nuffnang ads

Tuesday, 11 October 2011

kek carrot

Serius penat sangat hari ni.Walaupun tadi clinical round habis awal.Tak lah awal sangat pukul 2.15pm jugak habis tadi.Balik kelas lepak-lepak kejap.Angkat baju di ampaian hari dah nak malam.Pastu chating kejap tetibe gatal nak buat kek pula rasanya.Tak tidur la aku petang tadi.Ni pun baru balik kuar makan ngan membe.

Dah lama aku nak buat kek carrot ni sebelum balik evakuasi hari tu lagi.Tapi hari ni baru tepung tu jadi kek.

Bahan-bahannya yang diperlukan:

2cawan tepung gandum
2sudu serbuk penaik
1sudu teh serbuk kulit kayu manis
11/2 cawan gula halus (Aku kurangkan separuh gula dari resepi asal.Tak suka sangat manis-manis ni)
11/4 minyak sayur (Tapi aku guna minyak masak cap bunga matahari je)
4 biji telur
11/2 cawan carrot parut






Aku tak masukkan kismis ke walnut ke atau buah-buahan kering lain sebab housemate aku tak makan benda-benda tu semua.Dia panggil sampah.Hahaha....Jadi memang sempoi la kek carrot aku ni.Jimat bajet punya versi memandangkan elaun bulan ni tak masuk lagi.Ai dah 10hb kot ni.

Cara-caranya:

Ayakkan tepung,garam dan serbuk penaik dalam satu bekas.
Pukul telur sehingga kembang.Selepas itu masukkan minyak dan gula halus.Pukul sehingga sebati.
Masukkan serbuk kulit kayu manis dan bahan yang telah diayak sedikit-sedikit.
Akhir sekali masukkan carrot yang telah diparut.
Gaul sebati dan kemudian masukkan ke dalam acuan.


Bakar dengan api sederhana sehingga masak lebih kurang 50 minit kot tadi.Tak sempat sejuk pun lagi dah potong-potong kek tu.Terus jadi pecah-pecah sikit.Semua gara-gara dah janji nak keluar makan lepas maghrib alih-alih lepas isyak gak baru keluar.



Lepas tu boleh dimakan panas-panas.


dinar dirham emas duit fiat







Sekarang duk kecoh pasal dinar dan dirham.Semua orang dah mula nak simpan emas.Sampaikan student pun dah ada yang jadi tauke emas sejak US dolar jatuh.Tapi sekarang dah naik balik sikit-sikit dan harga barang lain termasuk emas mula sedikit berkocak.Harga getah pun dah mula turun.Bagi aku yang tak tahu pape pasal dinar dan dirham ni tak layak lah membicarakan perkara-perkara terperinci tentang dinar dan dirham ni.Nantikan marah dek otai-otai D&D ni.


Pening juga aku bila dengar macam-macam jenis dinar ada kat pasaran.Pastu harga pula berbeza-beza ikut jenis nama.Kadang tu jauh jugak beza harganya.Kenapa?Berat emas kah yang berbeza?Atau jenis emas kah yang berbeza?Tak kan 1 dinar beza berat emas lain-lain.


Ni jenis-jenis dinar yang terdapat dalam pasaran.Tak taulah senang ke susah nak dapat jenis-jenis dinar ni.


