nuffnang ads

Friday 19 October 2012

LASIK fuhh harganya.....macam mana nak dapat harga yang berBALOI-BALOI

Salam sejahtera..

Apa khabar?Tetiba pula tanya khabar kan..Disebabkan aku belum dapat buku community medicine tanpa rasa bersalah aku dah khatamkan dua buah novel.Dan tanpa rasa bersalah aku update blog.Hehe..

Dah dua minggu semester SEBELAS bermula.

Kelas mula riuh dan sibuk dengan kisah LASIK.

Ok apa itu LASIK?LASIK adalah singkatan untuk laser assisted in situ keratomileusis.LASIK ni digunakan untuk membetulkan masalah rabun jauh,rabun dekat mahupun astigmatism (tak dapat diterjemahkan).

Hanya pakar mata (ophthalmologist) yang akan menjalankan prosedur ini.Prosedur ini menggunakan laser.

Apa yang perlu anda tahu tentang LASIK?Pertama adakah anda calon yang sesuai?

Photobucket
  • Kesan Kerjaya - adakah kerja anda melarang pembedahan refraktif?
  • Kos - boleh anda benar-benar mampu prosedur ini?
  • Status kesihatan - contohnya, adakah anda mempunyai penyakit autoimun atau penyakit utama yang lain? Adakah anda mempunyai penyakit kronik yang mungkin melambatkan atau mengubah penyembuhan?
  • Keadaan mata - adakah anda mempunyai atau pernahkah anda mempunyai sebarang masalah dengan mata anda selain daripada yang memerlukan cermin mata atau kanta lekap?
  • Ubat-ubatan - adakah anda mengambil steroid atau ubat-ubatan lain yang mungkin menghalang penyembuhan?
  • Power cermin mata stabil - adakah preskripsi anda berubah pada tahun lalu?
  • Berapakah power cermin mata anda - adakah anda menggunakan cermin mata / kanta lekap hanya beberapa kali? Adakah anda memerlukan preskripsi yang luar biasa kuat?
  • Saiz anak mata(pupil) - anak mata anda besar dalam keadaan malap?
  • Ketebalan kornea - adakah anda mempunyai kornea nipis?
  • Pengeluaran air mata - adakah anda mempunyai mata kering?

Berapakah kos membuat LASIK di Malaysia?Kos di Malaysia mungkin bergantung kepada umur pesakit,kemahiran doktor dan faktor-faktor lain.Anggaran kosnya adalah RM 7000 sehingga ke RM 11 000.Boleh hubungi Dr Muhaya di sini.

Photobucket

Apa pula risiko untuk melakukan LASIK.LASIK merupakan satu prosedur yang selamat.Tapi haruslah diingati bahawa ia tetap mempunya risiko walaupun amat kecil.
  • Lebih-rawatan atau di bawah rawatan (over correction or under correction)- adakah anda sanggup dan mampu untuk mempunyai lebih daripada satu pembedahan untuk mendapatkan hasil yang diingini?
  • Mungkin masih perlu memakai cermin mata untuk rabun dekat - adakah anda mempunyai (rabun dekat) presbiopia?
  • Kesan rawatan mungkin tidak kekal lama - adakah anda fikir ini adalah pembetulan terakhir anda pernah akan perlu? Adakah anda sedar bahawa hasil jangka panjang tidak diketahui?
  • Mungkin kehilangan penglihatan - adakah anda tahu sesetengah pesakit mungkin kehilangan penglihatan atau buta?
  • Mata kering - adakah anda tahu bahawa jika anda mempunyai mata kering,masalah ini boleh menjadi lebih teruk lagi, atau jika anda tidak mempunyai mata kering sebelum ini,anda boleh mendapat mata kering akibat pembedahan?
  • Mungkin mendapat symptom lain - adakah anda tahu tentang silau, halos, starbursts, dan lain-lain dan pemanduan pada wkatu malam mungkin sukar?
  • Sensitiviti kontras - adakah anda tahu penglihatan anda boleh berkurang dengan ketara dalam keadaan cahaya malap?
  • Rawatan Dua Belah mata serentak - adakah anda tahu risiko tambahan yang mempunyai kedua-dua mata yang dirawat pada masa yang sama?
  • Maklumat tentang rawatan-adakah anda sudah sedia maklum dengan prosedur?
Photobucket

