nuffnang ads

Friday, 28 December 2012

Suka duka berada di bumi Kinanah

Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah yang menjadikan sekelian makhluk masih diberi bernafas pada pagi Jumaat ini.

Sebenarnya aku dah pun selamat menamatkan semester 11 seminggu yang lalu.Semester 11 aku ambil subjek Family Medicine dengan Toxicology&Forensic je.Bermakna dah seminggu juga aku memasuki semester 12.
Picture229 

Semester akhir bagi perjuangan ini insyaAllah.Semester 12 ni ada subjek Surgery dengan Internal Medicine je.Jeeee????Grand OSCE yang menakutkan...Huhu

Minggu ini aku di department Colorectal.Department aku dulu-dulu.Kerja duk hadap bontot je hari-hari.Minggu depan tukar department lagi.

Nak taip panjang-panjang laa...HEHE..

Picture281

Aku dapat hadiah di atas dari seseorang.Huhu.Lawa sangat balut.Nak buka pun tak sampai hati.Maka terjawab laa segala persoalan dari housemate aku dari mana datangnya benda kilat-kilat bagai ni dalam rumah aku.Terima kasih daun keladi.Lain kali boleh kasi lagi..

Picture160

P beli tingkap dengan Nani dan Ulum.Elaun baru masukkan..Hehe.Dan telah jatuh cinta dengan beg ni.Tapi...Tak beli pun.Dalam usaha mengurangkan jumlah beg.Tengok-tengok minggu depan p beli...Adoii...

Picture117
Pejabat Ikhwan Muslimin

Korang baca surat khabar?Tentang huru hara Mesir??Ia bermula apabila Mursi (president Mesir) mahu menggubal perlembagaan baru yang dikatakan Mursi gila kuasa kerana menyenaraikan semua kroni Mubarak tidak boleh terlibat politik.Maka bermulalah serangan ke atas pejabat Ikhwan Muslimin(IM).

Tapi kami tetap cool jalan depan tu.Berhenti ambil gambar siap.Tapi untuk kawan-kawan yang kediaman satu bangunan dengan pejabat IM,agak ketakutan juga.

Picture083

Sempena hari Assyura,maka haruslah kita buat bubur syura.Tapi tak sesedap tahun lepas punya..Sebab aku tak tunggu kering sangat.Huhu.Tapi tetap ada kan...Resepi KLIK sini..

Picture121

Lepas tu aku pun buat laa tart cheese.Pertama kali kot buat.Saja nak kasi budak ni sambut besday awal memandangkan husband dia ada kat sini.Nanti aku share resepi ye...24 tahun siap..Haha.Kawan baru 23 kot..Lagi aku masak spaghetti alfredo.Dah ada dalam blog aku sharekan.

Lepas tu makcik Mar membebel kau apahal masak banyak-banyak.Setiap kali aku buat bubur syura mesti makcik tu membebel sebab buat benda tu kan lama..Penat..Lagi pun ni baru bermula minggu study week sebelum final.Haha..Lepas stress..


Picture171

Masa aku belajar dekat forensic tu ada laa jumpa budak ni dekat poison center.Dia minum theophylline(ubat lelah) sebotol.Macam angah dulu-dulu je p minum ubat batuk sebotol.Aku pula p makan panadol.Sedap kot.Manis kan...Kan dah kne minum potassium dari syringe.

Picture234

Pada hari yang sama habis je final exam,Mara mengadakan program di atas.Hari khamis tu memang penat.Tapi sebab ia merupakan salah satu isi kandungan perjanjian dengan Mara nak taknak kena p laa kan...

Picture245
Solat jumaat di masjid Qaed Ibrahim

Ni hari kedua program.Aku keluar pagi-pagi dah ada arab aatas jalan.Aku pelik wa ajaib apahal arab bangun awal sangat.Korang patut maklum arab ni kalau hari jumaat,lepas jumaat baru nampak orang.Ni pukul 8 dah ada ramai orang kot.

Ohh..Esok hari pungutan suara tentang perlembagaan baru.Beberapa hari sebelum tu berlaku serangan ke atas masjis di atas dan mereka menawan orang awam dan imam masjid.

Dalam gambar tu yang korang nampak hitam-hitam kat belakang tu FRU.Dari aku keluar rumah dah ada.Siap jalan rumah aku lagi diaorang jaga.

Picture236

Program ni lebih kurang macam LDK laa..Tapi bagus gak ada program macam ni lepas exam.Tak ada laa kerjanya tidur je..Kan..

Picture272

Konon-konon nak test bakat jadi barista laa ni.Memang gagal kot..Huhu...Yang penting rasa bukan rupa kan....

Picture271

Terima kasih Hasmah untuk coffee tu.Dah mencuba yang terbaik tapi gagal.Mungkin nak kena Hasmah buat kot..Hehe..Alasan...

Picture270

Perjalanan pulang yang panjang.Rumah aku dengan universiti yang biasanya 5 minit je jalan,memakan masa hampir berjam nak ke sampai.Dengan cuaca yang sejuk dan hujan rintik-rintik.Seusai program kami dilepaskan dalam kumpulan yang kecil untuk mengelakkan menjadi sasaran samseng dari pihak kroni Mubarak.

Berada dalam bangunan universiti dengan sisa dari gas pemedih mata memang sangat teruk bagi aku yang ada bronchoconstriction.Sepatutnya program tamat pada jam 4 petang.Tapi keadaan tidak mengizinkan kami pulang.

Dalam perjalanan ke rumah,kami melalui jalan yang dipenuhi batu akibat kejadian berbalas balingan batu antara pihak pro dan anti Mursi.Di tengah jalan ternampak sisa kereta yang dibakar.Tengah-tengah aku snap gambar,ada arab sound.Terus simpan kamera.Kan tak pasal-pasal cari pasal..

Sampai je di hadapan jalan keretapi kelihatan orang berlari-lari..Ohhh adakah serangan bermula lagi..Kami melalui lorong-lorong kecil yang membelok sana sini untuk sampai ke rumah.

Alhamdulillah selamat sampai rumah.

Picture267

Terima kasih musyrif..

Bermulalah perjalanan semester 12..

No comments:

Post a Comment