nuffnang ads

Sunday 11 September 2011

HUSM

Sepupu aku masuk hospital 7 sept baru ni buat surgery kat tibia dengan fibula.Aku pun dengan baik hati pergi tengok dan menyibuk.Sebenarnya saja nak pergi dengan semangatnya sebab aku tak masuk kelas ortopedik hari tu sebab aku terlantar kat hospital.Huhuhu...Ni dikira sebagai lawatan ambil belajar la ni.

Aku pun dah ingat-ingat lupa apa dia punya surgery.Tak silap aku dia buat fibulectomy pastu ambil tulang fibula tu letak dekat tibia plak.Sebelum tu masa tahun 2003 dia dah pernah buat arthrotomy.Sebenarnya dia ni accident masa umur dia 6 tahun @ pada tahun 2003.Lepas surgery tu semua ok tapi masa dia umur 10 tahun mak dia perasan yang kaki dia ni pendek sebelah.Aku dengar doktor cakap growth arrest & non union.Masa doc datang tu aku tengah mamai2 lagi.Mana tak nya tidur atas kerusi mana nak lena.Sakit pinggang oii....

Cari punya cari wad sakawi ni sampai ada makcik tanya 'Adik nak pergi mana?Belakang sana bilik jenazah dah.Nak pergi tengok mayat bolehlah..' Hahaha..Makcik ni buat lawak plak.Nasib baik makcik ni ringan mulut bertanya.Kalau tak banyak mana pusing pun entahlah.






Macam kaki robot plak.Ni external fixator.Tak nak kasi tulang tu gerak-gerak.


Oleh kerana susah nak gerak-gerak lepas surgery doc masukkan urinary catheter.Sakawi pun cakap dia tak rasa pun nak kencing mungkin sebab dia masih continue epidural analgesic.


Ni gambar pagi tadi masa nak cuci wound ni.Laju gila doc buang benda alah ni.


Kena cuci dengan saline je sebab non infected wound.


Ni plak nurse praktikal tengah balut balik benda ni.


Tu jew kesan selepas epidural.Bengkak sikit je.Ni pun cabut pagi tadi.



Ni aku nak cerita pasal budak banyak cakap.Mula-mula aku sampai wad tu malu laa juga nak cakap dengan dia sampai nak pinjam surat khabar pun malu.HAHAHA....Yela dia je budak besar kat situ.Tapi lepas dah sembang sekali non stop budak ni cakap.Macam-macam dia bunyi.Budak banyak cakap ni nama dia Khairul.Dah 25 hari dia kena tahan kat hospital.Kira beraya pun kat hospital laa.Otai besar laa dekat wad tu.Hahaha..

Ni laa parut gergasi pakcik Khairul tu.Bisiang laa pakcik ni masa nurse datang cuci.Dia cakap dia dah insaf tak nak dah naik motor.Hahaha..Awal insaf bang..


Ni plak LED yang dipanggil oleh pakcik Khairul Khairul ni tua setahun je pun dari aku tapi dia punya gedik nak panggil aku kak juga.Tak boleh blah betul.Ni kalau ikutkan report dia K-wire.Betul ke tak aku pun tak tahu sebab aku kan tak masuk kelas.tengok apa-apa pun tak pernah tengok.


Nilah dia baju hospital untuk otai-otai menurut riwayat pakcik Khairul.Masa mula-mula pakcik ni guna traction 5kg.sebagai fixatornya.Aku tak tengok plak muscle ke skin traction.Mesti laa skin kan kalu 5kg je beratnya.Memandai je.Malas aku nak baca banyak-banyak report pakcik ni tebal sangat.

Banyak lagi aku nak tulis tapi dah penat baru je sampai dari HUSM petang tadi.HUHU..Nanti kalau rajin aku sambung lagi.

No comments:

Post a Comment