Dah tahu kaedah dia,kesesuaian anda dan risikonya kan.Nak buat juga?Hehe..Aku pun nak buat.Komplikasinya sangat kecil.Dan jarang berlaku.

Dah ramai yang tanya aku kau bila lagi nak buat LASIK.Jawapan aku:Kalau buat LASIK tu LE9 dah lama daa aku buat.

Nak tahu kos buat LASIK di MESIR?Haaa..Nak tau nak tau?Kalau buat dengan pakar LASIK ni memang doktor yang sub specialist dia bab LASIK harga dia LE 4200 bersamaan RM 2100.Mahal??Kalau nak murah lagi kita buat dengan pembantu prof harga dia LE 3300 bersamaan RM 1650.Amacam teruja kan...


Ni pula apa korang kena tahu tentang prosedur dan sebagainya.
  • Jika anda pakai kanta lekap,sila pakai cermin mata sekurang-kurangnya seminggu sebelum prosedur.Kerana kanta lekap menurunkan kadar sensitif mata anda.
  • Menjalani semua ujian sebelum prosedur (slit lamp,pentacam test,corneal topography,keratometry dll)
  • Memahami prosedur dan consent
  • Jangan nak bermake up sangatlah masa prosedur tu
  • Kalau boleh cari orang yang teman.Mana tau nantikan tak boleh bawa diri balik
  • Minta cuti beberapa hari untuk recover.Boleh je nak keluar.Prosedur ni tak sakit pun.
  • Kena tau lepas prosedur tu bukan terus jelas nampak.Biasanya memang kabur-kabur.Atau nampak pecah-pecah.Walaupun LASIK ni selamat dia tetap PEMBEDAHAN a.k.a SURGERY..Ada gerun?
  • Tahu dan faham semua prosedur..
  • Tahu bila nak consult doktor bila ada symptom-symptom.
  • Tahu bila jangka masa terpanjang untuk recover balik penglihatan dengan sangat jelas.Paling lama 6 bulan rasanya.
  • Kena pakai eye drop tau..
  • Apa-apa hal contact laa doktor korang.
Disebabkan mata merupakan satu pancaindera yang berharga,jadi pilihlah doktor yang BERPENGALAMAN,SENANG BERBINCANG,SEDIA MEMBERI MAKLUMAT dan TEMPAT YANG MEMPUNYAI PERALATAN YANG BAIK.

Teruja?Kan...Siapa tak nak mata yang tak berapa nak jelas nampak tu tetiba jadi nampak terang.Tak perlu cermin mata yang mengurangkan keyakinan diri dan kecomelan anda.Terutama perempuan.Kalau pakai tudung nantikan jadi kembang-kembang.Muka bulat macam bola.Apatah lagi bila tengok orang pakai shades kan.Nak pakai juga engkau tu RABUN...Kan....

a

Saranan aku..Cuba tengok beza harga dekat Malaysia dengan Mesir..Jauh tu.TUJUH ribu dengan DUA ribu.Apa kata korang datang berjalan-jalan ke Mesir sambil-sambil buat LASIK.Haha.Kan..Dapat tengok negara orang.Dapat buat LASIK siap.Kan...

Ok jumpa korang di sini....

Monday 15 October 2012

Setelah di MESIR 5 tahun...

Salam sejahtera...

Alhamdulillah..Dah tiga empat hari dah sampai Mesir balik untuk meneruskan perjuangan yang masih berbaki.Kelas pun dah masuk 2 hari dah.

