nuffnang ads

Thursday 27 October 2011

ko ingat ko sorang je dermatologist?

Semalam  semalam aku teman membe aku p klinik derma.Klinik ke hospital eh?Entah tak tahu lah.Yang pasti ada dermatologist,ada lab sendiri,ada bilik laser,ada cryo.Macam-macam ada.BOTOX pun ada!!!

Dan yang paling aku bengang ada rawatan UV dengan harga sekali rawatan satu kawasan hanyalah 5 genih!!!Sedangkan.....TUAN-TUAN dan PUAN-PUAN sekalian...Aku p buat rawatan UV kat doctor Azarita(nama sebenar dirahsiakan) adalah dengan ini maka kerana sebab oleh itu sebenarnya 70 genih satu sesi rawatan dan satu kawasan.Kawasan apa plak ni.

Ni nama klinik dia.Klinik ni dekat Ibrahimiah.(klinik azarita tu kat umah aku..huhu)
Aku kan suka jadi promoter tak bergaji.


Kira kalau korang buat rawatan UV dekat muka dia akan kira sebagai 3 kawasan.Pipi kiri satu pipi kanan satu dahi satu.Kalau satu 70 genih,satu muka tu dah 210 genih.Dan rawatan dibuat selang sehari.Dalam seminggu lebih kurang 630 genih la.Bayangkan sebulan dah berapa?Lebih dari aku punya elaun ok.Memang ngokngek laa....


Kenapa aku tak tahu tentang klinik ni awal-awal.Keberkesanannya?Of course muka makin elok habis pun banyak.Tapi tak sempat elok betul-betul aku dah masuk hospital.Hangus macam tu je pelaburan aku.HUHUHU...Muka aku teruk sebab alergik hand sanitizer.Sekarang aku dah cuba produk baru.OK aku sangat berpuas hatilah.Baru sebulan aku pakai produk ni.Tengok dulu macam mana,nanti aku jadi promoter tak bergaji.

Cik Ogy sound aku 'ecah ko dah tak pakai lifting cream ke?' masa study group jumaat lepas.Apakah maksud kepada pertanyaan itu wahai cik ogy?????AMARAN!!!JANGAN DITEGUR LEMAK-LEMAK TEPU AKU.Huhuhu....Rasa macam nak nangis je.Aku dah ada double chin la wei......Aku kena start pakai balik benda alah ni kalau tak jadi la muka doremon ok.Sekarang berat aku dah 54.Baca balik...54 ok....Aku dah gemuk.Dah GEMUK.Mungkin kerana badan aku memerlukan lemak-lemak sebagai penebat haba di kala musim sejuk ini(ayat buat sedap hati sendiri)Dan aku akan pastikan berat aku kekal 54 dan ke bawah.Mar jom diet tapi lepas musim sejuk la..

Cik Ogy.Orang lain tengah sibuk baca buku aku sibuk posing.Masa ni kalau tak silap final sem 4.Masa ni lagilah berat aku 58 ok.Hahaha.....


Membe aku tu buat apa p sana?Membe aku buat cryo.Murah ok.Dekat hospital PEMES yang suka kerah duit orang tu 80 genih tapi kat sana 20 genih je untuk satu sesi rawatan  tak kira berapa banyak korang punya lesion.Kat dotor azarita plak dia nak 2 ribu.?????????Tapi tak pasti la cryo ke apa.

Ni masa tengah buat cryo tu.Terjerit-jerit membe aku.Hahaha..Aku bukan tolong kesian tapi tolong mengabadikan detik-detik terindah je.Rajin kan aku main paint hari ini.Demi menghormati permintaan awam.

Kenapa la orang sanggup bersakit-sakit demi untuk lawa?Tak faham aku orang yang sanggup cocok botox ni.Aku pula yang seriau tengok jarum kat muka pastu berdarah-darah plak.Tak perlulah botox ok..


Oh tadi aku ada labor ward.Tapi kami p tengok CS (cesarean section).Sebelum tengok CS tu ada case yang buat kita orang senyum sorang-sorang.Nak gelak kuat-kuat bukan rumah ok.Bukan kami je senyum-senyum.Doc-doc kat situ dan juga nurse-nurse sengih je.Ada case post coitus vagina tear.Semalam baru je kawin hari ini dah masuk bilik bedah.Apakah?????????

Tuesday 25 October 2011

anda mengidam makanan malaysia??

