nuffnang ads

Saturday 30 June 2012

Dia orang kecil,saya pun orang kecil...

Semalam tak ada internet.Sedih tau tak bila tak ada internet ni..Adoii...Terus mati mood.Apa lagi..Tidurlaa jawabnya.Huhu

Ok ceritanya kali ini..Sambungan kepada aktiviti jumaat lepas.Pagi-pagi tu aku p tengok anak senior .Dah nak masuk waktu solat Jumaat,aku pun balik rumah untuk ke destinasi seterusnya iaitu..AWID...

CopyofDSCN3575

Hari Khamis petang tu,selepas kelas aku pun balik laa rumah masak-masak dan buat kek.Dengar cerita macam ramai nak p tolong bungkuskan barang.Dengar cerita laa..Haha..Aku bukan Yalla punya ahli.Takut gak nak p menyibuk kalau dah ramai orangkan.Sekali makcik Oggy telefon,cakap datang laa Ecah kalau tak sibuk.Aku baru je siap masak.Isk-isk.

CopyofDSCN3423

Lepas tu bergegas laa ambil teksi.Ingat nak sampai cepat.SEKALI!!!!!!!KEDEGANGGGG...Pakcik teksi tu bawa aku p jalan lain.Dah laa aku cakap jalan dia salah dia tak nak mengaku.Aku turun dari teksi,bayar LE 3.DAN jalan kaki SAMPAI RUMAH AKU kembali.Adoii..Memang keluar laa air mahal sambil jalan tu.Sob sob...Dah laa penat,saje je pakcik teksi tu.Ambil teksi sekali lagi,p asrama.Hukhuk....Boleh tak kalau tak kenal tempat jangan ambil penumpang????????

CopyofDSCN3443

Masa aku datang ni,banyak lagi barang tak bungkuskan.Kiraorang sediakan 200 plastik yang diisikan dengan barang-barang makanan untuk diagihkan kepada 200 keluarga miskin di Awid.

CopyofDSCN3418

Dekat nak maghrib juga baru semua kerja-kerja ini selesai.Ada gula bocor,beras pecah,sos terjatuh.Haha.Biasalah.Dalam 200 adalah yang tersalah silap tu.Hehe.

CopyofDSCN3431

Tu dia orang kuat Yalla kita.Haha.Tengah membaik pulih plastik-plastik gula yang bocor.Masa ni tinggal beberapa plastik lagi yang tak siap.

CopyofDSCN3468

Antara barang yang dapat ialah 3 kg spaghetti,1 liter minyak masak,1 kg gula,2 kg beras,dan 1 botol sos.

CopyofDSCN3455

Gambar seni dari Oggy.Hehe.Semangat membungkus dengan cepat sebab lapar ok.Dah siap-siap bungkus je aku pun balik.haruslah aku tak rajin mengemas.Huhu.

CopyofDSCN3458

Antara bungkusan yang telah siap.Ni memang dah siap semua.Kata Oggy "Esok lepas Jumaat,semua kumpul dekat asrama ye."

CopyofDSCN3517

Proses memindahkan barang-barang dari asrama MARA ke dalam bas.Program kali ini juga kerjasama LIFE dan Yayasan Yalla.

Copyof20120622_143544
Rajin-rajin ye.

CopyofDSCN3524

Ni pula kerja-kerja memunggah barang-barang dari bas ke masjid iaitu tempat pembahagian kepada orang-orang miskin.

CopyofDSCN3531

Muka tak payah cakap la penatnya campur panasnya.Ada nampak peluh tak?Haha.1 beg plastik tu isinya lebih kurang 7 kilo di kali dengan 200 beg plastik.Amacam?Bina badan tu...

CopyofC360_2012-06-22-15-30-50

Kalau dalam gambar tak nak kasi nampak peluh.Haruslah kita gelapkan gambar seperti diatas ye kawan-kawan.Naik-naik masjid je,terus cari kipas.Huhu.

CopyofDSCN3554

Ni pula beratur untuk membhagikan barang-barang tersebut kepasa orang-orang miskin.

CopyofDSCN3558

Yang aku terkilan,ada juga usaha menipu untuk mengambil barang bantuan sebanyak dua kali.Adoi.Tak fikir ke kalau dia ambil dua kali,nanti ada yang senasib dengan dia tu tak dapat?Mungkin desakan hidup membuatkan mereka bertindak sebegitu.Siapa tahu.Kita tak pernah berada di tempat mereka.

