Ni kata-kata Umar sendiri.Umar pun dulu musuh Islam.Akhirnya masuk Islam dan jadi khalifah.Dan dikebumikan berdekatan makam Nabi Muhammad SAW.
Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat.
Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" ( Hadis riwayat At-Thabarani)
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab"
Sebuah hadis dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Aku ada baca buku sejarah Umar ni.Dalam buku tu ada tulis tapi aku lupa siapa yang sebut:
"Tidak ada lagi penyatuan umat Islam seluruhnya setelah kepimpinan Umar."
Kata-kata seseorang bila aku tanyakan benda ini:
Jawabnya: "Sebab itu Allah tak tengok bagaimana hidup kita bermula,tapi Allah tengok bagaimana pengakhiran hidup kita"
Tiba-tiba je rajin terlajak laa pula kan menulis.Sebab incik internet dah pulih dari demam.
Pertama-tamanya syukur ke hadrat Allah kerana masih dikurniakan nikmat iman dan islam.Marilah sama-sama mendoakan saudara kita di Gaza.Ya Allah berikanlah kemenangan buat Islam.
Sebenarnya rasa sangat serabut.Mana dan apa yang tak kena.Aku pun tak tahu.Rasa macam nak p lari jauh-jauh.Travel naik train sorang-sorang macam menarik juga kan.Huhu.
Bila STRESS apakah yang akan dilakukan.
4 peringkat gejala KESERABUTAN menjelma:
PERTAMA:Membeli dan membelah a.k.a shopping
Ni fasa satu.Masa ni kalau shopping pun main tangkap muat bayar je.Bawa balik rumah.Duduk tengok.Kenapa aku beli benda ni.Huhu..Kalau lepas shopping tu kenalah isi perut.Haaa..Ini lagi bahaya.Huhu.Kolestrol ok.Satu lagi cara ini hanya boleh digunakan kalau...FULUSada laa..Tak ada FULUS duk rumah diam-diam.Aku tak suka window shopping.PENAT je.
KEDUA:Berjalan sorang pergi mana-mana tempat tengok gelagat orang ramai.
Ni kalau tak dapat shopping atau shopping pun dah,tapi keserabutan melanda tidak juga hilang marilah kita lihat orang ramai.Huhu.Tempat best..Jalan-jalan p Mansyiah.Ni tempat shopping juga.Tapi ada tempat orang lepak.Macam-macam jenis kasta orang kau boleh tengok.Masa tu baru sedar tahap keserabutan dan masalah kau tu kecil je banding dengan orang lain.Huhu.Baru reti nak bersyukur.Tempat kedua kat tembok tepi pantai depan rumah aku.Huhu.Tapi dah lama tak p.Tak ada orang teman.Nak mati p sorang-sorang.Kena kacau dengan arab cari bala namanya..
KETIGA: Dengar lagu.
Aku ni jenis tak suka kebisingan.Dan kesemakan.Huhu.Jadi apabila lagu berkumandang dari bilik aku tu maksudnya I STRESS ni jangan cuba cari pasal.Tapi kadang-kadang aku pasang lagu bila nak siap p sekolah.Tu tak stress.Tapi..Mungkin stress kot nak kena p sekolah.Haha.TAPI!!Kalau aku sumbat earphone dalam telinga tu bermakna Stress tapi tak boleh nak lepas dengan cara shopping mahupun membuang masa.SEBAB waktu tu waktu exam.Haha.
KEEMPAT: Menangis.
Ni memang stress tahap gaban laa..Semua benda buat tak kena.Ni bila dah ada satu masalah tambah lagi dengan masalah-masalah lain.Campur dengan ketidak stabilan hormon mahupun kesibukan menelaah waktu terakhir.Mahupun mendapat berita yang tak dijangka.Huhu..Air mata laa pengubat hati.Habis je nangis waa...Ringan kepala.Tapi lepas tu sakit kepala, tidur.Bangun-bangun..Ohh dunia ini begitu indah untuk dipersiakan.
KELIMA: Mengaji.
