nuffnang ads

Monday 28 November 2011

kek batik

Semalam aku buat kek batik ni pukul 3.30 pagi kot.Tak ada kerje ehh?Huhuhu...Ni namanya kerje lebih masa.

Bahan-bahan:

150 gram butter
3 biji telur
2 paket milo 3 in 1
4 sudu serbuk koko
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan air panas
Esen vanilla
1 bungkus biskut marie

Cara-cara:

Cairkan butter dalam periuk
Dalam bekas lain gaulkan telur,susu,serbuk koko,milo,air panas dan esen vanilla
Kemudian masukkan bahan yang telah disatukan ke dalam periuk berisi butter
Kacau sehingga pekat dengan api kecil
Susun biskut marie di dalam bekas mengikut kreativiti anda.
Tuangkan adunan ke dalam bekas.
Mampatkan dan masukkan ke dalam peti sejuk.

*Sebaiknya bekas dialas dengan aluminium foil untuk memudahkan proses mengeluarkan kek dari bekas.


hari ini election kat egypt tapi tak cuti pun.....

Hari ni 28 November 2011 ada election dekat Egypt.Semangat ingatkan cuti.Apahal kau nak cuti bukan kau kena p mengundi pun??Huhuhu...Tapi logiknya kenalah cutikan.Sebab kami je yang tak cuti.Budak-budak arab lain semua cuti nak kena p mengundi kot.Kau bukan warganegara mesir ok.

Suasana aman je sepanjang hari ni dekat kawasan rumah aku dan sepanjang pergi dan balik ke Hospital Nariman.Seawal jam 8 pagi dah ramai warga iskandariah ni beratur dekat tempat mengundi.Awal?Awal lah kot sejuk lagi time tu.




Ni antara kertas-kertas yang aku dapat semasa dalam perjalanan balik dari Hospital Nariman.Diaorang main campak je dalam teksi kami.Ada yang kena campak balik dengan pakcik teksi.Mungkin sebab pakcik tu anti parti-parti berikut.Huhuhu..Ada je pakcik-pakcik yang tanya aku pilih parti mana.Macamlah aku boleh p mengundi pakcik oiii.Demi menjaga keselamatan diri sendiri aku menjawab 'mishfahma'.Maka perbualan itu mati di situ sahaja.

Antara simbol-simbol yang digunakan oleh parti yang bertanding sebagai pengenalan ialah berus gigi,pembaris,lender dan lain-lain.Sekali rasa macam nak gelak.Tak boleh ke kreatif sikit?TAPI UNIK kan???klik sini untuk lihat simbol...

Semangat mereka keluar mengundi walaupun hari hujan..Semangat untuk kembalikan hak mereka.Semangat mereka yang menggentarkan jiwa-jiwa musuh yang mahu melihat Islam jatuh.


Tiada keuzuran yang mampu menghalang mereka menunaikan tanggungjawab.

Aku tertarik dengan gambar ni.Adakah di Malaysia menggunakan dakwat hitam macam ni untuk pilihan raya akan datang?Semua hanya mampu dijawab SPR.


Gambar diambil dari klik sini untuk lebih gambar.

Proses mengundi ini dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula hari ini sehingga bulan Mac nanti.Mari bersama-sama mendoakan yang terbaik untuk warga Mesir dan umat Islam di Mesir khususnya.Semoga kemenangan berpihak kepada yang berhak.klik sini untuk mengetahui proses pemilihan kerajaan di mesir.Susah nak faham?Aku pun tak faham.Aku pun tak mengikuti sangat perkembangan politik mesir ni.Semoga keamanan tidak tergugat selepas pilihan raya ni.


Wednesday 23 November 2011

argghhh tensi tensi

Apakah yang dapat menggambarkan perasaan bila sesuatu yang diharap-harapkan tidak menjadi????Rasa macam nak panggang buat kebab je tau tak????

Sakit hati sakit sekali melihat engkau banyak songeh dengan aku.Sungguh ku terkilan apabila kek yang aku puja tercurah air laut..Masin gila....

ANTI cheese cake boleh tak?Dah banyak kali try buat tapi tak perfect-perfect.Masa 1st time buat je jadi lepas tu hampeh.Ni kali ke empat aku buat kek ni.2 kali buat masa 2 tahun lepas.Semalam buat sekali.Semua dah ok.Cheese dah gebu rasa dah cukup.Sekali periuk plak buat hal bocor.Habis semua cheese mengalir keluar mencurah-curah ke dalam oven dan menjadi kerak cheese.BOLEH???

Hari ini plak periuk ok,cheese plak buat hal!!!Korang pakat-pakat sabotaj aku ehh?Aku rasa aku lagi lebihkan gula hari ni berbanding semalam.Apa kes plak lebih masin ni.Nasib baik ada si Luke yang suka makan cheese walaupun aku anti kucing.

Apalahlah nasib ohh Tuhan..Adakah aku akan puasa dari buat kek?Atau esok aku akan p beli cheese lagi dan buat lagi sampai jadi?Aku dah guna banyak jenis resepi orang semua ade je kurangnya.Aku kena buat pakai resepi aku sendiri ni.Tunggulah aku ada mood untuk merekacipta.....

Ni cheese air laut


Mood tidur dalam kefrustsan.......................


SETELAH



kehabisan................................................................stok.....................................................


kerepek pisang........





untuk kunyahan

Sunday 20 November 2011

kesian kau sambut 1st anniversary kawen sorang2

Selamat hari ulang tahun perkahwinan yang PERTAMA ye PUAN Mar.Bertuahkan kau ada aku tolong temankan kau sambut anniversary kau.Kesian membe aku ni sorang kena beli kek sorang-sorang sambut sorang-sorang tapi makan je berJEMAAH dengan aku.Hehe.Hamid kau ambik rasa tengok gambar je la.Hahaha......Mar cakap "Yes,dah setahun" Apakah maksudnya tu?Mengungkapkan kata-kata tersebut sambil tersenyum simpul.KAHKAHKAH....Mendalam tu maksudnya....



Kepada Mar & Hamid,semoga dapat anak cepat-cepat kembar 4 ehh Mar.Mati kena marah dengan Mar nanti. "Kau nak jaga ke Ecah oi duk doa aku beranak ramai-ramai.Sekali masuk U sekali gus mati aku"
Sekarang..Bukan sekarang act dah lama cakap dah.Bayangkan Mar merenjut atau menghayun atau meronggeh atau menghonggeh buai empat-empat sekali gus.Duduk kat tengah-tengah tu dengan kaki tangan semua dalam buai tengah menghonggeh buai.Hahaha.....Kau Ecah bahagian wak jahat ke orang nombor satu dari depan.

Kedai Mar beli kek.Sebenarnya nak beli dekat Costa Coffee.Tapi lupa plak sedang direnovatekan.

So

Beli dekat..........




1st time masuk kedai ni.Tak duduk situ pun.Angkut balik rumah.Dah pukul 10 malam kot nak lepak-lepak cafe lagi.Tak kanlah kot.Tu pun dah dekat pukul 11 baru sampai rumah.


DAN

Hasil tangkapan aku dekat carefour malam ini pada tarikh 20.11.2011 



Dan tiba-tiba ada mood nak beli periuk belanga.Sampai tak selera nak beli baju kain.Apakah yang melanda ni???Mula-mula survey dekat Home.Semua aku berkenan.Barang-barang dekat Home lawa-lawa kot.Kot ke?Pastu p masuk carefour.Dan borong dan borong lagi.Habis berterbangan not-not bermakna yang masih panas dari CIB ATM.Apa nak jadi la dengan ATM ABC asyik-asyik TEMPORARY OUT OF SERVICE.Memang OUT masuk tong sampah pun service kau.Tengok-tengok dah melalut......

