nuffnang ads

Friday, 31 August 2012

Eid Fitri 2012

Salam sejahtera...

Amboi orang dah habis raya aku baru nak cerita pasal raya.Orang dah cerita pasal merdeka kot.Kan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 55

Tak kiralah kan.Sebab aku puasa 30 hari kira aku raya 30 hari laa kan..Puasa enam bila nak buat?Dushh..Kena sedassss...

CopyofDSCN4990

Sebab lelaki kan tak perlu masuk dapur bagai.Sempat laa mereka berposing sebelum acara rasmi dimulakan.Balik dari sembahyang raya,kami kumpul ramai-ramai dekat ruang tamu.


CopyofIMG_1102

Tahun ni,kali pertama sejak sekian LIMA tahun kami semua tak cukup bilangan,akhirnya kami diberi kesempatan beraya bersama.Kalau aku ada,angah tak ada.Kalau angah ada,aku tak ada.Sebelum aku tak ada untuk tahun depan (al maklum raya di perantauan kot tahun depan) dan mungkin angah tak balik,maka alhamdulillah kami semua dapat berkumpul.

raya

Dimulakan dengan bermaafan dengan papa & mama.Salam berisi yee..Nak duit raya juga.Hehe..Kami mula dari yang adik kepada yang sulung.Along minta maaf ye papa & mama.Halalkan semuanya..

CopyofDSCN5031

Bila tengok gambar ni,baru aku tahu aku ikut siapa bila ketawa je mata pejam.Haha.Kan...

Copyof100_0451
Potret keluarga.

Tak berapa nak bertema sangat.Yang lelaki je bertema kelabu.Sebab angah ada tahun ni,dapatlah aku kurangkan jumlah duit raya.Haha.Budak-budak tak boleh pegang duit raya banyak-banyak.

Rumah aku kena salam raya dengan keluarga cepat-cepat,kalau tak memang tak sempat.Lepas beberapa minit je mesti ada orang datang raya dah.Al maklum,orang tua(nenek) dah tak ada.Papa aku laa jadi orang tua kat kampung tu.

raya2

Aku ada adik EMPAT orang je.Haha.Duit raya untuk angah tak ada.Niat memang tak nak kasi.Tambah dengan bila cari sampul duit raya,memang ada empat je.Hehe.Gambar di bawah hanya iklan.ELaun dia pun dua kali ganda aku.Kira aci laa kan sebab aku pun tak dapat dari dia.Haha..

Betapa besar angah tu a.k.a buncit...Sampai nak duduk pun kena slow-slow.

CopyofIMG_1219

Giliran angah kasi duit raya pula.Macam-macam gaya mutu keunggulan.Setelah bertahun-tahun.Ni duit raya pertama angah kot.Amacam rasa best tak dapat kasi duit raya??

raya3

Alhamdulillah,dapat berkumpul sekeluarga.Walaupun hanya EMPAT HARI kami semua dapat berkumpul ramai-ramai COMPLETE LENGKAP CUKUP.

Hari Raya ke 3 angah dah selamat fly ke US.Hehe.Selamat pulang perantau..

Cerita tentang famili jelah..Nak cerita semua,tak mampu...Sila add fb dan tengok sendiri kemeriahan Syawal kami.Hehe..

2 comments: