nuffnang ads

Friday 27 April 2012

Limau dan Prostate

Tulisan kali ini 18SX ok.

Semalam aku keluar p beli beras 4 guni,minyak masak 3 liter,air 18 botol,macam-macamlah.Kesimpulannya p beli barang rumah ok.

Korang kenal tak buah limau atau dalam bahasa orang putih nya orange?Tak kenal??


Cerita pasal oren ni,aku teringat bapak aku.Bapak aku memang suka mengKONDEM aku kalau bab-bab bahasa penjajah ni.Al maklum lah aku memang gagal sikit bab nak slang penjajah ni sampai sekarang kot.

Masa aku darjah berapa entah,aku tanya bapak aku macam mana nak eja limau a.k.a oren dalam english.Bapak aku dengan mata menghadap game menjawab "ORANG-E" Cuba korang baca dengan ejaan melayu dia akan jadi orang+e (macam ada imbuhan e je).Tak faham ehh.Tak faham sudah.

Aku nak cerita pasal prof aku mengajar dengan cara paling sempoi nak suruh budak-budak 'PANDAI'  a.k.a badan dalam kelas otak dah tidur mata kompem pejam macam kami cepat faham.

Analogy yang digunakan untuk mengajar Benign Prostatic Hyperplasia (BPH)ialah:



Kata prof "Awak kenal buah oren?" .Kami dengan mata separuh terbuka dan dalam hati berdoa agar kuliah tamat cepat menjawab "Kenal."

Prof tanya lagi "Dekat Malaysia ada oren?" Kami jawab "Ada" Prof cakap "Buah oren mesir sangat sedap kan"

"Dalam benign prostatic hyperplasia(aku tak tahu orang kita panggil sakit apa ok) apa yang kita buang bukan prostate tapi gland dia tu saja".Muka kami semua UMMMMM...Muka blur tapi cakap faham...



Prof pun cakaplah."Kamu bayangkan,yang warna oren itu adalah prostate capsule.Yang warna putih itu adalah pseudocapsule.Yang sedap tu adalah yang tengah tu yang kita makan."

"Apa yang kita sedap tulah kita buang kata prof lagi."Haha...Tak selera makan oren sehari ok.

Ok tamat cerita oren.Pesanan terakhir prof "Nanti kamu balik malaysia kamu cari prostate yang muda"

Kami semua yang tengah mamai pun automatik terus gelak.Kahkahkah.Balik malaysia nak cari prostate muda kat mana oii...

Itulah manusia,salah orang sikit je terus nampak.Kan..Tak gitu??

Ayat pembetulan: "Nanti kamu balik malaysia,kamu cari limau hijau yang muda.Nanti kamu tak dapat bezakan pun bahagian hijau dan putihnya itu.Macam tu juga prostate orang muda.Bla bla bla..."


Ok sekian.Kesimpulannya dekat Centre Point tu ada kedai kasut warna merah yang lawa.Yang tak lawanya duit elaun tak masuk lagi.Tak mahal pun LE 125.Lepas tu ada orang tu teruk.Sibuk nak suka kasut orang suka juga.Huh....(Ada kena mengena ke???)

Hari ini saya sangat R A J I N

Ada ramai dah tanya bila nak buat post baru.Umm..Kalau nak buat post cerita tentang kedai makan dan makanan memang sekejap saja nak taip.Hehe.Dah ada yang nak dikongsi...Tapi...Bukan dalam mood berkongsi tentang makanan.


'Sesiapa yang memperbaiki dalamannya(hatinya) nescaya Allat SWT akan memperbaiki luarannya(pebuatan zahirnya).Sesiapa yang bekerja untuk agamanya,nescaya Allah SWT akan menyempurnakan urusan dunianya.Sesiapa yang memperelokkan hubungannya dengan Allah SWT,nescaya Allah SWT akan memperelokkan hubungannya dengan manusia lain'


Tahukah anda?Aku ada peperiksaan 3 Mei nanti.Sebab itulah mood nak menaip semakin berkurang.Tapi bagi memenuhi permintaan ramai aku taip juga lah.