Sebelum ni orang cakap kelas mengantuk sangat,tapi Alhamdulillah setakat ni aku masih segar.Walaupun bangun tidur pukul 3 pagi.Huhu.Masih terikat dengan waktu Malaysia.Haha.

Pengalaman sepanjang bermusafir kali ni.Banyak laa rasa benda yang lain.Biasa aku balik dengan housemate aku Mar.Tapi kali ni terpisah.SEBAB..Ada orang tu taknak ponteng kelas.Al maklum dah dapat straight A's dah tak nak jadi partner in crime aku daa....Huhu....

Alhamdulillah result semester lepas walaupun tak semua A,tapi oklah.Sebab paper dermatology aku target fail kot.Entah apa-apa soalan.

Haruslah aku memonteng kelas sebanyak mana yang boleh..Huhu.Aikk budak medik pun ponteng kelas ke?ohh jawapannya SANGAT pro ponteng ok.Dulu-dulu aku ponteng SEBULAN datang-datang terus EXAM.Ni seminggu apalah sangat kan.

CopyofDSCN6212
Tangan kakak yang terbelah.Ambek 4 jahitan.Aku:"Kakak nangis tak?" Kakak:"Of cozzzz laaa....Nangis..."Haha.Adik perempuan bongsu aku.

Terima kasih laa kepada yang tolong angkatkan beg,kasi tumpang lugage(haruslah barang aku lebih KILOsss) dan tolong tunjukkan gate sebab aku betul-betul blur kali ni nak datang MESIR.Hati aku tiada di sini.Haha.Badan je datang.Jiwa tak dak...Dan yang tolong angkat beg naik atas rumah aku.Berat tu lugage aku...29 kilo.Dah makcik Mar cakap dia malas nak turun tolong angkat beg,terpaksa laa aku minta korang tolongkan.Kesian pula baru sampai datang hantar aku angkat beg bagai...

Waa...Tahukah anda hand carry aku patah tayar?Buat mati mood aku je.Transit pula lama.10 jam.Adoii..Tak nak daa p trnasit lama-lama.Angah a.k.a my BUNCIT tanya tak p Burj Khalifa ke.Hand carry berat laa dik oii....

TAPI paling terasa bila dari KL-Abu Dhabi aku dapat seat tengah-tengah antara 2 jantan.Minta tukar dengan sorang tu budak aku kenal gak.Dia cakap tak nak.Alasan nak tidur dengan syoknya.Uwaaa....Sedih tu..6 jam lebih kut flight.Macam mana nak tidur.Tak rasa selamat langsung.Dalam hati duk doa agar seat depan aku kosong.Alhamdulillah Allah tu tak kejam takkan dia aniaya hambaNya.Yeaahh.Seat depan aku kosong.Aku pun lepas je kapal berlepas,terus duk depan.Ok boleh tidur lena.

CopyofDSCN6292

Ohh..Aku pun dah selamat dapat hp aku.Mama dah duk berleter dah,beli hp beribu-ribu dapat pakai nya tak.Al kisah aku beli sebelum raya lagi.Tapi bulan 10 baru dapat.Sepatutnya dapat selepas raya,tapi biasalah masalah orang berniaga.Angah beli s2 dengan harga USD10.Tapi locked laa..Huhu..

Memang boleh minta duit balik,tapi kesian laa..Kalau MELAYU tak sokong MELAYU siapa lagi.Aku pun boleh je beli dengan harga murah.Membe aku ade kerja kedai hp.Boleh dapat dengan harga pekerja.Dah tawar siap dekat aku.Tapi tak apalah.

Aku beli hp samsung S3 dengan harga RM 1550.Sama dengan harga aku beli nokia N73 aku 6 tahun lepas.Huhu.Original set.Kalau korang nak order juga boleh tengok Dr.GadgetMD .Banyak je hp lain yang ada.I phone ada.Tab bagai pun ada.Ehh jadi promoter tak berbayar laa pula......