nuffnang ads

Saturday, 12 May 2012

ApA eRTiNyA BAHAGIA

B  A  H  A  G  I  A
A
H
A
G
I
A

Mudah mengejanya tapi semudah itukah definisinya?Semudah itukah kita mendapatinya.7 huruf yang membawa 1001 erti.

Apa erti bahagia yang sebenar?Apa definisinya?

Apakah kayu ukur BAHAGIA itu?

Adakah gelak ketawa itu lambang bahagia?Tapi ada juga yang mengatakan air mata itu air mata kegembiraan.Adakah kemewahan material itu bahagia?Atau punya keluarga yang menyayangi itu bahagia tanpa ekonomi yang kukuh?

Atau adakah penyatuan dua jiwa dua insan yang bercinta itu bahagia?

Ada yang berkata sia-sia saja EMPAT tahun bekorban saling mencintai tapi tidak menemui bahagia.Atau ada yang menunggu puluhan tahun untuk bersama,akhirnya setelah janji dimeterai sekelip mata dia berubah hati.

Adakah jika seseorang itu punya serba serbi.Kerja goyang kaki itu bahagia?

Atau adakah seorang doktor yang awal paginya sibuk dengan surgery,kemudian bergegas mengajar pula,kemudian ward round pula,kemudian mengajar lagi.Kemudian bekerja lagi dengan hospital swasta pada sesi petang dan malamnya.Dan pulang ke rumah dengan muka kepenatan.Tidak bahagia?


JIka orang yang sakit,bahagianya KESIHATAN
Jika orang yang sibuk,bahagianya MASA LAPANG
Jika orang yang lapar,bahagianya KEKENYANGAN
Jika orang yang haus,bahagianya MINUMAN

Adakah orang yang lapar,haus,sibuk dan sakit tidak bahagia?

Adakah orang yang menolak kebahagiaan untuk dirinya tidak bahagia?
Adakah orang yang menutup pintu hatinya dari menemui bahagia itu tidak bahagia?

Dia bahagia dengan hidupnya sekarang.Dia bahagia dengan apa yang dia punya.Dia pernah terluka dan dia tidak mahu lagi terluka.Dia penat merawat lukanya.Dia cukup bahagia dengan apa yang ada padanya sekarang.Dan dia takut untuk bahagia.Dia takut kehilangan bahagia yang dia punya sekarang.Dia tidak mahu dikatakan YANG DIKEJAR TAK DAPAT,YANG DIKENDONG KECICIRAN.

Dia amat bersyukur dengan apa yang dia punya.Cukuplah apa yang ada hari ini buatnya sekarang.Kerana dia sedar,jika dia TIDAK BAHAGIA ketika dia cuba mencari KEBAHAGIAAN BARU dia mungkin akan KEHILANGAN BAHAGIANYA hari ini.

Dia tidak sanggup memperjudikan hidupnya.Baginya,cukuplah sekali,dia jatuh dan kecundang dari BAHAGIA.Dia tidak mampu lagi.......

Salahkah dia cuba untuk menidakkan ruang kepada dirinya untuk BAHAGIA ?????

BAHAGIA ITU PILIHAN

p/s:buat anda yang mengatakan sia-sia empat tahun anda bersama si DIA.You deserve better.....

Thursday, 10 May 2012

Khabar duka dari Malaysia

Setiap hari kita mendapat khabar kematian dan kehilangan.Apatah lagi jika anda berada di hospital.Tiada sehari pun hari yang sunyi dari berita sedih itu.Cuma bezanya adakah ia sebuah pemergian yang telah diduga atau satu kejutan kepada kita.Yang pasti tiada siapa gembira dengan berita kehilangan orang disayangi yang pulang ke sisi penciptanya.


Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” 

Apatah lagi jika kita jauh dirantauan.Berjuang menuntut ilmu.Meninggalkan keluarga di sisi.Jauh dari kedua orang tua yang sentiasa dirindui.Tiba-tiba,berdegup rasa hati.Mungkin ada yang tidak kena jauh di sana.Tatkala itu juga mendapat khabar,orang yang disayangi telah kembali ke sisi Ilahi.Innalillah...

Allah yang Maha Besar.Segala yang terjadi di atas kekuasaanNya.

Di saat peperiksaan akhir semester untuk tahun terakhir tinggal kurang dari dua minggu,satu berita yang merentap kalbu datang.Terdetik di hati,dia tidak patut pergi lagi.Hanya doa dan air mata mampu kita titpkan.Tapi kita hanya hamba yang merancang tapi Allah yang menentukan.

Berputar kembali memori bila kali terakhir kita memeluk tubuh yang disayangi.Bila kali terakhir kita mencium tangan tua itu.Bila kali terakhir kita menelefon bertanya khabar mereka.Kini dia telah pergi.Semoga Allah menetapkan rohnya dikalangan orang-orang yang soleh.Amin..

Buat saudaraku.Tabahkanlah hati sesungguhnya Allah lebih mengetahui.Teruskan perjuangan.Habiskan pengajian.Pulang ke pangkuan ibu tunaikan tanggungjawab kamu.Menangislah jika itu mampu menenangkan rasa hati.Along di sini sentiasa menyokong kamu.Allah lebih menyayangi dia.