Dah ringan kepala tu.Sebagai tanda syukur kepada yang Maha Esa.Ayuhlah kita mendirikan solat sunat dan membaca helaian Al Quran.Baca terjemahan sekali.Kalau main buka je Al Quran tu,bila baca terjemahan rasa macam.."Aik macam kena je dengan masalah aku.."Huhu.Allah Maha Besar.
Ni mesti nak kondem aku kan.Nak cakap kenapa tak mengaji dulu sembahyang ambil wuduk kan.Huhu.Kadang-kadang mengaji sambil menangis pun boleh.Entah terabur mana tajwid entahlah.Huhu.Tapi serius itulah yang paling mustajab kembali kepadaNya.
Hobi terbaru bila rasa serabut ialah MASAK..Hehe..Ni dah gian nak baking bagai TAPI bekas acuan kek semua dah angkut balik Malaysia.Hukhuk.
Hidup adalah masalah.Hidup adalah pilihan.Masalah adalah kehidupan.
Dah masuk 1 muharram 1434 H daa kita ni.Sekejap je pejam celik pejam celik.Separuh semester 11 pun dah habis.Dah lama tak update blog.Bukan tak ada idea.Tapi incik internet yang loklak sangat..Tak semangat.
Bila dah nak habis study ni rasa macam tak nak habis laa pula.Mendengar cabaran kerja yang penuh dengan STRESS...Kerja apa tak stress?Acu cakap.Jadi suri rumah pun stress kan.
Bila usia dah menginjak awal 25 tahun..Bukan aku laa..Aku baru 22 kot..Kan.Muda lagi kan...Semua sibuk dengan isu MENCARI PASANGAN.
Bila yang dah berkahwin sibuk merancang menambah bilangan keluarga,bila yang dah berpunya sibuk merancang ke jinjang pelamin,bila yang masih single dah jumpa Mr XY,bila yang single mingle duk risau fikirkan nasib diri,bila yang tak pernah berfikir untuk berpasangan pun dah mula garu kepala...
Membuktikan KITA semua dah besar.Rasa sekejap je lalui alam persekolahn.(Masuk U pun sekolah lagi eyy?)
Di sini muncullah berbagai igauan nyata dan kerusuhan hati.ISTIKARAH...
Jabir bin AbdillahRadiyallahu ‘anhu berkata: Ada-lah Rasulullah (Shallahu ‘alaihi Wasallam) mengajari kami shalat Istikharah untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajari surah Al-Qur-an. Beliau bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan shalat sunah (Istikharah) dua rakaat, kemudian baca-lah doa ini:
Bila ada yang dah disunting,butuhkan jawapan.Keputusan hati pun ragu-ragu.Sekejap rasa "Eeii macam dah betul dah.Dah nekad dah.30 saat kemudian rasa..Eii betul ke ni..."
"....Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad.Maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah menyintai orang yang bertawakal." (surah Al-Imran ayat 159)
Bila keputusan dah nekad pula.Nak keberanian pula bagi tahu dekat family.Macam mana penerimaan mereka.Bila pula family tak setuju.Tak ensem laa.Tak sekufu (al maklum laa DOKTOR).Tak ok.Tak Tak Tak.
Frust menonggeng laa pula.Sebab hati daa sayang.Tapi sebab sayangkan KELUARGA lagi banyak,maka si Dia ditinggalkan.Hubungan diputuskan.Sedangkan agamanya HEBAT.InsyaAllah boleh membimbing keluarga idaman.Betul kata orang makin tua sesorang makin susah nak berubah dan menerima nasihat.Huhu.
“Apabila datang kepada kalian (para wali wanita) orang yang kalian redha agama dan akhlaknya (untuk meminang wanita yang di bawah perwalian kalian) maka nikahkanlah laki-laki itu, kalau tidak kalian lakukan hal tersebut niscaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan terjadi kerusakan yang merata“.
(Hadis riwayat. Tirmidzi, Ibnu Majah,)
Tak pun ada yang bersabar.Menunggu nasib menyebelahi diri.Mungkin nanti dah kerja kita cuba usulkan lagi dekat family.Yelah anak dah kerja..Kan lama-lama simpan tak laku.
