nuffnang ads

Friday, 16 November 2012

5 cARa menGataSi StreSs

Tiba-tiba je rajin terlajak laa pula kan menulis.Sebab incik internet dah pulih dari demam.

Pertama-tamanya syukur ke hadrat Allah kerana masih dikurniakan nikmat iman dan islam.Marilah sama-sama mendoakan saudara kita di Gaza.Ya Allah berikanlah kemenangan buat Islam.

Sebenarnya rasa sangat serabut.Mana dan apa yang tak kena.Aku pun tak tahu.Rasa macam nak p lari jauh-jauh.Travel naik train sorang-sorang macam menarik juga kan.Huhu.

Bila STRESS apakah yang akan dilakukan.

4 peringkat gejala KESERABUTAN menjelma:

PERTAMA: Membeli dan membelah a.k.a shopping

Ni fasa satu.Masa ni kalau shopping pun main tangkap muat bayar je.Bawa balik rumah.Duduk tengok.Kenapa aku beli benda ni.Huhu..Kalau lepas shopping tu kenalah isi perut.Haaa..Ini lagi bahaya.Huhu.Kolestrol ok.Satu lagi cara ini hanya boleh digunakan kalau...FULUS ada laa..Tak ada FULUS duk rumah diam-diam.Aku tak suka window shopping.PENAT je.

KEDUA: Berjalan sorang pergi mana-mana tempat tengok gelagat orang ramai.

Ni kalau tak dapat shopping atau shopping pun dah,tapi keserabutan melanda tidak juga hilang marilah kita lihat orang ramai.Huhu.Tempat best..Jalan-jalan p Mansyiah.Ni tempat shopping juga.Tapi ada tempat orang lepak.Macam-macam jenis kasta orang kau boleh tengok.Masa tu baru sedar tahap keserabutan dan masalah kau tu kecil je banding dengan orang lain.Huhu.Baru reti nak bersyukur.Tempat kedua kat tembok tepi pantai depan rumah aku.Huhu.Tapi dah lama tak p.Tak ada orang teman.Nak mati p sorang-sorang.Kena kacau dengan arab cari bala namanya..

KETIGA: Dengar lagu.

Aku ni jenis tak suka kebisingan.Dan kesemakan.Huhu.Jadi apabila lagu berkumandang dari bilik aku tu maksudnya I STRESS ni jangan cuba cari pasal.Tapi kadang-kadang aku pasang lagu bila nak siap p sekolah.Tu tak stress.Tapi..Mungkin stress kot nak kena p sekolah.Haha.TAPI!!Kalau aku sumbat earphone dalam telinga tu bermakna Stress tapi tak boleh nak lepas dengan cara shopping mahupun membuang masa.SEBAB waktu tu waktu exam.Haha.

KEEMPAT: Menangis.

Ni memang stress tahap gaban laa..Semua benda buat tak kena.Ni bila dah ada satu masalah tambah lagi dengan masalah-masalah lain.Campur dengan ketidak stabilan hormon mahupun kesibukan menelaah waktu terakhir.Mahupun mendapat berita yang tak dijangka.Huhu..Air mata laa pengubat hati.Habis je nangis waa...Ringan kepala.Tapi lepas tu sakit kepala, tidur.Bangun-bangun..Ohh dunia ini begitu indah untuk dipersiakan.

KELIMA: Mengaji.

Dah ringan kepala tu.Sebagai tanda syukur kepada yang Maha Esa.Ayuhlah kita mendirikan solat sunat dan membaca helaian Al Quran.Baca terjemahan sekali.Kalau main buka je Al Quran tu,bila baca terjemahan rasa macam.."Aik macam kena je dengan masalah aku.."Huhu.Allah Maha Besar.

Ni mesti nak kondem aku kan.Nak cakap kenapa tak mengaji dulu sembahyang ambil wuduk kan.Huhu.Kadang-kadang mengaji sambil menangis pun boleh.Entah terabur mana tajwid entahlah.Huhu.Tapi serius itulah yang paling mustajab kembali kepadaNya.

Hobi terbaru bila rasa serabut ialah MASAK..Hehe..Ni dah gian nak baking bagai TAPI bekas acuan kek semua dah angkut balik Malaysia.Hukhuk.

Hidup adalah masalah.Hidup adalah pilihan.Masalah adalah kehidupan.

No comments:

Post a Comment