Apabila masuk waktu zohor,prof,doktor,doktor pelatih dan kami semua berjemaah di bilik ini.Tapi agak sedih,kerana tiada wakil lelaki dikalangan kami.Sehinggakan prof bertanya,'Kawan-kawan kamu yang lelaki tidak mahu solat bersama kami kah?'


Firman Allah SWT:
"Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku-suku, AGAR KAMU SALING MENGENAL. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti."           (Al Hujurat:13)


Hari ni nak kongsi beberapa kerat patah perkataan:

Petikan dari buku 400 kata-kata hikmah Saidina Ali bin Abi Talib K.W.H.Karangan Haji Nik Azran Muhamed.Ok ini saja aku nak taip.Kebetulan teringat dekat buku ni.Urmm...

Pemandangan senja dari pantai depan rumah aku.

'Barang siapa berfikir,nescaya dia akan mengetahui'

Tuesday 24 April 2012

Mampukah anda menguruskan jenazah?

'Setiap yang bernyawa akan merasakan mati,dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan balasanmu dengan sempurna,barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sesungguhnya dia memperoleh kemenangan,dan tidaklah kehidupan di dunia itu melainkan kesenangan yang memperdaya'
                                                                                                    (Ali Imran:185)

Hari terakhir ASFEST tu ada kursus pengurusan jenazah.Wah aku memang teruja nak p.Kalau boleh biarlah ia sebagai bakti aku terhadap orang tua aku nanti.

Kursus yang menarik tapi masa yang tidak cukup.Asal-asal program ini penyertaannya hanya 150 orang terawal.Oleh kerana permintaan sangat tinggi,300 tempat telah dibuka.


Sesi teori disampaikan oleh Ustaz Syed Aisam bin Syed Idris Al Habshee.Banyak benda baru yang disampaikan.Dan sesi praktikal dibantu oleh penuntut dari negeri perak.Minta izin ye ustaz untuk berkongsi ilmu yang diperolehi.

'Apabila mati anak Adam akan terputuslah amalannya melainkan 3 perkara:sedekah jariah,ilmu bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan untuknya'    (Riwayat Muslim)

Jom nak kongsi sebahagian ilmu yang diperolehi.

Hukum menziarahi saudara muslim yang sakit adalah sunat muaakad sama ada kita kenal dia atau tidak.

'Sesungguhnya apabila seseorang muslim itu menziarahi saudara muslimnya yang sakit,maka ianya sentiasa berada di dalam kebun syurga dengan memetik buah-buahnya'   (hadis Rasulullah SAW)

Tapi ada 3 penyakit yang makhruh kita menziarahinya:(aku pun baru tahu)

  1. Sakit mata
  2. Sakit bisul
  3. sakit gigi
Kita tidak digalakkan berdoa atau meminta supaya segera dimatikan kerana tidak sanggup lagi menanggung ujian itu.Tapi kita berdoalah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW:

'Jangan meminta dari kamu akan kematian kerana bala yang diturunkan kepadanya dan hendaklah berdoa 'Wahai Tuhanku!Hidupkanlah aku selagi kehidupan itu baik bagi ku dan matikanlah aku kiranya mati itu baik bagiku'                   (hadis Rasulullah SAW)

Aku pun pernah je berdoa macam tu.Huhu.Masa tu rasa ya Allah kenapa aku yang diuji.Kenapa aku.Tapi sekarang,jika direnungkan kembali aku sedar.Tanpa apa yang terjadi,aku takkan jadi sekuat ni.Sesungguhnya semakin kasih Allah pada hambanya semakin banyaklah ujian yang akan diberikan.