1. Dinar Shari'i 999 4.50 gram
2. Dinar Emas Nabawi 999 4.50 gram
3. Dinar Logam Mulia 9999 4.25 gram
4. Dinar Logam Mulia 917 4.25 gram
5. Dinar PG 916 4.25 gram
6. Dinar GCP 999 4.25 gram
7. Dinar IMN 917 4.25 gram
8. Dinar Logam Mulia (versi IMN) 917 4.25 gram
9. Dinar Kulim 916 4.25 gram
10. Dinar Darul Khusus 916 4.25 gram
11. Dinar Darul Takzim 916 4.25 gram
12. Dinar Darul Ehsan 916 4.25 gram
13. Dinar Darul Makmur 916 4.25 gram
14. Dinar Muslim 916 4.25 gram
15. Dinar Restu 916 4.25 gram
16. Dinar Mariwasa 999 4.25 gram
17. Dinar Darul Ridzuan 999 4.25 gram
18. Dinar Emas Mekah 916 4.25 gram
19. Dinar Darul Aman 916 4.25 gram
20. Dinar Borneo 916, 999 4.25 gram
21. Dinar Taqwa 916 4.25 gram
22. Dinar Putra 916 4.25 gram
23. Dinar Wilayah 916 4.25 gram
24. Dinar Sireh 916 4.25 gram
25. Dinar WIN 916 4.25 gram
26. Dinar Rabbani 999 4.25 gram
27. Dinar Kelantan Laminate 916 4.25 gram
28. Dinar Islamic Mint (IGD) 916 4.25 gram
29. Dinar Royal Mint 916 4.25 gram
30. Dinar KGT 917 4.25 gram
31. Dinar IGD 916 4.25 gram
32. Dinar Terengganu 916 4.25 gram
33. Dinar J'Bright 999 4.25 gram
34. Dinar Mutiara 916 4.25 gram
35. Dinar Amsyiq 999 4.25 gram
36. Dinar Koperasi Belia Islam (KBI) 916 4.25 gram
37. Dinar Universiti Teknologi Petronas (UTP) 999 4.50 gram
38. Dinar Haqqani 999 4.25 gram

Wow banyak jenis ni.Jenuh kalau nak buat koleksi setiap jenis satu.Hahaha...Berangan lagi ehhh.....Kenapa dinar KGT mahal berbanding dinar-dinar lain ehh?Otai-otai D&D boleh tak tolong kasi pemahaman dekat aku.HEHE....

Gambar ehsan google


Untuk tengok harga Dinar-Dinar:




Gambar ehsan google


Cerita pasal dinar dirham ni,teringat dekat membe aku.Dia cakap dia nak kawin umur 25 nak ikut sunnah.Aku hentam dia suruh kasi mas kawin ikut sunnah 500 dirham.Marilah membeli dirham sementara harganya tengah rendah sekarang.Kalau satu dirham bersamaan RM25.00,500 dirham baru RM12 500.Hehehe....Amacam???

Monday, 10 October 2011

1st day lecture

Sepatutnya aku buat entry ni semalam tapi disebabkan penat yang keterlaluan balik kelas je terus aku tidur.Bangun-bangun dah pukul 10 malam..Walawei...Lama gile aku tidur kot.HEHEHE..Kononnya aku sorang la yang p kelas.Tu la pasal dah lama tak p kelas kan.Dari rumah lagi dah bising-bising takut nak p kelas.Ye lar orang len dah terer dengan O&G kan.Aku baru je sampai dewan kuliah tahun ni.Huhuhu...

semangat 1st day lecture.gambar yg sgt bseni


Macam biasa lah kuliah pukul 8 pagi.Jadi 10 minit sebelum pukul 8 tu aku pun tahan teksi p kelas bayar 2 genih beb.Padahal kalau jalan kaki tak sampai 10 minit pun.Anggaran memonteng la hari ni sebab nak p hospital stok ubat dah habis.Ingat nak ponteng lecture tapi nasib baik lecture habis awal.

pintu masuk klinik Gumruk


Tak sabar nak jumpa doc ensem.Hehehe..Serius doc tu ensem walau kepala dah putih.Terkejar-kejar aku nak p hospital dekat Bahri tu.Entah macam mana eja بحري cam tu lah ejaan dekat trumco.Huhu..

Sejarah tak sihatnya aku masuk hospital pada 3hb Jun.Mula hari tu aku tak p kuliah sampai lah habis sem 8 tahun lepas kira-kira aku ponteng bersebab setengah sem la.Pergi-pergi je terus exam.Huhu..Kira power rangers pink kelabu hijau biru la terus p exam.Alhamdulillah boleh masuk exam walau aku langsung tak masuk kuliah O&G dengan orthopaedic.

Ni masa kat emergency.Sempat buat peace tu..huhu

Lama gak la aku bertapa kat hospital tu.Sebulan lebih ada kot.Kecewa,sedih,macam-macam perasaan ada masa kat hospital tu.Tapi aku buat-buat tak endah je.Malas aku fikir.Nanti makin sedih.Kerja aku makan ngan tidur je.Hehehe..Best juga tu.

