nuffnang ads

Wednesday, 6 February 2013

cuti winter:Aswan Luxor Hurgada (part 1)

Lama tak update blog.Bukan malas.Tapi memang malas.Hehe.

Ni dah  nak masuk minggu keenam dah semester terakhir insyaAllah.Keputusan semester lepas pun dah keluar.Alhamdulillah atas segala limpah nikmat yang diberi Allah.Walau sebagai manusia perkataan KALAU tu tak pernah luput.Hanya DUA markah membezakan target untuk dicapai.InsyaAllah ini yang terbaik.

Nak bercerita tentang cuti..Yee baru cuti lepas habis semester 11 hari tu terus masuk semester 12.TERBAIKlah.

Disebabkan bajet ciput a.k.a pokai.Maka cuti kali ini dihabiskan di Mesir sahaja.Memang berhajat menghabiskan di Mesir memandangkan belum habis tawaf Mesir lagi.

Kali ini kita terjah Aswan-Luxor-Hurgada.Trip kali ini 6 hari lah lebih kurang.Aku pergi dengan Thrive Tour.

Petang 26/1 lepas asar aku naik train ke Kaherah empat sekawan.Dah lama tak turun Kaherah ni memandangkan aku memang RAJIN banyak kalau bab berjalan tanpa tujuan ni.Huhu.Sebab tu aku tak suka window shopping.Huhu..

 photo Picture21009_zpsddaa6e98.jpg

Seksa naik train musim sejuk ni.Nak p toilet.Haha.Nak masuk toilet dalam train tu?Entah laa.Tak pernah jenguh kot.Sampai je Kaherah terus marathon ke toilet.Huhu.Waa..Lawanya stesen Ramses sekarang.Ke memang lawa dari dulu ehh?

 photo Picture21010_zps84875207.jpg

Guni-guni pengisi harta benda.Aku ingat aku dah banyak bawa barang.Dah takut dicop "Weh apasal kau tak angkut satu rumah je datang..".Sekali aku paling sikit kot..Sebab aku bawa 1 hand lugage dengan 1 beg galas belakang tu je.Huhu.Kiri kanan kosong.

 photo DSCN0016_zps1a58b15e.jpg

Muka kelenguhan duduk dalam bas selama 18 jam tu.Jauh gila Aswan.Kalau korang nak pergi Aswan aku nasihatkan korang naik train.Walau pun harga tiket dia LE 200.Sekurang-kurangnya tak laa bengkak ischium kau.

Trip ni harga dia LE 747.RM dalam RM 370 kot lebih kurang.Termasuk pengangkutan,makan dan tempat tidur.Kitaorang kumpul dekat Azhari Bistro dekat Hayyu apa entah.Huhu..Lepas tu dekat pukul 11 baru bertolak ke Aswan walau perancangan asalnya pukul 9 malam.

Dengar kata disebabkan adanya rusuhan bagai.Dan perjalanan kami yang sepatutnya sampai pukul 10 pagi keesokkannya hanya selamat sampai bila matahari telah tidur.Jadi rancangan melawat pada hari tersebut dibatalkan.Kerana berlakunya krisis minyak.Semua tempat penuh dengan orang beratur beli minyak.

 photo DSCN0035_zps9b552cf7.jpg

Ni namanya Abu Simbel.Dekat Aswan ni ada menda alah ni je.Yang terletak jauh terperuk.Nak pergi sini kena konvoi.Lalu tengah-tengah padang pasir.Kami bergerak mengikuti konvoi pukul 3 pagi.terus check out hotel.Ada beberapa orang yang tertinggal.Dengarnya kerana tersilap info disangkakan bertolak pukul 3.30 pagi rupanya 2 pagi.

Tapi konvoi bergerak pukul 3 pagi diiringi pihak polis.Jadi sempatlah mereka kejar bas.Memang tradisi kot.Tak tertanyalah pula kenapa.

Nak masuk sini bayarannya menggunakan kad pelajar LE 53.50.Lain agen lain harga kot.Ada dengar LE 55.Tapi dekat tiket LE 40 je.Kenapakah?

 photo DSCN0053_zps70b03690.jpg

Ni pula di hadapan Nefertary Temple.Kalau tak silap.Kalau silap betulkan.Hehe.Tempat ni sebelah je dengan Abu simbel tu. 'Kagum' dengan kemegahan kuasa diaorang yang menggunakan kuasa memerah keringat rakyat.Temple ni dibina untuk menunjukkan rasa sayang Ramses ll kepada isterinya Nefertary.Kat sini boleh lihat patung Nefertary tu sama tinggi dengan Ramses ll.Biasanya tiada ukiran patung lain yang lebih tinggi dari kepala lutut firaun.