Hahahaha...Gelak jahat dulu.Sebab entry ni saja nak mempopularkan orang yang dah sememangnya popular.

Anda terasa nak makan kuih muih malaysia?Malas nak buat?Tak reti nak buat?Tak ada bahan?Atau tak jumpa dapur nak masak.Atau pemetik api tiada.(nampak sangat pelbagai alasan kalau dah malas tu)

Tapi yang penting anda berada di Iskandariah sahaja.

Anda boleh membeli pelbagai jenis kuih muih di rumah Nik Taufik & Aida.Tak tahu cara nak order?Zaman dah moden dunia dah maju hanya klik mukabuku NikAida dan buat pertanyaan melalui mesej atau conteng je banyak-banyak di wall beliau.



Adakah ianya sedap?Selaku promoter tak bergaji saya akui kuih muih nya boleh ditelan.Bunyi macam tak sedap je.Belum cuba belum tahu sudah cuba pasti mahu lagi.Hehehe....

Jika anda ingin makan apa-apa aja jenis masakan anda boleh berbincang dengan tuan punya kedai yang  tak berlesen ni.Harga boleh runding.

Adakah saya mendapat komisen dengan iklan ini?Ohh tidak sama sekali.(sekali jelah dapat.hahaha)Hanya sekadar berkongsi.Tapi nak kongsi pun kena cuba dulu.

Sekarang mereka menyediakan karipap,keria dan kuih cek mek yang frozen.Jadi boleh simpan lama-lama dalam peti sejuk beku anda.Teringin nak makan boleh goreng.





Tahan ke simpan dalam peti?Tak berkulat ke?Setakat ini saya dah menyimpan selama seminggu dan keadaan kuih masih elok.Sedap je lagi makan tadi baru je goreng.

Satu lagi,tiada khidmat penghantaran disediakan(kerek betul pakcik ni).Sila datang ambil sendiri di rumah mereka.Khidmat penghantaran percuma disediakan jika order melebihi 50 genih.

Dan sesungguhnya saya telah mencuri gambar di fb beliau tanpa kebenaran.Nama pun curikan........



HPV Vaksin.Perlu atau Tidak??

Gambar ehsan google

Suntikan vaksin HPV  diberikan untuk mencegah jangkitan virus Human Papilloma Virus.Vaksin ini boleh merangsang sistem pertahanan badan menghasilkan antobodi terhadap virus HPV.Terdapat 2 jenis vaksin yang telah diluluskan oleh Faderation of Drug Administration (FDA) iaitu Gardasil dan Cervarix.

Suntikan ini perlu diambil sebanyak 3 dos dalam masa 6 bulan.Suntikan vaksin HPV ini lebih berkesan jika diberikan kepada wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks.Dos pertama boleh diberikan kepada kanak-kanak perempuan seawal usia 9 tahun.Dos kedua diberikan selepas sebulan atau dua bulan dos pertama dan dos ketiga akan diberikan selepas enam bulan dari tarikh dos pertama.Di Malaysia kerajaan telah mengumumkan pemberian suntikan vaksin HPV kepada remaja berumur 13 tahun pada tahun 2009.

HPV vaksin merupakan satu vaksin bagi mencegah kanser serviks.Kanser serviks merupakan kanser kedua yang kerap berlaku dikalangan wanita di Malaysia selepas kanser payudara.

Gambar ehsan google


HPV vaksin hanyalah satu langkah pencegahan utama dan PAP smear adalah langkah pencegahan sekunder.Ini bermakna HPV vaksin tidak menghalang daripada mendapat kanser serviks.HPV sering dijangkiti oleh mereka yang aktif hubungan seks dalam usia muda dan mereka yang sering bertukar pasangan kelamin.Di negara barat hubungan kelamin sebelum perkahwinan pada usia muda sudah menjadi trend.Kerana itulah remaja semuda usia 18 tahun boleh mendapat kanser serviks sedangkan masa yang diperlukan bermula jangkitan HPV sehingga menjadi Cervical Intraepitelial Neoplasia(CIN) adalah 1 hingga 10 tahun.Dan dari CIN untuk menjadi invasive cervical cancer masa yang diperlukan adalah 10 tahun.