'Hairan bagi orang mukmin sesungguhnya sesuatu perkara itu kesemuanya baik dan tidak ada perkara itu bagi orang lain melainkan orang mukmin sahaja.Sekiranya ditimpa kebaikan ia bersyukur maka itu lebih baik darinya dan sekiranya ditimpa kesempitan,bahaya dan sebagainya ia bersabar maka itu adalah baik baginya'               (hadis Rasulullah SAW)

Tahukah korang kenapa orang baca surah Yasin bila berada di tempat pesakit?

'Tiada daripada orang yang hampir menemui ajal apabila dibaca surah Yasin kepadanya melainkan akan dipermudahkan untuknya menghadapi sakaratul maut'   (hadis Rasulullah SAW)

Katakanlah,ada orang yang meninggal.Dan kita berada disampingnya.Apakah yang patut dilakukan???

Aku pun baru belajar ni.Ni langsung kosong aku punya ilmu.



Pertama : Membasuh kemaluannya.    Kenapa??

Sebab apabila dicabut nyawa,sakitnya tidak kepalang.Mungkin ada najis yang terkeluar.Dan ia mengaibkan si mati.Jadi perlu kita mencuci najisnya sebelum diziarah oleh orang ramai.

Kedua : Memejamkan mata si mati dengan mengurutnya perlahan-lahan sambil membaca doa:

بِسْمِ اللهِ وَعَلٰى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ، اللّـٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، وَارْحَمْهُ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ.

Ketiga : Ikat dagu si mati.

Dengan menggunakan kain yang agak lebar dengan dililitkan di kepalanya bertujuan menutup mulutnya yang terbuka.

Keempat : Menggosok sendi-sendi dengan minyak.

Dengan cara melipatkan perlahan-lahan semua sendi tangan,kaki,lutut dan jari jemarinya.Tujuannya adalah untuk mempermudahkan urusan memandi dan mengkhafankan jenazah nanti.

Tapi jika mayat sudah sejuk,dan anggotanya telah menjadi keras tidak perlu melakukan proses ini kerana dibimbangi akan mematahkan anggota mayat.

Kelima : Meletakkan mayat di tempat yang tinggi seperti katil.

Keenam : Meletakkan pemberat di atas perut mayat sekurang-kurangnya 600 gram @ satu kati

Tujuannya untuk mengelakkan masalah kembung terutama di bahagian perut mayat.Terutama bagi mayat yang tidak dapat disegerakan pengurusannya.

Ketujuh : Menyegerakan pengurusannya (pengebumiannya)


Duit siapakah yang patut diguna untuk menguruskan jenazah??
  1. Harta si mati kecuali isteri diwajibkan ke atas suami,anak diwajibkan ke atas bapa.
  2. Jika tiada,keluarganya
  3. Jika tiada,baitulmal
  4. Jika tiada,orang-orang mslim yang mampu di kampung itu.
Tahukan anda??

Suami isteri tiada batasan aurat?

Alangkah bestnya kalau suami sendiri yang memandikan jenazah aku nanti.Kerana hanya suami yang tahu aib isterinya dan sebaliknya.

Kena cari calon suami yang p kursus pengurusan jenazah laa macam ni.Haha.....

Saturday 21 April 2012

Tempat menangis yang best


Tapi sekarang dah musim panas.Mana ada hujan dah.

Kalau aku dulu-dulu,kalau nak nangis aku p bilik air.Nangis bawah air hujan lam bilik air tu.Nikmat.Haha.Sambil duduk bersila.

Lepas tu sakit kepala.Lepas tu tidur.Bangun-bangun bengkak mata.Haha.Sekarang dah lama tak nangis sebab sedih.Selalu nangis sikit-sikit je kerana tersentuh hati....



Macam aku dah pernah ulang je post ayat-ayat ni.Tapi tak salahkan mengingatkan.Hehe.Al Quran penawar hati.

p/s:aku tak menangis ok sekarang.Kan ada pula tanya kenapa aku nangis nanti.Huhu.

Pulut kuning

Hari ni kita menguningkan pulut ye kawan-kawan.

