nuffnang ads

Friday, 24 August 2012

Pre RaYa

Selamat hari raya aidilfitri.Maaf zahir batin.Huhu.Dah hari raya ke enam baru nak update blog.Huhu.Biasalah buat-buat sibukkan..

Ni nak tulis pasal pre-raya dulu.Hehe..

Hari Jumaat tu sebelum hari raya,aktiviti wajib p Tanjung Sabtu.P sana bersihkan kubur.Kompem laa bukan kerja-kerja aku.Itu kerja-kerja jantan kan...

CopyofDSCN4896

Sesi menggedik sementara menunggu nenek aku sampai rumah.Ni acik(jubah peach) & kakak(jubah hijau).Baru sempat jumpa 2 hari sebelum raya kumpul ramai-ramai.Huhu.Ni tak kahwin lagi.tapi dah susah nak jumpa.

CopyofDSCN4890

Sekali sampai, kubur dah bersih dah.Rupanya Pok Mi dah sampai dulu lagi p bersihkan kubur.Jadi kami hadiahkan Al Fatihah dan Yassin je laa..Lepas tu gerak ke Chalok p rumah mak sedara aku.Nak letak gambar pun tak ada.Semua gambar dalam hp angah.

Kubur atuk sebelah ayah pula, aku tak pergi pun.Huhu.Katanya dah bersih.Bertahun-tahun papa aku bersihkan kubur tu,bila tahun ni orang 'politik' buat gotong royong bersih kubur, papa aku tak boleh p sebab ada kerja.Amboi bukan main lancang mulut korang ehh.Sebelum ni aku & papa aku yang pergi tau.Malas layan...

CopyofDSCN4919

Ni kanak-kanak ribena.Paling besar tapi paling semangat main bunga api.Bunga api ini disponser oleh acik dengan abang.Haha.Sekali sekala pau adik-adik pula...Sebab adik-adik aku tengah kaya kan.Ohh elaun...

CopyofDSCN4954 CopyofDSCN4942 

Budak 2 orang yang paling kecil.Macam kembar tapi bukan kembar ye.Sama saiz dan sama muka,tapi lain umur.

CopyofDSCN4975
Sebesar gergasi tetap nak angah dukung.Isk isk.Kalau dah bongsu tu manja juga.

Adik aku kakak tu belajar di Imtiaz.Dah hafal 5 juzuk dah.Huhu.

Aku: "Kak,dah hafal banyak mana dah pemalas??"
Adik Aku: "Alhamdulillah,dah 5 juzuk."

Terus tak jadi nak kondem budak sorang ni.Terus je terdiam.Haha.

Angah pun ada cerita masa nak p hantar kakak p asrama dia duk sembang dengan acik sambil pasang lagu kuat-kuat.Sekali kakak diam je.Ingatkan dah tidur,pusing belakang dia tengah menghafal Al Quran.Haa...Engkau diam budak dua orang tu.Terus tutup radio.Haha...


CopyofDSCN4953

Pasu bunga jenis baru.Huhu.Hehe.Ini tahun,kerja-kerja acik menggubah bunga.

Kawan acik: "I ROYAL tau.I kerabat diraja Kelantan." 
Acik: "I pun kerabak juga.I kerabak pagar."(dengan muka toya)
Kawan acik: "Ehh..U royal juga ke?"
Acik: "Taklah,I kerabak pagar je."

Ok untuk makluman bukan orang terengganu..KERABAK=Panjat.Bunyi dia lebih kurang kan.Adoii..Adik siapalah ni...

CopyofDSCN4984

Malam raya ok.Malam raya pukul 10.30 malam baru baju aku siap dijahit.Nasib baik ada baju raya walau pun sebelah lengan baju panjang sebelah lagi pendek.Nak maki pun tak kena.Kalau dah potong baju pun lepas maghrib kan.Pukul 11 malam baru p beli tudung raya.RM 25 ok.Tak boleh kurang langsung harga.Bapak cekik.

Lepas pusing-pusing dekat Taman Shah Bandar pukul 12 malam p beli kacang-kacang dengan angah.Balik rumah silalah basuh cawan pinggang nak guna esok.Bekas kuih raya bagai.

CopyofDSCN4886

Ok duit raya dah masuk sampul.Mari datang raya mari....

No comments:

Post a Comment