Gambar ehsan google

Sebagai sebuah negara yang agama rasminya Islam perlukah kita pada pelalian HPV.Secara teorinya kita sebagai seorang muslim tidak mempunyai hubungan kelamin sebelum berkahwin dan peratusan untuk mendapat jangkitan HPV adalah amat rendah.Vaksin HPV juga mempunyai kesan sampingan dan boleh membawa maut.Menurut Dr.Diane Harper yang bekerja dan mengkaji  HPV selama hampir 20 tahun,vaksin ini sendiri mungkin sama bahaya atau lebih bahaya daripada kanser serviks.HPV hanya merebak melalui hubungan seks.Jika kita mengamalkan syariat,ia adalah lebih baik sebagai satu langkah pencegahan.


Monday 24 October 2011

kek buah

Kenapa aku rajin sangat buat kek ni?Kan housemate aku a.k.a Farah dah tanya.Huhu..Mungkin sesi balas dendam dah lama tak masuk dapur.Sekian..

Aku buat kek kali ni nak kasi balik bekas Abi la...Tak kan nak kasi bekas kosong.Sungguh aku amat segan.Dahlah Abi bawakkan aku bubur yang sedap(serius sedap ok) masa aku kat hospital.



Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 1/2 cawan gula halus (Alia cakap manis dan perlu kurangkan gula.Tapi orang lain cakap dah ok.Bergantung kepada kadar kemanisan anda.Alia aku saja nak sabotaj diet ko.Hehehe.)
1 1/4 cawan minyak
2 sudu baking powder
Secubit garam
1 sudu sunquik (Mar nilah kek yang aku cakap nak masukkan sanquik.Siap warning housemate aku jangan guna sanquik tu.Hahaha)
Buah kering

Cara-caranya:

1)Ayak tepung,baking powder dan garam
2)Pukul telur sampai kembang (Peringatan sampai kembang ok.Kalau tak nanti semua buah kering mendap ke dasar.Walaupun puan Mar sangat suka kek buah yang buahnya tenggelam.Senang untuk dia nak pilih buah untuk dibuang, sesekali aku takkan buat yang sebegitu)
3)Masukkan gula halus minyak dan bahan ayak
4)Setelah sebati masukkan sanquik dan buah kering
5)Tuang dalam loyang dan bakar pada api sederhana.SEDERHANA ok..Kalau tak hangit cam aku punya kek.Huhuhu....


Nah Abi.Terima kasih daun keladi.Kalau ko masak kasilah lagi kat aku.Hehehe..

Saturday 22 October 2011

O&G


Dah 2 kali masuk section 4 masa clinical round.Best memang r best tapi penat r blajar banyak-banyak.Tepu sangat rasa.Dan hasilnya

Ni management untuk cord presentation & cord prolapse.Cuma yang aku tak faham apa beza assisted dengan accelerated vagina delivery.Aku dah tanya prof tapi aku tak faham juga apa yang prof terang tu.Macam mana ehh??




Soalan exam final tahun lepas.Management missed IUD.Huhu...Adakah aku telah menjawab seperti di atas?Ohh tidak sama sekali aku telah merapu-rapu entah pape entah.


Ni dari aku punya section punya clinical round.

Dan aku sangat kompem lagi konfiden kalau mak aku baca post ni kompem dan konfiden dan semestinya mak aku mesti akan dan telah dan sedang mengutuk tulisan aku.Hahaha....Mengalahkan tulisan budak darjah satu.Dari zaman paleolitik hingga zaman IT tulisan aku tetapkan begitu.TAPI.........Prof aku cakap 'Good doctors have Bad hand writing'.Kalau tulisan comel maksudya???BAD DOCTOR ok.........

Monday 17 October 2011

hepy Be$dAy FaRah yg kE 22



Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Noorfaraheen
Allah selamatkan kamu

Selamat hari lahir housemate yang ke 22.Walaupun lewat sangat dari yang sepatutnya.Tapi masih boleh diterimakan farah.Hehehe...

Nilah benda dan plan besar yang aku maksudkan.Hehehe...Penat sangat tapi berbaloi-baloi.puas hati sangat dapat siapkan semua benda dengan jayanya dan dengan tidak terkantoi.

Misi menyediakan semua makanan dibuat sejak kelmarin.Habis je kelas O&G aku balik buat kek.Tak nyempat-nyempat siap masak  kek tu berlari aku p kelas arabic.Menjadi juara lewat lagi.Macam tak biasa.Balik kelas arabic sambung bakar kek.Hahaha...

Sambutan yang ala kadar di rumah ku syurga ku bermula beberapa minit sebelum maghrib.Nak buat macam mana kan kalau buat lepas maghrib aku takut aku plak yang tidur.