Mereka punya tuhan punyalah banyak.Tak terbilang antaranya yang banyak aku dengar ialah Isis,Osiris,Amun,Harthour,Nephethees dan 25 lagi.Huhu.

 photo DSCN0079_zps105d3452.jpg

Ni pula High Dam.Nama diambil sempena pembinaan empangan ini yang lebih tinggi dari empangan asal yang dibina oleh British untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku selama 3 bulan setiap tahun yang mengakibatkan kerugian melebihi 200 juta LE.

Pembinaan ini adalah idea Presiden Gamal Abdel Nasser yang menjadi president Mesir dari 1956 hingga 1970.Beliau merupakan orang Aswan yang membangunkan Aswan.Tetapi empangan ini hanya dibuka pada zaman President Sadat iaitu president Mesir setelah Gamal meninggal.

Pembinaan empangan ini telah menenggelamkan perkampungan orang Nubian.Dan beberapa ratus lagi temple yang terdapat di dasar empangan ini.Hanya beberapa temple yang berjaya diselamatkan antaranya Philae Temple.Dan Mesir menghadiahkan beberapa templenya kepada negara yang terlibat dalam proses menyelamatkan temple-temple ini. 

Bank Dunia telah menolak permintaan President Gamal untuk membuat pinjaman bagi pembinaan empangan ini.Dan beliau telah mngenakan cukai ke atas terusan Suez sebagai punca kewangan dan dibantu oleh beberapa buah negara lain.

Bayaran masuk ke sini ialah LE 30 dengan kad pelajar.Dan mesir hanya menggunakan 3% dari sumber elektrik yang terhasil.97% lagi dieksport ke 5 buah negara terdekat.Berapakah hasil pendapatan Mesir dari empangan ini sahaja???

 photo DSCN0127_zps2beb1cb8.jpg

Ini pula Philae Temple.Jika mahu ke sini kita kena menaiki bot.Bayaranya LE 30 termasuk kos menyeberang ke temple tersebut.Tempat ini hanya dibuka sehingga pukul 5 petang.

 photo DSCN0136_zps7771d2cd.jpg

Ini tour guide kami.Nama pun aku tak tahu.Huhu.Tak penting kot.Dan aku tak mampu nak ceritakan sejarah temple ni dekat korang sebab..Aku tak solat lagi masa ni.Dengar penerangan pun separuh hati je.Huhu.Masa tu dah pukul 4 petang kot.

 photo DSCN0149_zps479bd181.jpg

Temple ini merupakan salah satu temple yang dialihkan dan dikerat berblok-blok batunya dan dilabelkan.Kerja-kerja ini memakan masa hampir 10 tahun.4 tahun digunakan untuk melebelkan dan mengalihkan blok-blok temple ini sahaja.

 photo DSCN0144_zps765f53b9.jpg

Warna hitam pada dinding tersebut menunjukkan aras temple ini tenggelam dalam banjir kerana air Sungai Nil mengandungi garam mineral yang sangat tinggi dan meninggalkan kesan hitam tersebut.Dan juga terdapat kesan rumpai pada batu-batu tersebut.

 photo Picture21031_zpscd6de3ab.jpg

Setelah semua solat asar.Kami semua menaiki bas bergerak menuju ke Luxor dalam keadaan lapar dan letih.Gambar di atas adalah nama hotel kami di Luxor.

Pada pukul 8 pagi kami bergerak ke Valley of the Kings.Atau dengan kata nama lainnya adalah kubur firaun.Huhu.Terdapat 62 kubur firaun di sini.

Tapi kami hanya memasuki 3 kubur sahaja dengan bayaran LE 40 untuk bayaran masuk dan LE 4 untuk naik train ke tapak lawatan.Kalau nak masuk lebih bayar pun lebih laa.Boleh je.Tapi bukan semua kubur-kubur ni dibuka setiap hari.

Aku masuk Ramses 2,Ramses 6 dan Merenptah kalau tak silap laa.Merenptah merupakan satu-satunya Firaun perempuan yang dikuburkan di sini dan tidak dikuburkan di Valley of the Queens.Dan kubur ini pernah dirompak oleh pekerja mereka sendiri.

 photo DSCN0161_zps4a7a7c20.jpg

Setelah itu kami ke kedai barang batu ni.Kat sini menjual pelbagai barang hiasan dari batu granit apa entah.Aku tak berminat.Bukan tak berminat.Tapi tak ada duit nak beli.Sebesar tapak tangan pun dah beratus.Huhu.Tapi barang-barang ni semua original.Boleh jual di kedai barang antik dengan harga mencecah 5 kali ganda harga anda beli.

 photo DSCN0165_zpseb5b89cf.jpg

Ini adalah pemandangan biasa apabila ke mana-mana tapak lawatan.Lebih kurang bazar rakyat.Aku beli pashmina je satu.Tu pun aku beli dengan harga LE 45 tapi dekat Hussin boleh dapat dengan harga LE 30.

