nuffnang ads

Tuesday 31 January 2012

Agar-agar tanpa nama

Subjek semalam adalah mari mereka.Huhu.Maka terhasillah agar-agar tanpa nama.

Bahan-bahan:

Bahan A:
1 paket agar-agar serbuk 10 gram
1 liter air
200 gram gula
Pewarna merah

Bahan B:
150 gram butter
200 gram susu pekat
200 ml susu cair
2 biji telur

Cara-caranya:

1)Masak agar-agar dan gula dengan 1liter air sehingga agar-agar larut.
2)Tambahkan setitik pewarna merah

3)Ambil 3 senduk agar-agar yang telah dimasak dan letak di dalam bekas lain.Dan biarkan bakinya di dalam periuk.


Dalam bekas lain:
1)Putar bahan B sehingga kembang.
2)Tambahkan Bahan B yang telah diputar ke dalam baki agar-agar di dalam periuk dan kacau rata.
3)Basahkan bekas acuan agar-agar.
4)Masukkan agar-agar yang telah dicampur dengan bahan B kedalam bekas.dan tunggu sehingga keras.

Kemudian masukkan agar-agar yang telah diasingkan tadi sebagai lapisan terakhir ke dalam bekas.


Monday 30 January 2012

bunga ros warna apa cun?


Bunga ros warna apa yang paling cantik?

Kalau aku aku suka warna ungu.

Cantik tak???

Kalau dia,dia cakap dia suka warna merah.

Kalau Mar dia suka warna hitam.

Mar tengah gila vampire diaries sekarang.

HUHU

Ke warna macam ni lagi lawa???



Tak yah gaduh-gaduh.

Macam-macam ada.


kanser tidak menyebabkan mati

Ada tak aku bagi tahu yang aku sekarang di department oncology.Sebab itulah aku selalu cakap tentang kanser.Huhu.Tapi secara rasminya hari ini dah tamatlah kelas elektif aku bersama prof oncology.

Tadi prof cakap pesakit takkan mati sebab kanser......

TAPI

Mati sebab...........

Sampai ajal?

Bukanlah.Memanglah mati bila sampai ajal.Isk isk...

Mati sebab metastasis (Pertumbuhan tumor atau deposit tumor sel yang merebak melalui limfa atau darah ke kawasan badan jauh dari tumor utama) of cancer.Metastasis lah yang menyebabkan kematian kepada pesakit kanser.

Biasanya sel kanser ni akan merebak ke 2L dan 2B.Iaitu liver(hati),lung(paru-paru),brain(otak) dan bone(tulang).Ni adalah tempat biasa sel-sel kanser akan deposit.



Tapi ada juga organ yang sel kanser tidak boleh deposit seperti heart (jantung) kerana jantung merupakan organ yang aktif (mengepam darah ke seluruh badan) dan highly vascular (terdapat banyak salur darah).Sel kanser memerlukan kawasan yang statik untuk merebak ke sesuatu organ.


Organ lain yang tidak mungkin dijadikan tempat metastasis ialah thyroid gland (higyly vascular) dan spleen (limfa).Jika tumor pada thyroid ianya adalah kanser utama(primary).Begitu juga dengan spleen.Kanser utama (primary) di spleen adalah sepeti lymphoma.

Saturday 28 January 2012

cairo international book fair

Semalam aku pergi pesta buku dekat kaherah(cairo).Pukul 6.30 pagi dah siap-siap.Sebab katanya bas nak gerak pukul 7 pagi.Katanya lah.Padahal gerak pukul 8 pagi lebih.Huhu.Biasalah,kalau nak gerak pukul 8 kena bagi tahu lagi awal, sangat-sangat untuk orang macam housemate aku.Haha.


Ni masa berhenti dekat tengah lebuh raya.Mar tengah mamai masa ambil gambar ni.

Ok kami dah sampai.Lawatan kali ni dianjurkan oleh PCI (Perubatan Cawangan Iskandariah) dengan bayaran LE 35 (RM17.50).Budak-budak batch aku 10 orang je yang pergi.Tapi ramai juga yang pergi tiga buah bas kot.Huhu.Sampai sana dah nak zohor dah.Selama 5 tahun belajar dekat mesir,ni kali pertama aku p pesta buku ni.Alangkah ketinggalannya aku.Huhu.

Bayaran masuk LE 1 (RM 0.50)

Sebelum meneroka buku-buku haruslah diisi perutnya dulu ya.

Nas punya bekal.Aku bawa makaroni bakar je.Tak boleh lawan kerajinan Nas.

