nuffnang ads

Thursday, 9 August 2012

Balik Kampung.

Selamat pulang perantau.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami.

Ya Allah Kau selamatkanlah perjalanan kami.


Tuesday, 7 August 2012

Kalau dia lelaki....

Sebenarnya aku dalam mood dendang perantau ni.Ecewahhh...Huhu.Macam budak kecil tak pernah duk jauh-jauh ehh.Tapi betul laa.Makin tua, sensitif makin menjadi-jadi ok HOMESICK.

Sangat-sangat dah 2 minggu ni,adik-adik semua berkumpul dekat rumah.Along kita orang kan bla bla bla.Rasa macam jauh je dengan diaorang.Lagi terasa menjauh bila telefon rumah,mama tengah masak.Lepas tu tak boleh cakap telefon sebab tengah sibuk dekat dapur.Wawawa.Dah laa along jauh.Nak cakap telefon pun tak boleh.MERAJUK.MERAJUK...(Yang kau dah tahu orang sibuk masak.Gatal masa tu juga nak telefon.Huhu.Siapa suruh??)

CopyofDSCN4775

Dengan Amy,Sarah & Izul.Lepas terawih semalam.Mungkin terawih terakhir untuk ramadhan tahun ini di Mesir.Apa beza bebenor warna tangan dengan muka tu.Aku pakai sunblock dekat tangan kot.Dekat muka aku tak pakai pula.Sebab alergik.Nanti mencanak-canak naik jerawat.Tak pakai pun dah macam apa.Adoii..Ni SUNBLOCK ke SUN ABSORBER ?Konpius gua KONPIUS.

Tak apa-tak apa.DUA.DUA hari lagi ok.Malaysia ....AKU PULANG.Haha.InsyaAllah.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Ada satu subjek lagi.DERMATOLOGY.Mood baca buku tinggal 1% je ni.Huhu.Housemate aku tengah mengkhatamkan sarikata tu.Haha.Aku pula duk layan lagu raya.Haha..

Tadi baru je bersih-bersih rumah.Dah tu habis exam terus balik esok paginya.Kalau tak kemas sekarang.Sempat ke nak kemas nanti???Ohh lugage ku belum di kemaskan lagi.Bajet ciput tahun ni.Balik tak beli apa-apa boleh tak?Ada LE 40 jew lagi ni.Huhu.Boleh???

Baru bajet nak beli jubah nak buat raya.Huhu.Ok sila abaikan impian anda tu.Huhuhu.

things

Siang tadi aku baca blog yang kisah akak dekat kelantan tu yang sakitnya masih belum didiagnosis.Blog kak Aliaharyanie.

Baca blog dia tu.Kesian sangat rasa dekat dia.Mana dugaan kesihatan yang Allah tarik buat sementara.Dan dugaan terkapai-kapai sorang-sorang bila tempat digantung berharap melarikan diri.

Tiba-tiba rasa takut nak memilih.Mana tahukan,orang nak kita masa kita senang je.Masa kita masih lagi lawa.Masa kita kuat.Tapi tak nak susah bersama-sama kita.Lari dari memimpim kita bangun disaat kita sangat perlukan seseorang.

Bukan senang nak cari seorang lelaki macam suami kepada arwah Kak Norma.Yang tegar bersamanya disaat susah senang,sehingga arwah menghembuskan nafas terakhir.

Macam teman,masa senang ramai teman sekitar kita.Tapi bila masa susah,tengok berapa ketul je yang boleh berada bersama.Tu berada bersama.Bukan termasuk nak bagi pertolongan lagi.

Itu kawan.Tak apa.Kawan boleh cari.Tapi..Kalau suami???


"Sudikah awak bersama saya susah dan senang?Walau apa pun yang terjadi akan datang,sudikah awak bersama-sama saya mengharunginya?Disaat semua orang menunding jari menyatakan salah saya,sudikah awak mempercayai saya?Di saat saya tidak berdaya,sudikah awak menjadi tulang belakang saya?Disaat saya jatuh,sudikah awak memimpim saya?Disaat saya sedih,sudikah awak meminjamkan bahu?Disaat saya letih,sudikah awak memandang saya.Dan mengatakan Awak berada bersama saya?"

Pilihlah pasangan kerana agamanya,InsyaAllah selamat.

Dilema memilih pasangan.Haha.Amboii....Gatal bebenorrrr......

Ok sila baca buku.

