nuffnang ads

Friday 19 October 2012

LASIK fuhh harganya.....macam mana nak dapat harga yang berBALOI-BALOI

Salam sejahtera..

Apa khabar?Tetiba pula tanya khabar kan..Disebabkan aku belum dapat buku community medicine tanpa rasa bersalah aku dah khatamkan dua buah novel.Dan tanpa rasa bersalah aku update blog.Hehe..

Dah dua minggu semester SEBELAS bermula.

Kelas mula riuh dan sibuk dengan kisah LASIK.

Ok apa itu LASIK?LASIK adalah singkatan untuk laser assisted in situ keratomileusis.LASIK ni digunakan untuk membetulkan masalah rabun jauh,rabun dekat mahupun astigmatism (tak dapat diterjemahkan).

Hanya pakar mata (ophthalmologist) yang akan menjalankan prosedur ini.Prosedur ini menggunakan laser.

Apa yang perlu anda tahu tentang LASIK?Pertama adakah anda calon yang sesuai?

Photobucket
  • Kesan Kerjaya - adakah kerja anda melarang pembedahan refraktif?
  • Kos - boleh anda benar-benar mampu prosedur ini?
  • Status kesihatan - contohnya, adakah anda mempunyai penyakit autoimun atau penyakit utama yang lain? Adakah anda mempunyai penyakit kronik yang mungkin melambatkan atau mengubah penyembuhan?
  • Keadaan mata - adakah anda mempunyai atau pernahkah anda mempunyai sebarang masalah dengan mata anda selain daripada yang memerlukan cermin mata atau kanta lekap?
  • Ubat-ubatan - adakah anda mengambil steroid atau ubat-ubatan lain yang mungkin menghalang penyembuhan?
  • Power cermin mata stabil - adakah preskripsi anda berubah pada tahun lalu?
  • Berapakah power cermin mata anda - adakah anda menggunakan cermin mata / kanta lekap hanya beberapa kali? Adakah anda memerlukan preskripsi yang luar biasa kuat?
  • Saiz anak mata(pupil) - anak mata anda besar dalam keadaan malap?
  • Ketebalan kornea - adakah anda mempunyai kornea nipis?
  • Pengeluaran air mata - adakah anda mempunyai mata kering?

Berapakah kos membuat LASIK di Malaysia?Kos di Malaysia mungkin bergantung kepada umur pesakit,kemahiran doktor dan faktor-faktor lain.Anggaran kosnya adalah RM 7000 sehingga ke RM 11 000.Boleh hubungi Dr Muhaya di sini.

Photobucket

Apa pula risiko untuk melakukan LASIK.LASIK merupakan satu prosedur yang selamat.Tapi haruslah diingati bahawa ia tetap mempunya risiko walaupun amat kecil.
  • Lebih-rawatan atau di bawah rawatan (over correction or under correction)- adakah anda sanggup dan mampu untuk mempunyai lebih daripada satu pembedahan untuk mendapatkan hasil yang diingini?
  • Mungkin masih perlu memakai cermin mata untuk rabun dekat - adakah anda mempunyai (rabun dekat) presbiopia?
  • Kesan rawatan mungkin tidak kekal lama - adakah anda fikir ini adalah pembetulan terakhir anda pernah akan perlu? Adakah anda sedar bahawa hasil jangka panjang tidak diketahui?
  • Mungkin kehilangan penglihatan - adakah anda tahu sesetengah pesakit mungkin kehilangan penglihatan atau buta?
  • Mata kering - adakah anda tahu bahawa jika anda mempunyai mata kering,masalah ini boleh menjadi lebih teruk lagi, atau jika anda tidak mempunyai mata kering sebelum ini,anda boleh mendapat mata kering akibat pembedahan?
  • Mungkin mendapat symptom lain - adakah anda tahu tentang silau, halos, starbursts, dan lain-lain dan pemanduan pada wkatu malam mungkin sukar?
  • Sensitiviti kontras - adakah anda tahu penglihatan anda boleh berkurang dengan ketara dalam keadaan cahaya malap?
  • Rawatan Dua Belah mata serentak - adakah anda tahu risiko tambahan yang mempunyai kedua-dua mata yang dirawat pada masa yang sama?
  • Maklumat tentang rawatan-adakah anda sudah sedia maklum dengan prosedur?
Photobucket

Dah tahu kaedah dia,kesesuaian anda dan risikonya kan.Nak buat juga?Hehe..Aku pun nak buat.Komplikasinya sangat kecil.Dan jarang berlaku.

Dah ramai yang tanya aku kau bila lagi nak buat LASIK.Jawapan aku:Kalau buat LASIK tu LE9 dah lama daa aku buat.

Nak tahu kos buat LASIK di MESIR?Haaa..Nak tau nak tau?Kalau buat dengan pakar LASIK ni memang doktor yang sub specialist dia bab LASIK harga dia LE 4200 bersamaan RM 2100.Mahal??Kalau nak murah lagi kita buat dengan pembantu prof harga dia LE 3300 bersamaan RM 1650.Amacam teruja kan...