Besar sangat-sangat kawasan ni.Memang tak cukup untuk pusing satu hari.Nasihat aku,sila bawa hand luggage yang bertayar tu kalau anda memang berniat untuk beli buku.Nak patah tangan dan bahu aku memikul buku.


Model buku.Hehe

Tempat wajib diterjah adalah tempat jual buku terpakai.Hehe.Harga serendah dari LE 0.50 (RM 0.25) untuk sebiji buku.Untuk sebuah novel inggeris harga yang boleh dapat adalah LE 2.50 (RM 1.25).Semangat beli buku sampai tak sanggup p makan.Sayang laa kalau tak habis pusing.Haha.Budak-budak lain boleh p lepak dekat city star.Ohh kat sana ada Al-Baik.Teringat memori di Arab Saudi.




Alhamdulillah cuaca ok tak hujan,tak panas sangat.Sempat alas perut dengan kebab saja disebabkan aku sangat takut tak sempat nak habis pusing.

Lepas asar aku p satu tempat tu yang ada pameran buku,jadi tak boleh bawa masuk barang dekat dalam.Jadi kena tinggal barang.Sekali beg yang besar-besar pun tak boleh bawa masuk.Niat asal memang nak masuk lepas tinggalkan barang-barang.Tapi dah kali kedua kena tahan,akhirnya kami blah dan p pusing-pusing kawasan pameran tanpa buku-buku yang berat yang dibeli.Lega sangat.Membara kembali semangat nak beli buku.Kalau aku tahu awal-awal,kompem aku tinggal je buku dekat situ.Haha.



Dari bawah:

Alternative Therapies:LE 30 (RM 15)
Send Me No Flower:LE 5 (RM 2.50)
Working With Difficult People:LE 5 (RM 2.50)
Hepatitis B:LE 5 (RM 2.50)
The Book Of Massage:LE 40 (RM 20)
Betrayal Of Trust:LE 5 (RM 2.50)
The Bible,Quran and Science:LE 25 (Rm 12.25)
Getting To Yes:LE 5 (RM 2.50)
Guilty Pleasures:LE 5 (RM 2.50)
TAJ:LE 3 (RM 1.50)

Ada lagi aku beli 


Cake Decorating:LE 56 (RM 28)
محاذير محمد :LE 20 (RM 10)
Al Quran:LE 10 (RM 5)

Buku paling aku suka adalah cake decorating semestinya.Hehe.Semangat nak mencuba skill baru.Kenapa aku beli buku pasal bekas Perdana Menteri kita tu walau aku tak reti baca bahasa arab.Sebab semua orang arab mesir ni kenal Tun Dr Mahathir ok.Siap puji sebaik-baik manusia.Bangga ok.Mereka kenal Tun Dr Mahathir je sebagai perdana menteri mungkin sebab Tun Dr Mahathir pernah menjadi penasihat ekonomi mesir. 

Cuma pakcik kedai bawah rumah aku je yang kenal Tunku Abdul Rahman.Terkejut aku dia tanya pasal Tunku Abdul Rahman.Sebab sepanjang 5 tahun duduk sini semua orang tanya pasal Tun Dr Mahathir je.

Aku suka Al Quran warna merah tu.Hehe.Comel kan.

Buku yang Mar beli.Semua novel.Kecuali satu yang tengah tu.

Alhamdulillah selamat sampai sini dengan selamatnya,kerana gear bas rosak masa dalam perjalanan balik.Tak lena aku nak tidur.Bayangkanlah lalu lebuh raya dengan enjin bas yang sekejap-sekejap mati biasanya masa dekat selekoh.Tak boleh masuk gear rendah agaknya.Huhu.Siapa yang tidur lena memang aku tabik laa....

makaroni cheese bakar

Tekak aku buat hal nak makan cheese.Gemuklah aku nanti.Tapi kena makan juga sebab nanti terasa-rasa dekat lidah cheese tu.Mengalahkan orang mengandung.Haha.

Tapi aku dah jumpa orang jual cheese goreng celup tepung.Sedap sangat.Lepas ni kalau terasa nak makan boleh terus p beli nama dia جبنه مقليه kalau tak silap aku lah.Ada jual dekat kafe dentistry dengan harga LE 2.25 (RM 1.125).

