nuffnang ads

Tuesday 31 July 2012

1 down 3 more to go

Alhamdulillah.Kita masih berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.Hari ni dah hari ke berapa ye puasa kawan-kawan?Yang pasti aku puasa lebih sehari dari korang yang dekat Malaysia.

CopyofDSCN4713 
Ini Gamek Ibrahem tempat aku sembahyang terawih.

Alhamdulillah dah selesai satu kertas untuk subjek Ophthalmology pada 10 Ramadhan yang lalu (29/7) pada pukul 10 pagi untuk semester 10.Ni status aku kat mukabuku kot.3 lagi menanti.Sebenarnya esok exam kot.Tapi kegatalan nak juga update blog.Dalam banyak-banyak hari,hari ni juga aku rajin.

Semalam aku di psycho kan oleh makcik Mar.Tentang benda yang dia dah tahu.Jawapan aku.Dia dah banyak kali menPSYCHOkan aku dengan benda tu.Tiap kali tu jugalah aku TERDIpsychoKAN oleh makcik tu.Haha.

Ya Allah,Kau permudahkanlah urusan aku,urusan dia dan urusan kami.(amboi doa macam orang nak kahwin.Bukan ye bukan...)

Ya Allah andai ini salah,Kau peliharalah aku dari meneruskan kesalahan ini.

CopyofDSCN4714 
Ok ni muka tak siap.Tanpa makeup.Aku makeup dengan peluh je boleh?

Alhamdulillah juga,Angah dan kawan-kawan dah dapat duit dari MARA.Takkan MARA biar budak dia kan.Tak banyak tapi BANYAK kot.Amboi-amboi.Duit raya along jangan lupa.Haha.Banyak benda nak kena buat bila sampai sanakan.Emm ini lagi menegaskan kata mak aku "Cukuplah belajar luar negara.Belajar dekat Malaysia sudahlah.Mama duk tua rindu anak-anak je." Huhuhu.Terharu SOB sob..Lantaran masa tu tempat aku sibuk dengan demo.Tempat angah sibuk dengan ribut salji.


Ok baca buku pula ye.

p/s:Musim kahwin sekarang ni.Tahniah laa korang.Semoga kekal sampai ke syurga.Mama duk tanya bila aku nak kahwin tiap kali aku telefon rumah (sila jawab-sila jawab).Adoii..Mama,anak mu ini muda lagi dong...

Tuesday 24 July 2012

Tamatlah sEm 10

Sabtu yang lalu bersamaan 21/7 maka berakhirlah semester 10.Berbakilah 2 semester lagi.InsyaAllah.P kelas waktu puasa tu.Teringat tahun pertama datang sini.Kelas waktu puasa.Kejap je dah 5 tahun.Dah nak balik dah pun.Lagi 14 hari..Huhu..

CopyofDSCN4358

Ni pesakit pertama kami.Baby yang comel.Baby ni ada cephalohematoma.Prof kata kes ni menarik sebab dah jarang jumpa kes yang teruk sampai macam ni.Nampak jelas kot..

CopyofDSCN4352
Nampak kecil.Tapi ni dah jejaskan 40% dari jumlah darah baby ni.4o% terkumpul dekat hematoma tu je.HuhuKan dah dapat anemia.

CopyofDSCN4511

Aktviti dalam kelas bila tak ada cikgu.Konon-konon bincang pelajaran laa tu.Padahal duk gosip.Isk isk.Apa nak jadi laa korang ni.

CopyofDSCN4390
Hari seterusnya kami masuk NICU (Neonatal intensive care unit)punya wad dan buat laa apa yang patut.Padahal ambil vital sign bagai je.Baby ni tengah menjalani phototherapy.

CopyofDSCN4395

Ni gambar bajet pandai ambil heart rate baby ni.Baby ni ada jaundice (demam kuning).Berapa kali buat untuk kira heart rate.Laju kot.Tak apa.Masa akan mematangkan skill.Tapi kalau buat laa...Kalau tengok je,haa..Nanti HO tahulah langit tu luas ke tak.Huhu..

CopyofDSCN4398

Kebanyakkan baby yang ada kat sini baby yang preterm (tak cukup bulan,hari mahupun jam.Jam pun ada kew??)Macam baby kat atas ni.Sampailah mereka mencapai berat dan tahap kesihatan yang memuaskan.

CopyofDSCN4498

Kami belajar.Bagus betul ambil subjek elektif neonatalogy ni.Melatih sifat keibuan.Adoii..Konon.Terus aku rasa macam baby tu best.Kan best ada baby.Bila laa housemate aku ni nak pregnant.(Tiba-tiba).Siapa nak kasi anak dia aku nak bela?Huhu..