Ni pula apa korang kena tahu tentang prosedur dan sebagainya.
  • Jika anda pakai kanta lekap,sila pakai cermin mata sekurang-kurangnya seminggu sebelum prosedur.Kerana kanta lekap menurunkan kadar sensitif mata anda.
  • Menjalani semua ujian sebelum prosedur (slit lamp,pentacam test,corneal topography,keratometry dll)
  • Memahami prosedur dan consent
  • Jangan nak bermake up sangatlah masa prosedur tu
  • Kalau boleh cari orang yang teman.Mana tau nantikan tak boleh bawa diri balik
  • Minta cuti beberapa hari untuk recover.Boleh je nak keluar.Prosedur ni tak sakit pun.
  • Kena tau lepas prosedur tu bukan terus jelas nampak.Biasanya memang kabur-kabur.Atau nampak pecah-pecah.Walaupun LASIK ni selamat dia tetap PEMBEDAHAN a.k.a SURGERY..Ada gerun?
  • Tahu dan faham semua prosedur..
  • Tahu bila nak consult doktor bila ada symptom-symptom.
  • Tahu bila jangka masa terpanjang untuk recover balik penglihatan dengan sangat jelas.Paling lama 6 bulan rasanya.
  • Kena pakai eye drop tau..
  • Apa-apa hal contact laa doktor korang.
Disebabkan mata merupakan satu pancaindera yang berharga,jadi pilihlah doktor yang BERPENGALAMAN,SENANG BERBINCANG,SEDIA MEMBERI MAKLUMAT dan TEMPAT YANG MEMPUNYAI PERALATAN YANG BAIK.

Teruja?Kan...Siapa tak nak mata yang tak berapa nak jelas nampak tu tetiba jadi nampak terang.Tak perlu cermin mata yang mengurangkan keyakinan diri dan kecomelan anda.Terutama perempuan.Kalau pakai tudung nantikan jadi kembang-kembang.Muka bulat macam bola.Apatah lagi bila tengok orang pakai shades kan.Nak pakai juga engkau tu RABUN...Kan....

a

Saranan aku..Cuba tengok beza harga dekat Malaysia dengan Mesir..Jauh tu.TUJUH ribu dengan DUA ribu.Apa kata korang datang berjalan-jalan ke Mesir sambil-sambil buat LASIK.Haha.Kan..Dapat tengok negara orang.Dapat buat LASIK siap.Kan...

Ok jumpa korang di sini....

20 comments:

  1. Salam, harga di mesir tu utk kedua2 mata atau satu mata sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...harga untuk kedua belah mata.dan termasuk follow up selepas itu.cuma ada sesetengah doktor harga tak termasuk kos pemeriksaan awal iaitu rm100.ada doktor dah siap semua package termasuk ubatan selepas proses..

      Delete
    2. Good sharing, today, Tun Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH) has the equipment to perform the non-invasive procedure to treat the condition. “The Ultra Q multi-modality YAG Laser we acquired offers greater accuracy and control than traditional YAG Lasers, allowing us to perform better treatment, read more at:
      http://kidbuxblog.com/non-invasive-procedure-to-treat-eye-floaters/

      Delete
  2. dekat klinik area kl juz rm2k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klinik mana tu? Leh bg info? Tq :)

      Delete
    2. Promosi dari Hospital Mata Tun Hussien Onn. Rawatan lasik RM2500/eye. Promosi dari 1 Dis 2013 hingga 31 Jan 2014. Rujuk >> http://www.thoneh.com/

      Delete
  3. boleh bg detail info klinik mane kt k.l..? kl ade contact lg bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Promosi dari Hospital Mata Tun Hussien Onn. Rawatan lasik RM2500/eye. Promosi dari 1 Dis 2013 hingga 31 Jan 2014. Rujuk >> http://www.thoneh.com/

      Delete
  4. Info plize..murah tp selamat..

    ReplyDelete
  5. Salam, saudara dan saudari.
    Sila jauhi lasik. Jangan mempertaruhkan mata dan penglihatan. Walaupun x buta, kualiti penglihatan mungkin terjejas teruk. Xde doctor yang boleh jamin. Mereka semua berniaga. Salam ukhuwah. Selamatkan saudara saudara kita.

    ReplyDelete
  6. umur 17 thun bleh buat tak?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    Nak tanya, boleh ke pelancong asing buat lasik di sana? Mohon penjelasan. Teringin nak pegi buat. Agak2 berapa ye kos nak pegi Mesir ni?

    ReplyDelete
  8. dekat klinik mesra bangi/ pusat pakar mata bangi malaysia sediakan perkhidmatan lasik rm 5000 untk kedua mata. sapa2 berminat boleh la k klinik tersebut di alamat no 11 jln 4/12 seksyen 4 tambahan bandar baru bangi selangor atau call utk maklumat lanjut di talian 0389126618. cuba la

    ReplyDelete
  9. Teruja nal buat lasic di malaysia.
    Ada yang murah serendah rm3K je.
    Korang google sendiri cari Advance vision area damansara utama petaling jaya..

    ReplyDelete
  10. Skrg lasik kt mesir tk sampai rm800 sbb duit mesir jatuh...

    ReplyDelete
  11. Rm800 tu utk 2 mata..termasuk follow up.. tiket flight return kul cairo kul rm2k ja... :)..

    ReplyDelete
  12. This blog is really great. The information here will surely be of some help to me. Thanks!. Lasik Near Me

    ReplyDelete
  13. Great post I would like to thank you for the efforts you have made in writing this interesting and knowledgeable article. Yaldo Eye Center in Grand Rapids Michigan

    ReplyDelete
  14. nice... keep updated us...
    if any patient want to know more about Lasik Eye Surgery Cost In Mumbai or Lasik Treatment In Mumbai
    then contact to Tel: +91 22 61549999 / 26405951 / 26514066

    ReplyDelete