Bila pula kalau hati dah ada keputusan,family pun dah setuju.Wah gembira rasa hati.Memandang ramai kawan taulan tidak mendapat restu tapi kami Alhamdulillah.Jeles rakan taulan melihat mudahnya sebuah perhubungan.Bagusnya ibu bapa yang memudahkan urusan anak-anak mereka.Yelah nak lepas anak bukan senang.
Bila dah sedia semua tiba-tiba si Dia pula bermasalah.Macam tak serius je nampak.Hinggakan beberapa hari lagi menjelang perkahwinan aii datang bertanya pun tidak.Majlis yang sepatutnya meriah dijadikan dengan majlis doa selamat.Nak dibatalkan kad dah diedarkan.Malu family tak terkata.Stress sendiri tak boleh ungkap.
Maka larilah diri.Fokus pada apa yang sedang ada di depan mata.Belajar dengan kerasnya sampai menjadi TERBILANG.Kerjanya sungguh habis semua pakar disapunya.Namun kisah kejayaannya.Allah saja yang tahu.
Bila perhubungan direstui keluarga dan kedua belah pihak sama-sama berusaha.Lahirlah sebuah ikatan suci bernama PERKAHWINAN.
Susah mahu membina masjid rupanya.
(baru balik tengok muka membe keserabukan dalam dilema..)
Minggu depan ade konsert Maher Zain tepi rumah aku ni..Ewah....(dekat Alex Bibiliotheca).Aku??Tak pergi..Huhu..Tak pernah p konsert kot....
Apa khabar?Tetiba pula tanya khabar kan..Disebabkan aku belum dapat buku community medicine tanpa rasa bersalah aku dah khatamkan dua buah novel.Dan tanpa rasa bersalah aku update blog.Hehe..
Dah dua minggu semester SEBELAS bermula.
Kelas mula riuh dan sibuk dengan kisah LASIK.
Ok apa itu LASIK?LASIK adalah singkatan untuk laser assisted in situ keratomileusis.LASIK ni digunakan untuk membetulkan masalah rabun jauh,rabun dekat mahupun astigmatism (tak dapat diterjemahkan).
Hanya pakar mata (ophthalmologist) yang akan menjalankan prosedur ini.Prosedur ini menggunakan laser.
Apa yang perlu anda tahu tentang LASIK?Pertama adakah anda calon yang sesuai?
Kesan Kerjaya - adakah kerja anda melarang pembedahan refraktif?
Kos - boleh anda benar-benar mampu prosedur ini?
Status kesihatan - contohnya, adakah anda mempunyai penyakit autoimun atau penyakit utama yang lain? Adakah anda mempunyai penyakit kronik yang mungkin melambatkan atau mengubah penyembuhan?
Keadaan mata - adakah anda mempunyai atau pernahkah anda mempunyai sebarang masalah dengan mata anda selain daripada yang memerlukan cermin mata atau kanta lekap?
Ubat-ubatan - adakah anda mengambil steroid atau ubat-ubatan lain yang mungkin menghalang penyembuhan?
Power cermin mata stabil - adakah preskripsi anda berubah pada tahun lalu?
Berapakah power cermin mata anda - adakah anda menggunakan cermin mata / kanta lekap hanya beberapa kali? Adakah anda memerlukan preskripsi yang luar biasa kuat?
Saiz anak mata(pupil) - anak mata anda besar dalam keadaan malap?
Ketebalan kornea - adakah anda mempunyai kornea nipis?
Pengeluaran air mata - adakah anda mempunyai mata kering?
Berapakah kos membuat LASIK di Malaysia?Kos di Malaysia mungkin bergantung kepada umur pesakit,kemahiran doktor dan faktor-faktor lain.Anggaran kosnya adalah RM 7000 sehingga ke RM 11 000.Boleh hubungi Dr Muhaya di sini.
Apa pula risiko untuk melakukan LASIK.LASIK merupakan satu prosedur yang selamat.Tapi haruslah diingati bahawa ia tetap mempunya risiko walaupun amat kecil.
Lebih-rawatan atau di bawah rawatan (over correction or under correction)- adakah anda sanggup dan mampu untuk mempunyai lebih daripada satu pembedahan untuk mendapatkan hasil yang diingini?
Mungkin masih perlu memakai cermin mata untuk rabun dekat - adakah anda mempunyai (rabun dekat) presbiopia?
