nuffnang ads

Wednesday 29 February 2012

Selamat Hari Lahir 22 kepada DIRI sendiri

Tadikan aku p beli hadiah besday untuk diri sendiri.

taaaaaaa




                        daaaaaaa



Survey punya survey bukan main lagi.Akhirnya beli yang tak ada dalam list pun.Bijak-bijak.Dah lah lebih bajet.LE 1555.



Sebab tak ada orang nak kasi kan.Jadi aku beli je lah untuk diri sendiri.

Spain,tunggu aku........

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami.

Amin.

Saya dengan ini mengucapkan selamat hari lahir yang ke 22 kepada diri saya sendiri.

Semoga Allah melimpahkan rahmatNya dan memelihara saya.

Amin....

Hari meronggeng sedunia.

Semalam kan..Semalam kan.Aku dah habis exam.Yahooooo...Yabedabeduu....

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,dengan izin Allah dengan kesihatan yang baik dan segala-galanya cukup,tamatlah semester 9 secara rasminya.

Habis je exam,p meronggeng dengan Ogy dan Mar.Ni dua orang ni buah hati aku.Haha.Sekarang aku rasa macam tak pelik je kenapa wujud lesbian dan gay.Haha.Sebab hanya perempuan memahami perempuan.Tapi aku tak homo ye.Aku homo sapiens je.Tak ada homo-homo lain.

Roti syria ke apa entah.Tapi sedap.Tak tahulah kan sebab dah kelabaran dan kebuluran yang amat sangat jadi semua benda sedap.Masa exam semalam,mula-mula perut orang belakang aku bunyi,lepas aku perut aku dan lepas tu perut orang depan aku.Ingatkan kami bertiga je macam tu,rupanya semua orang kot macam tu.

Nasi kabsah ayam.Aku suka makan benda ni.LE 29.Kalau daging LE 44.

Ni apa entah.Mar dengan Ogy makan benda alah ni.Cheese die sedap........Nasi die banyak gila ok.memang sah-sah tapau laa..

Kekenyangan.Sebab tu perut kena tutup.Haha.

Ogy makan sampai pening kepala.Haha.

Air pun habis sebotol makcik Mar minum.

Lepas tu p solat asar.Dan sambung dengan main bowling.Ogy belanja dua game.Sampai nak tercabut jari.Tahu tak ogy jeles jari aku boleh masuk bola ringan.Bola berapa ehh.Bola 6 kot.Hehe.Maksudnya?
  1. Satu,aku tak larat nak baling pakai bola berat-berat.Paling berat pun nombor 9 ehh?
  2. Dua,kalau nanti beli cincin rugi.Dapat emas sikit sebab jari kecil.Haha.Boleh pula.


Bola tu sebesar kepala Ogy.Haha.Kan kan.

Iklan colgate sekali.Kenapa mesti colgate?Kenapa tidak ubat gigi mukmin?

Mar kena heret dengan aku baling bola.Apa hal entah budak ni tak nak main.Bukannya tak pernah main.Yang tukang ajar(aku) dua kali lima lempar masuk longkang gak.Huhu.


Ni?Hadiah besday aku Ogy kasi.Mungkin sebab Ogy tengok beg aku siap berjahit kot.Sedihkan.Tahun ni tak jumpa abang yang selalu belikan aku beg.Haha.Sebab abang tu dah berhenti kerja dekat kedai tu.Kalau tak tiap-tiap tahun die belikan aku beg.Kalau tak nak dia suruh campak tong sampah.Eii paksa-paksa pula.

Terima kasih Ogy.Walaupun warnanya bukan merah,tapi ia sangat selesa dan sedap dipakai.

Balik semalam dah maghrib pun.Lama gila keluar.Sampai-sampai rumah rasa macam tak ada kaki.

Dah dah aku nak keluar lagi ni.Huhu...

Monday 27 February 2012

ada tak orang nak kasi....

Esok exam ok.Sila behave.Tapi nak juga tulis ni.

Ada tak orang nak kasi hadiah hari lahir aku kamera?Haha..Wah teruja ni....



Kalau dapat yang ni memang best laa.Water prof kot.Ni model TX10.Huhu.Harga dia aku dah survey dah LE 2+++.Ehh??