Bahan-bahan nasi:

3 pot beras pulut.
3/4 paket santan segera dibancuh dengan sedikit air (buat jadi pekat ye)
Garam hujung sudu
Gula 1/2 sudu

Cara-caranya:

  1. Masak air sehingga mendidih.Kemudian kukus kan beras tadi sehingga keluar wap.(Tanda-tanda dah masak)
  2. Keluarkan,dan tuang santan yang telah dibancuh (dalam santan tu masukkan gula dan garam.Dan kacau rata)
  3. Kacau a.k.a arong nasi tu.
  4. Kemudian kukus sekali lagi.
  5. Dan siap..

Bahan-bahan kuah:

1/2 ekor ayam
2 labu bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar
1 inci halia kisar
1 senduk lada kisar
3/4 paket rempah kampung (rempah gulai kawah)
1 1/2 paket santan segera
1 paket kecil kerisik
1 kerek nissan kecil (tu pun dah manis dah) a.k.a gula melaka
2 biji lada segar a.k.a cili hidup
Garam gula
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak.Tumis semua bahan kisar (bawang besar,bawang putih,halia.lada) sehingga naik bau.
  2. Masukkan kerisik dan rempah.Tumis lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam.Tambah sedikit air.Masukkan nissan.
  4. Setelah ayam dah sekata dengan kuah (saja nak kasi ayam perap dengan rempah-rempah sebab tu tambah air sikit je dulu) tambah air sehingga 3/4 periuk (aku tambah penuh satu periuk.Tapi kena tunggu lama nak kering)
  5. Masukkan cili hidup (kalau nak pedas)
  6. Setelah air kering menjadi 1/2 periuk dan setelah menggelegak,masukkan santan yang telah dibancuh.
  7. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  8. Jika nak kuah lagi pekat,masak lagi lama.(aku tak kisah masak lama mana pun,gas bayar tetap sama LE 50.Huhu)

Friday 20 April 2012

Makan lagi di Fuddruckers

Makan makan makan..

Kali ni kite ke

Dah ada buku menu yang baru.Ke dah lama?Aku je lama tak p sini???


Yaa..Gambar yang menarik...


Menunggu pesanan sampai dengan ketidak sabaran.Oh ni bukan baju aku pakai p mandi pantai ok.Ni baju I Luv Alex laa pula.

Ayuh meratah cheese.Huahua.Cheese adalah kegemaran aku.Aku makan cheese ni dengan celup garfu lepastu jilat-jilat.Habis semua kot.Nasib baik tak p tambah.


Antara sayur segar yang ditawarkan.Yang pasti aku hanya akan makan tomato je.


Yeayy dah sampai.Ni aku makan Lemon Pepper Sandwich.Sedap sangat.Apa yang aku suka makan dekat Fuddruckers ni daging dia segar.Kalau makan steak daging,memang best tak adalah rasa macam makan daging burger goreng.Ok.Ada je tempat rasa macam tu.Harga dia LE 41.00.


Ni namanya Hot Rocks Sandwich kot.Kot laa.Aku pun tak tahu sebab bukan aku punya.Tapi bila aku 'merasa'.umm sedap dia punya daging.Tebal pun tebal.Tengoklah siapa punya makanan.Gergasi bak kata housemate aku.Huhu.Aku tak bersalah ok.Harga dia LE 52.00.

Tak minum ke?Ohh aku diberi pilihan nak minum mocha dekat sini atau minum dekat Costa?Dengan pastinya aku akan cakap Costa.Haha...Sedap ok..

Ok sekian sesi menambah berat badan...

Temuduga saya Dulu-Dulu

Aku nak cerita pengalaman aku p temuduga MARA.

Ni semua gara-gara adik aku acik p temuduga baru-baru ni.

Masa aku lepas SPM dan tengah sibuk dengan borang-borang permohonan dan temuduga segala bagai,aku tengah kerja masa tu.Dapat pula temuduga MARA dekat KL.Huhu.Jauh tu.Nak cuti bukan senang.

