nuffnang ads

Saturday 31 March 2012

Fakta:Pakai tudung prevent facial nerve paralysis.

Sekali sekala copy paste takpe kan???Lagi pun fakta dia menarik dan memang aku belajar pun dalam posting aku sekarang ENT (ear,nose and throat).



Kenapa perlu pakai tudung...mengikut kaedah sains

>>>Allah s.w.t menyayangi hamba2Nya...cuma kita sahaja yg tidak pernah menghayati dan terfikir akan setiap sesuatu itu kenapa Islam mensyariatkan supaya bertudung... tahukah anda bahawa...

Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS .. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belakang telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja

Allah swt sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya

Kerana saiznya mastoid process perempuan kecil berbanding lelaki, apabila sejuk, nerve ini akan mudah mengecut dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada tona muka. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan.. dan benarlah kata nabi s.a.w " seindah hiasan adalah wanita solehah "

" seindah hiasan adalah wanita solehah " ♥ ♥ ♥
Jadi rasa-rasanya ini adalah satu kelebihan atau satu kelemahan untuk wanita?
..kerana ini adalah salah satu tanda Allah swt mencintai hamba-hambaNya

Anda tidak percaya?Aku percaya.Tak percaya juga?Sila google adakah cold air boleh menyebabkan facial nerve paralysis.Huhu.

copy paste dari sini

'Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan?'
                                                (Surah Ar-Rahman ayat 13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,dan 40)

Thursday 29 March 2012

Kek besday pertama

Korang tahu?

Ha tak tahu?

Ohh mari sini nak cakap....

Semalam....

Aku dapat black forest choc cake versi cannabogy.Haha..(tengah membodek cinnabon seketul dua)


Walaupun lambat 28 hari,aku tetap nak besday cake juga.Haha.Tak kisah kan???

Ni kek besday 1st aku kot.Huhu.Buah hati pun tak kasi kek.Sedih tak?Buah hati belanja makan dekat Coffee Roastery je.Kek tak ada.Tapi buah hati kasi 'hadiah'...Haha...Nasib buah jantung kasi kek.Haha.Nak berkasih sayang dengan Oggy la lepas ni.(Sila jangan jeluak ye Oggy)

Ceri menggantikan lilin.Nice.Nak tahu umur kira ceri cepat...


Ni sebenarnya besday girl hari ini.Hajar.Disebabkan aku ni memang baik hati (alolo masuk lif tekan sendiri nampak) jadi aku telah bermurah hati kongsi dengan besday girl potong kek ni.Haha.Baik kan aku.Serius ikhlas laa ecah..Ketuk diri sendiri.Ikhlas je ok...

Nasib baik kelas habis awal,boleh makan ramai-ramai dalam kelas.Hehe.Terima kasih makcik Ogy.Lain kali boleh buat lagi.Sedap..........

Anak sulung?Alhamdulillah.....


Versi ILuvIslam: "Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"

Versi Aku: "Adik-adik cakap je nak apa,semua dapat.Aku kena marah ada!"

Versi ILuvIslam: "Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"

Versi Aku: "Kenapa adik A dapat hanphone?Baru darjah enam.Aku dulu tingkatan tiga baru dapat kot!Dan sememangnya aku beli latop pakai duit biasiswa."

Versi ILuvIslam: " Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"

Versi Aku: "Dulu aku jalan kaki je p sekolah,p ngaji sekarang adik-adik bukan main lagi ehh berhantar berambil"

Versi ILuvIslam: "Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."

Versi Aku: "Sampai hati ayah,topupkan untuk adik.Aku dulu ikat perut kot nak topup.Kredit orang aku tak boleh guna.Kredit aku senang-senang orang guna.Serius tak puas hati"

Versi ILuvIslam: "Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"

Versi aku: "Menyampah aku dengan adik D,mama asyik picitkan kepala dia.Pening sikit je kot.Aku dulu mama cakap biar sakit-sakit laa.Huhu"

Versi ILuvIslam: "Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".

Versi aku: "Tak ada bezanya,mama masak semua je aku suka.Haha.Lagi pun semua adik=adik aku suka benda sama je kot dengan aku."

Versi ILuvIslam: "Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"

Versi Aku: "Oleh sebab aku tak tunang dan kahwin lagi,dan disebabkan semua untung adik.Apa salahnya aku kahwin dan tunang nanti buat besar-besar untuk compensate balik yang sebelum ini?Kannnn???Haha"

Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?

Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.
Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?

Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?
Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?


Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!
Apa pun aku sayang keluarga aku.Dulu zaman kecil-kecil rasa je macam tu.Sekarang tak pun.Haha.Tapi jadi anak sulung memang best.Kita terokai sendiri hidup kita.Lebih pahit,dan teramat manis bila dikenang.


Memang betul apa yang dikata.Zaman tu ekonomi tak stabil.Adik-adik ramai lagi.Mak dengan ayah pun baru nak mulakan hidup.Mereka pun baru bertatih dalam realiti kehidupan berkeluarga.Macam-macam mereka baru nak lengkapkan dalam hidup.Kalau dulu tidak begitu,manakan kita akan dapat seperti sekarang.


Sebenarnya ibu bapa tidak membezakan anak-anak mereka.Kita je terlebih sensitif.Haha.Tak gitu ehh.Belum jadi ibu bapa.Jadi perasaan itu belum mendalam.
Amacam angah?Acik?Kakak?Abang?Adik?Jeles dengan anak sulung?Haha....
 Artikel iluvislam.com klik sini untuk baca lebih lanjut

Atas teguran sahabat,tajuk entry telah ditukar....

Tuesday 27 March 2012

Bila orang tua dapat surat cinta......

Saudara saudari tuan puan dato' datin puan sri tan sri,

Hari ini dalam sejarah,setelah teknologi makin maju,

Kad raya digantikan dengan sms,

Jemputan kahwin digantikan dengan mukabuku,

Telefon awam digantikan telefon tangan,

Masih lagi ada yang sudi menitipkan surat cinta buat diri ini.

Haha.Jeles tak aku dapat surat cinta???

Setelah bertahun-tahun tak dapat surat cinta....

Dah 7 tahun zaman surat cinta berakhir,

Hari ini 27 Mac 2012 aku dapat surat cinta lagi.

Ok,cukup merepek.......

Bismillah...


Buka perlahan-lahan.....


Sob sob..Terharu sangat-sangat...

Terima kasih organisasi batch LORD 2012/2013 (memandai je betul tak ni??)

Saya sayang batch saya.Saya sayang LORD...

Saya sayang anda semua kerana Allah..Semoga ukhwah ini berkekalan....

Manisnya sebuah persahabatan...

Monday 26 March 2012

Sushi

Semalamkan semalamkan ada orang belanja aku makan sushi.

Nilah orang yang belanja aku makan.Mangsa pengepauan.Haha.

Kononnya pergi sambut hari lahir aku.Tapi tak ada kek pun(masih menunggu black forest choc cake..).Kalau ada kek semalam kompem aku muntah.Haha.

Sepatutnya farah p sekali dengan kami.Tapi Farah ada assignment pula.


Service teruk gila.Dekat sejam kot baru menu atas ni sampai.Lembap ok.Dah tau hari Ahad kau buat promosi kan,kau ambillah pekerja sambilan.Sudahnya azan maghrib baru kami dapat order. 


Ngap ngap ngap.Kejap je dah habis.Ada orang twet dekat twitter 'sushi adalah makan nasi kepal yang baru keluar dari peti sejuk'.


Semalam bayar satu kepala LE 150 dan makan sebanyak mana anda mahu.Huhu.Sangat pandai.Bunyi macam berbaloi-baloi tapi sebenarnya tidak.Huhu.Sebab habis je yang pertama tu terus dah kenyang.Masuk hidangan kedua,aku masih berusaha,Mar dah buat gaya nak keluar semula dah segala makanan tu.

Tengok beza Mar punya bekas dengan aku punya.Makcik tu tak sentuh langsung kot.

Dalam banyak-banyak ni je kot yang paling sedap.

Ni bukan cari apa yang patut diorder lagi,tapi tengah kire dah sampai LE 300 belum kami makan.Kenalah berbaloi betul tak?Sekurang-kurangnya kena makan sampai LE 300 kan.

Akhirnya bekas ini kosong setelah ditapau secara seludup.Polisi kedai ni tak boleh tapau.Sebab ada tapaukan makanan untuk Farah aku dengan muka tak ada effect nya tapau sendiri.Boleh??


Hari sukan PERUBATAN

Hari Jumaat lepas ada sukan PERUBATAN dekat Zagazig untuk akhawat (perempuan).