CopyofDSCN4504

Baby ni mengalami pulmonary haemorrhage dan brain juga rasanya.Baby ni tak dapat diselamatka.Prof cakap dia mampu bertahan paling lama pun esok saja.Tak lama lepas kami keluar bilik ni,baby tu meninggal.(Lama laa juga.Tak da laa sekejap sangat).

CopyofDSCN4693

Inilah budak-budak tak makan saman.SEMBILAN orang je.Itu yang best tu.Tambah pula semua perempuan.Hehe.Aku p exam hari sabtu tu dengan badak slumber tak baca buku.Lepas tu mula lah siap jawab soalan sebagai orang PERTAMA sebab tak tahu nak jawab apa.Hoho.

Ok meneruskan perjuangan.Balik kau kira berapa hari.Ada kau kira exam FINAl berapa hari lagi??EMPAT hari lagi ok.Baik.Sila baca buku...

Sekian entry untuk orang yang suruh aku update blog...

Friday 20 July 2012

Puasa diperantauan..

Tajuk macam poyo pula.Macam kali pertama puasa diperantauan.Huhu.

Salam ramadhan.Semoga ramadhan kali ini membawa seribu erti buat kita semua umat Islam.Ramadhan kareem..

wehgf

Ni gambar aku ambil di Gamek Ibrahem dekat kawasan rumah aku.Tapi tahun lepas punya versi laa.Penuh ok orang solat terawih.Open air siap.Ni pun aku baru je balik.Meriahnya solat terawih kat sini mengalahkan Jalan Banggol dan Pasar Kedai Payang orang shopping raya.

Tapi sini habis solat terawihnya lambat laa dari tempat lain.Lepas Isyak dalam pukul 8.40 malam dan bersambung sehingga 11.15 tadi aku balik.Satu juzuk dengan 8 rakaat.Best.Tak rasa lama pun.Panas pun tidak.Tepi pantai kot.

CopyofDSCN4649
Pra sahur.Makan sushi hasil tangan makcik Mar.

Sebenarnya tak jangka pun puasa bermula Jumaat.Malaysia puasa Sabtu kot.Huhu.Kalau Malaysia puasa 30 hari tahun ni,aku puasa 31 hari laa kiranya?Waa..Tak aci tu...

Dugaan juga puasa-puasa ni.Nak baca buku,nak masak,nak exam.Sila SEDAR DIRI ecah.Esok kau exam kot.gatal p update blog.Masak pula dua kali.Sahur dengan berbuka.Kan sekali harung boleh,tapi kena rajin panaskan.Nantikan ada orang sahur nasi basi.

CopyofDSCN4660
Makanan sahur tadi.Farah masak semalam.

Korang ada baca berita pasal rumah budak-budak engineering dekat Iowa,Ames USA terbakar?Huhu.Itulah rumah adik aku angah.Habis semua hangus katanya.Alhamdulillah lah tiada kemalangan jiwa.Semua selamat.Tapi mereka tinggal sehelai sepinggang.Semua hangus.Baju,buku,laptop,dokumen penting dan alatan lain.Termenung semua orang memikirkan kos ONGKOSnya.

Apa tindakan kerajaan Terengganu untuk warga Terengganu yang terlibat.Mestilah aku tanya Terengganu sebab aku orang Terengganu.Dengar katanya berdiam diri lagi setakat ini.Ada 4 orang antara pelajar yang terlibat itu adalah warga Terengganu.Negeri yang terkenal sebagai mengutamakan pelajaran.

Setakat ini hanya MARA yang dengar-dengar ceritanya mengambil langkah membantu pelajar.Itu pun pelajar tajaan MARA sahaja.Iaitu 5 orang.Setakat ini,itulah yang aku dengar.Semoga mereka semua tabah dengan musibah yang menimpa.

Klik SINI IOWA,AMES untuk baca berkenaan tragedi tersebut.

CopyofDSCN4662
Ni makanan buka puasa tadi.Alhamdulillah.Dah berjaya menunaikan puasa sehari dari sebulan ramadhan.Ni makcik Mar masak nasi kerabu.Esok baru giliran aku.Nak masak apa yaa??

Angah pun dah tak semangat nak duduk Malaysia.Yelah mana sama kita berada sendiri di sana uruskan hal kita dengan orang lain uruskan.Tapi mama aku cakap, "Alhamdulillah laa angah balik.Kalau tak entah macam mana laa mama bimbang.".Huhu.Silap-silap mak aku p US kan.Haha...

