nuffnang ads

Tuesday 7 August 2012

Kalau dia lelaki....

Sebenarnya aku dalam mood dendang perantau ni.Ecewahhh...Huhu.Macam budak kecil tak pernah duk jauh-jauh ehh.Tapi betul laa.Makin tua, sensitif makin menjadi-jadi ok HOMESICK.

Sangat-sangat dah 2 minggu ni,adik-adik semua berkumpul dekat rumah.Along kita orang kan bla bla bla.Rasa macam jauh je dengan diaorang.Lagi terasa menjauh bila telefon rumah,mama tengah masak.Lepas tu tak boleh cakap telefon sebab tengah sibuk dekat dapur.Wawawa.Dah laa along jauh.Nak cakap telefon pun tak boleh.MERAJUK.MERAJUK...(Yang kau dah tahu orang sibuk masak.Gatal masa tu juga nak telefon.Huhu.Siapa suruh??)

CopyofDSCN4775

Dengan Amy,Sarah & Izul.Lepas terawih semalam.Mungkin terawih terakhir untuk ramadhan tahun ini di Mesir.Apa beza bebenor warna tangan dengan muka tu.Aku pakai sunblock dekat tangan kot.Dekat muka aku tak pakai pula.Sebab alergik.Nanti mencanak-canak naik jerawat.Tak pakai pun dah macam apa.Adoii..Ni SUNBLOCK ke SUN ABSORBER ?Konpius gua KONPIUS.

Tak apa-tak apa.DUA.DUA hari lagi ok.Malaysia ....AKU PULANG.Haha.InsyaAllah.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Ada satu subjek lagi.DERMATOLOGY.Mood baca buku tinggal 1% je ni.Huhu.Housemate aku tengah mengkhatamkan sarikata tu.Haha.Aku pula duk layan lagu raya.Haha..

Tadi baru je bersih-bersih rumah.Dah tu habis exam terus balik esok paginya.Kalau tak kemas sekarang.Sempat ke nak kemas nanti???Ohh lugage ku belum di kemaskan lagi.Bajet ciput tahun ni.Balik tak beli apa-apa boleh tak?Ada LE 40 jew lagi ni.Huhu.Boleh???

Baru bajet nak beli jubah nak buat raya.Huhu.Ok sila abaikan impian anda tu.Huhuhu.

things

Siang tadi aku baca blog yang kisah akak dekat kelantan tu yang sakitnya masih belum didiagnosis.Blog kak Aliaharyanie.

Baca blog dia tu.Kesian sangat rasa dekat dia.Mana dugaan kesihatan yang Allah tarik buat sementara.Dan dugaan terkapai-kapai sorang-sorang bila tempat digantung berharap melarikan diri.

Tiba-tiba rasa takut nak memilih.Mana tahukan,orang nak kita masa kita senang je.Masa kita masih lagi lawa.Masa kita kuat.Tapi tak nak susah bersama-sama kita.Lari dari memimpim kita bangun disaat kita sangat perlukan seseorang.

Bukan senang nak cari seorang lelaki macam suami kepada arwah Kak Norma.Yang tegar bersamanya disaat susah senang,sehingga arwah menghembuskan nafas terakhir.

Macam teman,masa senang ramai teman sekitar kita.Tapi bila masa susah,tengok berapa ketul je yang boleh berada bersama.Tu berada bersama.Bukan termasuk nak bagi pertolongan lagi.

Itu kawan.Tak apa.Kawan boleh cari.Tapi..Kalau suami???


"Sudikah awak bersama saya susah dan senang?Walau apa pun yang terjadi akan datang,sudikah awak bersama-sama saya mengharunginya?Disaat semua orang menunding jari menyatakan salah saya,sudikah awak mempercayai saya?Di saat saya tidak berdaya,sudikah awak menjadi tulang belakang saya?Disaat saya jatuh,sudikah awak memimpim saya?Disaat saya sedih,sudikah awak meminjamkan bahu?Disaat saya letih,sudikah awak memandang saya.Dan mengatakan Awak berada bersama saya?"

Pilihlah pasangan kerana agamanya,InsyaAllah selamat.

Dilema memilih pasangan.Haha.Amboii....Gatal bebenorrrr......

Ok sila baca buku.

2 comments:

  1. wow.haha.

    ecah,mase mg bace komen nih,mgkin ko dah sampai m'sia tyme nih.T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah 2 hari smpai msia mkcik oi..haha....apa yg wow tu???

      Delete