nuffnang ads

Sunday 18 September 2011

result

Waaaaaa.....Result dah keluar..Alhamdulillah..Syukur dengan nikmat kurniaan Allah.Semua paper lulus.Memang tidak dinafikan ada sedikit terkilan kerana tahun ni aku dah kutip 3 paper C.Wawawa...Aku tak pernah dapat C sebelum ni tapi mungkin inilah yang terbaik untuk ku.Nanti usaha lagi jangan kecewa jangan putus asa...Hehehe...Senyum ajalah walau dalam hati ada terkilan sedikit.


Ada orang marah tak agaknya aku letak result dalam blog aku ni..HUHU.....

Jom-jom ke sem 9.Cuak-cuak dah nak balik egypt.Menyampah betul.Banyak lagi yang tak makan ni..Hehehe....Makan-makan.

Cerita pasal makan ada satu cerita menyakitkan hati dan menyampah.Aku punya la teringin nak makan cempedak.Pusing punya pusing mencari cempedak dari Pasar Manir ke Pasar Batu Enam ke Pasar Tani akhirnya ke Pasar Chabang Tiga barulah jumpa cempedak.Tu pun ada sorang makcik ni je yang jual cempedak.


Lepas je beli cempedak maka bermulalah episod berangan-angan nak makan cempedak goreng.Harap-harap isi cempedak tu sedap manis.Bila belah je cempedak tu kecewa mengundang.Dah lah buah tu buruk kat dalam isi putik plak tu.Kejam betul r makcik yang jual tu.Tak baik lah makcik jual benda macam tu.Eiii..Macam mana nak berkat rezeki tu kalau jual menipu macam ni.Harap-harap la makcik tu akan insaf nanti.

Aku ke yang tak reti pilih cempedak?Tengok tulah cempedak aku beli indah rupa dari isi.Sakit hati betul la.Isi dalam dia aku tak sempat nak snap sebab dah sakit hati sangat terus sumbat tong sampah.

Aii nak cari mana lah cempedak ni.............

        
        Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.
        Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
        Ya Tuhan kami  janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.
        Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami.
        Engkaulah pelindung kami maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.
                                                                                           (surah al-baqarah ayat 286)

Sunday 11 September 2011

HUSM

Sepupu aku masuk hospital 7 sept baru ni buat surgery kat tibia dengan fibula.Aku pun dengan baik hati pergi tengok dan menyibuk.Sebenarnya saja nak pergi dengan semangatnya sebab aku tak masuk kelas ortopedik hari tu sebab aku terlantar kat hospital.Huhuhu...Ni dikira sebagai lawatan ambil belajar la ni.

Aku pun dah ingat-ingat lupa apa dia punya surgery.Tak silap aku dia buat fibulectomy pastu ambil tulang fibula tu letak dekat tibia plak.Sebelum tu masa tahun 2003 dia dah pernah buat arthrotomy.Sebenarnya dia ni accident masa umur dia 6 tahun @ pada tahun 2003.Lepas surgery tu semua ok tapi masa dia umur 10 tahun mak dia perasan yang kaki dia ni pendek sebelah.Aku dengar doktor cakap growth arrest & non union.Masa doc datang tu aku tengah mamai2 lagi.Mana tak nya tidur atas kerusi mana nak lena.Sakit pinggang oii....

Cari punya cari wad sakawi ni sampai ada makcik tanya 'Adik nak pergi mana?Belakang sana bilik jenazah dah.Nak pergi tengok mayat bolehlah..' Hahaha..Makcik ni buat lawak plak.Nasib baik makcik ni ringan mulut bertanya.Kalau tak banyak mana pusing pun entahlah.






Macam kaki robot plak.Ni external fixator.Tak nak kasi tulang tu gerak-gerak.


Oleh kerana susah nak gerak-gerak lepas surgery doc masukkan urinary catheter.Sakawi pun cakap dia tak rasa pun nak kencing mungkin sebab dia masih continue epidural analgesic.


Ni gambar pagi tadi masa nak cuci wound ni.Laju gila doc buang benda alah ni.


Kena cuci dengan saline je sebab non infected wound.


Ni plak nurse praktikal tengah balut balik benda ni.


Tu jew kesan selepas epidural.Bengkak sikit je.Ni pun cabut pagi tadi.



Ni aku nak cerita pasal budak banyak cakap.Mula-mula aku sampai wad tu malu laa juga nak cakap dengan dia sampai nak pinjam surat khabar pun malu.HAHAHA....Yela dia je budak besar kat situ.Tapi lepas dah sembang sekali non stop budak ni cakap.Macam-macam dia bunyi.Budak banyak cakap ni nama dia Khairul.Dah 25 hari dia kena tahan kat hospital.Kira beraya pun kat hospital laa.Otai besar laa dekat wad tu.Hahaha..

Ni laa parut gergasi pakcik Khairul tu.Bisiang laa pakcik ni masa nurse datang cuci.Dia cakap dia dah insaf tak nak dah naik motor.Hahaha..Awal insaf bang..


Ni plak LED yang dipanggil oleh pakcik Khairul Khairul ni tua setahun je pun dari aku tapi dia punya gedik nak panggil aku kak juga.Tak boleh blah betul.Ni kalau ikutkan report dia K-wire.Betul ke tak aku pun tak tahu sebab aku kan tak masuk kelas.tengok apa-apa pun tak pernah tengok.