Pernah je aku dapat surat temuduga lambat.Masa tu tawaran dari TNB.Temuduga pukul 10 pagi.Pukul 12 tengah hari orang dari pihak temuduga telefon aku tanya kenapa aku tak p temuduga.Aku cakap aku tak dapat pun surat temuduga.Dia p periksa dengan pejabat pos kot.

Dalam sejam lepas tu,aku telefon rumah tanya ada tak surat temuduga,mama cakap baru je sampai.Orang temuduga tu tawarkan aku p temuduga untuk esoknya,walaupun aku sepatutnya p hari tu.Aku cakap,tengoklah.Huhu.Masa tu dha tak semangat dah,sebab tahu lambat.Sudahnya aku tak p pun.

Temuduga MARA aku sangatlah sempoi dan sangatlah tidak boleh dijadikan panduan untuk calon-calon.Huhu...

Mula-mula sekali kami sesat.Masa hari sampai KL tu dah p tengok jalan nak p bangunan MARA tu.Tapi keesokkannya jalan tu tutup.Pusing punya pusing tak jumpa jalan nak p sane.Masa tu dah pukul 10 lebih sedangkan aku punya temuduga pukul 11 kot.

Akhirnya mama tahan teksi,suruh pakcik teksi hantar p sana dan papa ikut belakang.Sekali pula,dah sampai sana papa pula hilang.Dah lah baju nak pakai dalam kereta papa.Cari papa pula.P tukar baju dekat bangunan sebelah tu.Bangunan DBKL kot.Kotlah.Tak ingat.

Lepas siap tu,p kaunter dia.Dia cakap lambat lagi.P bawah cari papa sekali lagi dekat tempat letak kereta.Tengok-tengok tudung pula aku pakai terbalik.Sebab aku dah malas,aku pun masuklah temuduga dengan tudung terbalik.Boleh tak???

Silalah korang bersedia awal-awal ye kalau kena p temuduga.Huhu..

Lepas tu p tanya kaunter,dia cakap semua dah naik.Huh siot je.Tadi cakap lambat lagi.Sekali nama aku yang kedua rasanya.Naik atas tu tak sempat hilang penat dah kena panggil.Tapi bagus juga.Buat aku cuak je duduk situ lama-lama.Semua orang speaking LONDON kot.Huhu.Aku pula speaking slang GANU pekat.Huhu.Tapi ada hati minta sambung dekat Ireland.Huhu.

Ok..

Bila dah masuk tu.Dia suruh duduk.Sekali dia cakap aku duduk jauh sangat.Dia suruh alihkan kerusi.Bukan main lagi sebelum p temuduga berlatih,kalau orang tu suruh alihkan kerusi,bangun angkat kerusi tanpa bunyi baru duduk.Sebelum dia suruh duduk jangan duduk.Sekali aku p heret je kerusi tu ke depan tanpa alihkan.HOHO.Serius sengal ok.Lepas tu aku dah muka serabut dah.

Dia senyum je ok.Aku makin menyumpah diri sendiri.Lepas tu dia suruh bercerita tentang diri sendiri.Sampai tang hobi,dia tanya apa hobi aku.Aku jawab membaca.Dia tanya buku apa.Aku teringat borang program Nilam sekolah tu ha.Aku pun jawab fiksyen dan bukan fiksyen.Tapi lebih suka baca novel.Huhu.Orang lain cakap baca buku sains aku jawab baca novel.Apa nak jadi daa...

Lepas tu dia tanya:

DIA : Kenapa saya patut pilih awak?(Ni soalan wajib temuduga kot)

AKU : Sebab keputusan saya cemerlang dan memang saya nak jadi doktor.

DIA : Ramai lagi orang dekat luar sana yang cemerlang dari awak,tapi kenapa saya kena pilih awak?

