nuffnang ads

Saturday 24 November 2012

Nasihat

Tadi buka mukabuku ternampak ini:

Photobucket

Ni kata-kata Umar sendiri.Umar pun dulu musuh Islam.Akhirnya masuk Islam dan jadi khalifah.Dan dikebumikan berdekatan makam Nabi Muhammad SAW.

Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat.

Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam"       ( Hadis riwayat At-Thabarani)

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab"

Sebuah hadis dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"

Aku ada baca buku sejarah Umar ni.Dalam buku tu ada tulis tapi aku lupa siapa yang sebut:

"Tidak ada lagi penyatuan umat Islam seluruhnya setelah kepimpinan Umar."

Kata-kata seseorang bila aku tanyakan benda ini:

Jawabnya: "Sebab itu Allah tak tengok bagaimana hidup kita bermula,tapi Allah tengok bagaimana pengakhiran hidup kita"

Friday 16 November 2012

5 cARa menGataSi StreSs

Tiba-tiba je rajin terlajak laa pula kan menulis.Sebab incik internet dah pulih dari demam.

Pertama-tamanya syukur ke hadrat Allah kerana masih dikurniakan nikmat iman dan islam.Marilah sama-sama mendoakan saudara kita di Gaza.Ya Allah berikanlah kemenangan buat Islam.

Sebenarnya rasa sangat serabut.Mana dan apa yang tak kena.Aku pun tak tahu.Rasa macam nak p lari jauh-jauh.Travel naik train sorang-sorang macam menarik juga kan.Huhu.

Bila STRESS apakah yang akan dilakukan.

4 peringkat gejala KESERABUTAN menjelma:

PERTAMA: Membeli dan membelah a.k.a shopping

Ni fasa satu.Masa ni kalau shopping pun main tangkap muat bayar je.Bawa balik rumah.Duduk tengok.Kenapa aku beli benda ni.Huhu..Kalau lepas shopping tu kenalah isi perut.Haaa..Ini lagi bahaya.Huhu.Kolestrol ok.Satu lagi cara ini hanya boleh digunakan kalau...FULUS ada laa..Tak ada FULUS duk rumah diam-diam.Aku tak suka window shopping.PENAT je.

KEDUA: Berjalan sorang pergi mana-mana tempat tengok gelagat orang ramai.

Ni kalau tak dapat shopping atau shopping pun dah,tapi keserabutan melanda tidak juga hilang marilah kita lihat orang ramai.Huhu.Tempat best..Jalan-jalan p Mansyiah.Ni tempat shopping juga.Tapi ada tempat orang lepak.Macam-macam jenis kasta orang kau boleh tengok.Masa tu baru sedar tahap keserabutan dan masalah kau tu kecil je banding dengan orang lain.Huhu.Baru reti nak bersyukur.Tempat kedua kat tembok tepi pantai depan rumah aku.Huhu.Tapi dah lama tak p.Tak ada orang teman.Nak mati p sorang-sorang.Kena kacau dengan arab cari bala namanya..

KETIGA: Dengar lagu.

Aku ni jenis tak suka kebisingan.Dan kesemakan.Huhu.Jadi apabila lagu berkumandang dari bilik aku tu maksudnya I STRESS ni jangan cuba cari pasal.Tapi kadang-kadang aku pasang lagu bila nak siap p sekolah.Tu tak stress.Tapi..Mungkin stress kot nak kena p sekolah.Haha.TAPI!!Kalau aku sumbat earphone dalam telinga tu bermakna Stress tapi tak boleh nak lepas dengan cara shopping mahupun membuang masa.SEBAB waktu tu waktu exam.Haha.

KEEMPAT: Menangis.

Ni memang stress tahap gaban laa..Semua benda buat tak kena.Ni bila dah ada satu masalah tambah lagi dengan masalah-masalah lain.Campur dengan ketidak stabilan hormon mahupun kesibukan menelaah waktu terakhir.Mahupun mendapat berita yang tak dijangka.Huhu..Air mata laa pengubat hati.Habis je nangis waa...Ringan kepala.Tapi lepas tu sakit kepala, tidur.Bangun-bangun..Ohh dunia ini begitu indah untuk dipersiakan.

KELIMA: Mengaji.

Dah ringan kepala tu.Sebagai tanda syukur kepada yang Maha Esa.Ayuhlah kita mendirikan solat sunat dan membaca helaian Al Quran.Baca terjemahan sekali.Kalau main buka je Al Quran tu,bila baca terjemahan rasa macam.."Aik macam kena je dengan masalah aku.."Huhu.Allah Maha Besar.

Ni mesti nak kondem aku kan.Nak cakap kenapa tak mengaji dulu sembahyang ambil wuduk kan.Huhu.Kadang-kadang mengaji sambil menangis pun boleh.Entah terabur mana tajwid entahlah.Huhu.Tapi serius itulah yang paling mustajab kembali kepadaNya.

Hobi terbaru bila rasa serabut ialah MASAK..Hehe..Ni dah gian nak baking bagai TAPI bekas acuan kek semua dah angkut balik Malaysia.Hukhuk.

Hidup adalah masalah.Hidup adalah pilihan.Masalah adalah kehidupan.