Ni pun best juga.Dalam LE aku tak tahu berapa.Tapi kalau dalam USD (maknanya dari harga di Amazom.com) USD 199

Ni model Power shoot A3300.Harga dia LE 1399

Ni model DSC W570.Harga dia LE 1399.

Ehh.Siapa kah yang sudi?Kalau orang kasi kamera ni,mamng aku sayang lebih la....Hahaha.Sila p baca buku.

Sunday 26 February 2012

buang bayi


Tak habis-habis kisah buang bayi.Tapi lebih baik tinggal macam ni daripada buang dalam longkat,dalam tong sampah,campak dari tempat tinggi,buang dalam lubang tandas.

Macam-macam dunia.Haiwan pun sayang anak.

Bayi ni ditinggalkan di depan rumah nenek kawan aku.Kira aku kenal lah mereka ni.

Saturday 25 February 2012

hari lahir dulu-dulu

Tinggal beberapa hari lagi sebelum ulang tahun kelahiran ke 22 aku.Haha.Kena buat countdown ni.

Jom imbas kembali apa yang terjadi pada ulang tahun aku tahun lepas.

Setelah 4 tahun berada diperantauan,akhirnya Allah mengizinkan aku meraikan ulang tahun kelahiran aku bersama keluarga.Siapa kata setiap benda yang nampak buruk itu buruk.Terserah kepada mereka yang menilai.Ni semua gara-gara kami semua dibawa pulang ke tanah air akibat rusuhan di Mesir.Alamak lupa nak sambung cerita.Nanti-nanti lah ye.

Tiba-tiba je lepas subuh,mama panggil ajak keluar bilik.Aku baru je nak sambung tidur.Bukan sambung,tapi baru je nak tidur.Macam biasa,aku tak tidur malam.Haha.Jadi pengawal keselamatan.Lepas tu adik-adik aku semua duk menyanyi 'Happy Besday to You Happy Besday to Along Gemuk'.Haha.

Adik aku yang kecil 3 orang tu diaorang punya otak memang terpusing-pusing.Sangat-sangat abang tu.Huhu.Mereka punya geliga,Alhamdulillah atas nikmat kurnia Allah.

Zaman-zaman aku bertukar dari 39 kilo ke 58 kilo tu kan,sampai-sampai rumah adik-adik aku nyanyi 'Apa yang penting?Kerjasama.Apa yang bulat?Muka along.' 
Lagu wonder pets versi baru.Memang kurang asam jawa budak-budak kecil ni.

Aku?Terkejut kot.Bila masa plak mama dengan papa p beli kek ni.Tak ada nampak pun.Ohh aku yang pemalas tak buka peti sejuk semalam.Huhu.Siap belon-belon lagi.Terima kasih mama & papa dan juga gergasi-gergasi dekat rumah.Mesti angah jeles kan.Haha.Kan angah kan.

Ni p keluar dengan budak-budak batch aku untuk kali kedua sambut besday aku.Huhu.Kali pertama tu p makan sate.Sebab tak puas hati tak ada kek,jadi hendaklah kita p cari kek sekali lagi.Hehe.Sendiri makan sendiri bayar ye.

Nilah bebudaknya.Baju kuning tu pemandu pelancong.cakap je mana.Kompem sampai kalau tak ada aral berpusu.

Ni makan dekat Foodruckers Aindah belanja kot.Huhu.Bila orang belanja haruslah kita order steak.betul tak?Cian Aindah berhabis ratus-ratus.tak apa,sekali setahun kan.Hehe.

Aindah & Amy yang lahir bulan 3 juga.

Ni kek yang Aindah buat.Masa nak masuk carefour tu,pakcik tu suka-suka hati p balik-balikkan orang punya kek.Kan dah tak lawa.

Ni pula cinnabongy.Sebab ogy yang buat untuk aku.Kek mana kek makcik ogy oii?

Ni Ogy kasi.

Ni kek makcik Ogy buat,tapi kena kongsi ramai-ramai.Sebenarnya aku tak ada dalam senarai pun.Haha.Tiba-tiba turun bawah kelas makcik ni,tengok diaorang tengah makan.Sebagai budak gemuk,hendaklah kita tidak memalukan diri dan p makan.Betul tak.

Sebahagian dari budak-budak lahir bulan 3.

Masa keluar dengan Aindah & Amy tu makcik Ogy penyibuk ni pun ada juga.Haha.Selendang yang aku pakai tu Farah kasi hadiah besday.

