nuffnang ads

Saturday, 2 June 2012

Friday, 1 June 2012

Hari Lahir TIGA SERANGKAI

Selamat Hari Lahir PAPA 

579914_371034102955978_1000719915_n 
yang ke....

Kejap nak kira...

2012-1964=?????????

Adoiii....Berapa yee......
48 tahun....

576934_371034339622621_100001481738405_1075561_2097238390_n
Amboi papa.Diet laa papa..Hehe...

Semoga panjang umur sampai cucu cicit cuit gamit lambai..Hehe..(Padahal papa dah ada cuit kot..Huhu)Murah rezeki (boleh along pau selalu),diberikan Allah kesihatan yang baik,dan dirahmati Allah selalu.Amin...Semoga kita sekeluarga hidup bahagia..Along sayang papa muah muah muah..Hehe....(papa hadiah nanti claim dengan angah..HAHA...)

599254_371034156289306_100001481738405_1075556_2039468798_n


Waa sedihnya tak boleh sambut besday papa dah 5 tahun kot...Hukhuk.....Tak apa papa next 2 years kita sambut sama-sama neh..Tak payah ajak kakak..Haha..Sibuk je nak ada nama dia atas kek kan papa kan.....

Selamat Hari Lahir MAMA yang ke 48 tahun

Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,dikurniakan kesihatan yang baik.Dirahmati Allah selalu.Dan dikurniakan menantu yang soleh.(Haha...Adoii..)Amin..Along sayang Mama ketat-ketat.Hehe...

250790_371034239622631_1604321553_n

Comelkan.Mak dengan ayah aku beza hari je lahir.Entah-entah beza jam je.Tulah kecil-kecil dah gatal.Tak sabar-sabar nak keluar sekali.Hehe.Aci ehh gitu.Isk-isk....

Selamat Hari Lahir KAKAK yang ke 48 tahun..

Oppsss...Yang ke 13..hehe

Semoga menjadi anak yang solehah,baik dan kurang poyo.Haha.Semoga berjaya dunia dan akhirat.

Rajin-rajin laa hafal Al-Quran tu.Apa ni baru dua juzuk..(amboi kau ada hafal ecah???)Kalu dah 30 juzuk nanti along beli SELIPAR JEPUN sebagai hadiah.Hehe.Seperti mana yang dijanjikan.Ok tak??

600144_371034306289291_100001481738405_1075560_525627840_n

Semua orang claim hadiah dengan angah nanti.Pau dia cukup-cukup...Waa BUNCIT ku sudah mahu pulang ke Malaysia.Nanti BUNCIT akan mendera mental aku dengan tag gambar makanan MAMA masak...Siap kau BUNCIT....

Ya Allah kau sayangilah mereka seperti mereka menyayangi aku.Kau rahmatilah hidup mereka..Amin...

p/s:Mama tak tulis nama atas kek nak claim kek lain laa tu kan.Hehe...Yeayyy  sambutan hari lahir tiga serangkai....Acik selamat berASASI..Bye-bye...

Thursday, 31 May 2012

Jumaat minggu lepas

Aktiviti jumaat lepas pula..MARI membuat DONUT..Dah nak jumaat pula baru tulis..Huhu...

Ni SIFU aku namanya Adib Que Que..Hehe..Aku hanya membentukkan je donut-donut tersebut.Benda paling aku malas adalah menguli.Itu kerja aku kasi Mar buat.Sebab dia PERKASA.

CopyofDSCN2601

Umm kali ni buat donut untuk tabung batch pula.Ni dapat tender pun setelah pengarah program SC (smart cycle ke circle ehh?Haha) dan ajk nya budak batch aku.Jadi haruslah sumber disalurkan kepada batch kan..Yela tahun depan nak grad banyak kot nak pakai duit.Lain laa kalau korang nak jadi penaja.Tak nak taja ramai-ramai,taja aku sorang pun BOLEHHHH.....

CopyofDSCN2568

Mar cakap kami berlagak pelancong.Huhu.Sibuk nak ambil gambar.Alang-alang dah jalan kaki balik dari rumah Adib kan.Saja menggeletis....

CopyofDSCN2587

Satu kilo tepung tu yang sebenarnya tak sampai satu kilo boleh dapat 30 biji.Siap timbang sebiji-sebiji kot.Dalam 50 gram +++ macam tu laa sebiji.Aku bahagikan dapat 30 biji.Mar bahagikan dapat 34 biji.Enzyme lebih kot..Haha..

CopyofDSCN2564

Gaya selekeh dan serabai je keluar rumah.Hoho.Masa SIFU aku mesej tanya nak datang bila aku tengah tidur kot.Bangun mandi bagai terus keluar.Mula laa sibuk cari baju dan tudung tak perlu gosok.Huhu...

CopyofDSCN2584

Objek yang difokuskan....Nampak tak??Calon presiden mesir.Hidup Mohd Mursi...Ecehh macam aku pula p mengundi..
CopyofDSCN2592

Begitulah bentuknya setelah dia kembang.Gebu sangat-sangat.Adoi..Lubang kat tengah tu pun boleh hilang.Bila dah akhir-akhir tu,macam-macam bentuk jadinya donut ni.