Friday 18 November 2011

kek span cheese

Semalam aku main masak-masak dengan Niza.Hehe..Menuntut ilimu dengan tok guru kena sopan ye.Tak boleh memekak macam aku masuk dapur dengan Mar.Hehehe.

Bahan-bahannya:

Bahan A:
1 bungkus cheddar cheese dipotong kecil
100 gram butter
200 ml susu segar
6 biji telur gred A bahagian kuning sahaja



Bahan B:
6 biji telur grad A bahagian putih telur
125 gram gula pasir

Bahan C:
100 gram tepung gandum diayak
1 bungkus esen vanilla

Cara-caranya:

Panaskan susu dan cheese di atas dapur dengan api kecil sehingga cheese cair.
Kemudian masukkan butter dan kacau rata.
Sejukkan bahan yang dipanaskan.
Pukul kuning telur dan campurkan dengan bahan yang telah disejukkan tadi.
Kemudian masukkan bahan C.Gaul dengan cara balik-balikkan secara perlahan-lahan.Jangan menggunakan mixer untuk mengelakkan pembantutkan pengembangan bahan.(Apa ke susah sangat bahasa ni.Kalau ambik SPM sekarang ni kompem LULUS je)

Dalam bekas lain pukul bahan B sehingga kembang dan melekat pada bekas.Kalau terbalikkan bekas tak jatuh ye.Jangan ketuk kalau jatuh nasiblah.



Kemudian satukan bahan A,B dan C.Kacau rata dengan cara balik-balikkan perlahan-lahan.

Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit
Kemudian bakar pada suhu 140 darjah celcius selama 40 minit
Setelah masak biarkan kek menyejuk dalam oven (dengan api yang telah dimatikan) selama satu jam.
(Orang cakap kita balikkan kek masa sejukkan kek tu sebab tak nak kasi kek tu mendap dan ia menyejuk dengan tarikan graviti.Tapi aku tak buat pun SEBAB aku telah berada di alam mimpi waktu itu.)



Cerewet tak?Cerewet sangat.Hanya orang-orang yang penyabar sahaja boleh melakukannya.Ni pun tak cukup jadinya.SEBAB.....Berapa banyak sebab daaa......KERANA penyukat yang jual kat sini tipu.Macam mana nak jadi.Kami main agak-agak je kot.Sedih tau sedih...........




mee udang

Kenapa aku kena masak tiap kali kau ngidam Mar weh..Tak aci...Kek aku mana?Cepat lar buat nak masuk besday yang ke 22 dah ni.Kau kan dah menuntut banyak ilmu.Hakhak...


Cakap buat mee udang kenapa gambar cookies?Ohh ni cookies Farah buat pagi tadi.Bestkan duk serumah dengan semua yang pandai masak.Macam-macam boleh makan.Hehehe.Sedap.Ada kacang yang banyak dan aku boleh makan banyak-banyak sebab Mar tak suka kacang.Hehehe.Nak resepi?Kena tanya Farah ye.........


Bahan-bahannya:

1paket spagheti direbus (masukkan sedikit minyak dan garam)
1 labu bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 senduk lada kisar
2 sudu serbuk kari
1/2 paket serbuk santan segera dibancuh dahulu
1/4 kilo udang yang telah dibuang kepala kaki & janggut  & kulit
Kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih
Garam gula secukup rasa
3 biji telur direbus
Sawi yang telah dipotong dan dicelur
Cili merah dimayang (tak ada merah hijau pun boleh)

Cara-caranya:

Goreng cengkih,bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau
Masukkan bawang dan lada yang telah dikisar.Tumis sehingga naik bau
Masukkan serbuk kari,udang,santan dan garam gula secukup rasa
Dalam periuk lain rebus kaki,kepala,janggut dan kulit udang untuk mendapatkan airnya
Untuk mendapat air rebusan yang lebih pekat,mesin bahan-bahan rebusan tadi dan tapis airnya
Masukkan air udang.Tunggu sehingga kuah pekat.Dan boleh dimakan.
Hidangkan dengan telur rebus,sawi,cili yang dimayang dan bawang goreng.