Ni kek yang Alia buat.Mana aku tak gemuk,dah berapa biji kek dah ni.Haha.


Ni yang pokcik Pizi kasi.Hehe.Konon nak kasi hadiah yang orang tak pernah kasi.Haha.Anda silap.Saya dah banyak kali dapat telekung ni.

Ni sesi mengepau Mar pula.Masa ni kurus.40 kilo.Sekarang dah tak muat dah baju ni.Huhu.Rugi betul gemuk ni.


Makcik Mar nak harap buat kek,memang wassalam lah.Yang ni pun dia cakap,nanti aku beli jelah kek kau ye Cah.Huh.Tak mo tak mo tak mo.

Jom panggang....

Hadiah dia kan aku baru dapat tahun ni.Aku dah ada cerita dah ni.Jaket kulit.Huhu.

Apakah dalam kotak ini?

Lain kali kasi besar sikit ye.Haha.Pemberi?Rahsia.

Ada lagi yang tak ada gambar.Hadiah dari Kak su dan Nuyu tak ada gambar.Dan juga ada gambar dalam hard disc aku.Aku punya kabel rosak.Tak boleh buka.Huh...Sengal.

Tahun ini?Allah sebaik-baik perancang.

SorrY

Bagus gila.Aku terdelete semua komen pagi-pagi semalam.Aduh lah.Kepada yang meninggalkan komen,saya mohon maaf kerana tidak sengaja TERpadam komen kalian.Bila dah pukul 3 pagi tapi tak jumpa bantal lagi semua boleh jadi.Nasib tak TERdelete post-post aku.Kalau tidak ...Aku tutup blog ni.Huhu.......



satu masalah

Aku tak suka.Kalau kita dah cakap tak suka orang buat juga.Ke aku sorang je tak suka macam tu?Orang lain ok je?Aku je kot yang banyak cerewet.Haha.

Alkisahnya,aku alergik kucing.Jadi aku tak boleh kucing di ruang udara aku.Sepatutnya simpan dalam biliklah kan sebab ada orang tak berapa masuk dengan kucing.Lagi pun dia nak bela kucing tak cakap pun dekat aku.Sedar-sedar subuh hari dengar bunyi kucing.

Matilah nanti,pencinta-pecinta kucing serang aku.Huhu.

Aku bukan tak suka kucing.Tapi alergik.Atas saranan doktor pun dia suruh campak kucing tu luar rumah.Aku baru je sembuh dari sakit.Tiba-tiba pula ada alergen dekat rumah.Ohh tapi kucing tu dah ada dekat rumah sebelum aku sakit lagi.

Kucing tu masuk dalam bilik p main tarik-tarik aku punya baju.Aii ni aku pantang ni.Siapa nak tolong buang bulu kucing dari baju aku?Huhu.Siap landing baik punya atas cadar.Silap-silap atas bantal.

Aku basuh baju, dia p tarik-tarik baju dari jemuran.Aii aku ke kucing yang kena basuh baju tu balik?

Aku buat kek,tinggal kejap dalam bilik dia dah santap.Aku ke salah tak tutup pintu?Tapi aku yang bayar sewa rumah bukan kucing.Haha.Dengan kucing pun kau nak gaduh.Isk isk.

Kalau dia curi makanan itu adalah lumrah.Lepas tu panjat dapur jilat-jilat hidu-hidu tempat makanan.Itu sudah melampau.Cari makanan dalam tong sampah,lepas tu makan dalam bilik aku.Itu keterlaluan.

Aku tak pernah kena lagi lah yang bahagian aku defroze ikan lepas tu jadi santapan maharaja kan.Tak pun aku penat-penat masak pastu ada 'orang' makan dulu kan.Lepas tu kau kena masak balik.Huhu.Tak pun tiba-tiba baju aku bau hancing kan.Kalau aku kena semua ni,dah lama aku campak dari tingkat 14.Huhu.

Zalim?Zalim ke?Jangan bimbang aku tak akan buat.Habis teruk aku sumbat kucing tu dalam beg lepas tu p buang dekat pasar.Ada orang cakap 'Baik sangat kau nak buang dekat pasar'.Habis tu kucing tak bersalahkan.

Apa definisi zalim?Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Habis tu kucing bukan habitat dalam rumah.Aku yang habitat dalam rumah.

Nabi SAW suka kucing.Sahabat nabi pun suka kucing sampai dapat gelaran Abu Hurairah.