Copyof20120622_154211

Namun,Alhamdulillah.Syukur kepada Allah.Kerana semuanya berjalan lancar.Semua yang hadir dapat barang bantuan yang tidak seberapa dan ada lebih siap ok.

CopyofDSCN3564

Tiba-tiba kami semua,dapat air bergas sorang satu.Aku pun tak pasti siapa yang membelikannya.Aku memang kurang dan tak minum pun air bergas,TAPI hari tu habis kot satu tin.

CopyofDSCN3582

Menjelang asar,dan seusai solat asar kami semua bertolak pulang ke Universiti.Dan tentunya aku orang yang paling gembira,bila bas berhenti di situ.Sejengkal je dari rumah aku.Hehe.

CopyofDSCN3583

Terima kasih kepada Yalla dan semua mereka yang terlibat kerana memberikan peluang untuk aku menyertai aktiviti ini.Jangan lupa ajak lagi....

Sekian aktiviti jumaat minggu lepas.Minggu ini punya aktiviti..Sangat best.......

Monday 25 June 2012

Anak senior lagi (Tengku Fatimah)

Hari Jumaat lepas.Setelah habis exam dermatology (dalam masa yang sama,membe-membe urology belum exam.Haha..) aku p tengok anak senior aku.Ni keturunan TERENGGANU ni.Bangga rasa sebagai rakyat Ganu tau dopp?

CopyofDSCN3493

Hi..Saya Tengku Fatimah Tengku Muhammad Fakhruddin.Masa ni umur saya baru je 8 hari.Saya baru je botak semalam.Hehehe...

CopyofDSCN3495

Yeaayyhh..Dapat pegang baby.Waa..Lamanya tak pegang baby a.k.a adik-adik.Adik last aku dah darjah tiga kot.Maksudnya.Dah lapan tahun laa tak ada adik kecil.Mama...Nak adik...(mahu makan pelekok dengan mak aku.Huhu)

CopyofDSCN3488

Ha!Ha!Tak tahu.Acik Oggy buat Fatimah menangis.Tak tahu.Tak tahu.Saya dah laa merah lagi,bila menangis bertambah-tambahlah merah saya.

428423_325952584153436_1698360493_n

Comelkan Fatimah ni?Waa..Kecil-kecil dah pandai tengok kamera.Bila hala kamera je,terus statik.Comal dan cute miut.Hehe..(Oggy pinjam gambar,tak nak kasi balik.Hehe)

CopyofDSCN3497

Tengoklah siapa mak ayahnya.Orang-orang hebat kot.Kak Aisyah seorang yang hebat sangat.Baru bersalin beberapa hari (14/6),dah pergi exam (18/6).Tengok.Tengok..Betapa orang nak kepada kejayaan dunia akhirat.InsyaAllah,mumtaz Kak Aisyah.Disisi seorang perempuan yang hebat,ada suami yang sangat kuat menyokong.Kan....

CopyofDSCN3511

Yeayy.Saya telah dibedong(apa korang panggil aku tak tahu.Huhu).Terima kasih Zila,sebab sanggup p temankan.Dan bangun awl-awal pagi walaupun Zila ada exam.Semoga kejayaan bersama korang semua.

CopyofDSCN3477

p/s: Banyak sangat-sangat kuasa 20 kot terhutang budi dengan mereka semua.Hanya Allah dapat balas jasa kalian...Waa...Aku terharu...

Jika itu takdirnya

Kadang-kadang kita rasa benda tu berat.Benda tu menyusahkan.Rasa macam malas je nak buat orang lain ramai je lagi kan.Tapi bila kita buat dengan ikhlas....Allah bagi kita lebih lagi.Bila kita belajar bersabar dengan karenah manusia,kita akan tersenyum melihat gelagat mereka.

Terima kasih Prof kerana memberikan satu laporan kepada Universiti tentang saya.Semoga laporan dari prof dan komen membina dari Prof boleh membantu saya untuk menyambung pengajian nanti.InsyaAllah...Amin....

p/s:Jumpa prof dengan senyuman lebar.Alhamdulillah.Lebih semangat nak mudahkan kerja orang.

p/s: Ni semua gara-gara Mursi menang ke?Hehe..Alhamdulillah....

Saturday 23 June 2012

Mereka ceria,kita gembira...