Sunday 13 November 2011

nasi dagang



Bahan-bahan nasi:

3 pot beras mesir (Haha....Nasib korang lah.Kalau tak ada pakai beras biasa)
2 pot beras pulut
2 pot beras siam
2 paket santan segera (Bancuhkan pekat)
1 inci halia dimayang
1 labu bawang merah dimayang. (Kalau tak ada bawang merah contohnya kat mesir ni,guna je bawang besar saiz kecil-kecil)
1 sudu halba
1 cawan air panas

Susah tak?Hahaha...Aku main campur-campur je.Sebab kalau pakai beras mesir je tak sedap dan tak lawa.Beras mesir bulat-bulat tak panjang-panjang.Beras siam panjang-panjang.Huhu...

Cara-cara:

1)Rendam beras selama 6 jam.Basuhlah beras dulu sebelum rendam.
2)Kukus beras sampai masak lebih kurang sejam setengah dengan api sederhana.
3)Setelah masak gaul beras tadi dengan secawan air panas.Biarkan dalam 5 minit
4)Setelah rata,gaul beras dengan santan tadi,halba,bawang,halia,garam dan gula secukup rasa
5)Kukus sekali lagi beras tadi sampai masak



Bahan-bahan kuah:

2 labu bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
1 inci halia kisar
1 senduk lada kisar
Minyak untuk menumis
1/2 gula melaka (Aku pakai nisan ye.Bukan gula melaka.Tak reti masak pakai gula melaka.)

1 1/2 paket santan segera
3/4 pek rempah kampung
Garam gula secukup rasa
1 ekor ikan tongkol direbus dahulu dengan asam keping dan garam

Cara-caranya:

1)Tumiskan bahan-bahan kisar (bawang,halia,lada) sampai naik bau
2)Tambahkan air,masukkan gula melaka,santan,garam,gula,rempah
3)Tunggu sehingga pekat(1/2 dari asal) dan mendidih.
4)Masukkan ikan dan tunggu sehingga rasanya enak di lidah.Huahua.....



Saturday 12 November 2011

3 in 1

Gambar ehsan google

Ok ecah sila minum banyak-banyak.Semua 3 dalam 1.Milo segera kopi segera horlicks segera.Segera baca buku cepat!!!!


Exam mood

Tuesday 8 November 2011

Happy Eid Mubarak 1432

Dah nak habis raya baru nak buat entry ni.Huhuhu.SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua yang beragama Islam.

Tahun ni rumah aku buat rumah terbuka untuk jemputan khas.Tahun lepas aku raya haji sorang-sorang kot kat rumah.Housemate aku semua balik malaysia masa tu.Sorang tu balik kahwin sorang lagi balik abang dia kawin.Aku je masak rendang sorang-sorang kat rumah masa tu.Sedih korang tau??????

Menu tahun ni nasi himpit kuah kacang , begedil ni yang aku buatlah.Yang Mar buat lagi sodap...Mar masak soto dengan sate daging unta dengan rendang ayam.




Cadangan asal tak nak ajak ramai pun.Sebab tu tak beli banyak lauk pun tetiba plak bila dah bilang-bilang dekat 30 orang.Nasiblah korang kalau tak cukup.Risau den.Tapi alhamdulillah semua dapat makan walau tak seberapa.

Mana nak cari orang buat rumah terbuka hidang angkat periuk berkerak?Rumah aku je ada tau.
Cedok korang jangan tak cedok.







Yang gambar atas tu semua sesi siang.Yang ni je sesat sesi malam.Huhu.Kamikan fleksibel semua mungkin.