CopyofDSCN2606

Akhirnya selesai satu tanggungjawab.Begitulah hari khamis dan jumaat aku minggu lepas.....

Tuesday, 29 May 2012

International Day

Hari tu kan..Hari apa aku lupa....Ada sambutan Internatonal Day.Ni acara tahunan U aku.Mula-mula dengar ura-ura semua department lain cuti kecuali department aku je sempena international.Tapiii....Rupanya semua tak cuti.Hehe...
CopyofDSCN2634
Kenapa dinamakan international day?Sebab disertai oleh pelajar Nigeria,Malaysia,Saudi Arabia dan Mesir.Dulu masa aku tahun pertama.Program ni namanya Malaysian Day.Kot..Kot laa....

CopyofDSCN2611
Ini kali aku p sebab katanya ada makan percuma.Hehe.Sedang elok habis kelas p program ni cari makanan.Tunggu punya tunggu.....Tak nampak bayang pun.Tanya ajk,ajk pun tak tahu.Perut dah bising ni...

CopyofDSCN2644
Pusing laa kami beberapa kali tawaf.Semua tayang muka kelaparan.Acara dari pagi sampai pukul 12 tengah hari hanyalah pameran.Yelah sebab tak cutikan.Nantikan kalau buat persembahan pentas,sapa nak datang tengok awal-awal tu.

CopyofDSCN2618
Kalau tanya akulah.Tahun ni punya sambutan macam hambar sikit.Mungkin sebab tak cuti atau mungkin sebab macam benda sama je yang dipamerkan.Huhu.Tahun lepas lagi syok kot.Umm..Ke aku yang dah tua?Orang-orang tua memang tak minat sangat benda-benda macam ni.

CopyofDSCN2611
Apa-apa pun tahniah kepada adik-adik yang menjayakan program ni.Hidup Malaysia.Hehe..

CopyofDSCN2610
Ni kalau rasa-rasa nak cari awek arab boleh laa mencuba yee...Hehehe....

CopyofDSCN2630
Ni orang yang asal-asal jual mahal.Lepas tu sibuk nak suruh ambil gambar diaorang.Haha...Ni meja Nigeria.Antara pakaian suku-suku kaum mereka.Aku tak hafal laa pula.

CopyofDSCN2649
Objek yang difokuskan adalah nasi tu.Nasi Yahalla tu.Dengan bau yang sedap dan perut yang memang minta diisi,aku pandang je nasi tu dari jauh.Huhu..Nak beratur ambil malas.

CopyofDSCN2662
Akhirnya Nani berjaya mengambil setelah penat berebut-rebut.Dan aku macam biasalah tumpang 1 tangan 1 mulut.Huhu..Kambing kot.Tak gemar sangat.
IMG03116-20120526-1630
Persembahan tarian dari Nigeria dan pakaian suku kaum mereka.

Lepas tu budak-budak ni cakap makan percuma tu pukul tiga.Aku dengan bersemangat balik rumah.baik aku makan dekat rumah.Dan sebenarnya aku nak telefon orang.Tanya periksa macam mana.Orang lain periksa.Aku pula yang terlebih gelisah.Huhu.

IMG03129-20120526-1651
Dari Mesir persembahan pentas.

Kira aku datang makan jelah pukul 3 tu.Haha.Ada pula orang suruh aku ambil nasi bahagian dia.Memang tak perlu masak laa...
IMG03137-20120526-1727
Nasi lemak,telur rebus,ayam goreng dan sambal kupik.Kupik tahu kupik??Kedekut.Sikit ok.

Waktu tengah hari tu ada ucapan perasmian dan penghargaan buat pelajar cmerlang.Aku??Tak mampu lagi nak naik pentas tu.Huhu....Sangat-sangat jika mengambil kira keputusan tahun lepas....

CopyofDSCN2655-1
Dan ada nyanyian lagu kebangsaan negara masing-masing.Huhu.Bila dah duduk jauh.Semua terlebih patriotik laa pula.Dengar je ada nak nyanyi lagu NEGARAKU.Yang nak terKencing pun masuk balik.Hahaha.Semangat punya pasal.

IMG03096-20120526-1553

Kalau ada benda alah ni.Mestilah ada......

IMG03098-20120526-1553

Gambar yang akhir-akhir tu tak lawa sangat.Al kisah aku ambil gambar yang tengah hari tu,lupa nak off kan kamera.Sampai dewan pukul 4 petang nak ambil gambar.Apa hal panas semacam kamera aku ni.Sekali tengok tak tutup.4 jam ok!!!!Nasib tak rosak.Huhu..Sedih sangat.Ni semua guna hp Mar.

Acara habis pukul 5 petang dan balik kekenyangan.Alhamdulillah...

p/s:pencuri di asrama Mara dah kena tangkap.Baca di SINI.Pencuri ditangkap

Sunday, 27 May 2012

Perosak diet anda

Tahukah anda?Apakah penSABOTAJ diet anda??

Ha..Ini dia....
Photobucket

Adoi..Memang aku tak mampu nak diet laa kalau ada benda alah ni.Huhu.Makan dengan ikan singgang dan kangkung goreng.Wow....Memang mantap...

Mood kecundang dengan BUDU.....

Photobucket

Habislah diet aku....Huhuhu.....