Hari khamis minggu lepas.Minggu lepas ye...Bukan 2 hari yang lalu.Hehe...Aku p menyibuk dengan program Yalla.Kali ini kami pergi ke rumah anak yatim

CopyofDSCN3206

Kali pertama aku datang sini.Baru tahun ni kot aku ikut mereka berAKTIVITI.Huhu.Lepas kelas hari khamis tu (hari terakhir kuliah.Baca balik KULIAH ye sebab hari isnin ada praktikal lagi),balik rumah tinggalkan beg yang berat dengan buku...Dan gerak beli barang dalam pukul 2 petang.

CopyofDSCN3192

Tu dia,BOS LAGI BESAR sibuk periksa barang apa ada tertinggal.Kali ini tujuan Yalla ialah menyediakan barang keperluan rumah anak yatim tersebut untuk sebulan.

CopyofDSCN3187

Ni kerja lebih masa.Kalau dah perempuan tu,mana boleh nampak periuk belanga pandang saja.Kann.........

CopyofDSCN3191

Antara barang-barang yang dibeli.3 troli je pun.Ayam 4 kilo,susu 12 liter,minyak masak 3 botol besar,keju 2 kotak besar dan lain-lain.Budak-budak tak makan banyak.Haha..

CopyofDSCN3194

Banyak bajet Yalla.Dalam LE 1000++.Bak kata Oggy "Tak apa ambil je.Duit banyak ni."Amboi..Kalau boleh shopping ikut suka hati kan best.....

CopyofDSCN3199

Tu dia.Orang-orang Yalla.Siapa lah diri ini bukan Yalla kot.Haha...Ya Allah,susahnya nak dapatkan teksi nak p sana,Allah je tau.Dari Fatallah kitaorang usung barang-barang ke jalan lagi depan.P depan Mina Mall,tak ada teksi lagi.Sebab dah lambat satu jam,kami p lagi depan ke jalan besar.Panas dan berat.Tapi tak apa.BAKAR LEMAK.Akhirnya dapat teksi.....

CopyofDSCN3212

Alhamdulillah.Selamat sampai.Kitaorang gerak satu teksi.Tu budak kecil laki duaorang naik motor.Diaorang pula sesat.Nak boleh ke sampai.......Haha.....

CopyofDSCN3211

Selamat datang ke rumah kami.Aku sampai-sampai je tengok...Wow...Bersihnya dan cantiknya....Dekat rumah ni ada 9 orang je kanak-kanak.Yang kecil umur setahun lebih kot....

CopyofDSCN3215

Wajah-wajah mereka.Ceria dan tulus.Macam tiada apa menggugat ketenangan mereka.

CopyofDSCN3233
Jom main....

CopyofDSCN3244

Aku ingat nak tunjuk bakat mewarna aku.Tapi budak ni langsung tak kasi orang pegang pensel warna dan kertas dia.Amboi adik..Adik tak tahu ehh akak dulu wakil tau warna-warna ni.Haha....

CopyofDSCN3240

Best kot lepak dengan budak-budak ni.Teringat zaman adik-adik aku kecil-kecil.Sekarang adik aku semua dah jadi gergasi.2 tahun lepas aku balik,adik bongsu aku ok je aku nak dukung.Sekarang jangan harap....Dia pun dah tahu malu.

CopyofDSCN3272

Ni pun lagi satu yang aku rindu.Suap adik aku makan.Hehe.Ni budak pakai baju merah namanya Saad.Baik je duduk makan.Diaorang makan pizza dua keping kot sorang.Amacam???

CopyofDSCN3257

Budak-budak yang besar sikit.Silalah makan sendiri.Mereka sangat berdikari dan dengar cakap penjaga mereka.Ada 3 bilik tidur,dapur,ruang main,dan tempat makan.

CopyofDSCN3266
Saad tengok kamera daaa......

CopyofDSCN3256

Tengok.....Ni macam suap diri sendiri ni.Bukan suap budak-budak makan.Amboii...Jeles tau....Siap sendawa kowt...Huhu....

CopyofDSCN3312

Ni lagi satu hobi aku.Kacau budak kecil sampai nangis.Haha.Budak ni minta pensel warna dengan aku.Aku tak kasi.Mula-mula minta,lepas tu rebut,lepas tu NANGIS...Cara paling senang nak dapat bendakan...Haha...

CopyofDSCN3331
Gambar mereka yang terlibat sebelum......

CopyofDSCN3342
Jom...Balik......Jom...

Lepas solat asar kat sana.Kami pun gerak pulang.Sampai pun dah nak maghrib.Begitulah aktiviti kali ini.Kalau korang nak buat aktiviti masyarakat macam ni,ajak laa aku sekali.Hehe.Terima kasih Yalla kerana sudi ajak saya...