So menu hari ini yang spesel untuk housemate tercinta.(ayat tak bole blah) kek coklat , spagheti alfredo dan chicken chop black pepper .Untuk resepi sila klik nama-nama makanan tersebut.







Terima kasih kepada pembantu chef Puan Mar.Yang setia di dapur bersama aku sampai berlubang jari.Aku suruh buka tin bukan buka tangan.Ish ish ish.

Selamat hari lahir farah.Sorry lah tak sempat nak beli hadiah.Tak sempat bajet tak sempat fikir dan tak sempat beli.Hahaha....


Sudah 5 tahun bersama.Banyak pahit manis masam masin pedas tawar kita rasa.Separuh masa remaja dihabiskan di rantau bersama kalian.Semoga ukhwah ini terus berkekalan sampai ke syurga.

spagheti alfredo

Dapat resepi ni dari cik oggy tapi aku telah mengubah sukatan bahan-bahan.Jangan marah ye cik oggy......

Bahan-bahan:

1 paket spagheti
1 labu bawang putih
Ayam yang telah siap dipotong dadu
1 tin cendawan butang
Cream cheese 250g
1 paket perencah chicken soup(bancuh dengan air)
2 sudu marjerin
Serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

1)Rebus spagheti dan masukkan sedikit minyak kedalam air untuk merebus spagheti
2)Dalam periuk lain,panaskan marjerin
3)Tumis bawang putih sehingga naik bau
4)Masukkan isi ayam.Setelah separuh masak masukkan cendawan,cheese,dan chicken soup
5)Jika sangat pekat tambahkan air.
6)Masukkan lada sulah,garam dan gula secukup rasa.
7)Tuang kuah di atas spagheti


chicken chop black pepper


Bahan-bahannya:

3 ketul ayam.(sebaik-baiknya bahagian peha yang dibuang tulang)
1 inci halia dan 2 ulas bawang putih dicincang
1 sudu sos cili,sos tomato,kicap,dan sos tiram
Setengah sudu serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

Perap ayam bersama bahan-bahan di atas semalaman.Kalau tak sempat sekejap pun cukup
Aku pakai ayam bahagian dada je.Bahagian lain dah habis diguna.
Bakar ayam sehingga masak selama berapa lama aku tak pasti.Korang tengoklah kejap-kejap.Masukkan sedikit minyak ke dalam bekas ayam sebelum bakar.

Bahan-bahan untuk sos:

Campurkan lebihan bahan perapan tadi dengan 1 sudu sos tiram,kicap,dan cili sos.
Masak sekejap bahan-bahan tadi sehingga pekat
Setelah siap tuang di atas ayam.

Tapi tadi aku buat masin sikit.Fail betul.Orang cakap kalau masak masin-masin ni dah nak kawin.Mungkinkah?Huhuhu..



kek coklat

Sebab ada plan besar punya aku sanggup mereka resepi setelah segala usaha untuk mencari resepi gagal kerana membe-membe semua tak ingat resepi.Semua cakap esok-esok aku kasi.Tapi...Aku nak buat hari ini.Kalau hilang karang rasa rajin aku bila la akan datang lagi rasa rajin ini.

Kalau tak jadi aku tak tau.Aku jampi-jampi sket buat ni.Hahahaha...Campur lewat p kelas arabic.Huhuhu...


Bahan-bahannya:

3 biji telur
2 cawan gandum
3/4 cawan serbuk coklat
3 sudu baking powder
secubit garam
1 1/2 cawan gula halus
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
1 cawan air panas
Esen vanilla

Cara-cara:
1)Ayak tepung gandum,serbuk penaik,dan garam
2)Pukul telursehingga kembang.
3)Masukkan gula halus,minyak dan susu segar
4)Masukkan tepung,coklat,esen vanilla dan air panas
5)Gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang

Bakar pada suhu sederhana selama aku pun tak ingat lama mane sebab dah terkocoh-kocoh nak p kelas plak.

Cara bancuh bahan untuk topping seperti pada kotak.Huhuhu...

Berdebar-debar nak start buat ni.Huhuhu

Hancur.Comot gila kot sebab tu aku ambik medic bukan kursus chef.Kan kan kan

Hahaha....Aku memang bukan pakar buat kerje-kerje seni ni.Ni kali kedua aku buat kek yang cerewet ni.Membe punya pasal aku sanggup redah.Dulu aku buat untuk besday membe kuliah aku sorang.Duk bising claim kek besday dia.