Kesimpulannya,aku tak benci kucing.Tapi aku alergik.Kucing sila berada pada tempat yang sepatutnya.

Dilema apa patut aku buat?Nak pukul kucing tu?Dia bukan ada akal pun.Tak guna marah benda tak berakal.Huahua.

Friday 24 February 2012

Anak senior lagi

Serius tak ada mood nak baca buku.Tolonglah jadi hari ni hari sabtu.Boleh aku menelaah dekat library.Hoho.Dari tadi aku duk tengok cerita ni.Mau nangis malam exam eyy?Isk isk..

Semalam aku p tengok anak senior lagi.Kali ni anak Abang nik dengan Kak aida pula.Hari tu p tengok anak Kak Adah dengan Abang Paan.Dah besar pun si Iffah tu.Bila nak ada anak sendiri ni.Haha..

Keciknya baby.Sebesar tangan aku je.Silap, tangan aku kecik je ye.Sebesar tangan bapaknya.Haha.Sebab itu kot orang cakap,bela anak dari kecik tapak tangan.Kan kan.

Nama baby ni Nik Safi Widad.Lahir dia 2.5 kilo ehh kalau tak silap.Haha.Boleh pula silap-silap.Baby ni lahir pramatang.Mak dia cakap siap je pasang katil baby,terus baby ni nak keluar.Haha.Tak sabar-sabar.Mana nak sabar,katil comel tu.Tapi Si Widad ni dah besar dah ni.Dah 3 kilo dah.


Tengok kaki widad kena ikat.Semua baby tak suka ehh baju tak ada kaki ni.Mak aku cakap,aku dulu pun macam tu.Siap mandi,pakai baju.Sekali tengok kaki tak ada.Terus nangis.Haha.


Comelnya widad ni.Dah lah tak nangis.Hehe.Orang cakap,anak student biasanya tak meragam banyak-banyak.Pandai baby-baby ni.Tahu mak ayah diaorang nak study lagi,nak jaga diaorang lagi.Jadi mereka tak meragam.Pengalaman yang banyak dikongsikan oleh mereka yang bekeluarga,anak-anak yang sebelum tu kuat meragam.Tapi bila sambung belajar,anak yang lahir tu Alhamdulillah senang je jaga.Allah dah aturkan yang terbaik.Belajar tu kan jihad.InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.

Ok sila pergi berjihad kepada diri sendiri.jangan syahid di atas katil sudah.

Thursday 23 February 2012

Dah selesai dua,saya menunaikan janji

Alhamdulillah hari ini dah selesai satu lagi paper pediatrics.Tinggal satu paper lagi dan tamatlah semester 9.

Haruslah setelah habis exam kita pergi membuang tabiat.Jadi hari ini aku ke city centre.Sekarang tengah sale 70% kot.Tapi duit je tak sale.Huhu..


Tujuan utama p sini adalah untuk...MAKAN.....


Biasalah p exam je mesti tengah lapar.Sebab exam berat aku dah jadi 56 kg.Huh.Mana taknya.

Buka buku=Makan=Gemuk

Tapi tadi tak adalah lapar sangat,aku sempat memunggah nasi ke dalam perut sebelum p exam.Makcik Mar je yang kebulur.Sayang nak makan takut tak sempat habis baca.Ohh soalan exam tadi,Alhamdulillah boleh dijawab.

Tengah-tengah makan,makcik Ogy telefon tanya aku kat mana.Padahal semalam aku dah ajak bercuti bersama aku tapi dia nak menelaah dekat library.Sudahnya????

Rambang mata nak pilih mana satu nak beli.Sudahnya tak beli semua.Haha.Tulah susah sangat nak buat keputusan.Senang-senang pejam mata ambil je.

Hari tu ada pembaca nak tengok taugeh dengan rebung dalam tin kan.....

Ni jeruk halia barangkali.

Nilah rebung.Dekat malaysia ada juga kan dalam tin.Ke tak ada?Depan rumah aku ada pokok buluh tapi zaman muda-muda dulu la.Sekarang dah kena sodok.

Ni tauge dan sebelahnya tu rebung juga.Tapi tak pernah beli lagi taugeh ni.Aku google perkataan tauge nak periksa ejaan keluarnya toge.Apahal???Ni nanti semua nak p google perkataan toge kan.Isk isk korang ni...