Kemas tak katil aku?haha.Ni katil hospital.Kira oklah walaupun musim ni banyak gila lalat yang nak kawan ngan aku.huhu.Serius memang banyak LALAT ok.

Tepi bilik aku ada dapur.Pernah sekali tu ada pakcik arab masak air sampai dengan dapur-dapur terbakar.Lepas bagi tahu dia bukannya dia p padamkan api dia cakap tunggu kejap sikit lagi air nak masak.Oii kalau nak bakar dapur bakar kat rumah sendiri la.

Apa kes gambar mangkuk jambam pun engkau nak letak.Aku punya blog aku punya suka la kan.

Tag merah jambu yang comel kan.Mana entah aku letak.

Tangan akulah tu yang hitam cam arang.Tulah akibat ataupun kesan ubat yang diambil.Bukan tangan je hitam semua jadi hitam.Waa dah tak cun la.Bila masa ko cun nya.Huhu...

Puas aku duk tanya doc bila aku boleh keluar.Alih-alih bila aku dah putus asa doc datang suruh aku p buat X-ray pastu boleh keluar.Tak nyempat-nyempat.Ni housemate aku yang teman aku sepanjang aku kat hospital.Dia ni memang penyabar huhu.Tapi dah kawin ye.Dia je kot tahan dengan mulut puaka aku.HAHAHA.Sesikit itu jelah barang aku masa nak keluar hospital.Itu pun jenuh mengangkut.

Head nurse kat floor aku.Baik makcik ni.Dan dia boleh cakap english.Hahaha..Itu yang penting.Bila ntah aku nak pandai cakap arab.

Walau pun aku kena tahan dekat hospital,tapi sesuka hati aku je aku boleh keluar.Doc cakap duduk je la hospital lelama bukan awak pun yang bayar insurans yang bayar.Kalau awak ada exam awak keluar je p exam.Huhuhu...Tapi doc saya nak p kelas.......

Nani,Alia,Farah,Zatil,Ika dalam gambar dan Sarah Su dan yang lain-lain terima kasih korang sebab banyak membantu walaupun hari aku masuk hospital tu sehari sebelum exam.Semoga Allah membalas jasa kalian.Dan kepada rakan-rakan yang lain terima kasih juga diucapkan kepada yang datang melawat, yang memasak macam-macam, yang mendoakan saya terima kasih.Kepada pegawai Mara Ustaz ishak dan Ustaz Firdaus,En Bakri,PERUBATAN,PMRAM,BKAN Terengganu,HEWI dan yang lain-lain yang tak tersebut dalam ni terima kasih banyak-banyak.Ucapan terima kasih khasnya untuk housemate yang baik penyabar FARAH&MARDHATI..hehe...Aku tau r aku punya perangai macam mana kan.

Terima kasih papa& mama yang sentiasa doakan along.Mati-mati aku taknak ayah aku datang masa aku sakit sebab aku taknak balik Malaysia.huhu..Degilkan.Walau ayah aku dah siap buat pasport & visa gitu.Sakit-sakit pun nak degil.Alhamdulillah aku dah berjaya harungi satu dugaan dunia.Terima kasih Allah kerana menguji aku.Tanda ingatanMu pada hamba-hamba Mu.

Alhamdulillah sekarang hanya tinggal makan ubat je untuk satu tempoh waktu yang dah tak lama.Belajar sesuatu dari semua ni 'Trust your doctor'.Lain kali walaupun kamu tu belajar medic tapi silalah percaya doktor anda.Dia labih tahu.Jangan nak memandai-mandai.huhu....




"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Al-baqarah  286)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Allah mengetahui manakah orang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta" (Al-ankabut 2-3)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi mu.Sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (al -baqarah 216)

Thursday, 6 October 2011

egypt ohhh egypt


Nak ke taknak ke tetap kena datang balik dekat egypt ni.Flite aku 24 hb pukul 10.20 pagi setelah sebulan lebih aku balik kampung..Lalala..Balik kampung..Sekarang kena balik egypt pulak..Adik siot aku kat US tu boleh pula tanya aku dah puas makan ke kat malaysia.Kureng asam masin betul la mamat tu.Dah buncit & boroi tu makan jew la dia tau.Sensitip betul soalan ni.Sebab...Aku gatal p cabut gigi kan dah takleh makan banyak-banyak sebelum balik.

