nuffnang ads

Saturday, 5 January 2013

Sameh Shehata siapakah anda?

Hari ini kuliah terakhir untuk pediatric surgery.

Siapa sangka kami akan belajar dengan orang yang hebat.Tapi bukan hari ini saja,memang tidak dinafikan prof dan doktor di sini hebat-hebat.Hebat dari sudut ilmu dunianya dan ilmu agamanya.Ada prof yang buat kuliah agama percuma untuk kami pelajar dan sebagainya.Siap syarah kitab bagai.

Tajuk kuliah hari ini undescended testis atau nama lainnya crytochidism.

Siapakah Prof Sameh Shehata?Beliau prof kami yang akan cakap "because you are really excellent in embryology.." Ayat perli sebab....Satu habuk tak ingat embryology..Hukhuk..Ohh dimana basic kami sebagai bakal doktor??

b

Disebabkan kekaguman aku dengan orang yang hebat tapi slumber je tak sombong langsung kot.Tak ada nak berlagak akulah PROF...yang diiktiraf DUNIA..Tak ada.TAK ADA..

Aku merajinkan diri menanyakan cik GOOGLE siapakah SAMEH SHEHATA?

Jawapan cik Google.. Ini lah dia SAMEH SHEHATA..

Picture0008

Beliau juga merupakan editor buku surgery kami.

Apa kaitan Prof ni dengan kuliah hari ini ialah....Beliau merupakan orang ISLAM yang menghasilkan SHEHATA technique atau ALEXANDRIA atau Traction Technique untuk melakukan pembedahan bagi membetulkan undescended testis.

Photobucket
Gambar cik GOOGLE

SETELAH 50 tahun kita semua menggunakan Fowler Stephens Technique.Di mana bila doktor bedah ni mengalihkan testis dari tempat tak normal ke tempat normalnya (scrotum) mereka akan potong testis ni dari blood supply dia.Jadi testis akan menumpang blood supply dari kawasan sekitarnya (collateral blood supply).Ini menyebabkan fungsi testis akan terjejas.

Ramai yang mempertikaikan isu ini tapi kata Fowler kalau korang tak ada jalan yang lebih baik korang diam dan ikut saja.

Hinggalah pada tahun 2010 Prof Sameh Shehata menemui cara baru iaitu Alexandria Technique.

a

Pubmed tu....Maknanya...Diiktiraf ok... KLIK LINK

Selain dari research beliau tentang technique ini terlalu banyak lagi research yang beliau lakukan.

Bangga kot dapat belajar dengan orang hebat.Semoga saya mampu menjadi orang yang hebat dimasa akan datang.Amin....

Tertanya-tanya di MALAYSIA guna teknik apa ya???

Friday, 28 December 2012

Suka duka berada di bumi Kinanah

Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah yang menjadikan sekelian makhluk masih diberi bernafas pada pagi Jumaat ini.

Sebenarnya aku dah pun selamat menamatkan semester 11 seminggu yang lalu.Semester 11 aku ambil subjek Family Medicine dengan Toxicology&Forensic je.Bermakna dah seminggu juga aku memasuki semester 12.
Picture229 

Semester akhir bagi perjuangan ini insyaAllah.Semester 12 ni ada subjek Surgery dengan Internal Medicine je.Jeeee????Grand OSCE yang menakutkan...Huhu

Minggu ini aku di department Colorectal.Department aku dulu-dulu.Kerja duk hadap bontot je hari-hari.Minggu depan tukar department lagi.

Nak taip panjang-panjang laa...HEHE..

Picture281

Aku dapat hadiah di atas dari seseorang.Huhu.Lawa sangat balut.Nak buka pun tak sampai hati.Maka terjawab laa segala persoalan dari housemate aku dari mana datangnya benda kilat-kilat bagai ni dalam rumah aku.Terima kasih daun keladi.Lain kali boleh kasi lagi..

Picture160

P beli tingkap dengan Nani dan Ulum.Elaun baru masukkan..Hehe.Dan telah jatuh cinta dengan beg ni.Tapi...Tak beli pun.Dalam usaha mengurangkan jumlah beg.Tengok-tengok minggu depan p beli...Adoii...

Picture117
Pejabat Ikhwan Muslimin

Korang baca surat khabar?Tentang huru hara Mesir??Ia bermula apabila Mursi (president Mesir) mahu menggubal perlembagaan baru yang dikatakan Mursi gila kuasa kerana menyenaraikan semua kroni Mubarak tidak boleh terlibat politik.Maka bermulalah serangan ke atas pejabat Ikhwan Muslimin(IM).

Tapi kami tetap cool jalan depan tu.Berhenti ambil gambar siap.Tapi untuk kawan-kawan yang kediaman satu bangunan dengan pejabat IM,agak ketakutan juga.