Diriwayatkan daripada Anas bahawa apabila Rasulullah SAW melihat Ibrahim, putera kesayangan baginda menghembuskan nafas yang terakhir, air mata Rasulullah mengalir deras. Lalu Abdurrahman bin Auf pun bertanya:

 “Mengapa engkau menangis wahai Rasulullah?”, Baginda menjawab: “Wahai Ibnu Auf, ia adalah air mata rahmat”. Kemudian Rasulullah SAW menyambung: “Sesungguhnya mata itu dapat menitiskan air, hati dapat bersedih dan kami tidak mengatakan sesuatu kecuali yang diredai oleh Allah. Kami sangat bersedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim (Muttafaq ‘alaih).” 

Al fatihah buat bapa kepada saudara saya yang meninggal dunia dalam lingkungan 5 petang semalam waktu malaysia.

Teringat kata-kata 'kawan lelaki' dulu "Jangan balik malaysia sementara mak ayah ada lagi ni."Sewaktu aku menyatakan hasrat untuk travel pada cuti musim panas.Baca  di SINI .

Wednesday, 9 May 2012

Result semester SEMBILAN dah keluar???

Semalam keluar p San Stefano.Tengah-tengah hari pula tu.Sekali dapat apa?Dapat penat......

Tak beli apa-apa pun.Sebab..Aku rasa lah kan....Makcik Mar tu mood terputus setelah tahu result repeat Internal Medicine & Surgery dah keluar.Tapi dia tak sempat p tengok lagi.(Mar repeat untuk menaikkan pointer ye.Bukan sebab gagal.)
Kami biru..Mar bergaya dengan tudung barunya.Bau kedai lagi tu.Bukan setakat tudung tapi juga KASUT baru warna merah YANG AKU SUKA.Boleh tak?

Bila tengok membe-membe sukses dengan keputusan SURGERY yang mana aku drop setelah berada separuh jalan,terasa menyesal pun ada.Huhu.Ditambah pula dengan kata-kata makcik Mar 'Kalau kau ambil surgery hari tu,aku yakin kau dapat A'.Ini memang buat aku rasa....ERGHHHHH....Tak apa.Ketetapan Allah itu lagi baik kan...

Kata-kata aku untuk Mar "Janganlah sedih-sedih.Kau dah usaha kan.Kau juga cakap kau nak ambil balik Internal Medicine sebab kau nak belajar.Kau rasa kau tak pernah belajar.Kan...."

Tahukah anda GPA semester 9 dah keluar.Dengan sistem pemarkahan baru..Alhamdulillah..Hehe.Tak apa sikit lagi nak 4 ecah.Usaha lagi.Kepada yang dapat pointer 4.0 tahniah.

Aku pun tak tahu kenapa aku buang tabiat ambil gambar dekat sini.Dah 5 tahun duduk sini,ni baru nak ambil gambar.Alala GEDIKSSSS ok.

p/s:sesi menambahkan koleksi warna tudung..Hehe.....

Thursday, 3 May 2012

Allah engkaulah segalanya

Kalau dah namanya S U R G E R Y

S U R G E R Y jugalah gayanya

"..Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah ; kepada-Nya lah aku bertawakkal dan hendaklah kepada-Nya sahaja orang-orang yang bertawakkal berserah diri."[12:67]

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya." [12:86]

Al-Fatihah buat arwah atuk sahabat saya dan Bob Kuman (pelakon) yang meninggal hari ini.

Tuesday, 1 May 2012

BERSIH:Saya bangga menjadi rakyat Malaysia di Mesir

Bersih ialah membuang segala kekotoran.Semua orang pun tahu kot.Hadis Nabi SAW pun ada menyebut 'kebersihan adalah sebahagian dari iman'.Ini menunjukkan betapa pentingnya bersih.

Tak kiralah bersih dari sudut apa sekali pun.

Kenapa aku bangga menjadi warga Malaysia di Mesir?

Sebab ini...


TAHNIAH KEPADA PELAJAR MALAYSIA DI ALEXANDRIA, MESIR! 

Assalam Penyerahan RM105,591.00 utk Gaza melalui Aqsa Syarif oleh Warga Pelajar Malaysia di Alexandaria. Wakil pelajar Alaxandaria : Wan Mujahid Wan Marzuki,Khairul Anuar Mahat, Muhammad Misbah dan Amirul Hafizi Mohd Suhaimi. Sumbangan diterima oleh wakil Aqsa Syarif di Mesir, Ustaz Abd Haris Bain

UCAPAN TAHNIAH DARI PENGERUSI AQSA SYARIF:
Tahniah kpd warga pelajar malaysia di Alex atas kutipan yg sangat besar jumlahnya ini. Pastinya jumlah ini menjadi dorongan pd lokaliti lain dan pusat-pusat pelajar malaysia di seluruh dunia utk berlumba-lumba infak utk palestin. Tahniah juga kpd Ust Haris Bain yg menjadi pemudahcara kpd anak-anak pelajar kita di Mesir utk memacu jihad palestin melalui Aqsa Syarif
Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif

Tak bangga?Kena bangga kot.Kami sahaja di Iskandariah ni mampu kumpulkan RM 100 000 ++ (LE 200 000)untuk saudara kita di Gaza.Kamu tak bangga?Aku juga bangga dengan kawan-kawan yang tak berkira menyerahkan beribu ringgit seorang untuk program ini.(Baru program ini,tak masuk program membantu warga mesir)

Ni juga hasil kempem sempena duit interest yang masuk pada 31 Mac baru-baru ini.Iaitu operasi memBERSIHkan duit anda dari riba.

nota kaki: Maaflah tajuk dan isi tak sama dengan isu semasa.Saja tumpang panas!!!!