Bila dah habis serang yang tinggal hanya bekas kosong untuk disental ok.Lain kali kalau nak buat rumah terbuka sila sediakan pinggang ye ecah dan silalah behave sket takkan angkat lauk pauk dengan periuk belanga berkerak kot.(tunggu aku kaya nanti aku beli tefal gitu.)

Kepada yang datang tu terima kasih diucapkan kerana sudi memenuhkan tembolok di rumah aku.Thanks korang.Kepada yang tak dijemput tu,aku minta maaf banyak-banyak.Kalau ada rezeki lebih nanti kami ajak korang datang lagi.Tak bajet pun nak buat besar-besar.Cadangan asal tak sampai 10 orang pun yang dijemput,tapi Alhamdulillah ada rezeki korang boleh jemput lebih sikit.

Ayuh ke seminar kembali.

Neil Sedaka - You Mean Everything To Me


Monday 7 November 2011

begedil

Oleh kerana aku bergedik nak buat begedil,housemate aku terPAKSA RELA buat soto.Hahaha...


Bahan-bahannya:

1/4 kg daging lembu hancur ke cincang ke kisar ke
4 biji kentang sederhana saiz
bawang goreng diramas-ramas atau dihancurkan
daun sup dicincang (Aku silap beli daun apa entah.Kat sini ada 3 jenis daun yang serupa daun sup.Tapi sedap je aku masuk dalam tu.Hahaha.)
serbuk lada hitam
garam secukup rasa
telur

Cara-caranya:

1)Potong kentang  bentuk wedge.Selepas tu goreng sampai masak.Jangan hangit.Hehe..Dan lenyek kentang yang telah masak.
2)Dalam kuali lain goreng daging tadi tanpa minyak.Apa istilah eh orang pakai?Goreng sehingga kering airnya.
3)Setelah semuanya sejuk,campurkan daging,kentang,daun sup,bawang goreng,serbuk lada hitam dan garam.Gaul sebati.
4)Bulat-bulatkan bahan tersebut.
5)Celup telur dan goreng




kuah kacang nasi himpit

Untuk nasi sila beli yang segera kerana kami amat sibuk untuk membuatnya sendiri.Kami buat juga nasi ni sendiri tapi dah last-last lah sebab yang segera siap masak ni tak cukup.

bahan-bahan:

bawang besar 3 labu
bawang putih 2 ulas
lada kisar 1 senduk
kacang tanah 11/2 cawan dikisar
nisang 1 kpg
air asam jawa 1 cawan(asam jawa anggaran saiz sebesar bola pingpong)
belacan 1/2 inci
santan 11/2 cawan
minyak untuk menumis 1 cawan
daging 1/2 kg dipotong kiub&direbus dahulu
garam secukup rasa

cara-cara:

panaskan kuali besar
panaskan minyak
tumis bawang besar,bawang putih hingga kekuningan
masuk kan cili boh & nisan
kacau selama 10 minit
masukkan sedikit air
kacau sehingga kering
masukkan kacang & kacau
masukkan air sebanyak 2 liter,daging,belacan
masak sehingga pekat.kacau selalu agar xberketul
rasa kesedapan kuah...

Periuk pun berkarat dah.Tak tau lah umur periuk ni.Ni pun ehsan tuan rumah aku.Huhuhu...

Balik dari seminar ibadah pesakit hari first tu terus kami berdua masuk dapur.Lama ok nak masak kuah ni walaupun aku dah siap kisar semua bahan-bahan yang diperlukan.Petua nak sedap masak kuah kacang ni mesti masak lama.Lagi lama lagi banyak gas habis lagi sedap.Hipotesis diterima ok.

Sebab masuk berdua dapur tu so adalah ubah-ubah sket resepi tu.Antaranya bawang dan lada kering digoreng sebelum dikisar.Bagi menambahkan rasa garingnya.Lagi satu aku pakai daging UNTA kot masuk dalam ni.Punyalah lama nak tunggu empuk.Daging unta ni liat sket dan agak hamis lah berbanding daging lembu.