Nilah dia baju hospital untuk otai-otai menurut riwayat pakcik Khairul.Masa mula-mula pakcik ni guna traction 5kg.sebagai fixatornya.Aku tak tengok plak muscle ke skin traction.Mesti laa skin kan kalu 5kg je beratnya.Memandai je.Malas aku nak baca banyak-banyak report pakcik ni tebal sangat.

Banyak lagi aku nak tulis tapi dah penat baru je sampai dari HUSM petang tadi.HUHU..Nanti kalau rajin aku sambung lagi.

Friday 9 September 2011

durian.....duriiii...annnn

Hehehe....Luar alam ke mengidam ke lantak r apa orang nak cakap.Yang penting aku nak makan durian.Tak nak durian belanda.Tak nak bunga durian.Aku nak makan durian duri-duri.Hohoho..



Semua orang cakap mana nak cari durian musim-musim ni.Tak kira tak kira nak juga makan durian.Hehehe...Mengarut punya mengarut,adalah juga membe nak tolong carikan.Dia memang macam tu setiap kali aku balik mesti tanya aku nak makan apa,nak apa,nak pergi mana.Syok dapat membe baik ni.





Jadi masa dia datang beraya kat rumah aku dia pun bawaklah 2 biji durian.Sikit je nak buat apa banyak-banyak.Durian kat rumah aku tak leh simpan lama-lama sebab papa tak boleh bau durian nanti demam.Hahaha...Masalah betul papa dengan durian.Sebiji tu berkulat sebiji lagi putik.Apa nak jadi ni..Nak makan ni nak makan.

Esok cuba kopak balik durian tu.Akhirnya terbuka jugak durian degil tu setelah aku membelah kulitnya dengan pisau gergasi.Yeayyy dapat makan durian.Tapi aku kena tunggu malam laa baru dapat makan sebab pagi tu aku makan ubat.Takpe sabar kejap je.Yang tak sabarnya papalah sebab dah serumah bau durian mana papa boleh senang duduk.Hahaha...Sorry ye papa along mengidam ni.



Nasib baik buah tu sedap manis lemak walau susah nak buka.Berbaloi-baloi.....


.

Tuesday 6 September 2011

raya dgn kawan2

Hoho.....Seronok sangat rasa bila kawan baik dah dapat anak..Hehe..Dah jadi makcik lah..Anak membe aku ni namanya Nursurfina..Dah empat bulan umur baby ni..Tapi raya baru ni Sufi batuk-batuk dan selsema.Kesian Sufi.Sudah lah tak sihat,ibunya pula mengusung Sufi pergi raya ye Sufi...


Hari raya ketiga datang lah pakcik rostam & kawan-kawannya setelah 4 tahun berjanji nak datang.Tu pun dah azan magrib baru sampai rumah aku.Berimamkan Anas lah magrib diaorang hari tu kat rumah aku.Thanks korang sebab akhirnya sampai gak ke rumah aku.


Sehari sebelum hari raya enam kak sue,kak nuyu & pokcik pizi datang.Pokcik pizi datang raya ni saja dah 2 kali.Ada juga orang datang raya dua kali..Hahaha....


Kak sue yang semakin berseri-seri.Bahagia dengan pokcik Mael agaknya tu.Hehe...Kak nuyu plak diet agaknya.Malu-malu je nak makan tu.Tak lama lagi dapatlah merasa nasi minyak free...Hehehe

Hari ni raya enam aku pergi raya di kubur moyang sebelah mak aku.Pertama kali datang kubur sini.Biasa raya di kubur arwah tokki aku.Kat sini tak semeriah dekat sebelah arwah tokki aku punya kampung.Mungkin disebabkan tahun ni raya enam jatuh pada hari orang dah bekerja.Setelah membersihkan kubur(melihat je pun..hehe),maka bergeraklah ke sebuah rumah dan ke rumah dan ke rumah lagi.Beraya dengan sanak saudara yang jauh-jauh.Kalau nenek aku tak bawa,sampai bila-bila pun nanti tak kenal saudara mara..Iye dok...

Sunday 4 September 2011

resit exam

Dalam kemeriahan raya tetiba lak dapat email tarikh resit exam dah keluar..hoho.....Saje jew nak mengganggu gugah semangat beraya...ooooo......Ni yang tak syok ni....


29/9 -> Surgery

2/10 -> Internal medicine

4/10 -> Obstetric and gynaecology

5/10 -> Paediatrics

6/10 -> Orthopaedics

8/10 -> Trop. medicine

copy paste dari alexmed


Saturday 3 September 2011

raya...raya....

Penatnya beraya...Hari ini hari raya ke lima...Makin kurang sket tetamu yang datang..Hari raya pertama..Ya Allah ramai nya sanak saudara yang datang sampai tak sempat nak tarik nafas.Rumah nenek pun tak sempat pergi..Disebabkan terkejar2 dengan tetamu sampai lupa nak ambil gambar family raya..Adoii...

papa & mama

adik

abang

kakak

acik

along

kanak2 makan kueh raya

apron alaf baru


kakak & kawan2

gambar ni act diambil pre raya...huhu...kesian dekat angah..
tapi aku plak yg xada..aku masih kat egypt masa nie..


adik-adik ku

Warna tema tahun ni warna kuning.2nd raya tanpa angah..hehe..Malam raya telefon angah tapi angah xmo cakap dengan aku....sebab.......dia sedih sangat2..hari tu aku telefon dia aku nyanyi lagu raya..Alalala..Kesian nye..hehe