Kami bertolak 2 buah bas dari asrama MARA pada pukul 8 pagi.Kalau ikutkan jadualnya sepatutnya bertolak jam 7 pagi.Disebabkan manusia itu tidak memahami erti 'Demi masa'.(sedangkan Allah bersumpah demi masa),maka perjalanan kami ditunda satu jam.Kesian pihak pengurusan.Lagi kesian sebab ada yang batalkan penyertaan sewaktu bas dah nak bertolak.Tak ada moral betul.Bayaran yang dikenakan murah je LE 30 untuk pengangkutan pergi dan balik.

Setelah 3 jam berada dalam bas,akhirnya aku menjejakkan kaki ke Zagazig untuk kali kedua.Kali pertama tdatang sini lagi lama masa diambil.Biasalah petang khamis esok jumaat cuti.Insaf-insaf.(Sesungguhnya Zagazig tidak menarik.Haha)

Sampai-sampai kenalah tengok peta dulu.

Futsal.

Haruslah memakai baju mengikut warna negeri sukan anda.

Macam-macam gerai ada.Tu je sebenarnya tujuan utama membe aku datang sini.Bukan nak tengok sukan.Nak makan.Haha.
Jualan baju yang mana hasil jualan akan disumbangkan kepada tabung Palestin.

Tak baik makan berdiri.Isk isk.


Ni semua muka datang makan.Bukan datang menyokong sangat.tengok makanan dah tau...
 
Maskot kami,bird tak berapa nak angry.

Bola keranjang,fire ball (apa namanya dalam bahasa melayu??),balapan dan pasukan tarik tali yang menjadi johan.Semua game aku tengok kecuali indoor je tidak.


Persembahan mengikut muhafazah.

Sesi pembahagian medal,piala,dan sewaktu dengannya.Cepatlah habis,dah penat ni.Sampai rumah pukul 3 pagi.Terima kasih musyrif yang sedia memberikan khidmat.

Tahniah Alex kerana mendapat tempat kedua juara keseluruhan.Tahniah Cairo sebagai juara keseluruhan.

"whenever u win,say 'alhamdulillah'.
n whenever u loose,say 'alhamdulillah'.
because we are all muslim. and muslim is always a WINNER!"
-dr.usama-


Aku pulang dengan senyuman membawa keropok lekor dari tanah tumpah darah tercinta khasnya,dan keropok keping dan macam-macam adoo...Terima kasih kawan.Sayang lebih laa...Haha..

Sunday 25 March 2012

3 Mac:Hari terakhir di Barcelona

Mari bercerita...

Sekarang mari gerak ke Ceramic Museum.Tak dapat p Hansel & Gretel kita p Ceramic Muzeum cukuplah kan....Kan Ena kan.....


Tak sangka pula DHUB Museum dan Ceramic Museum berada di tempat yang sama.Ingatkan tempat asing-asing.Muzium ni tutup pukul 5 petang.Tinggal lagi satu jam sebelum waktu tutup.Ayuh berjalan laju-laju.
 
Inilah bangunannya....

Niza tengah jampi serapah serapuh tu.Sekali keluar jin.Apakah impian anda?Saya mahu makan Mc D.Haha..

Antara seramik-seramik.Macam biasalahkan.Seramik.Tapi tak ada cicak besar....

Nak masuk Ceramic Museum Bayaran dia EUR 5 dan DHUB Museum EUR 5 juga.Dengan barcelona card,seperti biasa..Gratis.

Siapa kata pengemop dan baldi tak boleh masuk muzium?Kami buktikan...

Mari pakai baju kembang-kembang.

Dah pukul 5 petang.Mari bergerak ke destinasi seterusnya....

Bangunan misteri....

Destinasi seterusnya adalah Museu Blau.Sampai stesen metro tu dah gelap dah.Tempat ni tutup pukul 7 malam.Tanya makcik kedai dia pun tak tahu tempat ni.Sekali beli limau dekat kedai makcik cina tu.Harga dia i kilo EUR 0.50.Manis gila dan sedap gila.Bukan senang aku nak cakap limau sedap..

Lepas tu kami pun mengambil keputusan jom tawaf Diagonal punya tempat shoping tu sampai hujung.Hujung-hujung tu nampak bangunan seperti di atas yang menarik.Lintas jalan nak p ambil gambar dekat-dekat.Sekali p dekat ni rupanya Museu Blau.Hukhuk.Macam tu pun boleh???