Picture083

Sempena hari Assyura,maka haruslah kita buat bubur syura.Tapi tak sesedap tahun lepas punya..Sebab aku tak tunggu kering sangat.Huhu.Tapi tetap ada kan...Resepi KLIK sini..

Picture121

Lepas tu aku pun buat laa tart cheese.Pertama kali kot buat.Saja nak kasi budak ni sambut besday awal memandangkan husband dia ada kat sini.Nanti aku share resepi ye...24 tahun siap..Haha.Kawan baru 23 kot..Lagi aku masak spaghetti alfredo.Dah ada dalam blog aku sharekan.

Lepas tu makcik Mar membebel kau apahal masak banyak-banyak.Setiap kali aku buat bubur syura mesti makcik tu membebel sebab buat benda tu kan lama..Penat..Lagi pun ni baru bermula minggu study week sebelum final.Haha..Lepas stress..


Picture171

Masa aku belajar dekat forensic tu ada laa jumpa budak ni dekat poison center.Dia minum theophylline(ubat lelah) sebotol.Macam angah dulu-dulu je p minum ubat batuk sebotol.Aku pula p makan panadol.Sedap kot.Manis kan...Kan dah kne minum potassium dari syringe.

Picture234

Pada hari yang sama habis je final exam,Mara mengadakan program di atas.Hari khamis tu memang penat.Tapi sebab ia merupakan salah satu isi kandungan perjanjian dengan Mara nak taknak kena p laa kan...

Picture245
Solat jumaat di masjid Qaed Ibrahim

Ni hari kedua program.Aku keluar pagi-pagi dah ada arab aatas jalan.Aku pelik wa ajaib apahal arab bangun awal sangat.Korang patut maklum arab ni kalau hari jumaat,lepas jumaat baru nampak orang.Ni pukul 8 dah ada ramai orang kot.

Ohh..Esok hari pungutan suara tentang perlembagaan baru.Beberapa hari sebelum tu berlaku serangan ke atas masjis di atas dan mereka menawan orang awam dan imam masjid.

Dalam gambar tu yang korang nampak hitam-hitam kat belakang tu FRU.Dari aku keluar rumah dah ada.Siap jalan rumah aku lagi diaorang jaga.

Picture236

Program ni lebih kurang macam LDK laa..Tapi bagus gak ada program macam ni lepas exam.Tak ada laa kerjanya tidur je..Kan..

Picture272

Konon-konon nak test bakat jadi barista laa ni.Memang gagal kot..Huhu...Yang penting rasa bukan rupa kan....

Picture271

Terima kasih Hasmah untuk coffee tu.Dah mencuba yang terbaik tapi gagal.Mungkin nak kena Hasmah buat kot..Hehe..Alasan...

Picture270

Perjalanan pulang yang panjang.Rumah aku dengan universiti yang biasanya 5 minit je jalan,memakan masa hampir berjam nak ke sampai.Dengan cuaca yang sejuk dan hujan rintik-rintik.Seusai program kami dilepaskan dalam kumpulan yang kecil untuk mengelakkan menjadi sasaran samseng dari pihak kroni Mubarak.

Berada dalam bangunan universiti dengan sisa dari gas pemedih mata memang sangat teruk bagi aku yang ada bronchoconstriction.Sepatutnya program tamat pada jam 4 petang.Tapi keadaan tidak mengizinkan kami pulang.

Dalam perjalanan ke rumah,kami melalui jalan yang dipenuhi batu akibat kejadian berbalas balingan batu antara pihak pro dan anti Mursi.Di tengah jalan ternampak sisa kereta yang dibakar.Tengah-tengah aku snap gambar,ada arab sound.Terus simpan kamera.Kan tak pasal-pasal cari pasal..

Sampai je di hadapan jalan keretapi kelihatan orang berlari-lari..Ohhh adakah serangan bermula lagi..Kami melalui lorong-lorong kecil yang membelok sana sini untuk sampai ke rumah.

Alhamdulillah selamat sampai rumah.

Picture267

Terima kasih musyrif..

Bermulalah perjalanan semester 12..

Saturday, 24 November 2012

Nasihat

Tadi buka mukabuku ternampak ini:

Photobucket

Ni kata-kata Umar sendiri.Umar pun dulu musuh Islam.Akhirnya masuk Islam dan jadi khalifah.Dan dikebumikan berdekatan makam Nabi Muhammad SAW.

Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat.

Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam"       ( Hadis riwayat At-Thabarani)

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab"

Sebuah hadis dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"

Aku ada baca buku sejarah Umar ni.Dalam buku tu ada tulis tapi aku lupa siapa yang sebut:

"Tidak ada lagi penyatuan umat Islam seluruhnya setelah kepimpinan Umar."