Bahan-bahannya:

1 paket cheddar cheese dipotong kecil-kecil
450 gram daging cincang
300 gram makaroni
2 biji tomato dibuang biji dan dipotong dadu kecil-kecil
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1/2 biji bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
2 biji cili dikisar
2 biji putih telur
Minyak untuk menumis
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tomato puri
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam gula secukup rasa

Cara-caranya:

1)Rebus makaroni dengan ditambah sedikit minyak dan garam
2)Dalam periuk lain,tumis bawang,cili,bawang putih yang dikisar dan juga bawang yang dipotong dadu
3)Setelah naik bau,masukkan daging cincang.tumis sehingga hampir kering
4)Masukkan sos tomato,tomato puri,serbuk lada sulah,garam dan gula.
5)Masukkan tomato yang didadu dan akhir sekali masukkan oregano.

Kalau suka boleh masukkan sayur lain kedalam bahan tumis seperti cendawan dan sayur campur.
Tunggu sehingga hasil tumisan sejuk dan masukkan putih telur dan gaul rata.
Kemudian gaulkan makaroni yang direbus dengan bahan yang ditumis.

Aku tambahkan minyak sedikit dalam makaroni sebelum digaul.Kasi dia tak lekat-lekat.Hehe.

Sekarang jom buat sos putih.

Bahan-bahan:

3 sudu mentega
400 ml susu segar
3 sudu cheddar cheese dalam botol
2 biji telur kuning
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu garam

Cara-caranya:

1)Cairkan mentega
2)Kemudian masukkan tepung gandum.Kacau jangan kasi berketul-ketul
3)Masukkan susu segar dan kacau rata
4)Tutup api dapur,dan masukkan telur kuning,cheddar,serbuk lada sulah dan garam.

Sekarang mari menyiapkan makaroni:

Mula-mula oleskan minyak pada bekas yang digunakan untuk membakar makaroni
Kemudian masukkan makaroni yang telah digaul dengan bahan tumis
Kemudian ratakan sos putih diatas makaroni
Dan akhir sekali letakkan cheddar cheese yang dipotong kecil ke atas makaroni.
Bakar selama 1/2 jam dan boleh makan..

Walaupun rupamu tidak indah,tapi rasamu sangat sedap.'Tak cantik boleh tutup lampu'kata Ustaz Azhar.Haha

Thursday 26 January 2012

agar-agar kiwi

Semalam aku masak agar-agar kiwi sebagai jalan untuk menghilangkan tekanan.Ohh aku suka masak bila stress.Haha.

Bahan-bahannya:

Agar-agar:
1 paket agar-agar serbuk 10 gram
250 gram gula
1200 ml air

Adunan A
100 gram santan
100 gram susu segar

Adunan B
3 biji kiwi dikisar hancur

Cara-caranya:

Masakkan agar-agar dan gula dengan 1.2 liter air sehingga mendidih.
Jangan masukkan agar-agar dan gula bila air dah panas.Masukkan awal-awal ye.
Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian.
Satu bahangian ditambah dengan Adunan A dan kacau rata.
Satu bahagian lagi ditambah Adunan B Dan ditapis terlebih dahulu dan dikacau rata

Basahkan bekas dengan air.
Kemudian masukkan selapis demi selapis adunan tadi berselang seli.
Mulakan dari bahagian tepi kerana bahagian tepi lebih cepat keras dari bahagian tengah.



Dah siap.Kalau suka boleh masukkan pewarna hijau untuk nampak lebih cantik.
Pewarna hijau aku hilang ok.Jangan tanya kenapa.

Tilik tapak tangan.Anda percaya???


sesuatu yang tak boleh dilupakan dan dimaafkan

Huhu.Itulah status facebook aku.Emosi berkecamuk apabila hormon tidak berada di paras normal.

Nak melayan orang pun malas.Rasa macam nak marah orang.Nak lepas semua perasaan.Nilah yang aku tak suka bila tiba waktu bendera merah.Sedap memanglah boleh tidur sampai pagi.Takyah ambil wudhuk lak tu sejuk-sejuk ni.Tapi masalah kestabilan emosi sangat menggugat keharmonian rumah tangga.Haha.

Apabila diajukan soalan bilakah present assignment.Maaflah kawan,aku sangat berkecamuk hari ini.Terima kasih atas nasihat dan keprihatinan anda.Tapi saya tak ada masalah perhubungan dengan sesiapa.Saya ada masalah hormon tidak stabil.Hehe.

Tapi sekarang aku dah stabil.Huhu.P tidur selepas asar siapa suruh.Kerana itulah jadi emosi tunggang langgang.Huhu.

Aku ada buat benda ni dengan waktu lapang aku memandangkan cuti sempena revolusi mesir 25 Januari.