Dan HASILNYA................




seminar ibadah pesakit kali ke 3



PCI dengan kerjasama PERUBATAN telah menganjurkan seminar ibadah pesakit untuk kali ketiga bertemakan pembedahan.Seminar ni berlangsung dua hari pada 5 & 6 November (6 hb tu hari raya ok).Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah:

  1. PEMBEDAHAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM oleh USTAZ AKLI
  2. PEMINDAHAN DAN PENDERMAAN ORGAN oleh USTAZ MUHAMMAD NOORAZUM
  3. PEMBEDAHAN PLASTIK oleh USTAZ WAN MOHD ARIFFUDDIN
  4. PEMBEDAHAN FORENSIK oleh PROF DR ABDUL KARIM





Aku rasa seminar ni best sangat-sangat ok.Lagi best kalau penceramah tu tak guna slang dan dialek negeri masing-masing.Aku tak faham ok.Sudahnya aku ternganga dengar.Orang gelak aku gelak sekali.Senior sebelah aku lagi laa langsung tak faham.Dia plak terpinga-pinga orang gelak.Aku rasa memang patut guna bahasa standard kot.

Bab makan.Sangatlah ok makanan dia.Antara makanan yang dapat adalah seperti gambar di bawah.Dan aku rasa macam membazir plak.Setiap dua jam ada makan.Sudahnya aku tidur kekenyangan juga nanti lam dewan TAPI aku tak tidur ok.Kecuali bab-bab dia ajar sejarah tu jew aku memejamkan mata.Huhuhu..


Orang tak kasi makan kat dalam dewan ko nak makan juga kan dah merempat kat tangga.Padahal lepas tu slumber lak makan dalam tu.Siap dapat anugerah floor paling kotor gitu.Haha.Siapa ahli-ahli floor ni?Tentulah senior-senior iaitu batch aku.Haha..

Tempat plak sangat mewah.Dan amat mewah.Padanlah sewa 20 000 genih sehari.Tandas tiptop bersihnya.Floor aku lah.Floor lain aku tak masuk plak.Pantang betul aku tandas geli-geli ni.


Perasan tak tadi tak ada kerongsangkan?Pastu sekarang ada.Tulah namanya perempuan.Pantang nampak barang terus nak beli.Masalah betullah.Huhuhu..


Second day mula pun dah tengah hari bagi memberi laluan kepada Hari Raya Aidil Adha.Aku buat rumah terbuka untuk orang yang dijemput je untuk hari raya ni.Penat takyah cakap ok.Ni nak cerita pasal seminar je.Banyak juga lah ilmu-ilmu baru yang diperolehi.Terus je ada membe aku nak p rebond rambut sebab dia baru tau boleh buat.Walawei korang ingat tak boleh ke?Patutlah ramai je duk sound-sound aku.Huhuhu.....Aku ni buat derrrrkkkkk jelah sebab tak tau hujung pangkalnya.Mungkin berlaku khilaf dan bergantunglah kepada pegangan masing-masing.

TAPI

Kalau nak dibandingkan seminar kali ini dengan seminar tahun lepas,seminar tahun ni agak membosankanlah.Sebab pengolahannya disampaikan dengan cara membelek helaian-helaian pada buku yang diberikan.Cepat mengantuk kot macam tu.Tapi ok juga buat macam tu untuk kes penceramah yang menggunakan longhat yang aku tak faham.Tak adalah terpinga-pinga sangat.Sebab tu kot second day je terus nampak kerusi-kerusi kosong.Mungkin mereka p sambut raya kot.

Baju yang tak berapa nak raya.Sedih-sedih tak ada baju raya.Huhu.Bersyukurlah kamu dengan apa yang ada.