Dah separuh lebih ramadhan berlalu.Hari ini hari ke 16 aku buka puasa.Esok 5 hb aku exam Urology.Kertas ketiga untuk semester ini.Ya Allah.Serius rasa sangat tak bersedia.
Ini budak lagi cool.Hari exam Ophthalmology tu dia muntah-muntah darah dah malam exam.Tapi dek kerana kedegilan yang SUPER (eleh mengata orang Ecah,kau dulu macam tu juga) dia tetap p exam.Tengah-tengah jawab exam boleh pula dia kuar p tandas muntahkan darah.
Kena santau apa puasa-puasa ni?Haha.Budak medik pun percaya santau-santau walau duk belajar perforation deodenal ulcer bla bla.Sekali habis exam tu,dia p buat endoscopy ambil kau 4 hari duk hospital.Bayar 10 ribu.(Nasib baik ada insurans).Alhamdulillah dah sehat kan?Kahwin laa cepat-cepat nanti ada orang jaga.
Alkisah malam exam ENT pula,boleh pula tak ada letrik dekat rumah.Adoii berbuka dibawah cahaya lilin laa.Itu tak apa lagi.Tak cuak lagi.Habis berbuka puasa tengok semua kawasan rumah aku gelap.Ingatkan bangunan aku je gelap.Ini memang mengundang kecuakkan melampau.Esok exam kot..
DUA jam juga bergelap tu.Siap ambil kerusi,pasang lilin duduk dekat balkoni.Di temani cahaya rembulan purnama.Ada orang cakap "Kita memandang bulan yang samakan." Amboi terlebih romantik laa pula malam-malam exam ni.Tak lama lepas tu,Alhamdulillah da ada letrik balik.Terasa nikmatnya ada letrik.
Nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan??(Surah Ar-Rahman)
Habis exam ENT aku dan makcik Mar menapak ke Carrefour.Macam dah habis exam je lagaknya.Tiba-tiba..Rasa tak sihat.Tak boleh bernafas.Sakit sangat.Tu senyum pun dah senget.Tapi nak juga jalan lagi.Huhu.Apa hal entah.Stress exam ke?Atau aku alergik makan Hardees??
Makanan buka puasa.Penuh orang dekat food court.Jadi marilah mengamalkan kerja-kerja merempat tepi jalan buka puasa.Tak sempat habis pun aku makan.Dah sakit sangat nak menelan.Huhu.Terus trauma fobia dan segala macam mak nenek bermain di ruang legar minda.Adoi.Ya Allah,kuatkanlah badan aku.2 paper je lagi..
Hasil borongan.Banyaknya chipsy je.Apa-apa entah.Aku nak datang cari kurma.Tapi tak nampak pun.Semua orang dah borong ke?Sampai air mineral pun habis.Huhu.
Ya Allah Kau permudahkanlah urusan aku esok...
Lagi EMPAT hari nak balik............
No comments:
Post a Comment