Nak cakap tipu macam sama.Banyak kali buat benda-benda macam ni,keputusan lebih kurang je.Tengok tengok dua kali ok dia ulang perkataan HONEST.Apakah maksudnya?Hehe.Saya memang jujur.Kalau saya curang dengan pakwe saya pun saya bagi tahu.Haha.Sila jangan percaya

Ni pula aku buat semalam.Dia cakap aku nak pergi mengembara?Umm macam tahu-tahu je.Ada juga plan nak pergi jalan-jalan.Tapi bukan UK ok.Dah ada membe tanya aku,aku nak p UK ke nanti cuti winter.Tidak.Pertanyaan anda silap tempat.Huhu.

Nak tanya soalan.

Korang percaya tak dekat tukang tilik yang guna tapak tangan tu?

Pengalaman aku:

SATU:

Aku ada kenal budak-budak sini yang tahu baca perangai orang melalui tapak tangan.Mereka panggil ikrob ehh.Aku pun tak pasti.Bila mereka baca tangan aku katanya 'Haha.Nanti ecah dapat suami baik sangat,tapi tak ensem'.Huh?Kurang asam gelugur punya orang.Tapi alhamdulillah,tak ensem tak apa.Asal baik.Ensem tapi tidak baik buat apa.Kan kan kan.

Gambar yang tiada kena mengena.Keluar makan-makan section 1 selepas periksa.

Lagi gambar yang tiada kena mengena.Masa hari sukan PCI (Perubatan Cawangan Iskandariah)

DUA:

Masa aku sekolah dulu ada seorang cikgu aku,dia pantang mengumpat dia terus je muncul depan mata.Walau masa aku mengumpat dia tu dia ada kat tangga blok lain,tengah-tengah aku cakap dia muncul depan aku dan cakap 'Hai aisyah,awak cakap pasal apa?'Walawei terkejut beruk aku ok.Lepas tu insaf,tak nak mengumpat dia dah.Haha.Bukan mengumpat pun,cakap-cakap je.Haha.Tapi orang cakap,cikgu tu pandai baca orang.Serius rindu dekat ciktu tu.Best dia mengajar.

Gambar semasa tingkatan lima.

TIGA:

Aku ada kenal seorang uncle ni.Aku kenal dia dekat tempat kerja aku.Dia ni buddha dan seorang vegetarian.Aku tak pasti dia ni sami ke apa.Huhu.Tapi dia ni pakai biasa-biasa je.Tauke aku kan cina,jadi dia selalu lepak-lepak dekat kedai aku.Dah tua dah uncle ni.

Dia pun pandai baca tapak tangan orang.Tapi mata dia dah tak berapa nampak dah.Dia siap boleh cakap lagi kisah-kisah silam aku.Sengal betul.Tapi dia baik.Terakhir aku jumpa dia balik tahun lepas.Masa tu dia nak belanja aku makan dekat ayamas tapi aku dah bayar jadi dia belanja aku roti gardenia.

Membe-membe masa kerja.

Kedai kami mengamalkan dasar kebebasan beragama.Kalau tauke aku 'sembahyang' kami pun hormat jelah.Waktu kami sembahyang,dia pun ok je.Tak ada nak menyoal banyak-banyak pun.Almaklumlah kalau perempuan sembahyang,nak ambil wudhuk satu,nak pakai baju sembahyang,nak boleh ke sembahyang,nak make up balik lepas tu.Lebih setengah jam setiap waktu.Huhu.

Kalau bulan puasa,semua orang kan puasa kecuali tauke aku.Kalau stok sampai,memang serius penat ok.Tapi tauke aku dia akan stay up malam tu sudahkan stok-stok tu semua sorang-sorang agar kami tak perlu buat kerja stok esok sebab kami puasa.Kalau aku mengaji lepas sembahyang tu,katakan ada pelanggan, tak ada pun tauke aku nak suruh berhenti p layan pelanggan.Dia sendiri akan bangun p layan pelanggan.Huhu.

Masa ni berat aku 58 kilo.Masa aku balik cuti tahun dua.Kali terakhir kerja.Lepas tu dah malas.