Thursday 15 November 2012

Memilih untuk berKAHWIN??

Salam sejahtera.

Dah masuk 1 muharram 1434 H daa kita ni.Sekejap je pejam celik pejam celik.Separuh semester 11 pun dah habis.Dah lama tak update blog.Bukan tak ada idea.Tapi incik internet yang loklak sangat..Tak semangat.

Bila dah nak habis study ni rasa macam tak nak habis laa pula.Mendengar cabaran kerja yang penuh dengan STRESS...Kerja apa tak stress?Acu cakap.Jadi suri rumah pun stress kan.

Bila usia dah menginjak awal 25 tahun..Bukan aku laa..Aku baru 22 kot..Kan.Muda lagi kan...Semua sibuk dengan isu MENCARI PASANGAN.

Bila yang dah berkahwin sibuk merancang menambah bilangan keluarga,bila yang dah berpunya sibuk merancang ke jinjang pelamin,bila yang masih single dah jumpa Mr XY,bila yang single mingle duk risau fikirkan nasib diri,bila yang tak pernah berfikir untuk berpasangan pun dah mula garu kepala...

Membuktikan KITA semua dah besar.Rasa sekejap je lalui alam persekolahn.(Masuk U pun sekolah lagi eyy?)

Di sini muncullah berbagai igauan nyata dan kerusuhan hati.ISTIKARAH...

Jabir bin AbdillahRadiyallahu ‘anhu berkata: Ada-lah Rasulullah (Shallahu ‘alaihi Wasallam) mengajari kami shalat Istikharah untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajari surah Al-Qur-an. Beliau bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan shalat sunah (Istikharah) dua rakaat, kemudian baca-lah doa ini:

((اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوْبِ. اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ -وَيُسَمَّى حَاجَتَهُ- خَيْرٌ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ -أَوْ قَالَ: عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ- فَاقْدُرْهُ لِيْ وَيَسِّرْهُ لِيْ ثُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْهِ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ شَرٌّ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ -أَوْ قَالَ: عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ- فَاصْرِفْهُ عَنِّيْ وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِيْ بِهِ)).

Bila ada yang dah disunting,butuhkan jawapan.Keputusan hati pun ragu-ragu.Sekejap rasa "Eeii macam dah betul dah.Dah nekad dah.30 saat kemudian rasa..Eii betul ke ni..."

      "....Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad.Maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah menyintai orang yang bertawakal." (surah Al-Imran ayat 159)

Bila keputusan dah nekad pula.Nak keberanian pula bagi tahu dekat family.Macam mana penerimaan mereka.Bila pula family tak setuju.Tak ensem laa.Tak sekufu (al maklum laa DOKTOR).Tak ok.Tak  Tak Tak.

Frust menonggeng laa pula.Sebab hati daa sayang.Tapi sebab sayangkan KELUARGA lagi banyak,maka si Dia ditinggalkan.Hubungan diputuskan.Sedangkan agamanya HEBAT.InsyaAllah boleh membimbing keluarga idaman.Betul kata orang makin tua sesorang makin susah nak berubah dan menerima nasihat.Huhu.

        “Apabila datang kepada kalian (para wali wanita) orang yang kalian redha agama dan akhlaknya (untuk meminang wanita yang di bawah perwalian kalian) maka nikahkanlah laki-laki itu, kalau tidak kalian lakukan hal tersebut niscaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan terjadi kerusakan yang merata“. 
                                                                (Hadis riwayat. Tirmidzi, Ibnu Majah,)

Tak pun ada yang bersabar.Menunggu nasib menyebelahi diri.Mungkin nanti dah kerja kita cuba usulkan lagi dekat family.Yelah anak dah kerja..Kan lama-lama simpan tak laku.

Bila pula kalau hati dah ada keputusan,family pun dah setuju.Wah gembira rasa hati.Memandang ramai kawan taulan tidak mendapat restu tapi kami Alhamdulillah.Jeles rakan taulan melihat mudahnya sebuah perhubungan.Bagusnya ibu bapa yang memudahkan urusan anak-anak mereka.Yelah nak lepas anak bukan senang.

Bila dah sedia semua tiba-tiba si Dia pula bermasalah.Macam tak serius je nampak.Hinggakan beberapa hari  lagi menjelang perkahwinan aii datang bertanya pun tidak.Majlis yang sepatutnya meriah dijadikan dengan majlis doa selamat.Nak dibatalkan kad dah diedarkan.Malu family tak terkata.Stress sendiri tak boleh ungkap.

Maka larilah diri.Fokus pada apa yang sedang ada di depan mata.Belajar dengan kerasnya sampai menjadi TERBILANG.Kerjanya sungguh habis semua pakar disapunya.Namun kisah kejayaannya.Allah saja yang tahu.

Bila perhubungan direstui keluarga dan kedua belah pihak sama-sama berusaha.Lahirlah sebuah ikatan suci bernama PERKAHWINAN.

Susah mahu membina masjid rupanya.

(baru balik tengok muka membe keserabukan dalam dilema..)

Minggu depan ade konsert Maher Zain tepi rumah aku ni..Ewah....(dekat Alex Bibiliotheca).Aku??Tak pergi..Huhu..Tak pernah p konsert kot....