Semua adik-adik aku ada dekat rumah kecuali aku.Gegege...Dah laa pagi tadi angah hantar gambar diaorang duk makan jagung rebus.Semua ada kecuali ALONG.

Tak apa nanti raya pertama cukup semua orang insyaAllah.

Ok dah nak p baca buku.Esok exam neonatalogy.

Sunday 15 July 2012

Pendalaman Mesir.Situasinya??(BHGN 2)

Ok kita sambung lagi...

Kami meneruskan perjalanan.Dari satu kampung ke kampung yang seterusnya.Hari semakin redup,tapi peluh menitis macam mandi.Bau kami dengan keldai tu mungkin lebih kurang sama saja.

CopyofDSCN4214

Yang gagah perkasa pun kelihatan semakin layu.Haha.Mungkin mereka belum makan.Lepas solat Jumaat terus gerak ke sini.Muka dah tak mampu nak senyum memandang kamera.

CopyofDSCN4243

Berapa buah kampung yang dilalui.Akhirnya kami mengambil keputusan berpecah kepada dua kumpulan.Kerana hari makin gelap,dan masih 100 bungkusan berbaki yang belum sampai ke tangan mereka yang sepatutnya.

CopyofDSCN4267

Antara kampung yang kami lewati adalah 12 bungkusan di el-3eshrin , 15 bungkusan di Rizqah, 17 bungkusan di Nabrawiyah, 15 bungkusan di el-3aly, 15 bungkusan diBoulin, 4 bungkusan di El-emara, 8 bungkusan di Ratama, 10 bungkusan di Hanafy, 2 bungkusan di El-banun, 20 bungkusan di El-hayyeby, 16 bungkusan di El-Khaleel,and 16 bungkusan di El-Hamra.

CopyofDSCN4250
Ramai betul peminat Syaz.

Menyambung cerita adik tu.Aku "Akak pun pernah je hidup macam tu.Mesti awak tak percayakan?" "Betul ke akak?Ceritalah.Ceritalah." "Dulu zaman akak kecil-kecil,tak ada laa kecil sangat pun,rumah akak berlantaikan tanah juga apa.Tapi sekarang Alhamdulillah.Akak berada di sini juga.Tak ada orang pun nak menghulurkan bantuan.Haha.Akak tak layak mungkin." "Ohh akak tak pernah terima bantuan mana-mana ke?" "Ada.Biasiswa MARA satu-satunya bantuan yang akak pernah terima." "Ohh'

Perbualan itu lebih mendalam.Tapi biarlah ia menjadi rahsia kehidupan.Huhu.Allah.Allah.Alhamdulillah atas segala nikmat yang Kau berikan kepada kami.

252619_4017097519315_1926677483_n
Aku pun ada peminat juga apa.Haha.

Menjelang maghrib,urusan pengagihan masih belum dilunaskan.Berjalan kami dalam kegelapan.Masa tu semua dah terhoyong hayang.Penat mungkin.Memang penat.Dalam hati mendoakan bungkusan ini cepat-cepat habis diagihkan.


CopyofDSCN4279
Bergambar di hadapan masjid yang masih dalam pembinaan.

Antara mereka yang terlibat ialah ahli Yalla  Erfan ,Nadzirah, Ruziyati,Faiz Abas, Fatimah,Hasif.Dan sukarelawan terdiri daripada Syazwan,Nasrul,Fadhil, Ain , dan Kak Nawwar.

CopyofDSCN4291
Berpecah kepada dua kumpulan sekali lagi.

Tugas terakhir kami pada hari itu ialah mengagihkan 20 bungkusan kepada mereka.Kemudian kami menaiki van dan bertemu kumpulan yang lagi satu berhampiran rumah imam yang menguruskan urusan pembahagian ini.

CopyofDSCN4293
Malam melabuhkan tirai.

Alhamdulillah semua urusan selesai.Kami bersolat maghrib di rumah seorang syeikh.Aku pun lupa nama syeikh tu.Dan kami dijamu dengan....

CopyofDSCN4320

Makanan yang memenuhi meja makan.Arab kalau makan memang banyak.Huhu.Tengok makanan yang memenuhi meja pun aku seriau.Ni kalau tak habis kena paksa makan ni,satu kerja pula nanti.