AKU : Sebab saya boleh bekerja dalam tekanan (aku tengah tertekan masa tu.Huhu.Cuak-cuak).Kerjaya doktor adalah kerja yang banyak tekanan.Saya juga boleh bekerja dalam kumpulan bla bla bla.(Sila promosi diri sendiri)

DIA : Orang dekat luar tu pun boleh bekerja bawah tekanan.Kenapa kena awak?

AKU : Awak pasti orang di luar tu boleh bekerja bawah tekanan macam saya?(Macam aku pula jadi orang penemuduga.Huhu)

Dia pun sengih je.Ni aku makin cuak ni...

DIA : Kenapa awak nampak tak confident je saya tengok?

AKU : Saya confident je sekarang.Kenapa pula saya kena tak confident.Kenapa awak cakap saya tak confident?(Ewah-ewah kau cah cari gaduh dengan penemuduga ke apa?)

DIA : Muka awak nampak tak confident.

AKU : Kenapa dengan muka saya?Muka saya memang macam ni.Mana awak tahu muka saya confident ke tak.(Dalam hati dah separuh hidup ok.Apa kes nak kondem aku pula ni)

Dia sengih lagi dan pandang aku.Aku pula apa hal kau?Aku dah lah gabra ni.Kau boleh sengih-sengih pula.Huhu..Serius ini kejam ok.

DIA : Kenapa awak tak minta timur tengah sedangkan awak ada bahasa arab?

AKU : Sebab syarat ke timur tengah mendapat A Bahasa Arab Tinggi.(kantoi aku dapat B..Huhu)

DIA : Kalau ditawarkan ke timur tengah awak berminat?

AKU : Apa kelebihan kalau saya pilih timur tengah?(Ni siapa temuduga siapa ni??)

DIA : Awak hanya buat persediaan 3 bulan dan terus boleh ke sana sambung pengajian.Kalau awak pilih Ireland awak kena buat persediaan setahun atau dua tahun,tapi belum tentu awak akan ke Ireland.

AKU : Kalau macam tu saya pilih timur tengah.

DIA : Ok,awak boleh pergi sekarang.

Aku terpinga-pinga beberapa minit.Hanya bangun setelah dia mengangguk kepala dan senyum sambil menyatakan 'Ya,awak boleh keluar sekarang.'

Aku keluar dengan muka hampa.Peluang nak dapat tu macam nipis je.Huhu.Aku siap gaduh dengan penemuduga.Huhu.Dan kenapa aku cakap aku nak pilih timur tengah.Sedangkan aku tak nak dah ada kaitan dengan bahasa arab(masa tu ok.Sekarang suka).

Sesungguhnya aku tiada pengalaman temuduga,dan tiada kakak abang untuk bertanya atau belajar skil-skil tertentu.Huhu.Itulah nasib anak sulung.Hoho...

Alhamdulillah rezeki aku ke MESIR.Bumi barakah.

p/s:semua sesi temuduga dalam bahas inggeris ok.

Wednesday 18 April 2012

Mandi di Miami

Semalam kan aku p mana?P pantai main air.Kalau mama tahu ni confirm mama berleter musim-musim tsunami p main air kat pantai.Macam tak ada waktu lain.Huhu...

Duta chipsy.Hehehe.

Asal plan nak gerak pukul 8.Sebab dah 5 tahun duduk mesir,maka kami pun terpakai janji orang mesir.Gerak pukul 9 pagi.Masa tu dah mula panas dah.Orang dah ramai dan penuh kawasan pantai kot.Huhu.Awal juga arab-arab ni bangun..

Makcik ni lagi arab.Lambat benoo..

Kami pilih Pantai Miami sebagai destinasi.Lagi pun sini ada tembok nun di tengah laut.Jadi ombak tak adalah besar sangat kan.Bayaran masuk LE 25 untuk 3 orang dengan pakej 1 meja,1 payung dan 3 kerusi.Agak murah kata Oggy.Aku tak ada pengalaman p pantai ni.