Tempat ni macam planetarium dekat malaysia tu.Tapi sini ada dinosaur.Dengan ikan paus besar.Laa sangat.Semua kanak-kanak,kami je kanak-kanak ribena.Bayaran masuk EUR 4.





Melespaskan penat dengan duduk di tengah-tengah jalan.

Masuk Diagonal Mall p beli roti untuk makan malam nanti..



Tidur sementara menunggu bas pukul 1 pagi.Huh penat-penat.Tiket bas dibeli online sebelum kami datang ke Spain.Bas dia best.Ada kasi air,roti (kami tak makan) dan gula-gula.Tempat duduk 2-1.Memang syok tidur.

bersambung...naik bas ke mana????
bye-bye Barcelona...

Thursday 22 March 2012

Masa aku SPM dulu-dulu...

Hari ni hold dululah cerita p spain.Hari ni nak cerita pasal SPM zaman aku dulu-dulu.

Teruja tengok budak-budak ambil result SPM.Berita yang dapat result gempak dan kurang gempak..

Zaman aku periksa SPM dulu,macam biasa je.Mak aku cakap,kalau tak nak pakai kereta macam orang,tak nak masuk universiti macam orang.Nak kerja kuli-kuli (bukan merendahkan kerja kuli-kuli ye.Aku pun pernah kerja kuli-kuli ni),belajar je main-main.

Mak aku memang senang dan mudah dan tepat dan jitu je ayat dia.

Masa tu emosi pun tunggang langgang.Doa aku satu je,berapa pun result SPM aku,janji boleh sambung belajar dekat luar negara cukuplah.Tak kisah berapa-berapa pun.Haha.Alhamdulillah.Allah makbulkan doa aku.Aku masa tu tak nak sambung belajar dekat universiti dalam negara.Sebab?Biarlah rahsia....

Jadi hari pertama periksa tu subjek dia Bahasa Arab Tinggi pada 15 November 2006.Masa subjek ni,papa teman aku sampai dapat kertas soalan.Gila berdebar masa tu.Bukan rileks makin berdebar ada bila papa ada sekali.Huhu..

Hari-hari lain berjalan macam biasa.Tengah hari nanti mama aku datang hantar makanan.Hehe.Jeles tak??

Banyak topik yang cikgu jangka masuk,tak masuk.Huh sedih muka cikgu-cikgu.Macam soalan kimia,sejarah,pendidikan Al-Quran dan Sunnah, dan banyak lagi.

Tapi aku tak percaya sangat soalan jangkaan ni.Sebab aku akan menjangka sendiri soalan periksa.Model soalan periksa SPM sangat mudah.Dia ada macam giliran-giliran.Kalau tak percaya sila buat jadual 10 tahun lepas soalan SPM yang keluar.Nanti akan nampak model dia macam mana.Tak tahulah sekarangkan...

Sampai dan tibalah hari keluar result peperiksaan.

Aku tak kasi mama dan papa teman aku p ambil result.Huhu.Sebab..Aku target GAGAL untuk subjek EST (English for Science and Technology).Masa jawab soalan tu,entah apa aku merapu.Aku tak faham pun soalan nak apa.Huhu.

Cikgu pula,bukan main lambat nak kasi slip keputusan.Kena tanda tangan sijil tu sijil ni.Borang tu borang ni.Dan slip dah di tangan cikgu.Cuma bilangan A ke B ke C ke je yang tak nampak.Cuak.Cuak.

Wah sekali dapat slip,perkara pertama cari keputusan subjek EST.Ohh B3.Alhamdulillah.Target gagal kot.Lepas tu tengok.Aikk banyaknya A1.Silap slip munasabah ni.

Tengok nama.Nama aku.Betul ke ni.Cam poyo lak.Tapi tulah rasanya.Tengok cikgu dengan muka tak percaya.Sampai cikgu cakap kat aku,'betullah tu Aisyah result awak'.Huahua.Rasa macam nak nangis....

Syukur Alhamdulillah...

Dah 5 tahun berlalu zaman tu...

Kalau benda tu tak terjadi,mungkin aku tak berada di mana aku berada sekarang.Allah bagi aku musibah,ujian Nya pada waktu itu.Sampai aku tertanya-tanya kenapa aku.Kenapa aku,bukan orang lain.

Hari ini,aku sedar siapalah aku untuk mempersoalkannya.Allah dah aturkan yang lebih baik untuk aku rupanya.Alhamdulillah.

2013,insyaAllah bakal doktor..

Masa tingkatan 5