Kata-kata seseorang bila aku tanyakan benda ini:

Jawabnya: "Sebab itu Allah tak tengok bagaimana hidup kita bermula,tapi Allah tengok bagaimana pengakhiran hidup kita"

Friday, 16 November 2012

5 cARa menGataSi StreSs

Tiba-tiba je rajin terlajak laa pula kan menulis.Sebab incik internet dah pulih dari demam.

Pertama-tamanya syukur ke hadrat Allah kerana masih dikurniakan nikmat iman dan islam.Marilah sama-sama mendoakan saudara kita di Gaza.Ya Allah berikanlah kemenangan buat Islam.

Sebenarnya rasa sangat serabut.Mana dan apa yang tak kena.Aku pun tak tahu.Rasa macam nak p lari jauh-jauh.Travel naik train sorang-sorang macam menarik juga kan.Huhu.

Bila STRESS apakah yang akan dilakukan.

4 peringkat gejala KESERABUTAN menjelma:

PERTAMA: Membeli dan membelah a.k.a shopping

Ni fasa satu.Masa ni kalau shopping pun main tangkap muat bayar je.Bawa balik rumah.Duduk tengok.Kenapa aku beli benda ni.Huhu..Kalau lepas shopping tu kenalah isi perut.Haaa..Ini lagi bahaya.Huhu.Kolestrol ok.Satu lagi cara ini hanya boleh digunakan kalau...FULUS ada laa..Tak ada FULUS duk rumah diam-diam.Aku tak suka window shopping.PENAT je.

KEDUA: Berjalan sorang pergi mana-mana tempat tengok gelagat orang ramai.

Ni kalau tak dapat shopping atau shopping pun dah,tapi keserabutan melanda tidak juga hilang marilah kita lihat orang ramai.Huhu.Tempat best..Jalan-jalan p Mansyiah.Ni tempat shopping juga.Tapi ada tempat orang lepak.Macam-macam jenis kasta orang kau boleh tengok.Masa tu baru sedar tahap keserabutan dan masalah kau tu kecil je banding dengan orang lain.Huhu.Baru reti nak bersyukur.Tempat kedua kat tembok tepi pantai depan rumah aku.Huhu.Tapi dah lama tak p.Tak ada orang teman.Nak mati p sorang-sorang.Kena kacau dengan arab cari bala namanya..

KETIGA: Dengar lagu.

Aku ni jenis tak suka kebisingan.Dan kesemakan.Huhu.Jadi apabila lagu berkumandang dari bilik aku tu maksudnya I STRESS ni jangan cuba cari pasal.Tapi kadang-kadang aku pasang lagu bila nak siap p sekolah.Tu tak stress.Tapi..Mungkin stress kot nak kena p sekolah.Haha.TAPI!!Kalau aku sumbat earphone dalam telinga tu bermakna Stress tapi tak boleh nak lepas dengan cara shopping mahupun membuang masa.SEBAB waktu tu waktu exam.Haha.

KEEMPAT: Menangis.

Ni memang stress tahap gaban laa..Semua benda buat tak kena.Ni bila dah ada satu masalah tambah lagi dengan masalah-masalah lain.Campur dengan ketidak stabilan hormon mahupun kesibukan menelaah waktu terakhir.Mahupun mendapat berita yang tak dijangka.Huhu..Air mata laa pengubat hati.Habis je nangis waa...Ringan kepala.Tapi lepas tu sakit kepala, tidur.Bangun-bangun..Ohh dunia ini begitu indah untuk dipersiakan.

KELIMA: Mengaji.

Dah ringan kepala tu.Sebagai tanda syukur kepada yang Maha Esa.Ayuhlah kita mendirikan solat sunat dan membaca helaian Al Quran.Baca terjemahan sekali.Kalau main buka je Al Quran tu,bila baca terjemahan rasa macam.."Aik macam kena je dengan masalah aku.."Huhu.Allah Maha Besar.

Ni mesti nak kondem aku kan.Nak cakap kenapa tak mengaji dulu sembahyang ambil wuduk kan.Huhu.Kadang-kadang mengaji sambil menangis pun boleh.Entah terabur mana tajwid entahlah.Huhu.Tapi serius itulah yang paling mustajab kembali kepadaNya.

Hobi terbaru bila rasa serabut ialah MASAK..Hehe..Ni dah gian nak baking bagai TAPI bekas acuan kek semua dah angkut balik Malaysia.Hukhuk.

Hidup adalah masalah.Hidup adalah pilihan.Masalah adalah kehidupan.

Thursday, 15 November 2012

Memilih untuk berKAHWIN??

Salam sejahtera.

Dah masuk 1 muharram 1434 H daa kita ni.Sekejap je pejam celik pejam celik.Separuh semester 11 pun dah habis.Dah lama tak update blog.Bukan tak ada idea.Tapi incik internet yang loklak sangat..Tak semangat.