Aku ada beli buku Valley of the Kings dengan harga LE 15 dari harga asal letak LE 50.Dan aku berjaya beli map dengan harga LE 3 dari harga LE 10.

 photo DSCN0177_zpsd24aa00c.jpg

Seterusnya kami bergerak ke Hatshepsut Temple.Bayaran masuk ke sini adalah LE 17.Hatshepsut ni kalau korang tak tahu maknanya tidur laa dalam kelas sejarah dulu zaman sekolah.Aku suka belajar sejarah ni.Membe-membe panggil Ibu Sejarah kot.Huhu.Zaman muda-muda.

Hatshepsut merupakan seorang firaun perempuan yang lahir sebagai perempuan memerintah sebagai lelaki dan mati sebagai lelaki.Beliau juga memajukan pertanian pada zaman itu.Sebab itulah ukiran Hatshepsut berwarna hijau pada mukanya kerana dia adalah tuhan pertanian.

 photo DSCN0179_zps13672661.jpg

Walaupun nama temple ini Hatshepsut Temple tapi semua muka beliau dipadamkan oleh pemerintah selepas itu agar tiada lagi ulangan dalam sejarah berlakunya pemerintah dari kalangan perempuan.

 photo DSCN0206_zps4d4c58d4.jpg

Budak-budak alex.

 photo DSCN0246_zpsd6c0b4ca.jpg

Selepas ke sana kami bergerak ke destinasi seterusnya.Patung 2 biji dibelakang merupakan penemuan baru yang berusia tidak sampai setahun.Kerja-kerja mencari gali masih giat dijalankan.Ini semua budak alex U yang pergi.Bersifat kasta laa pula ye.

 photo DSCN0264_zps67455f4e.jpg

Destinasi seterusnya adalah Karnak dan Luxor Temple.Kami diberi pilihan sama ada nak pergi dengan bas dan memakan masa selama satu jam atau menaiki bot ke sana dan di pertengahn jalan kita berhenti makan pisang dan tengok buaya.Hehe.Haruslah naik bot.

Muka sorang-sorang khusyuk dengar penjelasan tentang pisang.Macam tak ada pokok pisang je belakang rumah.Kos naik bot dan makan pisang ialah LE 30.

 photo DSCN0283_zps21be42cf.jpg

Setelah makan pisang dengan lahapnya akibat kelaparan,kami bergerak ke Karnak Temple.Memandangkan jam menunjukkan pukul 4 lebih petang.Aku pun tidak masuk ke Karnak Temple kerana mengejar waktu solat.Belajar dari pengalaman.Huhu.

 photo DSCN0291_zpsbc7b888c.jpg

Ini merupakan Luxor Temple.Lagi pun temple je kot.Aku tak lah fanatik dengan sejarah firaun bagai ni.Sampaikan......Bayaran masuk ke Luxor Temple ialah LE 25.

 photo DSCN0294_zps3c5dfbc7.jpg
Lagi sebahagian dari Luxor Temple

 photo Picture21074_zps9bb2bf9d.jpg

Karnak Temple.Bayaran masuk ke sini ialah LE 35.Karnak Temple merupakan temple terbesar yang ada di Luxor.Itu sahaja yang aku boleh ceritakan.

Setelah selesai semua bersolat,kami bergerak ke Hurgada mengikuti konvoi jam 6 petang.Dan sampai ke sana pukul 11 malam.

 photo Picture21082_zpscff75799.jpg

Makan pagi di Magic Beach Hotel yang sangat mewah.Tapi hati tidaklah segembira air muka (kononnya) memandangkan sebahagian dari kami (lelaki-lelaki alex) berada di hotel lain yang sarapannya hanyalah roti ish (roti arab yang keras dan pernah menjadi isu di jabatan pendidikan di Malaysia akibat kami dihidangkan roti tersebut sepanjang berada di asrama arab pada tahun 1.Iaitu 5 tahun yang lalu..) dan daging yang tidak sedap.Huhu.

 photo Picture21095_zpse06b415a.jpg

Hotel kami....Bersambung cerita di Hurgada....

Agak sedih kerana hasrat hati untuk menaiki belon udara panas di Luxor tidak kesampaian kerana aku keseorangan.InsyaAllah ada rezeki datang lagi..

No comments:

Post a Comment