Kesan rawatan mungkin tidak kekal lama - adakah anda fikir ini adalah pembetulan terakhir anda pernah akan perlu? Adakah anda sedar bahawa hasil jangka panjang tidak diketahui?
Mungkin kehilangan penglihatan - adakah anda tahu sesetengah pesakit mungkin kehilangan penglihatan atau buta?
Mata kering - adakah anda tahu bahawa jika anda mempunyai mata kering,masalah ini boleh menjadi lebih teruk lagi, atau jika anda tidak mempunyai mata kering sebelum ini,anda boleh mendapat mata kering akibat pembedahan?
Mungkin mendapat symptom lain - adakah anda tahu tentang silau, halos, starbursts, dan lain-lain dan pemanduan pada wkatu malam mungkin sukar?
Sensitiviti kontras - adakah anda tahu penglihatan anda boleh berkurang dengan ketara dalam keadaan cahaya malap?
Rawatan Dua Belah mata serentak - adakah anda tahu risiko tambahan yang mempunyai kedua-dua mata yang dirawat pada masa yang sama?
Maklumat tentang rawatan-adakah anda sudah sedia maklum dengan prosedur?
Dah tahu kaedah dia,kesesuaian anda dan risikonya kan.Nak buat juga?Hehe..Aku pun nak buat.Komplikasinya sangat kecil.Dan jarang berlaku.
Dah ramai yang tanya aku kau bila lagi nak buat LASIK.Jawapan aku:Kalau buat LASIK tu LE9 dah lama daa aku buat.
Nak tahu kos buat LASIK di MESIR?Haaa..Nak tau nak tau?Kalau buat dengan pakar LASIK ni memang doktor yang sub specialist dia bab LASIK harga dia LE 4200 bersamaan RM 2100.Mahal??Kalau nak murah lagi kita buat dengan pembantu prof harga dia LE 3300 bersamaan RM 1650.Amacam teruja kan...
Ni pula apa korang kena tahu tentang prosedur dan sebagainya.
Jika anda pakai kanta lekap,sila pakai cermin mata sekurang-kurangnya seminggu sebelum prosedur.Kerana kanta lekap menurunkan kadar sensitif mata anda.
Menjalani semua ujian sebelum prosedur (slit lamp,pentacam test,corneal topography,keratometry dll)
Memahami prosedur dan consent
Jangan nak bermake up sangatlah masa prosedur tu
Kalau boleh cari orang yang teman.Mana tau nantikan tak boleh bawa diri balik
Minta cuti beberapa hari untuk recover.Boleh je nak keluar.Prosedur ni tak sakit pun.
Kena tau lepas prosedur tu bukan terus jelas nampak.Biasanya memang kabur-kabur.Atau nampak pecah-pecah.Walaupun LASIK ni selamat dia tetap PEMBEDAHAN a.k.a SURGERY..Ada gerun?
Tahu dan faham semua prosedur..
Tahu bila nak consult doktor bila ada symptom-symptom.
Tahu bila jangka masa terpanjang untuk recover balik penglihatan dengan sangat jelas.Paling lama 6 bulan rasanya.
Kena pakai eye drop tau..
Apa-apa hal contact laa doktor korang.
Disebabkan mata merupakan satu pancaindera yang berharga,jadi pilihlah doktor yang BERPENGALAMAN,SENANG BERBINCANG,SEDIA MEMBERI MAKLUMAT dan TEMPAT YANG MEMPUNYAI PERALATAN YANG BAIK.
Teruja?Kan...Siapa tak nak mata yang tak berapa nak jelas nampak tu tetiba jadi nampak terang.Tak perlu cermin mata yang mengurangkan keyakinan diri dan kecomelan anda.Terutama perempuan.Kalau pakai tudung nantikan jadi kembang-kembang.Muka bulat macam bola.Apatah lagi bila tengok orang pakai shadeskan.Nak pakai juga engkau tu RABUN...Kan....
Saranan aku..Cuba tengok beza harga dekat Malaysia dengan Mesir..Jauh tu.TUJUHribu dengan DUA ribu.Apa kata korang datang berjalan-jalan ke Mesir sambil-sambil buat LASIK.Haha.Kan..Dapat tengok negara orang.Dapat buat LASIK siap.Kan...
