi unta tu nak dibandingkan dengan ketinggian anak kecil itu.

 photo DSCN0320_zps51292fd5.jpg

Aku naik unta yang dikawal oleh budak lelaki ini.Dia suka pukul unta dia.Aku yang kat atas berdebar.Kan unta mengamukkan aku yang jatuh oii....Mahu buat drama kat situ.

 photo DSCN0335_zps10a3364b.jpg

Lepas tu kami pergi tengok cara-cara diaorang buat 'pizza'.Hehehe.Perhatikan gambar betul-betul.Apakah yang digunakan sebagai bara api?Iaitu jerami dan......TAHI UNTA.Itulah rahsia kesedapan dan kecantikan turun temurun arab badwi.Huhuhu.Tapi..Aku tetap bantai rasa je roti dia.Alhamdulillah selamat tak sakit perut.Hahaha.

 photo DSCN0340_zps5baf381d.jpg

Dan seterusnya kami pergi melihat hasil kerja tangan orang di sini.Ni alat yang digunakan untuk buat beg.Aku ada beli.Harga dia LE 90 selepas tawar menawar.Entah kenapa aku beli pun entah.Sedangkan aku tak suka sangat barang macam tu.Huhu.Mungkin disebabkan budak kecil yang tolong membuat beg ni kot.Huhu.Aku emo banyak bila budak-budak kerja ni.

 photo DSCN0354_zps1d1db382.jpg

Seterusnya kita naik ATV ni.Haha.Nak gelakkan diri sendiri pun ada.Gambar beria.Tapi bawa benda ni fail kot.GAGAL.Huhu.Mula-mula bawa tak reti kot nak kawal handle dia.Haha.Aku dah lah penakut.Lepas tu budak badwi tu tolong bawakan.Lepas tu aku bawa sendiri tapi bawa paling belakang dan jauh dari orang.Haha.Aku takut orang langgar aku dan aku langgar orang.SEBAB..Aku spesis takut sakit dan takut disakiti.FOBIA TRAUMA dengan benda yang menyebabkan sakit.Huhu.

 photo DSCN0365_zps11271130.jpg

Dan selepas tu kita panjat bukit ambil gambar dan tergolek tengah padang pasir bergambar.Huhu.Aktiviti terakhir ialah makan dalam gelap seperti orang badwi makan.Makanan dia tak buat aku takjub langsung sebab sama sebijik macam aku makan masa tinggal dekat asrama arab dulu.Adik-adik mungkinlah baru rasa kot.Akak-akak dah kalis da...

 photo DSCN0367_zps2a2fde27.jpg

Hari dah malam dan kami pun pulang.Untuk aktiviti ni setiap orang dikenakan bayaran LE 130.Bolehlah dikira berbaloi sebab pemandangan dia lawa sangat.

Malam tu pula budak lelaki kami seludup makan dekat hotel kami.Terus diaorang terkedu tengok juadah kami sampai tak lalu nak makan.Terasa hati sangat kot.Huhu.

Malam tu kami keluar ke bandar Hurgada.Kononnya nak p cari barang lah sikit sebagai kenangan.Sekali banyak kedai dah tutup.Cuma sempat satu kedai je aku masuk dan menghabiskan LE 50 kat situ.Habis je bola malam tu terus je kedai tutup.

Dan hasrat pun tercapailah nak pergi Hard Rock Cafe Hurgada.Punyalah jauh kena naik teksi.Kat situ je dah habis dekat LE 300.Huhu.Diharapkan berbaloi-baloi.Huhu.Selepas tu pulang ke hotel dan tidur pukul 3 pagi.Huhu.Penat sangat.

 photo Picture21111_zpsc3c83e65.jpg

Hari terakhir trip plan kami ialah ke Pulau Giftun dan snorkeling.Selepas makan haruslah ambil gambar dekat pantai hotel dulu sambil cuci-cuci mata.Aku mempunyai kekaguman terhadap keyakinan diri minah dan mat saleh ni untuk tayang body.Bukan kagum diaorang tayang body ok.Tapi keyakinan diaorang untuk tayang.Kalau dah lemak berlipat sepuluh pun masih konfiden.Huhu...