CopyofDSCN4308

Memang sah-sah tak habis.Nasib baiklaa tak kena paksa habiskan.Huhu.Selepas makan,kami dipelawa minum teh dan bersolat Isyak.Lepas minum teh,minum air bergas lagi.Waa..Masa ni aku dah tolak dah.Dah tak boleh masuk.Sah-sah kena marah.Kena tanya siap kenapa tak ambil.

CopyofDSCN4321
Tuan rumah.

Dalam pukul 10 ++ malam kami bergerak pulang.Tapi aku rasa macam dalam pukul 11 malam je.Aku sampai di rumah dengan selamat pada jam 12 malam.

CopyofDSCN4323
Ini petandanya tangki dah hampir penuh ni.

Terima kasih kepada semua yang menceriakan hari aku.Mencalit pengalaman dalam kehidupan.Erti hidup dengan memberi.Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

p/s: Al Fatihah untuk arwah ibu Ainul (budak batch aku) yang meninggal dunia jam 9 malam semalam waktu Malaysia.Semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin.Semoga Ainul sekeluarga kuat.

Saturday 14 July 2012

Pendalaman Mesir.Situasinya??(BHGN 1)

Jumaat lepas yang lepas.Seperti mana gambar,pada 6/7 yang lalu,Alhamdulillah.Aku diberi kesempatan untuk sama turun ke Kafr El Dawr (dalam internet bandar ok).Seronok sangat..Terima kasih kepada Yayasan Yalla kerana sudi mengajak aku sekali lagi.

CopyofDSCN4107
Lori yang digunakan untuk mengangkut barang sumbangan.

Kami berkumpul di asrama pada pukul 2 petang (laa sangat.Haha).Bergerak dengan menaiki sebuah trumco (van) dan sebuah lori yang membawa 150 plastik barang sumbangan untuk keluarga yang disenaraikan.

CopyofDSCN4116
Kerja-kerja mengecop Al Quran yang disumbangkan seseorang dan buku kecil ini.

Kafr El Dawr merupakan sebuah bandar berdekatan Alexandria.Perjalanan ke sana memakan masa hampir satu jam.Tapi satu jam yang berlalu tak terasa pun.Kerana disajikan pemandangan yang belum pernah menjamu mata.

CopyofDSCN4132

Ini merupakan sumber air yang digunakan penduduk untuk membasuh pakaian,alatan memasak dan juga membasuh makanan.Termasuklah membasuh beras.Tapi ada je rumah yang ada sistem air paip.Ke air dari tempat ini yang dipam.Aku tak pasti.

CopyofDSCN4138
Berjalan dari rumah ke rumah di bawah terik mentari.

Kami tiba di kawasan ini pada waktu asar.Bangunan yang belum siap seperti gambar di atas merupakan masjid yang masih dalam pembinaan.Asal-asalnya nak berhenti solat di sini.Tapi tiada air untuk berwudhuk.Huhu.

CopyofDSCN4141
Pengangkutan utama.

Jadi kami mengagihkan barang sumbangan untuk mereka yang layak di kawasan ini dahulu sebelum meneruskan ke destinasi seterusnya.

CopyofDSCN4152
Keldai di luar rumah.Memang ada yang memelihara di dalam rumah.


CopyofDSCN4153
Meneruskan matlamat yang satu.

Sebelum meneruskan misi,seorang dari kami memberikan taklimat ringkas tentang program ini dan mengharapakan kami semua membetulkan balik niat kenapa kami turut serta dalam program ini.Tu dia bakal pewaris Yayasan Yalla tahun depan.Hehe..

CopyofDSCN4176
Seorang lelaki tua di pondok itu.

CopyofDSCN4180
Bergambar sebelum menunaikan solat asar.
(Fatimah,Nadzirah,aku,Kak Nawar dan Ruziyati)

Setelah selesai sebahagian urusan pengagihan,kami berhenti solat di masjid ini.Masjid ini mewah dengan kipasnya.Masjid baru mungkin.

CopyofDSCN4184
Ini berudu ye kawan-kawan.Bukan anak ikan seperti yang aku uar uar kan.Huhu..

Sekali lagi aku ditipu oleh spesis anak katak ini.Dulu zaman aku kecil-kecil,aku tangkap anak katak ini dekat kampung mak aku warnanya hitam.Jadi dalam memori aku anak katak warna hitam.

Balik kampung bapak aku,aku tangkap anak katak warnanya kelabu.Aku ingatkan anak ikan.Bela laa aku anak katak.Tapi makin hari 'anak ikan' aku tu makin kurang.Sekali,siapa entah tanya "Buat apa bela anak budu tu?" Ok fine.Bandar sangat laa aku ni.Anak ikan dengan anak katak pun tak kenal.

