Tadi buka mukabuku ternampak ini:
Ni kata-kata Umar sendiri.Umar pun dulu musuh Islam.Akhirnya masuk Islam dan jadi khalifah.Dan dikebumikan berdekatan makam Nabi Muhammad SAW.
Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" ( Hadis riwayat At-Thabarani)
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab"
Sebuah hadis dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Aku ada baca buku sejarah Umar ni.Dalam buku tu ada tulis tapi aku lupa siapa yang sebut:
"Tidak ada lagi penyatuan umat Islam seluruhnya setelah kepimpinan Umar."
Kata-kata seseorang bila aku tanyakan benda ini:
Jawabnya: "Sebab itu Allah tak tengok bagaimana hidup kita bermula,tapi Allah tengok bagaimana pengakhiran hidup kita"
No comments:
Post a Comment