Tapi bukan semua tauke macam tu.Ada yang tak bagi sembahyang.Siap nak ugut tak boleh keluar rehat kalau pergi sembahyang.Nak potong gaji dan macam-macam.Yang macam ni memang aku bersuaralah.Tapi ni terjadi dekat cawangan lain.Bukan aku punya cawangan.Ada juga tauke yang bela anjing dalam stor.Aku pernah kerja dekat kedai sebelum tu, dia bela anjing besar dari aku ok dalam stor.Dengan air kencing anjing merata-rata.Tiap kali nak sembahyang kena samak ok.Pertama kali kena air kencing anjing,menangis kot aku.Benda kita tak biasa kot.Stress gila.Tak sampai dua minggu kerja aku berhenti.Dah lah gaji murah.Huhu.

Tauke aku nak kahwin dengan orang melayu dan dia akan masuk Islam.Tapi dia nak kahwin dengan orang melayu.Haha.Siapa-siapa yang berminat boleh cuba.

Terima kasih dekat pakcik yang kasi aku cheese cake ni.Terima kasih sekali lagi dekat pakcik yang telefon aku tadi.Haha.Kantoi aku menangis.Huhu.Jangan ditanya saya akan masalah saya,sebab tak akan berkongsi masalah saya dengan sesiapa pun.Pandai makan pandai simpan,pandai buat pandai tanggung.Tapi sebenarnya saya tak ada masalah.Sekian terima kasih

Ohh saya ada masalah:

Masalah saya siapa nak kasi saya 300 genih (Rm 150)untuk dihabiskan dekat book fair hari jumaat ni?Haha.Adakah ini satu bentuk masalah???

Wednesday 25 January 2012

selamat hari ulang tahun revolusi pertama rakyat mesir

Selamat hari ulang tahun pertama warga Mesir.Semoga Mesir lebih aman dan maju selepas pilihan raya bulan mac nanti.

Gambar dari google


Rentetan peristiwa kebangkitan rakyat mesir menentang korupsi dan menggulingkan presiden mereka Mubarak,kami semua di bawa pulang ke Malaysia.Keadaan yang tidak terkawal di tahrir dan liputan media kadaang-kadang lebih banyak 'cerita' dari realiti menggesa kerajaan malaysia membawa pulang semua warganegaranya.

Aku tidak ingat tarikh dan rentetan peristiwa ini.Kerana pada waktu itu aku tengah sibuk pulun subjek SURGERY kerana periksa akhir semester semakin mengejar aku.Rusuhan bermula pada 25 Januari 2011.Aku pada masa itu tidak terasa akan marabahaya kerana mereka keluar berdemo dengan aman.Buat makluman semua,pusat mereka berkumpul hanyalah 5 minit jalan kaki dari rumah aku.Dan kawasan rumah aku adalah kawasan panas bagi iskandariah (alexandria).Tapi tidak sepanas kawasan rumah membe aku yang satu bangunan dengan pusat ikhwan muslimin(IM).

Gambar dari balkoni rumah aku


Selepas mendapat perutusan dari Perubatan Iskandariah dan Pegawai Mara Timur Tengah,Ustaz Ishak aku dan Mar pergi membeli barang-barang rumah untuk dibuat stok jika keadaan semakin meruncing.Dan jika keadaan bertambah darurat.Pada masa itu perintah berkurung telah dikeluarkan.Hanya dibenarkan keluar pada waktu siang bermula jam berapa aku lupa sehingga sebelum maghrib.Apa yang aku ingat pada hari itu aku sepatutnya ada study group.Adakah ia hari jumaat atau hari cuti sempena hari polis.

Aku dengan Mar dengan konfidennya telah menahan teksi dan cakap dekat pakcik teksi saya mahu ke carrefour.Pakcik teksi tu cakap carrefour telah dibom dan menyuruh kami ke Fatallah.Huhu.Jenuh juga pakcik teksi tu nak terangkan pada kami perkataan dibom tu.Almaklum aku punya kamus arab sangatlah nipis.Tapi aku tak pasti adakah ia dibom atau dibakar.

Asap dari balai polis yang dibakar dari balkoni rumah aku.


Masya Allah sesak di fatallah hanya Tuhan yang tahu.Kami perlu menunggu giliran untuk masuk ke fatallah.Setelah siap membeli,dan mengeluarkan duit dari bank(aku ada cash dekat tangan 20 ribu egyptian pund masa tu kalau-kalau nak pecut balik malaysia senang),satu lagi dugaan menimpa.Alhamdulillah ada membe yang tolong angkat barang dari fatallah ke teksi dan ke rumah.Alhamdulillah walau pun asal-asal aku jual mahal.Haha.Jual harus dengan harga mahalkan.