CopyofDSCN4190

Sudah solat tu,kami pun nak teruskan perjalanan.Sekali...Ok van rosak.Bateri ke apa hal masalahnya.Marilah kita pakat-pakat tolak van ok.Bagus...

CopyofDSCN4193
Wajah-wajah mereka yang ceria.

CopyofDSCN4201
Wajah-wajah kita yang gembira.

CopyofDSCN4206 
Penyerahan barang sumbangan dari rumah ke rumah.

Hari tu,masa program yang sebelum ini kami buat pengagihan dekat masjid.Rasa macam tak mencabar je kan.Angkut-angkut barang lepas tu edar-edarkan.Konon macam,tak best laa macam tu.Sekali bila dapat peluang mari berjalan rumah ke rumah.Baru tahu apa itu BEST..Mental kena mantap kot.Musim panas ok sekarang.

CopyofDSCN4212
Singki mereka.

Setiap keluarga menerima 5 kilo beras,2 kilo spaghetti,1 kilo makarona,1 buah Al Quran dan 1 buah kitab.Mungkin bagi kita kecil,tapi bagi mereka sangat bermakna.

CopyofDSCN4225
Sila abaikan makhluk di atas.

Mereka hidup berdindingkan batu bata dan berlantaikan tanah.Ada dikalangan kami yang tak mampu bayangkan kehidupan mereka.

Ada adik ni berkata "Saya rasa bersyukur sangat dengan kehidupan saya.Jauh bezanya.Saya tak dapat bayangkan macam mana kehidupan mereka.Saya kalau nak apa-apa cepat atau lambat je bezanya.Memang akan dapat."

CopyofDSCN4226
Ni bukan rumah orang.Ini adalah tempat diaorang bakar roti kot.Kot laa...Adoii lupa daa...

CopyofDSCN4241
Budak yang comel.Meh ikut akak balik mahu??

p/s:Bersambung laa nanti....

Thursday 12 July 2012

De La Vega

Konon-konon rindu dekat Spain laa ni.Mengidam paella laa konon.Konon laa..Lepas tu ada orang nak belanjakan.Haruslah kita p makan dan terjah.

CopyofDSCN4419
Warna yang menarik.

Apa yang pandainya.Aku bawa orang datang sini.Tapi sebenarnya aku tak pernah sampai.Dah turun-turun tu,cari kedai tak jumpa.Tapi macam pernah nampak kalau naik trumco.Haha.Nasib baik Oggy jawab aku telefon.Kalau tak silalah BERpaella dekat tepi laut tu ha.

d
Yang belang-belang tu latte apa aku tak pasti.Yang lagi satu tu sah-sah laa mocha aku punya.Hehe.


a

Ni namanya De La Vega steak kot.Harga dia LE 70 ++.Tengok makan licin tu.Siap pau makanan aku siap.Huhu.Kenapa aku tak perasan dalam tu ada nasi??Ehh..Makan laju sangat laa tu.

b

Ni aku punya.Paella.Harga dia LE 40++.Tapi rasa lebih kepada macam nasi briyani je.Huhu.Tapi lauk dia.Mewah kot.Segala mak nenek ada.Tapi macam biasa laa..Aku makan memang tak habis.Kecuali kau kasi aku ikan singgang.3 kali tambah pun mungkin.Udang ku dan tiram ku kena curi....

CopyofDSCN4468

Ni namanya makan tak pandang kiri kanan.Konon bawa buku nak baca.Sekali buku baca kau.Huhu.Tu biasa laa tu.Tak bawa buku,hati tak tenang kan.Bawa buku dapat berat je.Haha

c

Ni makanan makcik Mar.Tengok pinggang yang licin pun dah tahu.Mula-mula tak nak makan.Konon laa.Tapi aku tahu makcik ni tak mampu menahan diri bila ada perkataan STEAK dan CLUB SANDWICH.Huhu.Ni nama nya Steak Cheese something.Huhu.Lupa daa..Harga dia LE 57.

CopyofDSCN4475

Ok sekian sesi makan-makan untuk minggu ini.Konon makan kat luar tu HEBBAKK laa..Masuk toilet lepas tu sangat laa REBBAKKK..Tau??Tu pasal laa aku puasa makan luar musim panas.Tak tahan nak ulang alik toilet.

p.s: Terimakasih Aindah untuk purse merah yang comel dan Oggy untuk kad puasa.Orang nak upin ipin laa..Haha.Dasar tak tahu bersyukur.