Saturday, 4 August 2012

Suka duka fatrah ramadhan & imtihan.

Dah separuh lebih ramadhan berlalu.Hari ini hari ke 16 aku buka puasa.Esok 5 hb aku exam Urology.Kertas ketiga untuk semester ini.Ya Allah.Serius rasa sangat tak bersedia.

IMG03537-20120730-1931

Ini budak lagi cool.Hari exam Ophthalmology tu dia muntah-muntah darah dah malam exam.Tapi dek kerana kedegilan yang SUPER (eleh mengata orang Ecah,kau dulu macam tu juga) dia tetap p exam.Tengah-tengah jawab exam boleh pula dia kuar p tandas muntahkan darah.

Kena santau apa puasa-puasa ni?Haha.Budak medik pun percaya santau-santau walau duk belajar perforation deodenal ulcer bla bla.Sekali habis exam tu,dia p buat endoscopy ambil kau 4 hari duk hospital.Bayar 10 ribu.(Nasib baik ada insurans).Alhamdulillah dah sehat kan?Kahwin laa cepat-cepat nanti ada orang jaga.

CopyofDSCN4746

Alkisah malam exam ENT pula,boleh pula tak ada letrik dekat rumah.Adoii berbuka dibawah cahaya lilin laa.Itu tak apa lagi.Tak cuak lagi.Habis berbuka puasa tengok semua kawasan rumah aku gelap.Ingatkan bangunan aku je gelap.Ini memang mengundang kecuakkan melampau.Esok exam kot..

CopyofDSCN4753

DUA jam juga bergelap tu.Siap ambil kerusi,pasang lilin duduk dekat balkoni.Di temani cahaya rembulan purnama.Ada orang cakap "Kita memandang bulan yang samakan." Amboi terlebih romantik laa pula malam-malam exam ni.Tak lama lepas tu,Alhamdulillah da ada letrik balik.Terasa nikmatnya ada letrik.

Nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan??(Surah Ar-Rahman)

CopyofDSCN4760

Habis exam ENT aku dan makcik Mar menapak ke Carrefour.Macam dah habis exam je lagaknya.Tiba-tiba..Rasa tak sihat.Tak boleh bernafas.Sakit sangat.Tu senyum pun dah senget.Tapi nak juga jalan lagi.Huhu.Apa hal entah.Stress exam ke?Atau aku alergik makan Hardees??

CopyofDSCN4755

Makanan buka puasa.Penuh orang dekat food court.Jadi marilah mengamalkan kerja-kerja merempat tepi jalan buka puasa.Tak sempat habis pun aku makan.Dah sakit sangat nak menelan.Huhu.Terus trauma fobia dan segala macam mak nenek bermain di ruang legar minda.Adoi.Ya Allah,kuatkanlah badan aku.2 paper je lagi..

CopyofDSCN4761

Hasil borongan.Banyaknya chipsy je.Apa-apa entah.Aku nak datang cari kurma.Tapi tak nampak pun.Semua orang dah borong ke?Sampai air mineral pun habis.Huhu.

Ya Allah Kau permudahkanlah urusan aku esok...


Lagi EMPAT hari nak balik............

Tuesday, 31 July 2012

1 down 3 more to go

Alhamdulillah.Kita masih berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.Hari ni dah hari ke berapa ye puasa kawan-kawan?Yang pasti aku puasa lebih sehari dari korang yang dekat Malaysia.

CopyofDSCN4713 
Ini Gamek Ibrahem tempat aku sembahyang terawih.

Alhamdulillah dah selesai satu kertas untuk subjek Ophthalmology pada 10 Ramadhan yang lalu (29/7) pada pukul 10 pagi untuk semester 10.Ni status aku kat mukabuku kot.3 lagi menanti.Sebenarnya esok exam kot.Tapi kegatalan nak juga update blog.Dalam banyak-banyak hari,hari ni juga aku rajin.

Semalam aku di psycho kan oleh makcik Mar.Tentang benda yang dia dah tahu.Jawapan aku.Dia dah banyak kali menPSYCHOkan aku dengan benda tu.Tiap kali tu jugalah aku TERDIpsychoKAN oleh makcik tu.Haha.

Ya Allah,Kau permudahkanlah urusan aku,urusan dia dan urusan kami.(amboi doa macam orang nak kahwin.Bukan ye bukan...)

