Waaaaaa.....Result dah keluar..Alhamdulillah..Syukur dengan nikmat kurniaan Allah.Semua paper lulus.Memang tidak dinafikan ada sedikit terkilan kerana tahun ni aku dah kutip 3 paper C.Wawawa...Aku tak pernah dapat C sebelum ni tapi mungkin inilah yang terbaik untuk ku.Nanti usaha lagi jangan kecewa jangan putus asa...Hehehe...Senyum ajalah walau dalam hati ada terkilan sedikit.
Ada orang marah tak agaknya aku letak result dalam blog aku ni..HUHU.....
Jom-jom ke sem 9.Cuak-cuak dah nak balik egypt.Menyampah betul.Banyak lagi yang tak makan ni..Hehehe....Makan-makan.
Cerita pasal makan ada satu cerita menyakitkan hati dan menyampah.Aku punya la teringin nak makan cempedak.Pusing punya pusing mencari cempedak dari Pasar Manir ke Pasar Batu Enam ke Pasar Tani akhirnya ke Pasar Chabang Tiga barulah jumpa cempedak.Tu pun ada sorang makcik ni je yang jual cempedak.
Lepas je beli cempedak maka bermulalah episod berangan-angan nak makan cempedak goreng.Harap-harap isi cempedak tu sedap manis.Bila belah je cempedak tu kecewa mengundang.Dah lah buah tu buruk kat dalam isi putik plak tu.Kejam betul r makcik yang jual tu.Tak baik lah makcik jual benda macam tu.Eiii..Macam mana nak berkat rezeki tu kalau jual menipu macam ni.Harap-harap la makcik tu akan insaf nanti.
Aku ke yang tak reti pilih cempedak?Tengok tulah cempedak aku beli indah rupa dari isi.Sakit hati betul la.Isi dalam dia aku tak sempat nak snap sebab dah sakit hati sangat terus sumbat tong sampah.
Aii nak cari mana lah cempedak ni.............
Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.
Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.
Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami.
Engkaulah pelindung kami maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.
(surah al-baqarah ayat 286)
No comments:
Post a Comment