Bila dah nak habis study ni rasa macam tak nak habis laa pula.Mendengar cabaran kerja yang penuh dengan STRESS...Kerja apa tak stress?Acu cakap.Jadi suri rumah pun stress kan.

Bila usia dah menginjak awal 25 tahun..Bukan aku laa..Aku baru 22 kot..Kan.Muda lagi kan...Semua sibuk dengan isu MENCARI PASANGAN.

Bila yang dah berkahwin sibuk merancang menambah bilangan keluarga,bila yang dah berpunya sibuk merancang ke jinjang pelamin,bila yang masih single dah jumpa Mr XY,bila yang single mingle duk risau fikirkan nasib diri,bila yang tak pernah berfikir untuk berpasangan pun dah mula garu kepala...

Membuktikan KITA semua dah besar.Rasa sekejap je lalui alam persekolahn.(Masuk U pun sekolah lagi eyy?)

Di sini muncullah berbagai igauan nyata dan kerusuhan hati.ISTIKARAH...

Jabir bin AbdillahRadiyallahu ‘anhu berkata: Ada-lah Rasulullah (Shallahu ‘alaihi Wasallam) mengajari kami shalat Istikharah untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajari surah Al-Qur-an. Beliau bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan shalat sunah (Istikharah) dua rakaat, kemudian baca-lah doa ini:

((اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوْبِ. اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ -وَيُسَمَّى حَاجَتَهُ- خَيْرٌ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ -أَوْ قَالَ: عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ- فَاقْدُرْهُ لِيْ وَيَسِّرْهُ لِيْ ثُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْهِ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ شَرٌّ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ -أَوْ قَالَ: عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ- فَاصْرِفْهُ عَنِّيْ وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِيْ بِهِ)).

Bila ada yang dah disunting,butuhkan jawapan.Keputusan hati pun ragu-ragu.Sekejap rasa "Eeii macam dah betul dah.Dah nekad dah.30 saat kemudian rasa..Eii betul ke ni..."

      "....Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad.Maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah menyintai orang yang bertawakal." (surah Al-Imran ayat 159)

Bila keputusan dah nekad pula.Nak keberanian pula bagi tahu dekat family.Macam mana penerimaan mereka.Bila pula family tak setuju.Tak ensem laa.Tak sekufu (al maklum laa DOKTOR).Tak ok.Tak  Tak Tak.

Frust menonggeng laa pula.Sebab hati daa sayang.Tapi sebab sayangkan KELUARGA lagi banyak,maka si Dia ditinggalkan.Hubungan diputuskan.Sedangkan agamanya HEBAT.InsyaAllah boleh membimbing keluarga idaman.Betul kata orang makin tua sesorang makin susah nak berubah dan menerima nasihat.Huhu.

        “Apabila datang kepada kalian (para wali wanita) orang yang kalian redha agama dan akhlaknya (untuk meminang wanita yang di bawah perwalian kalian) maka nikahkanlah laki-laki itu, kalau tidak kalian lakukan hal tersebut niscaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan terjadi kerusakan yang merata“. 
                                                                (Hadis riwayat. Tirmidzi, Ibnu Majah,)

Tak pun ada yang bersabar.Menunggu nasib menyebelahi diri.Mungkin nanti dah kerja kita cuba usulkan lagi dekat family.Yelah anak dah kerja..Kan lama-lama simpan tak laku.

Bila pula kalau hati dah ada keputusan,family pun dah setuju.Wah gembira rasa hati.Memandang ramai kawan taulan tidak mendapat restu tapi kami Alhamdulillah.Jeles rakan taulan melihat mudahnya sebuah perhubungan.Bagusnya ibu bapa yang memudahkan urusan anak-anak mereka.Yelah nak lepas anak bukan senang.

Bila dah sedia semua tiba-tiba si Dia pula bermasalah.Macam tak serius je nampak.Hinggakan beberapa hari  lagi menjelang perkahwinan aii datang bertanya pun tidak.Majlis yang sepatutnya meriah dijadikan dengan majlis doa selamat.Nak dibatalkan kad dah diedarkan.Malu family tak terkata.Stress sendiri tak boleh ungkap.

Maka larilah diri.Fokus pada apa yang sedang ada di depan mata.Belajar dengan kerasnya sampai menjadi TERBILANG.Kerjanya sungguh habis semua pakar disapunya.Namun kisah kejayaannya.Allah saja yang tahu.

Bila perhubungan direstui keluarga dan kedua belah pihak sama-sama berusaha.Lahirlah sebuah ikatan suci bernama PERKAHWINAN.

Susah mahu membina masjid rupanya.

(baru balik tengok muka membe keserabukan dalam dilema..)

Minggu depan ade konsert Maher Zain tepi rumah aku ni..Ewah....(dekat Alex Bibiliotheca).Aku??Tak pergi..Huhu..Tak pernah p konsert kot....