Ya Allah andai ini salah,Kau peliharalah aku dari meneruskan kesalahan ini.

CopyofDSCN4714 
Ok ni muka tak siap.Tanpa makeup.Aku makeup dengan peluh je boleh?

Alhamdulillah juga,Angah dan kawan-kawan dah dapat duit dari MARA.Takkan MARA biar budak dia kan.Tak banyak tapi BANYAK kot.Amboi-amboi.Duit raya along jangan lupa.Haha.Banyak benda nak kena buat bila sampai sanakan.Emm ini lagi menegaskan kata mak aku "Cukuplah belajar luar negara.Belajar dekat Malaysia sudahlah.Mama duk tua rindu anak-anak je." Huhuhu.Terharu SOB sob..Lantaran masa tu tempat aku sibuk dengan demo.Tempat angah sibuk dengan ribut salji.


Ok baca buku pula ye.

p/s:Musim kahwin sekarang ni.Tahniah laa korang.Semoga kekal sampai ke syurga.Mama duk tanya bila aku nak kahwin tiap kali aku telefon rumah (sila jawab-sila jawab).Adoii..Mama,anak mu ini muda lagi dong...

Tuesday, 24 July 2012

Tamatlah sEm 10

Sabtu yang lalu bersamaan 21/7 maka berakhirlah semester 10.Berbakilah 2 semester lagi.InsyaAllah.P kelas waktu puasa tu.Teringat tahun pertama datang sini.Kelas waktu puasa.Kejap je dah 5 tahun.Dah nak balik dah pun.Lagi 14 hari..Huhu..

CopyofDSCN4358

Ni pesakit pertama kami.Baby yang comel.Baby ni ada cephalohematoma.Prof kata kes ni menarik sebab dah jarang jumpa kes yang teruk sampai macam ni.Nampak jelas kot..

CopyofDSCN4352
Nampak kecil.Tapi ni dah jejaskan 40% dari jumlah darah baby ni.4o% terkumpul dekat hematoma tu je.HuhuKan dah dapat anemia.

CopyofDSCN4511

Aktviti dalam kelas bila tak ada cikgu.Konon-konon bincang pelajaran laa tu.Padahal duk gosip.Isk isk.Apa nak jadi laa korang ni.

CopyofDSCN4390
Hari seterusnya kami masuk NICU (Neonatal intensive care unit)punya wad dan buat laa apa yang patut.Padahal ambil vital sign bagai je.Baby ni tengah menjalani phototherapy.

CopyofDSCN4395

Ni gambar bajet pandai ambil heart rate baby ni.Baby ni ada jaundice (demam kuning).Berapa kali buat untuk kira heart rate.Laju kot.Tak apa.Masa akan mematangkan skill.Tapi kalau buat laa...Kalau tengok je,haa..Nanti HO tahulah langit tu luas ke tak.Huhu..

CopyofDSCN4398

Kebanyakkan baby yang ada kat sini baby yang preterm (tak cukup bulan,hari mahupun jam.Jam pun ada kew??)Macam baby kat atas ni.Sampailah mereka mencapai berat dan tahap kesihatan yang memuaskan.

CopyofDSCN4498

Kami belajar.Bagus betul ambil subjek elektif neonatalogy ni.Melatih sifat keibuan.Adoii..Konon.Terus aku rasa macam baby tu best.Kan best ada baby.Bila laa housemate aku ni nak pregnant.(Tiba-tiba).Siapa nak kasi anak dia aku nak bela?Huhu..

CopyofDSCN4504

Baby ni mengalami pulmonary haemorrhage dan brain juga rasanya.Baby ni tak dapat diselamatka.Prof cakap dia mampu bertahan paling lama pun esok saja.Tak lama lepas kami keluar bilik ni,baby tu meninggal.(Lama laa juga.Tak da laa sekejap sangat).

CopyofDSCN4693

Inilah budak-budak tak makan saman.SEMBILAN orang je.Itu yang best tu.Tambah pula semua perempuan.Hehe.Aku p exam hari sabtu tu dengan badak slumber tak baca buku.Lepas tu mula lah siap jawab soalan sebagai orang PERTAMA sebab tak tahu nak jawab apa.Hoho.

Ok meneruskan perjuangan.Balik kau kira berapa hari.Ada kau kira exam FINAl berapa hari lagi??EMPAT hari lagi ok.Baik.Sila baca buku...

Sekian entry untuk orang yang suruh aku update blog...