 photo DSCN0398_zps46d9e8c0.jpg

Perjalanan pergi yang baik dan lancar.Sempat posing bagai.Pertama kali main air pakai stokin kot.Huhu.Air kat pulau ni jernih boleh buat cermin.Dengar ceritanya ada dolphin kat sini tapi bukan rezeki nak jumpa.Huhu.

 photo DSCN0440_zps82d7c3d4.jpg

Kami sampai ke Pulau Giftun dan aktiviti bebas.Aku solat kat tengah pantai tu dan mandi.Wow sungguh pedih terasa kerana kulit kering hasil dari berendam dalam bas setiap hari.Huhu.

 photo DSCN0461_zps0b81f489.jpg

Setelah aktiviti di pulau ni selama sejam,kami bergerak ke bot kami dengan menaiki sampan.Di sinilah bermulanya sejarah.Tiba-tiba datang ribut pasir.Ombak sangat besar.Dan kapal kami ditolak ke tengah laut.Sudahlah kapal tu besar dan berada paling jauh.Dengan sampan yang memuatkan 35 orang sebuah sampan yang penuh sarat dan ombak besar.Muka masing-masing ditoreh masih berdarah lesu kot.Aku pun takut sebab tak pandai berenang (pernah pandai tapi dah lupa..huhu) tapi aku tak mabuk laut.

Untuk transfer sorang-sorang ke bot sangat dasyat dengan ombak yang sangat kuat.Huhu.Serius tak sangka situasi itu akan dihadapi.Dan bermulalah adegan mabuk laut dan muntah-muntah dan pengsan.Tapi alhamdulillah semua selamat.

Masa tu lah kita sedar,kita semua atas kapal tu doktor.Tapi bukan semua kita mampu bertindak dalam situasi cemas yang sebenar.Kan.............Tiba-tiba terasa layakkah aku jadi doktor beberapa bulan dari sekarang?Semasa ada orang pengsan,aku dengan nada tingginya suruh dia bukak mata dan lempang (lempangkah istilahnya?ketuk-ketuk pipi je sikit..) budak tu sehingga dikatakan garang.

Bukan garang ye kawan-kawan.Aku pernah lalui dan aku tahu.Kalau unconscious tengah-tengah laut tu korang nak buat apa?Sebagai seorang pelajar perubatan dan bakal doktor setiap saat otak tidak cukup oxygen anda tahu kesannya sama ada micro atau macro.

 photo DSCN0478_zpsb49262ae.jpg

Hasil dari ribut pasir tu memaksa kami meluputkan ingatan untuk meneruskan hasrat untuk snorkeling.Belum rezeki tu.Nasib baik dah mandi.Hilanglah terkilannya.Huhu.

Selepas siap kami bertolak ke Kaherah dan selamat sampai dalam pukul 11 malam.

 photo Picture21131_zps23bc4274.jpg

Perjalanan diteruskan dengan ke Pesta Buku di Kaherah keesokkannya.Selepas itu ke Hussin dan pulang ke Alex pada malamnya.Buat kali pertama aku tidur mati dalam train tu Sampai-sampai je terus di Alex dah.Huhu.

 photo Picture2996_zps19e3ebfa.jpg

Tidaklah kamu dikatakan mengenali seseorang selagi kamu belum pernah bermusafir dengannya. (Saidina Umar)

Terima kasih kawan-kawan yang mengajar aku erti apa itu kehidupan.Kepada musyrif-musyrif yang sanggup temankan tak kira masa dan kepenatan.Terima kasih Allah kerana aku masih diberikan nafas sehingga saat ini.

p/s:Kalau nak pakai something kalau nak main air baik pakai stoking cotton dari pakai sarung kaki kalau tak licin dan boleh jatuh dalam bot macam aku.Huhu..

p/s:Kalau nak shopping dekat Hussin pergilah sebelum musim panas dan waktu kurang orang nak tawar harga pun masyuk....Hehe..