Teksi semua tak mahu ke tempat aku,azarita.Kawasan panas kan.Dengan beras 10 kilo dan barang-barang lain.Ya Allah.Berusung kami dari kawasan fatallah ke stesen trum (keretapi).Tiada teksi yang mahu mengambil kami.Kami naik trum tapi dugaan kedua.Trum hanya berhenti separuh jalan iaitu 3 stesen dari kawasan rumah kami.Ya Allah macam mana nak usung semua barang-barang ni.

Gambar dari siapa aku lupa.

Tahan punya tahan teksi,ada satu teksi yang sanggup hantar sampai azarita iaitu rumah kami.Tapi hanya ada satu tempat kosong.Jadi aku suruh kawan aku yang tolong angkat barang tu naik teksi dengan barang-barang dan kami jalan kaki.Tapi yang cuaknya,pakcik teksi tu pegang pisau.Bukan main laju kami jalan balik rumah nak p angkut barang.

Terserempak adik-adik pergigian nak p bank tengah-tengah rusuhan.Aku cakap 'Nanti p sekali dengan akak.Akak ada kawan lelaki.Nanti minta dia temankan'Sampai dekat rumah aku,kawan aku yang naik teksi tak sampai lagi.Ya Allah mana budak ni pergi.Telefon pula tak dapat.Dalam hati duk doa janganlah jadi apa-apa yang tidak sepatutnya.Kalau jadi apa-apa aku nak buat apa.Nombor plat teksi tadi pun aku tak ambil.Ya Allah peliharalah dia.Cuak-cuak.Dah 15 minit tunggu tak nampak-nampak batang hidung kawan aku tu......

bersambung............


Perhimpunan di tahrir hari ini:




Gambar dari ahramonline .

Tuesday 24 January 2012

kanser dan Allah

Kelas pukul 9 pagi,pukul 9 pagi baru nak mandi.Hah.Bagus gila.Amalkan selalu nanti kau dah kerja baru tahu susah bila dah jadi tabiat.Sekali sampai-sampai prof dah masuk.Nasib baik prof ok je.Kalau kena halau dengan prof,panas hati tapi tak sedar silap sendiri.Kan kan.

Bukan tentang kelambatan aku yang aku nak ceritakan sekarang.Tapi tentang kanser dan kewujudan Allah SWT.

Sebagaimana kita yakin akan kewujudan Allah seperti itulah kita kena yakin tentang kewujudan metastasis of cancer.

Allah itu wujud dan kita yakin kewujudan Allah walau kita tak nak nampak atau nampak Allah itu.Ha ada orang nampak Allah ke?Huhu.Kita tetap beribadat kepada Allah walau tidak pernah melihat Allah.

Kita nampak kewujudan Allah dengan mata hati bukan dengan lubang mata.Dengan memerhatikan kewujudan kita,kewujudan siang malam yang silih berganti,kewujudan alam semesta.Langit-langit yang tidak bertiang.Lubang hidung yang menghala ke bawah.Huhu.Nak juga.





Begitulah yang Allah firman dalam Al-Quran.Ni adalah contoh yang prof aku bagi dekat kami tadi.

Point prof:
Hendaklah kamu fikir bahawa metastasis itu ada walau kamu tidak nampak kewujudannya.Walau dengan CT scan,X Ray,MRI atau segala bentuk investigation adalah negatif,kamu kena yakin setiap kanser telah disertakan dengan metastasis seperti kamu yakin kewujudan Allah walau kamu tidak nampak Allah.Kamu tetap sembahyang tetap puasa dan melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Ok tu je aku nak cakap.Hehe.



Dalam kehidupan,selagi kita tidak percaya kepada kuasa yang lebih kuat daripada kita,kita akan hilang punca.Kepada Allah tempat kembali segalanya.

Monday 23 January 2012

Hukum pelaburan emas

Ada kawan tanya aku apa hukum pelaburan emas.Haha.Macam aku ni pakarkan.Jadi sebagai orang tidak tahu haruslah bertanya agar tak jadi penyebar ajaran sesat.Kita membantu apa yang termampu.

Soalan:Apakah hukum pelaburan emas?


Untuk menjawab haruslah aku bertanya yang pakar.Untuk bertanya kenalah tahu secara terperinci bentuk pelaburan tu dan pelaburan yang macam mana.

Kawan aku cakap pelaburan dia macam saham kot.Kita tak kan dapat emas tu,cuma kita melabur je.Bila harga tinggi kita jual lepas tu kita akan dapat untung.Almaklumlah harga emas berbeza hari-hari kot.