Nilah rupa kek masa 1st tyme aku buat.Siap kotak g2.Ada macam p beli kedai tak?Hahaha..
Bahan-bahan untuk hiasan macam korang tengok aku guna ceri merah dan choc rice.

Kreativiti itu penting.Hahaha.Semua kerje-kerje ini dilakukan dalam bilik aku sebab takut besday gurl tahu.




Friday 14 October 2011

jumaat:sesi baju merah iowa

Ok hari ini dengan semangatnya aku nak pergi swimming.Buang tabiat ke apa ke.Aku taknak jadi itik yang tak pandai berenang ok.Kenapa itik?Sebab...Sebab membe aku iaitu pokcik panggil aku itik ok sebab aku tak pandai berenang.Alkisah masa aku p snorkeling dengan budak-budak kuliah aku raya tahun lepas aku ajak dia sekali join sebab aku dah janji nak keluar dengan dia tapi nak ikut jugak budak-budak ni p snorkeling.Kira sekali harung la kan.Hahaha...Tapi mereka dan mereka ingat aku kapel plak dengan dia ni.Isk isk...



Ok sebab aku nak jadi itik yang pandai berenang aku dengan azam dan iltizamnya bangun awal-awal dan siap lambat-lambat.Sebab aku masak spagheti.Jadi kami (berdua dengan housemate) sampai pukul 9.45 dekat kuliah sukan tu dan waktu tamat latihan plak pukul 10 pagi ok.Maka aku hanya mengadakan sesi duduk dan lihat.Takpe,minggu depan aku berazam akan datang awal lagi dari hari ini dengan harapan aku akan sampai selepas pensyarah situ sampai.Hahahaha....Malas kot nak bangun awal.Kan kan kan...

Pintu masuk kuliah sukan.

Dahlah dah lambat pastu sesat plak tak pasal-pasal kena jalan tiga stesen tram.Huhuhu...Warm up kan.Makin bertambah-tambah lambat lah aku seperti siput babi yang berjalan lambat dan lembap sambil memikirkan dia siput ke babi.Aku ni halal ke haram kata siput babi.Huahuahua..


Padang kat sini.Abaikan aku yang gemuk ok.

Alkisah masa nak tunggu tram tang balik tu,tram plak datang lambat.Aku dengan semangat bergambarnya p kat papan tanda ni.Entah apa papan tanda ni tulis aku pun tak tau.Yang aku tau jurugambar terpijak taik anjing ok.Hahaha..Semangat sangat duk posingnya.

Siap bersila kat rumput tengah-tengah jalan gitu.Mana nak cari masa lagikan nak buat kerja-kerja lebih masa nikan.Hari ini kita pulun dan balun semua.

Tengah dalam perjalanan kami decide nak pergi merantau ke Fathallah kejap untuk menghabiskan genih yang ada.Hahaha.Aku ada plan besar yang datang secara spontan.Apakah plan itu?Tunggu dan nantikan.

Mana sos thai ni.Tak ada ke?


Ni sesi petang selepas asar plak.Aku pergi manshiah untuk cari kain nak buat baju raya haji.Ok semangat tak aku nak raya?Hahaha.Tapi yang sedihnya tak ada yang berkenan di hati.So secara kesimpulannya aku tak akan ada baju baru raya nanti.Sedi tak sedih tak?Takpe minum air tebu jela raya nanti.

Tapi yang tak syoknya aku boleh plak p beli kain cotton ni.Rasa ala-ala lawa di mata.Tapi bila kain ni nak jadi baju aku pun tak tahu la.Yang mereng lagi membe aku boleh plak lelong kain aku ni kat twitter.Dan ada plak membe yang retwet ingat serius nak jual.Adohai basi kain aku.Alang-alang dah basi tu masukkan dalam blog kasi korang jeles.Huhuhu.

 Lepas tu jalan kaki dengan mushrif swasta aku p money exchange dekat mahattah raml.Jauh tu jalan tapi sanggup oleh dek kerana trum lambat cam sipu babi.

Dan mushrif swasta aku belanja aku makan dekat Taberna.Terima kasih pakcik mushrif swasta.Hahaha.Blog aku bukan nama ikan masin ok.Suka suki dia je cakap macam tu.Nampak macam banyak kan?Tapi aku tak makan semua habis ok.3 keping je dari 4 keping.Hahaha..