nuffnang ads

Wednesday 15 August 2012

Permusafiran Ini.

Alhamdulillah dah selamat sampai 4 hari dah.Rasa macam dah lama sampai.Hari-hari kot keluar.Tapi masih tak habis pusing lagi ni.

CopyofDSCN4789

Ini sesi peluk-peluk.Aku antara orang terawal yang balik.Yelah sehari selepas exam kot.Tapi...Bakal-bakal pengantin balik lagi awal.Habis exam terus angkat beg kot.Isk isk.Tak sabar-sabar.

CopyofDSCN4787

Kesimpulannya penat ok balik cepat-cepat.Habis exam tu laa nak p beli barang.Nak kemas rumah.Nak kasi orang barang-barang makanan.Nak packing.Semua nak kena buat hari tu juga.Nak kena masak sahur dengan buka puasa lagi.Huhu.Dah tak nak dah balik koboi macam ni.(macam banyak kali lagi je nak balik..)

CopyofDSCN4799

Nak dijadikan cerita,Aindah kehilangan lugage dia sebelum naik bas pagi tu ke Cairo.Adoi lugage pun nak curi ke?Alhamdulillah laa pasport dia ada dalam beg lain.Kalau tak wassalam laaa dengan tiket-tiket sekali.Bulan puasa kot.Adoii apa nak jadi laaa manusia ni.

CopyofDSCN4784

Keadaan bilik yang ditinggalkan.Huhu.Sila abaikan keselarakan itu.Alhamdulillah selamat sampai airport dengan selamat.Walau 2 3 kali juga pusing-pusing.Sebab pakcik bas tu tak kenal terminal nak masuk mana.Huhu.Yang penting selamat kan??(Atas dasar berkali-kali naik bas ke Cairo gear rosak..)

CopyofDSCN4802

Check in pun ok jew.Lancar je.Bukan main takut tak lepas berat.Sebab dah ada dengar yang tak lepas.Sekali memang dapat 40 kilo.Kalau tahu aku bawa lebih lagi.Nak lebih lagi?Tu pun dah 3 biji lugage aku bawa.Cuma biasalah arab ni suka tip a.k.a RASUAH boleh?Ada membe bawa balik baraka 30 kotak pun tak nak kasi lepas.Sekali keluar bos diaorang ok je.Tak ada pun tak lepas.Saja je.Aisshhh..Bulan puasa laa korang...

CopyofDSCN4804

Nasib baik dapat seat sebelah makcik ni masa dari Cairo ke Abu Dhabi.Boleh laa melenakan diri yang sememangnya penat tu.Tapi dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur apa hal entah dia p letak aku di tengah-tengah antara 3 orang lelaki.Dah laa flight 7 jam.Nak lentok bagai.Nasib baik Cip nak tukar dengan Mar.Huhu.Ni kes tiket aku sekali dengan mereka laa ni..

CopyofDSCN4828

Dalam perjalanan dari Cairo ke Abu Dhabi tu kami sempat dengan buka puasa.Jadi kami semua dapat 1 beg kertas makanan.Yang macam salam gambar ni.Bila dah masuk waktu berbuka diaorang umukan dan kami pun melantaklah kan.Tahun lepas masa naik Qatar tak ada macam ni.

CopyofDSCN4830

Tapi makanan dia tak sedap sangat.Macam di atas tu.Entah apa namanya.Ada kacang-kacang campur sayur.Falafel versi VIP barang kali.Huhu.Makan yang sahur pun sempat masa dalam flight dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur.Tapi aku dah sahur sushi Mar buat dan bawa dari rumah.Dan juga mocha yang dibeli dengan harga USD5.Ok laa kan.

CopyofDSCN4832

Selamat tiba di KLIA pada jam 2 petang.Dekat Abu Dhabi tak beli apa-apa pun sebab sebelum ni dah pernah naik Etihad ni.Perjalanan diteruskan dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.Sebab aku bawak balik barang je dah 37 kilo.Kalau naik flight domestik dapat 20 kilo je.Dah laa orang yang kerja dengan Mas tu kerek-kerek je.Lebih sikit tak boleh.P negara orang ok je kalau setakat lebih tu.Kan kami student.Huhu.Di anak tirikan di negara sendiri.

CopyofDSCN4817


Jauh perjalanan luas mata di cuci.Makin banyak barang tertinggal.Adoi aku tertinggal Al Quran merah aku dalam bas.Tapi Sani Ekspress dah telefon cakap dah ada orang jumpa.Boleh p ambil hari ni.Yeayy...Terima kasih kepada Hajar sekeluarga yang datang ambil dekat KLIA dan hantar ke stesen bas Kajang.

Ok...Semangat Raya dan Puasa perlu diteruskan...

4 comments:

  1. Bg aku, etihad ni kplntrbg bes, lyanan bes, mknan mmg kurang skit. Meang emrates lg bab mknan.qatar out trus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aahh..etihad best lyanan dia..emirate mknn best best tppekerja dia kerek..qatar mknn dia mmg xbest..haha...saudi airlines pun best juga makan..lagi best kalau trael perempuan je.memang dapat lynan VIP laa..

      Delete
  2. selamat kembali ketanah air.

    err, jangan terkejut orang arab memang mesra dengan baksis membaksis nih.

    selamat hari raya buat anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..

      Diaorang memang kalau dengn melayu sgt2 laa menjadi-jadi.Malazi ahsan nas konon2 nya..

      Selamat hari raya tuan Fakur.

      Delete