Ni baru sikit.Kalau dah panas betul-betul nanti penuh macam sardin dekat pantai ni.Tak nampak tanah.Nampak kepala orang je semua.

Tengok 1 kg bihun untuk 3 orang.Isk isk.Banyak betul Oggy makan satu bekas.Haha.Apa nak jadi ni Oggy.Diet meh meh.

Gambar seni menurut Oggy.Huahuahua.Sebelum turun main air haruslah perut diisi dulu.

Ni makcik ni masuk air hilang sakit kaki.Kalau suruh buat apa-apa teus cakap 'Kaki aku sakit lah cah.'Main air tak sakit pula.Apakah maknanya?

Pemandu jentera berat.Kecoh naik benda alah ni.Semua pertama kali naik.Huhu.

Korang nampak tak tembok dekat belakang sana?Nyaris kot kami langgar tembok tu.Kecoh budak-budak arab datang tolok tolakkan benda ni.Haha.Malu je.

Disebabkan kami ni JAKUN.Kami tak tahu macam mana nak belok dan sangat teruja bila tahu benda alah ni boleh diundurkan dengan mengayuh ke belakang.

Muka pasrah kena tumbuk.Makcik biru tu tak nak masuk air.Dia takut laut ye tuan-tuan dan puan-puan.Haha.

Ingatkan mahal sangat naik benda ni.Rupanya LE 30 je satu jam.Kami naik 30 minit je.Tu pun dah penat.Ingat nak naik sekali lagi lepas tu,tapi memandangkan air besar,jadi kami mengecutkan perut untuk terjah laut.

Lepas naik benda tu dan penat mengayuh-ngayuh,kita isi perut sekali lagi ye.Makan je tahu.Cuti kan....Kain batik tu adalah peti sejuk automatik.Haha.Buat balut ais la.Tak nak kasi cair.

Tu juga tekcik yang digunakan masa aku masuk hospital hari tu.Disebabkan doktor suruh aku minum ais,jadi masa p exam ICDL tu,macam tulah aku bawak ais nya.

Budak-budak arab.Kanak-kanak kot.Tak ada perempuan pun mandi laut ni.Semua lelaki.Tu yang aku main tepi-tepi je pun.Huhu.Hanya kanak-kanak je mandi laut.

Laut yang penuh dengan rumpai laut,botol plastik,plastik,dan macam-macam lagi.Kotor ok.Tapi terjah juga.Huhu.Siapa-siapa nak sushi nak ambil rumpai laut,silalah datang.Huhu..

Akhirnya berjaya juga tulis nama.Mula-mula tulis ombak datang sapu.Lepas tu orang pula pijak.Sampai pakcik tepi pantai tu kantoi gelakkan kami.Haha.P 3 orang je,tapi bising macam p 30 orang.Haha.

Lepas azan zohor,kami pun gerak untuk balik.Petang nanti nak keluar lagi.Huhu.Penat-penat cuti ni.Tak terasa pun macam cuti.Ingat nak jadi dugung je bergolek atas katil,ni sampai balik rumah terus tidur kepenatan.Isk isk.


Ini adalah pengangkutan agak utama di sini.Iaitu trumco atau dekat malaysia orang panggil prebet sapu.Huhu.Kalau jalan pantai,inilah kenderaannya.Kalau dalam sikit,kita ada tram a.k.a keretaapi atas tanah.Ehh??

BALIK daa......


Ok,ruang aku dekat picasa web tu dah penuh.Macam mana nak upload gambar lepas ni??????

Yeayy menang.Alhamdulillah

Sesi seminar perkahwinan & cabaran sebelum halal.

Mari kita baca intipatinya:






Semua semangat kalau dengar bab kahwin.Tak ada orang tidur pun.Cuba kalau kuliah,10 minit dah tidur.Hehe.Kan..


