nuffnang ads

Saturday 22 September 2012

Kerja mASa CutI

Apa je aku buat cuti ni?Blog tak update.Buku tak baca.Pejam celik pejam pejam baru celik tengok-tengok dah tinggal DUA minggu saja lagi hidup di bumi Malaysia.

Yang aku buat p jalan-jalan raya.Tak habis-habis jalan raya sampai habis syawal.Tapi malas nak letak gambar.Banyak sangat..Hehe..

579965_4597720702270_1352505999_n_zpsadcf4713

Ni rombongan Cik Kiah turun ke Kuala Berang sempena walimatul urus budak batch kami Jee&Talha.

418822_4649992450720_262494409_n_zps34e45cbb

Tu dia pengantin.Merah gitu.Dengar-dengar orang cakap,mereka ni kenal masa rusuhan tu.Duk sibuk-sibuk beli tiket balik Malaysia sempat lagi cintan cintun.Isk isk.Bak kata Dato Fadhilah Kamsah "Jodoh ada di mana-mana".Macam housemate aku bercintan cintun dalam LRT.Tapi kalau itu hanya gosip..Maaf ye pengantin...

image_1348195608888379_zpsa8f73aa9

Benda yang nyata sedikit nampak berfaedah aku buat ialah aku p buat attachment dekat HSNZ(Hospital Sultanah Nur Zahirah) selama 3 minggu.Tapi haruslah ada adegan ponteng memontengkan.TAPI...Kira aku laa yang paling rajin tau..Tau....

BEST sangat-sangat.Doktor-doktor semua baik-baik.Doktor pakar yang sedia bagi tunjuk ajar.Doktor HO yang sangat rajin bagi kami peluang buat VE (vaginal examination) dan ajar cara nak ambil history patient mengikut cara Malaysia.Tapi bila doktor suruh bentang kes,ambil kau tergagap-gagap.Dalam otak duk fikir nak translate dari arab ke melayu.

Kena marah tak?Biasalah tu.Tapi doktor MO garang-garang.Kepala hangin.Haha.Yelaa..Kita berdiri dekat belakang nak tengok jew pun kena marah.Tapi ada juga yang emo-emo.Huhu.Terpinga-pinga juga aku kan melayu dengan melayu layan macam tu.Kami student kot.Tak apalah tak nak kongsi ilmu.

Sabda Rasulullah: 

Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)

548085_4686327599076_1626734448_n_zps3bf88a8b

Ni pula rombongan Cik Kiah ke walimatul urus Sarah& Afiq.Boleh pula p kenduri kahwin tapi puasa.Telan air liur je laa.Tak pe..Pahala lebih.Hehehe.

Itu sajalah yang aku buat sepanjang dua tiga minggu ni.Selain dari kerja-kerja menambahkan berat badan.Ok sila diet ok tahun depan.Dah sebesar anak gajah dah ni.

Tahniah kepada pengantin-pengantin.Semoga berkekalan hingga syurga.Kepada bakal-bakal pengantin,jom p kursus pra perkahwinan.Haha...

CopyofDSCN6112_zpscfccd792

CopyofDSCN6116_zps1b90141e

Bakal-bakal doktor....Amin...(Mengamuk laa abang (baju merah) dia tak nak jadi doktor..Huhu.)

Friday 7 September 2012

Susahnya

Susahkan..

Susah
Bila kita tak sama

Susah
Bila kita berbeza

Susah
Bila dia lebih baik

Susah
Bila dia pernah ketemui yang terbaik

Susah
Bila kita tidak baik

Susah
Bila pandangan berbeza

Susah
Bila kehidupan berbeza

Susah
Bila diterangkan

Susah
Bila tidak mahu faham

Susah
Bila tahu

Susah
Bila buat-buat tidak tahu

Susah
Bila berkata-kata tanpa fikir

Susah
Bila tidak mahu berbincang

Susah
Bila terasa

Susah
Bila minta maaf

Susah
Bila maaf digunakan untuk leraikan masalah

Susah
Bila minta maaf sedangkan rasa diri tak bersalah

Susah
Bila mahu memaafkan

Susah

Susah

Susah

Susahkan.....