Tuesday 19 June 2012

20 Nails Dystrophy Syndrome punya cerita

Semalam ada kelas revision sebelum exam dermatology.Yup..Aku exam lagi hari khamis ni..Huhu...Tapi gatal juga nak update blog.Biar laa...

Semalam prof cakap....Masa ni ada seorang pesakit yang ada masalah dekat jari dia.Semua ada lesion kecuali 2 batang jari telunjuk (nasib baik jari telunjuk..Haha)

Prof: "Apa lagi penyebab nail dystrophy?"

Kami: "Lichen planus,Chronic eczema,Allopecia areata,Psoriasis,2ry Syphilis bla bla bla"

Prof: "Apa lagi??"

Kami: "Malnutrition (kekurangan khasiat)"

Prof: "Excellent...And also idiopathic"

Kami: "Haha..Memang laa semua benda ada idiopathic punya sebab"

Prof: "Twenty Nail Dystrophy Syndrome"

Kami: ??????????

Prof: "Yaa...Syndrome 20 jari..Korang ada berapa jari??10 jari tangan 10 jari kaki kan..."

Kami: "Adoi kena lagi."Sambil mentertawakan keCERDIKAN kuasa dua sendiri.


Apakah itu 20 nails dystrophy???

Punca distrofi 20 jari tidak diketahui tetapi dalam beberapa kes ternyata dikaitkan dengan keadaan kulit yang lain seperti liken planus, ekzema, psoriasis dan alopecia areata. Dalam beberapa kes corak autosomal dominan pewarisan telah ditemui dalam satu laporan dua puluh kuku distrofi berlaku pada  4 lelaki dalam 3 generasi berturut-turut. 

Kes-kes lain distrofi 20-kuku adalah tidak diketahui asal dan mula secara beransur-ansur dalam awal kanak-kanak. Kes-kes ini cenderung untuk menjadi baik (self limited) sendiri dan boleh menyelesaikan perlahan-lahan dengan usia.

Boleh tak aku suruh GOOGLE yang tolong tejemahkan??Hehe....

Ok..Nak sambung baca buku......

Sunday 17 June 2012

Di Ketika Itu

Masa belajar neuro dulu ada field visit p rumah orang-orang tua.Semangat masa tu nak tulis pasal benda alah ni.Yelah..Gembira kot dapat buat benda luar skop kebiasaan.Kan...

Sekali bawak kemera bateri dah penuh.Memori kad pun penuh.gambar tak ingat nak pindah kat tempat lain.Bagus kan.Terus mati mood macam tu.Lepas-lepas tu baru dapat gambar dari Alliah.Umm...

DSC02383

Belajar neuro ni dekat hospital Nariman.Hospital yang aku tak sempat jejak kaki tahun lepas setelah terdampar di hospital atas katil.Huhuhu..Series tipu.Aku jejak je kot kaki p exam.Haha...Masa tengah posting neuro ni,aku berdiri pun tak stabil lagi.Tu kaki kena bukak lebar tu.Kesan ubat yang diambil sangat lama.Umm...Ototoxicity....

DSC02387

Rumah orang tua ni terletak dekat Samoha.Sebut je samoha,makcik Mar terus tak kasi p.Dulu tak apa,sekarang musim pilihan raya ni sering dengar cerita tembak menembak dekat sana.

DSC02391

Tujuan datang sini nak penuhkan buku neuro muka surat terakhir je.Sebab ada markah kot.Haha.Tapi best laa rumah orang tua ni.Ada kolam renang siap.Harganya pun BEST juga.

DSC02392

Kebanyakkan pakcik dan makcik yang tinggal dekat sini ni,kerja semuanya sedap-sedap.Tak pun anak-anak diaorang kerja sedap-sedap.Sedap bersamaan DUIT MASYUK...Diaorang memang sukarela kot tinggal sini.Daripada duduk rumah anak-anak diaorang.Katanya macam menyusahkan.Lagi pun dekat rumah orang tua ni,ada kawan-kawan sembang.

DSC02397

Bukan main banyak lagi pesanan penaja dari pakcik ni.InsyaAllah pakcik,kami akan belajar bersungguh-sungguh.Apa entah nama pakcik ni.Aku bab nak ingat nama dan tempat memang GAGAL laa..Huhu.

Sekian catatatn sementara menunggu isyak...

p/s: Apa cerita keputusan pilihan raya tadi??