Alhamdulillah..Dah tiga empat hari dah sampai Mesir balik untuk meneruskan perjuangan yang masih berbaki.Kelas pun dah masuk 2 hari dah.
Sebelum ni orang cakap kelas mengantuk sangat,tapi Alhamdulillah setakat ni aku masih segar.Walaupun bangun tidur pukul 3 pagi.Huhu.Masih terikat dengan waktu Malaysia.Haha.
Pengalaman sepanjang bermusafir kali ni.Banyak laa rasa benda yang lain.Biasa aku balik dengan housemate aku Mar.Tapi kali ni terpisah.SEBAB..Ada orang tu taknak ponteng kelas.Al maklum dah dapat straight A's dah tak nak jadi partner in crime aku daa....Huhu....
Alhamdulillah result semester lepas walaupun tak semua A,tapi oklah.Sebab paper dermatology aku target fail kot.Entah apa-apa soalan.
Haruslah aku memonteng kelas sebanyak mana yang boleh..Huhu.Aikk budak medik pun ponteng kelas ke?ohh jawapannya SANGAT pro ponteng ok.Dulu-dulu aku ponteng SEBULAN datang-datang terus EXAM.Ni seminggu apalah sangat kan.
Tangan kakak yang terbelah.Ambek 4 jahitan.Aku:"Kakak nangis tak?" Kakak:"Of cozzzz laaa....Nangis..."Haha.Adik perempuan bongsu aku.
Terima kasih laa kepada yang tolong angkatkan beg,kasi tumpang lugage(haruslah barang aku lebih KILOsss) dan tolong tunjukkan gate sebab aku betul-betul blur kali ni nak datang MESIR.Hati aku tiada di sini.Haha.Badan je datang.Jiwa tak dak...Dan yang tolong angkat beg naik atas rumah aku.Berat tu lugage aku...29 kilo.Dah makcik Mar cakap dia malas nak turun tolong angkat beg,terpaksa laa aku minta korang tolongkan.Kesian pula baru sampai datang hantar aku angkat beg bagai...
Waa...Tahukah anda hand carry aku patah tayar?Buat mati mood aku je.Transit pula lama.10 jam.Adoii..Tak nak daa p trnasit lama-lama.Angah a.k.a my BUNCIT tanya tak p Burj Khalifa ke.Hand carry berat laa dik oii....
TAPI paling terasa bila dari KL-Abu Dhabi aku dapat seat tengah-tengah antara 2 jantan.Minta tukar dengan sorang tu budak aku kenal gak.Dia cakap tak nak.Alasan nak tidur dengan syoknya.Uwaaa....Sedih tu..6 jam lebih kut flight.Macam mana nak tidur.Tak rasa selamat langsung.Dalam hati duk doa agar seat depan aku kosong.Alhamdulillah Allah tu tak kejam takkan dia aniaya hambaNya.Yeaahh.Seat depan aku kosong.Aku pun lepas je kapal berlepas,terus duk depan.Ok boleh tidur lena.
Ohh..Aku pun dah selamat dapat hp aku.Mama dah duk berleter dah,beli hp beribu-ribu dapat pakai nya tak.Al kisah aku beli sebelum raya lagi.Tapi bulan 10 baru dapat.Sepatutnya dapat selepas raya,tapi biasalah masalah orang berniaga.Angah beli s2 dengan harga USD10.Tapi locked laa..Huhu..
Memang boleh minta duit balik,tapi kesian laa..Kalau MELAYUtak sokongMELAYU siapa lagi.Aku pun boleh je beli dengan harga murah.Membe aku ade kerja kedai hp.Boleh dapat dengan harga pekerja.Dah tawar siap dekat aku.Tapi tak apalah.
Aku beli hp samsung S3 dengan harga RM 1550.Sama dengan harga aku beli nokia N73 aku 6 tahun lepas.Huhu.Original set.Kalau korang nak order juga boleh tengok Dr.GadgetMD .Banyak je hp lain yang ada.I phone ada.Tab bagai pun ada.Ehh jadi promoter tak berbayar laa pula......