Hanya nak cakap,ASFEST dah habis.Bawa pulang dua hamper.Alhamdulillah.Walau pun kali pertama buat gubahan,berjaya jadi johan.Hehe.Nak bangga sikit.

Lagi satu memang acara sukaneka bagi acara ke empat.Iaitu acara gila kamera.Johan siap.Haha.Memang patut menang kot.Huhu..


Tuesday 17 April 2012

Puding roti

Aku rasa blog aku dipenuhi oleh gambar makanan,kedai makan dan orang makan-makan.Kan...

Semalam p picnic dengan dua orang budak nakal.P 3 orang,makanan bawa satu meja penuh.Isk isk..

Ok,mari membuat puding roti.

Bahan-bahannya:

1 paket agar-agar serbuk 7gram
3 sudu gula
300 ml air
3 keping roti yang dibuang bahagian tepinya
1 tin susu cair
1 biji telur
1/2 sudu sanqiuck
5 sudu susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-caranya:

  1. Masakkan agar-agar dan gula dengan air 300 ml sehingga keduanya larut.
  2. Kisar a.k.a blend roti,susu cair,telur,sanqiuick,susu pekat dan esen vanilla sehingga roti hancur.
  3. Setelah agar-agar dan gula melarut,masukkan bahan-bahan kisar.
  4. Kecilkan api dapur.Dan kacau.
  5. Tunggu sehingga mendidih dan boleh masukkan ke dalam bekas.
  6. Jika mahu membuatnya berwarna-warni,asingkan satu senduk agar-agar dan masukkan pewarna.

Aku buat tak lawa pun.Huhu.Tak apa,kali pertama baru kan....

Keraian Pengantin Baru dan Permata Alex

Hari ketiga ASFEST hari makan nasi minyak.Hehe..


Pengantin lama pun mahu diraikan juga laa..Huhu.Ni aktiviti nak kata tahunan,lebih sekali setahun.Nak kata bulanan memang tak.Huhu.Aktiviti bila ada keperluan.Kot...

Aku tak tahu pun tema dia merah jambu.Ni yang merah menyala ni ajk-ajk program.Eishhh macam mana aku boleh tak tahu ni.

TAPI.....


Ok laa tu kan.Kan...Ingat nak pakai sedondon dengan Mar.Nak pakai sedondon dengan hubby,hubby tak ada.Haha.Dengan housemate pun boleh kan.Huhu.Dengan tema rumah kami merah jambu,sekali tema majlis pun merah jambu.Nasib baik masuk tema kan....

Pasangan Kak Anisah & Abang Saiful Islam dan baby Raudhah.

Baby comel.Baby Mujahid(baby pasangan Abang zaid dan isteri) dan baby Iffah(Baby pasangan Abang Paan dan Kak Adah).




Ini bakal pengantin.Nantikan ye...

Walid(pegawai MARA timur tengah) sedang memberi kata-kata semangat untuk kahwin.Haha.Menceritakan cabaran alam perkahwinan.Sedangkan walid bercakap tentang macam-macam perkara.Tang kahwin juga yang ingat.Isk isk..

Ni budak gemuk.Nilah baby Widad.Syok sangat tidur.Kacau pun tak bangun.

Ada adik-adik tanya 'Anak akak ke tu??'.Apakah itu???

Abang Rahim dan Kak Yani.

Jom makan nasi minyak dulu.Sedap tapi sikit sangat.Tak sempat nak kenyang dah habis.Huhu.

Abang Zaid dan isteri.

Nor yang kesorangan kerana pasangan berada di Amerika.Sabar ye Nor.

Iffah yang lincah.Kalau nangis pun 'lincah' juga.Haha.Nanti besar Iffah dari Kak Adah.

Amboi-amboi,lepas tinggalkan baby dekat aku bukan main makcik dengan pakcik ni bersuap-suap ehh.Tak apa.Sebab Widad comel kira acilah kan aku tak makan pun.Hehe.


Widad yang tembam.....