Contoh:Harga emas pada 21 Januari 2012

Harga emas pada 24 Januari 2012

Ni harga aku banding ni harga dinar.Kesimpulannya harga dia memang naik setiap hari kan.(Kenapa masa aku beli hari tu mahal.Asal aku ada dekat mesir je harga emas jatuh,bila aku balik malaysia je harga naik.Dengki eyy???)

Jadi sesi minta pencerahan:


Soalan aku:
as salam.Nak tanya kalau abg XXXXX tak keberatan menjawab.kalau kita terlibat dengan investment emas macam mana hukum dia?kita hanya beli emas pada teorinya dan tak dapat pun barangnya.kira akad dia macam mana?apa hukum jual beli macam tu?dan apa hukum investment ni.dibolehkan atau ada keraguan?Maaf dah tak tahu nak tanya siapa.mohon pencerahan.tq

Jawapan pencerahan:
wsalam wbt.pelaburan syarikat mana yang enti sedang kaji sekarang?

(Aku tengah kaji pelaburan emas?Haha.Kayanya aku.Hakhak.Aku tengah kaji pelaburan hartanah sekarang.Terpengaruh dengan abang ensem dan sekutu-sekutunya.Huhu)


Soalan aku:
bukan saya.kawan.saya tak pasti syarikat mana.tapi mcm broker emas.(Nama syarikat dirahsiakan)


Jawapan pencerahan:
Sekarang ni banyak syarikat yang tawarkan pelaburan-pelaburan emas,pelaburan di lombong emas dan akaun-akaun emas maya.International company pun banyak dah buka peluang untuk investment,begitu juga dengan bank-bank di malaysia seperti maybank cimb dll.pada asas utk kefahaman tentang emas ni satu ja kita bayar,kita dapat emas selain dari tu tidak dibolehkan apatah lagi kalau pelaburan2 maya(hatta bank sekalipun) atau syarikat2 lombong emas yg kebanyakannya SCAM(tipu) seperti Virgin Gold mine company,dll.kita bayar untuk emas,maka kita wajib dapat emas secara fizikal.

rukun jual beli ada penjual,barang yang dijual,pembeli,nilai tukaran(duit atau lain2 yang sewaktu) dan akad

kalau beli emas,tapi emas tak ada rukun dah tak sempurna,maka hukumnya tak ada jual beli/haram jual beli tersebut


ana terangkan apa yang ana tahu,kalau yang tak ana tahu,ana tanyakan pada yang lebih tau insyaAllah.

cuba elakkan diri dari pelaburan yg belum jelas ni:).

-TAMAT-

Ok,terima kasih kepada senior yang memberi penerangan.Dah lah aku kacau dia pagi-pagi buta kot.Ke malam-malam kelabu.Haha.Aku copy paste setiap jawapan senior tanpa edit ye.Jadi segala singkatan yang digunakan harap dimaafkan.Huhu.

Jadi begitulah penerangan sedikit sebanyak.Kalau anda mempunyai persoalan,aku cuba membantu dengan bertanya pada yang pakar.

Dalam keghairahan kita mengejar harta kekayaan dunia,janganlah melibatkan diri dengan riba dan perkara-perkara syubhat.Carilah keberkatan dalam kehidupan.Rezeki Allah itu luas.



Hadis Keenam belas :


ZAMAN DI MANA ORANG TIDAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
H.R. NASAK (nun..sim..alif.hamzah)


Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar-mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin kekayaan. mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.


Hadis Ketujuh belas :


HARTA RIBA WUJUD DI MERATA TEMPAT
H.R. IBNU MAJAH



Hadis sabdaan Rasulullah SAW ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.Boleh dikatakan 9 dari 10 orang dari kita terlibat dengan riba.Pinjaman pelajaran,pinjaman kereta,pinjaman kahwin dan pelbagai lagi.Allah.Allah.Sungguh dunia menghampiri akhir zaman.


KFC


Jom kfc....

Sunday 22 January 2012

kek lumut

Seperti yang dijanjikan,hari ni aku nak kasi resepi kek lumut.



Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum diayak
1 cawan horlicks diayak
200 gram butter tanpa garam(Resepi asal 250 gram butter,sebab aku nak jimat jadi aku guna 200 gram dengan ugutan nak pakai minyak dekat makcik Mar sebab sayang butter aku.Haha..Ingat Mar, sponser butter.Kahkah)
1/2 cawan gula halus (Resepi asal 3/4 cawan.Kalau suka manis boleh lebihkan.Aku kurangkan gula sebab aku guna horlicks 3 in 1.Huhu.Habis aku punya stok.)
4 biji telur
4 sudu kaya
1/5 cawan susu pekat (Resepi asal 1/4 cawan susu pekat)
1 paket esen vanilla (Baru teringat lupa nak masukkan semalam)
Pewarna hijau

Cara-caranya:

1)Putarkan butter dengan gula sehingga menjadi berkrim.(Aku potong kecil-kecil batter tu sebelum putarkan sebab baru keluar dari peti ais)
2)Masukkan telur dan putar sehingga kembang.
3)Masukkan susu pekat dan kaya dan putarkan.
4)Masukkan tepung gandum dan horlicks.
5)Dan akhir sekali masukkan esen vanilla dan pewarna.
6)Masukkan dalam loyang dan kukus lebih kurang selama 2 jam.


Tragedi gila aku kukus kek ni semalam.Tiba-tiba je pewarna hijau aku hilang.Huhu.Aku campurkan pewarna merah dengan biru untuk menghasilkan ungu.Tiba-tiba bila kukus jadi warna hijau cam gambar tu.Terkejut aku.Magik apa kek ni.Haha.Memang sebijik macam lumut ok.

Kek aku ni dah cukup manis dah.Kalau korang tambah manis lagi tak tahulah.Dan aku akan tuntut butter aku dengan makcik Mar.Haha.Ni pun makcik mar suruh buat lagi sekali kek ni,tapi apakan daya kaya dah habis ye.Stok dari Malaysia tu.

Nak lebih cantik kena pakai bekas macam ni

Gambar ehsan google

Siapa nak belikan aku bekas ni?Haha.Boleh aku tambah koleksi

Ada orang nak belikan aku cutter ni tapi aku kesian nak pau dia aku cakap tak payahlah.Huhu.Sekarang?MENYESAL.Hakhak.

Saturday 21 January 2012

skirt merah dan cerita hari khamis

Aku baru je cuba menggayakan skirt merah aku tu.Baru tahu pinggang dia longgar.Opss..Apakah maknanya itu?Adakah aku dah kurus?Ya tepat sekali.Sekarang berat aku dah 54 kilo dah.Ye 54 kilo.Hehe.Dah tak nak turun dah.Nak berat macam ni je.

Mencapak tak?Masalahnya tak ada baju nak pakai dengan skirt ni.Huhu.Kalau aku pakai baju yang dipakai di atas,haha.Tak payah laa.Seksa sangat.Haha.Skirt ni besar,longgar.Tolong kecikkan boleh?

Ohh ella aku tak pulangkan lagi skirt kau.Nak pulangkan dah lama.Tapi tak sedaplah nak pulangkan dengan tangan kosong.Haha.Gedik.

Makanan sepanjang cuti nak periksa hari tu.Cuti 3 hari je tu.Kalau seminggu.Entahlah labu,labi tak tahu.


Kalau mak aku tengok ni,kompem memebebel ni.Huhu.Memang ketagih r benda ni.Campur malas lagi memang benda ni benda paling senang nak kunyah.Lagi satu dengan air kopi.Huh.Sedap.Boleh capai 10 gelas sehari aku minum.Sekali,tiap-tiap malam tak boleh tidur.Huhu.Jangan bahayakan kesihatan anda.

Hari khamis tu aku p dating dekat central point.Teman orang shoping,aku tak adanya nak shoping.Bukan sekaranglah waktunya.Nanti dah reda-reda baru aku shoping.

P makan dekat cafe supreme.Lagi?Food court penuh kot.Malam minggukan.

Ya aku makan benda ni saja.Sebab ingat lepas tu nak p makan nasi.Yelah nama pun puasa kan.Kompem cari nasi juga.Sekali tak jadi.Huhu.Harga?Entah bukan aku bayar jadi aku tak tahu.Haha.

Muka kegembiraan.Asal gelak je mata pejam.Entah apa pun entah.

Aku p dating dengan siapa eh?Adalah rahsia.Hahaha....

Aku beli mangkuk baru.Yeay kalau masak benda berkuah dah ada bekas nak letak.Yeay.

Ni perasmian bekas baru dengan mee udang yang aku masak tadi.Ni makcik mar mengidam lagi.Sanggup cairkan santan dan basuh bekas demi untuk menjayakan aku masak mee udang.Haha.

Opss lupa nak tanya orang bayar bil dekat carefour kena bayar balik ke tak?Haha...


Aku nak beritahu aku buat kek lumut.Nanti rajin aku letak resepi ye.Haha.Sedap..Percayalah..