Ni masa balik bulan pose hari tu


Disebabkan flite pagi jadi papa laa yang hantar aku ke KLIA.Sah-sah mum and dad tak kasi aku naik flite domestik malam pastu p tidur dekat KLIA tu sensorang kan.Alkisah pun papa tak jaga exam PMR lah tahun ni.

Ni puan Mar punya boarding pass.Huhu


Rohok-rohok...Ada orang tak faham ke apa itu rohok?HAHAHA..Rohok tu susahlah.Memang rohok la nak check in lugage sebabnya kilo yang dibenarkan maksimum 25kg je.Lugage makanan je dah 24 kg.Lugage baju 10 kg.Kerepok lekor dengan rambutan 5 kg.Ish ish.Memang lame la nak boleh ke selesai check in.

Lain kali tak nak dah naik Qatar Airways.Kedekut kilo sangat laa diaorang ni.Huhuhu..Kasi la kami yang student-student ni lebih-lebih siket kilonya baru cun..HAHA...Iye dok?  


Minum dulu.Dahaga2.


Apa pun halangan telah berjaya aku tempuhi dan aku pun dah selamat landing di Alexandria Borg El Arab Airport semalam pukul 6 petang waktu egypt(pukul 12 tengah malam waktu Malaysia) setelah transit di Doha 2jam setengah.Alhamdulillah.8 oct nanti kelas akan bermula.Kembali meneruskan jihad untuk menghabiskan degree yang masih berbaki 2 tahun.Ya Allah permudahkanlah segala urusanku.Amin.

Ni masa dari cairo ke doha.

Mama & papa pun dah selamat sampai Terengganu pukul 6pagi semalam setelah p ronda-ronda kat Melaka.Tau di acik nanti kompem jeles..Hehehe..

Perjuangan bermula......

Saturday, 1 October 2011

saket gigi


Haaa tengok gambar gigi.Tajuk entry pun saket gigi.Jadi ceritanya pasal gigilah ye.Beruslah gigi anda sebaik mungkin sebab cabut gigi tu ngeri.HUAHUAHUA.......

Hari ini dah hari ketiga setelah aku cabut gigi.Tapi...Tapi masih berdarah..Bengkak  tak yah cakap lah.Demam lagi.Siapa suruh gatal pergi cabut GIGI.Gigi geraham plak tu.Memang sakitlah.Alkisah bermula pada hari khamis 29/09 jam 8 pagi dengan machonya aku masuk bilik gigi tu.Masa cocok bius pun dah terjerit-jerit tahan sakit..Hahaha..Dah 2 tahun tak cabut gigi ni.Dah lupa apa rasa cabut gigi..HUHUHU.....

Jam 08:20 pagi nurse pun panggil lah nama aku sekali lagi nak cabut plak.Nurse cakap jangan buat KERAH nafas macam biasa.Aku dah cuak dah.Nurse cakap lagi gerak-gerak kaki sikit.Dan doktor mulakan kerja menggerudi gigi aku.Sehabis daya doktor memulas gigi aku tu tapi tak nak cabut-cabut jugak sampai doktor mengeluh akhirnya tercabut lah jugak gigi kesayangan ku itu..Hahaha..Ayat poyoyo tak boleh blah.

Punya lah besar lubang nye..Tak dapat dibayangkan.Sampai jew kat rumah terus nangis.Sakit..SOB SOB SOB..Mak aku cabut gigi cool jew lepas tu jemur kain,ambik adik aku dari sekolah,masak lagi.Aku lak terlantar atas katil.HUHU...Memang mak aku SUPERMAK la...


Jom pakat tonton supermak kat www.tv3.com.my....HEHE

Hari ni dah ok sket.Aku dah boleh makan nasi.Hari first tu makan nestum dengan air susu je.Hari second makan bubur.Hari ni baru makan nasi.Huhu...Cepatlah hilang bengkak dan sakit ni.Aku nak makan macam-macam esok dan luse.Ohhhh esok dah 2hb.......